Hani Mohsin: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Baris 34: Baris 34:
Cerekarama yang dibintangi pada 1988 itu seolah-olah memberi harapan bintangnya dalam bidang seni akan cerah. Kemampuan Mohsin sebagai aktor disegani mula diakui dan filem [[Jimi Asmara]] serta [[Embun]] membuktikan dia antara pelakon lelaki yang mempunyai ruang mencipta nama besar.
Cerekarama yang dibintangi pada 1988 itu seolah-olah memberi harapan bintangnya dalam bidang seni akan cerah. Kemampuan Mohsin sebagai aktor disegani mula diakui dan filem [[Jimi Asmara]] serta [[Embun]] membuktikan dia antara pelakon lelaki yang mempunyai ruang mencipta nama besar.


Jimi Asmara benar-benar mempopularkan Mohsin. Malah, sejak muncul dalam filem period arahan pengarah wanita, [[Erma Fatima]] ramai peminat memanggilnya dengan nama watak yang dibawakan Mohsin dalam filem itu.
Jimi Asmara benar-benar mempopularkan Mohsin. Malah, sejak muncul dalam filem period arahan pengarah wanita, [[Erma Fatima]] ramai peminat memanggilnya dengan nama watak yang dibawakan Mohsin dalam filem itu. Malahan, menerusi filem itu, di [[Festival Filem Malaysia ke-12]], Hani menerima satu-satunya pencalonan untuk pencapaian beliau sebagai [[Pelakon Lelaki Terbaik (FFM)|pelakon lelaki terbaik di dalam watak utama]].


Kesan Jimi Asmara, Mohsin dilamar [[M Nasir]] untuk membintangi filem, Merah selepas tertarik dengan penampilannya dalam filem itu.
Kesan Jimi Asmara, Mohsin dilamar [[M Nasir]] untuk membintangi filem, Merah selepas tertarik dengan penampilannya dalam filem itu.

Semakan pada 06:28, 24 Ogos 2014

Hani Mohsin
Fail:Hani mohsin.jpg
Hani Mohsin
Kelahiran
Hani Mohsin Hanafi

(1965-06-18)18 Jun 1965
Meninggal dunia25 Julai 2006(2006-07-25) (umur 41)
Kuala Lumpur,Malaysia
Sebab kematianserangan sakit jantung
PasanganTiara Jacquelina (1993-1998)
Bercerai pada 16 Februari 1998
Anak-anakHani Karmila

Hani Mohsin Hanafi (18 Jun 1965- 25 Julai 2006) adalah seorang artis terkenal dari Malaysia dan juga pengacara rancangan permainan tempatan Roda Impian.

Kehidupan Awal

Beliau yang dilahirkan Kangar, Perlis mula menjinakkan diri dengan dunia lakonan ketika menuntut di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan minat itu semakin bercambah apabila melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan.

Di UiTM, Allahyarham mengasah bakat lakonan hingga dilantik sebagai Presiden Persatuan Anak Seni Kampus atau Peska. Selepas tamat pengajian di UiTM pada 1987, Mohsin bekerja sebagai eksekutif pemasaran di sebuah firma swasta.

Kerjaya Sebagai Pelakon

Tetapi, ia bertahan setakat sembilan bulan apabila kerap ponteng bekerja kerana mencari peluang untuk berlakon. Ketika itu, dia menerima tawaran berlakon drama pertama Tapak Gemilang arahan Rahman Adam dan seterusnya siri Naik Tangga Turun Tangga selama 26 episod.

Cerekarama yang dibintangi pada 1988 itu seolah-olah memberi harapan bintangnya dalam bidang seni akan cerah. Kemampuan Mohsin sebagai aktor disegani mula diakui dan filem Jimi Asmara serta Embun membuktikan dia antara pelakon lelaki yang mempunyai ruang mencipta nama besar.

Jimi Asmara benar-benar mempopularkan Mohsin. Malah, sejak muncul dalam filem period arahan pengarah wanita, Erma Fatima ramai peminat memanggilnya dengan nama watak yang dibawakan Mohsin dalam filem itu. Malahan, menerusi filem itu, di Festival Filem Malaysia ke-12, Hani menerima satu-satunya pencalonan untuk pencapaian beliau sebagai pelakon lelaki terbaik di dalam watak utama.

Kesan Jimi Asmara, Mohsin dilamar M Nasir untuk membintangi filem, Merah selepas tertarik dengan penampilannya dalam filem itu.

Secara peribadi, Mohsin puas dengan watak itu apatah lagi peluang membintangi filem period seperti itu tidak selalu datang. Ternyata pengaruh Jimi Asmara agak ‘melekat’ dengan pelakon itu kerana selepas filem terbabit, dia menerima beberapa tawaran watak bercorak period seperti teater, Perempuan Seorang Leftenan Inggeris.

Bagi Mohsin seorang sahaja, watak period memang menarik kerana ia semacam membawanya kembali ke zaman lampau yang klasik. Kelebihan itu juga membawa pengarah asing, John Boorman menawarkannya watak sebagai lelaki Burma dalam filem Beyond Rangoon.

Demi menghidupkan wataknya, Mohsin sanggup botakkan kepala.

Penerbit

Selepas enam tahun berkecimpung sebagai pelakon, Allahyarham memperluaskan langkahnya dengan menjadi produser pada 1994 menerusi syarikatnya, Imagine Pictures. Antara drama yang diterbitkan syarikatnya ialah Boneka, Aida Shada, Kita Bertemu Di Cameron Highlands, Keranda Untuk Kekanda, Jauh (12 Episod) dan Pukul 2 Petang.

Pun begitu, Mohsin agak keberatan untuk mencuba bakat sebagai pengarah. Memetik katanya dalam satu temu bual, "Tidak guna jadi pengarah kalau sekadar mahu menambahkan bilangan pengarah tempatan sedangkan hasilnya tiada. Saya belum bersedia kerana banyak lagi ilmu yang perlu ditimba."

Selain berlakon, Allahyarham juga dikenali sebagai pengacara berkaliber. Rancangan permainan, Roda Impian siaran Astro Ria menyerlahkan nama Mohsin sebagai pengacara apabila terpilih untuk memimpin program itu menggantikan Halim Othman.

Mohsin menyertai Roda Impian pada 2003 untuk musim ke lapan dan sehingga ini sudah merakamkan lebih 500 episod termasuk untuk musim ke-11.

Keluarga

Allahyarham mendirikan rumah tangga dengan aktres dan produser, Tiara Jacquelina pada 11 September 1993 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hani Karmila. Bagaimanapun, jodoh mereka tidak panjang apabila Mohsin dan Tiara berpisah pada 16 Februari 1998. Perceraian mereka disahkan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 4 Jun tahun yang sama.

Meninggal Dunia

Beliau meninggal dunia pada 25 Julai 2006 di Terminal Tambang Murah (LCCT) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana pengsan akibat serangan sakit jantung ketika beliau menunggu penerbangan ke Pulau Langkawi untuk melancong bersama anaknya Hani Karmila. Kini Hani Karmila tinggal bersama dengan ibunya,Tiara Jacquelina dan Dato' Seri Mohd Effendi Norwawi.

Filem

  1. Operasi Cegah Jenayah [O.C.J]
  2. Nadia
  3. Hanny
  4. Jimi Asmara
  5. Ringgit Kasorrga
  6. Merah
  7. Scoop
  8. Spinning Gasing
  9. Embun
  10. Man Laksa

Rujukan