Keling: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Soma88 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Soma88 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 14: Baris 14:
:"Di bahagian utara bandar, tinggal saudagar yang dikenali sebagai Quelins; Di bahagian ini, bandarnya lebih besar berbanding bahagian lain. Terdapat ramai saudagar asing di Melaka, yang seperti saya katakan dahulu, tinggal sesama mereka. Mereka adalah moors (Arab) dan pagan. Kaum pagan kebanyakannya datang dari Paleacate; mereka menetap di sini. Mereka amat kaya. Mereka adalah pedagang terkaya di dunia
:"Di bahagian utara bandar, tinggal saudagar yang dikenali sebagai Quelins; Di bahagian ini, bandarnya lebih besar berbanding bahagian lain. Terdapat ramai saudagar asing di Melaka, yang seperti saya katakan dahulu, tinggal sesama mereka. Mereka adalah moors (Arab) dan pagan. Kaum pagan kebanyakannya datang dari Paleacate; mereka menetap di sini. Mereka amat kaya. Mereka adalah pedagang terkaya di dunia


Perkataan keling sebenarnya bukan untuk orang india
==Penggunaan==
Perkataan keling selalunya digunakan untuk merujuk masyarakat India tetapi ada pihak yang mendakwa bahawa istilah ini dianggap menunjukkan rasa tidak hormat kepada masyarakat India di Malaysia. Ada mereka yang menyamakan istilah ini seperti [[nigger]] untuk masyarakat [[Amerika Afrika]].{{fact}}

Peribahasa seperti [[janji keling]] misalnya digunakan oleh masyarakat berbahasa Melayu untuk merujuk kepada orang yang suka berbohong, memberi kenyataan yang bercanggah dan mereka yang tidak tetap pendirian.

Dalam masyarakat Cina, perkataan keling-a (Hokkien; 吉寧仔; POJ: kiet-lêng-á), keling kwai (Kantonis; 吉寧鬼; Yale: git-lìhng-gwái), dan keling-kia (Teochew) selalu digunakan di Malaysia dan Singapura. Perkataan-perkataan ini boleh digunakan dalam niat baik atau tidak. Dalam suku Hokkien dan Teachew tambahan -a dan -kia selalunya merujuk kepada suku bukan Cina dan dalam Kantonis, istilah kwai bermaksud "hantu" atau "syaitan" dan digunakan juga untuk etnik bukan Cina.

===Dianggap menghina===
Perubahan perkataan keling daripada istilah umum bagi kaum India bertukar menjadi satu istilah yang dianggap menghina bermula semenjak [[1963]]. In terbukti dengan perubahan istilah orang Keling kepada orang India dalam buku Cherita Jenaka yang diterbitkan 1960 dengan Cherita Jenaka yang diterbitkan pada 1963 <ref>[http://mcp.anu.edu.au/N/CJen_bib.html malay concordance project - Cherita Jenaka, edisi baru, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1963.]</ref>

Kemungkinan perubahan ini disebabkan orang [[India]] sendiri memandang rendah mereka yang berasal dari [[India Selatan]] dan tidak mahu dikaitkan dengan panggilan ''keling''. Kemungkinan yang lain adalah dari segi sejarah, kebanyakan pendatang dari [[India]] yang awal bekerja di ladang dan dikenali sebagai keling. Oleh itu apabila mereka mencapai tahap ekonomi yang lebih tinggi, mereka mahu menjauhkan diri daripada gelaran yang mempunyai stigma kelas bawahan.

Usaha utama menghalang penggunaan "keling" dalam bahasa Melayu diketuai oleh [[Angkatan Pelopor India Muslim]] (APIM).
[http://www.indianmalaysian.com/sound/modules.php?name=News&file=article&sid=62]

Walau apapun punca asalnya, perkataan keling kini tidak digemari oleh kaum India di [[Malaysia]], [[Singapura]], dan [[Indonesia]]. Di Indonesia dan Malaysia [[istilah]] atau [[kata|perkataan]] "[[keling]]" sering dianggap satu [[kata]] [[maki]]an dan sepatutnya di[guna]]kan dengan hati-hati.

Kontroversi ini tambah menyala apabila Kamus [[Dewan Bahasa dan Pustaka]] (DBP) menyenaraikan perkataan asal "keling" dan ditambah dengan beberapa perkataan penambah seperti keling ''kapal karam'' dan keling ''mabuk todi''. Sudah tentulah sebarang perkataan asal, apabila ditambah perkataan tambah negatif akan memberi gambaran negatif kepada makna asal keling tersebut.


==Keling dalam Kamus Dewan==
==Keling dalam Kamus Dewan==

Semakan pada 01:36, 1 Ogos 2014

Perkataan keling berasal dari bahasa Sanskrit "Kalingga" yang merujuk kepada sebuah daerah di India Tenggara.[1] Pada masa ini perkataan ini kebiasaannya merujuk kepada suku bangsa Dravida termasuk kaum Tamil, Telugu dan Malayalam. Di kawasan yang dulunya Kalinga, penduduknya pada hari ini bertutur dalam bahasa Bahasa Telugu dan Bahasa Oriya.

Keling juga merupakan nama hero ketua Panggau-Gelong, yang mengetuai perpindahan ke Nanga Skapai, di sungai Skapat. [2]

Makna asal

Dari segi sejarah, perkataan keling merujuk kepada Benua Keling[3], kini India, sebagaimana yang disebut dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan Hikayat Hang Tuah mengenai pelayaran ke benua Keling, kampung Keling dan sebagainya.

Selain itu, beberapa Dinasti Kalinga turut menghantar angkatan besar yang terdiri daripada beberapa kapal dan rakyatnya dan belayar kebanyak tempat di Asia Tenggara termasuk Sri Langka (Ceylon). Mereka ini kemudiannya mengasaskan keluarga Diraja Sinhala dan dinasti Kalinga di Jawa. Kapal-kapal ini belayar dari Kalinga dan terus ke Nicobar atau ke Ta Kuapa di selatan Thailand. Atau mereka belayar ke selatan dan sampai ke kerajaan Sumatera Utara seperti Akshaya, atau Kadaram di Malaysia.

Pelabuhan Kalinga ini mengendalikan laluan perkapalan yang banyak dengan jumlah perdagangan dan kuasa ekonomi yang besar. DIsebabkan kebanyakan kapal datang dari Kalinga, dan pengembara, walaupun datang dari segenap penjuru India tiba menggunakan kapal kepunyaan mereka

Castanheda:

"Di bahagian utara bandar, tinggal saudagar yang dikenali sebagai Quelins; Di bahagian ini, bandarnya lebih besar berbanding bahagian lain. Terdapat ramai saudagar asing di Melaka, yang seperti saya katakan dahulu, tinggal sesama mereka. Mereka adalah moors (Arab) dan pagan. Kaum pagan kebanyakannya datang dari Paleacate; mereka menetap di sini. Mereka amat kaya. Mereka adalah pedagang terkaya di dunia

Perkataan keling sebenarnya bukan untuk orang india

Keling dalam Kamus Dewan

Pada 22 Disember 2005, Pengerusi Angkatan Pelopor India Muslim Selangor dan Wilayah Persekutuan (APIM), Ramli@Mohd Othman Ravinthranath Abdullah menyaman DBP, Ketua Pengarah DBP, Menteri Pendidikan, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, syarikat pencetak Harian (Zulfadzli) Sdn Bhd dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan. Ramli memohon supaya istilah itu dipadamkan dari Kamus Dewan Edisi Ketiga kerana menghina kaum India Malaysia. Tetapi Timbalan Ketua Pengarah DBP, Abu Bakar Mohamad berhujah bahawa APIM tidak mempunyai 'locus standi' (hak di sisi undang-undang) untuk mengemukakan saman tersebut bagi pihak kaum India Muslim.

Pada 29 Disember 2006, Penolong Pendaftar Kanan (SAR) Mahkamah Tinggi, Nik Isfahanie Tasnim Wan Abdul Rahman membenarkan permohonan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menafikan dakwaan APIM bahawa 'Keling' menghina kaum India Malaysia. Pada 14 Mei 2009, Hakim Lau Bee Lan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, memutuskan istilah 'keling' dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga dibenarkan kerana ia untuk tujuan pembelajaran. Tiada mala fide' (niat jahat) kepada mana-mana pihak dan DBP hanya melaksanakan tanggungjawab yang ditetapkan.[4]

Perkataan Keling juga dianggap mempunyai konotasi negetif di Indonesia.[5]

Rujukan

Nota kaki


Pautan luar