Wolfsschanze: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Baris 55: Baris 55:
[[Category:Perang Dunia Kedua]]
[[Category:Perang Dunia Kedua]]
[[Category:Nazi]]
[[Category:Nazi]]
[[Category:Sejarah Jerman]]
[[Category:Poland]]
[[Category:Bangunan dan struktur di Jerman]]
[[Category:Bangunan dan struktur di Jerman]]
[[Category:Jerman]]
[[Category:Jerman]]

Semakan pada 05:59, 21 Julai 2014

Wolf's Lair
Wolfsschanze
Pintu masuk ke Führer Bunker di Wolfsschanze.
Wolfsschanze is located in Bumi
Wolfsschanze
Wolfsschanze (Bumi)
Maklumat umum
Bandar/pekanHutan Gierłoż, Rastenburg, Poland
Koordinat54°04′46″N 21°29′37″E / 54.079344°N 21.493544°E / 54.079344; 21.493544Koordinat: 54°04′46″N 21°29′37″E / 54.079344°N 21.493544°E / 54.079344; 21.493544
Pembinaan bermula1940
Disiapkan pada
21 Jun 1941
Diruntuhkan pada24-25 Januari 1945
PemilikKerajaan Poland
Reka bentuk dan seni bina
Firma arkitekHochtief AG
Organisasi Todt
Lokasi Wolf's Lair dalam sempadan sekarang.

Wolfsschanze (lebih dikenali sebagai Wolf's Lair atau Sarang Serigala oleh negara-negara Barat) adalah merupakan sebuah ibu pejabat ketenteraan pertama Adolf Hitler di perbatasan timur semasa Perang Dunia II. Ia merupakan salah satu daripada beberapa Markas Führer (Führerhauptquartier) yang terletak di pelbagai tempat di Eropah. Kompleks ini yang dibina untuk Operasi Barbarossa, serangan Jerman ke atas Kesatuan Soviet pada tahun 1941, terletak di dalam hutan Masuria, kira-kira 8 kilometer (5.0 bt) daripada sebuah bandar kecil Rastenburg, Prusia Timur (kini Kętrzyn di Poland).

Sistem kubu asal telah dibina oleh Organisasi Todt, tetapi rancangan pembesaran selepasnya tidak pernah disiapkan; kerja-kerja pembesaran telah dihentikan hanya beberapa hari sebelum kemaraan Tentera Merah Rusia ke Angerburg (kini Węgorzewo), sejauh kira-kira 15 kilometer (9.3 bt) darinya. Merupakan markas paling rahsia dengan keselamatan yang ketat, ia telah dikawal oleh anggota-anggota daripada Reichssicherheitsdienst SS dan pasukan daripada Führer Begleit Brigade armor Wehrmacht'. Walaupun tiga zon sekuriti mengelilingi tengah kompleks dimana Führer bunker ditempatkan, satu percubaan membunuh Hitler telah berlaku di Wolf's Lair pada 20 Julai 1944.

Hitler tiba buat pertama kali di Wolf's Lair pada lewat malam 23 Jun 1941,[1] dan berlepas pulang untuk kali terakhir pada 20 November 1944. Keseluruhannya, beliau telah menghabiskan lebih daripada 800 hari di sini sepanjang tempoh 3 1/2-tahun.

Kompleks ini dimusnahkan dan ditinggalkan pada 25 Januari 1945, hanya 48 jam sebelum kedatangan tentera Soviet. Sisa tinggalannya kini terletak di perkampungan desa, Gierłoż (Jerman: Forst Görlitz) berdekatan Kętrzyn, Poland.[2]

Lihat juga

Nota

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan kershaw tidak disediakan
  2. ^ Dahulunya, kompleks ini terletak di wilayah Prusia Timur, Jerman, iaitu bahagian selatan di mana ia kemudian telah diberikan kepada Republik Rakyat Poland selepas tamat perang pada tahun 1945.

Rujukan

Sumber
  • Junge, Traudl, "Bis Zur Letzten Stunde: Hitlers Sekretärin erzählt ihr Leben", München: Claassen, 2002, pp. 131, 141, 162.
  • Junge, Traudl, "Until the Final Hour: Hitler's Last Secretary", London: Weidenfeld and Nicholson, 2003, pp. 116, 126, 145.
  • Junge, Traudl, "Voices from the Bunker", New York: G.P.Puttnam's sons, 1989.
  • Kershaw, Ian (2000). Hitler, 1936–45. New York: W.W. Norton. ISBN 978-0-393-04994-7.
  • Müller, Heinrich, The Official Gestapo report on 20 July Assassination Plot (Heinrich Müller, SS-Gruppenführer, Amtschef, Reichssicherheitshauptamt-IV- Sonderkommission 20 July 1944. Berlin, den 26. Juli 1944).
  • Speer, Albert, "Inside the Third Reich", New York and Toronto: Macmillan, 1970, p. 217.
Dokumentari

Pautan luar


Templat:Link FA