Manchester United F.C.: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
→‎1969-1986: Fixed typo
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Graphium (bincang | sumb.)
→‎Skuad semasa: + Di Maria
Baris 164: Baris 164:
== Pemain ==
== Pemain ==
=== Skuad semasa ===
=== Skuad semasa ===
{{updated|25 Julai 2014.}}<ref>{{cite web |title=Pemain utama |url=http://www.manutd.com/en/Players-And-Staff/First-Team.aspx |publisher=ManUtd.com (Manchester United) |accessdate=16 September 2013 }}</ref>
{{updated|27 Ogos 2014.}}<ref>{{cite web |title=Pemain utama |url=http://www.manutd.com/en/Players-And-Staff/First-Team.aspx |publisher=ManUtd.com (Manchester United) |accessdate=16 September 2013 }}</ref>


{{fs start}}
{{fs start}}
Baris 173: Baris 173:
{{fs player |no=5 |nat=ARG |pos=DF |name=[[Marcos Rojo]]}}
{{fs player |no=5 |nat=ARG |pos=DF |name=[[Marcos Rojo]]}}
{{fs player |no=6 |nat=NIR |pos=DF |name=[[Jonny Evans]] }}
{{fs player |no=6 |nat=NIR |pos=DF |name=[[Jonny Evans]] }}
{{fs player |no=7 |nat=ARG |pos=MF |name=[[Ángel di María]]}}
{{fs player |no=8 |nat=ESP |pos=MF |name=[[Juan Mata]] }}
{{fs player |no=8 |nat=ESP |pos=MF |name=[[Juan Mata]] }}
{{fs player |no=10 |nat=ENG |pos=FW |name=[[Wayne Rooney]]|other=[[Kapten (bola sepak)|kapten]]}}
{{fs player |no=10 |nat=ENG |pos=FW |name=[[Wayne Rooney]]|other=[[Kapten (bola sepak)|kapten]]}}

Semakan pada 09:32, 27 Ogos 2014

Manchester United F.C.
Manchester United's emblem
Nama penuhManchester United Football Club
GelaranThe Red Devils[1]
Diasaskan1878, sebagai Newton Heath L&YR F.C.
StadiumOld Trafford
Trafford
Greater Manchester
England
(Kapasiti: 75,957[2])
PemilikKeluarga Glazer
PengerusiJoel & Avram Glazer
PengurusLouis van Gaal
LigaLiga Perdana Inggeris
2013–14Liga Perdana Inggeris, ke-7
Tapak sesawangLaman kelab
A red shirt with a white-black collar. White shorts. Black socks with a red band.
Warna tuan rumah
A white shirt with a black collar. Black shorts. White socks with a black band.
Warna tempat lawan
A blue shirt with a dark blue collar and orange stripes down the sides and arms. Blue shorts with orange stripes down the side. Blue socks with orange stripes down the side.
Warna ketiga
Musim semasa

Manchester United Football Club merupakan kelab bola sepak Inggeris terkenal, berpusat di Old Trafford di Trafford, Greater Manchester, dan juga merupakan salah satu kelab sukan terkenal dengan lebih 50 juta peminat di serata dunia .[3] Manchester United adalah merupakan salah satu kelab yang berjaya di dunia, dengan telah memenangi Liga Perdana Inggeris/Divisyen Pertama Liga Bola Sepak Inggeris sebanyak 20 kali, Piala FA 11 kali (rekod kelab Inggeris), Piala Liga empat kali, Piala Eropah tiga kali, Piala Pemenang Piala UEFA sekali, Piala Antara Benua (Intercontinental Cup) sekali, Piala Super Eropah (European Super Cup) sekali, dan Piala Dunia Kelab FIFA sekali. Kelab ini juga memegang purata tertinggi kehadiran penonton dalam sejarah bola sepak Inggeris sepanjang 34 musim, dengan pengecualian pada tahun 1987-89 semasa pembangunan semula Old Trafford.[4] Kelab ini juga mendapat tempat kedua dalam undian "Kelab FIFA Abad ke-20", di belakang Real Madrid (berasaskan undian pembaca dwi-bulanan Majalah FIFA pada Disember 2000).

Semenjak tahun 1991, kelab ini telah beroperasi sebagai syarikat awam-berhad, dengan cubaan pengambilalihan oleh Rupert Murdoch pada tahun 1998 di sekat oleh Kerajaan British. Walau bagaimanapun, pada Mei 2005 Malcolm Glazer berjaya menyempurnakan pengambilalihan kelab dan mengeluarkan kelab dari senarai bursa saham. Pengurus kelab ketika ini iaitu Louis van Gaal.

Sejarah

Tahun-tahun awal (1878-1945)

Kelab ini telah ditubuhkan sebagai Newton Heath F.C. pada 1878 sebagai pasukan pekerja dari stesen Keretapi Lancashire dan Yorkshire di Newton Heath. Selepas hampir muflis pada tahun 1902, kelab ini telah diambil alih oleh J H Davies dan ditukar nama kepada Manchester United. Padang Old Trafford telah di bom pada Perang Dunia Kedua, menyebabkan kelab ini meminta ikhsan dari jiran terdekat mereka Manchester City, yang mana membenarkan mereka untuk menggunakan padang di Maine Road untuk seketika.

Tahun-tahun Busby (1945-1969)

Plak di Old Trafford sempena memperingati mereka-mereka yang terkorban di dalam tragedi Munich Air.
Fail:Sirmatt01.JPG
Penanda jalan Sir Matt Busby Way yang terkenal.


Matt Busby telah dilantik menjadi pengurus pada tahun 1942 dan telah mengambil langkah yang yang tidak pernah didengar ketika itu, dengan menyertai pemain ketika latihan serta melakukan kerja-kerja pentadbiran. Beliau dengan segera mencapai kejayaan, apabila kelab ini berjaya menghabiskan liga ditempat kedua pada tahun 1947 dan memenangi Piala FA pada tahun 1948.

Beliau juga telah membawa polisi mengambil pemain dari pasukan belia bilamana sesuai, dan telah memenangi liga pada 1956 dengan purata umur pemain hanya pada 22 tahun. Polisi belia ini telah memainkan peranan yang penting kepada kejayaan kelab ini. Pada musim berikutnya, mereka sekali lagi memenangi liga dan berjaya mara ke perlawanan akhir Piala FA, kalah kepada Aston Villa. Mereka juga merupakan pasukan Inggeris pertama yang bertanding didalam Piala Eropah, dan berjaya sampai ke separuh akhir.

Tragedi telah menimpa pada musim berikutnya, apabila pesawat yang membawa pulang pasukan dari perlawanan Piala Eropah terhempas ketika berlepas setelah mengisi minyak di Munich. Tragedi Munich pada 6 Februari 1958 telah mengorbankan lapan pemain dan lima belas penumpang lainnya. Terdapat andaian bahawa kelab ini akan gulung tikar, tetapi, dengan Jimmy Murphy mengambil alih sebagai pengurus ketika Matt Busby beransur pulih dari kecederaan, kelab ini terus bermain menggunakan pemain-pemain simpanan. Walaupun begitu, mereka berjaya mencapai perlawanan akhir Piala FA sekali lagi, dimana mereka tewas kepada Bolton Wanderers.

Busby membina kembali pasukan pada awal 1960-an, dengan mengikat pemain seperti Denis Law dan Pat Crerand. Pasukan ini telah memenangi Piala FA pada tahun 1963, dan selepas itu memenangi liga pada tahun 1965 dan 1967 diikuti oleh Piala Eropah pada tahun 1968, sekaligus menjadi kelab pertama Inggeris yang berjaya melakukannya. Kelab ini juga terkenal kerana mempunyai tiga pemenang Pemain Bola Sepak Eropah Tahunan: Bobby Charlton, Denis Law dan George Best. Busby bersara daripada menjadi pengurus pada tahun 1969 dan telah digantikan oleh jurulatih pasukan simpanan dan juga merupakan bekas pemain United, Wilf McGuinness.

1969-1986

Manchester United FC badge in the 1970s

United berusaha untuk mengantikan Busby, dan pasukan ini juga berusaha dibawah kendalian Wilf McGuinness dan Frank O'Farrell sebelum Tommy Docherty menjadi pengurus pasukan di akhir tahun 1972. Docherty, atau di kenali juga sebagai 'The Doc', telah menyelamatkan United dari penurunan divisyen pada musim itu tetapi United akhirnya tersingkir pada tahun 1974. Pasukan ini telah layak untuk kembali pada percubaan pertama dan berjaya ke perlawanan akhir Piala FA pada tahun 1976, tetapi telah dikalahkan oleh Southampton. Mereka berjaya ke perlawanan akhir sekali lagi pada tahun 1977, mengalahkan Liverpool. Walaupun dengan kejayaan ini, dan dengan populariti beliau ke atas penyokong, Docherty telah dipecat selepas perlawanan akhir selepas beliau diketahui telah menjalinkan hubungan dengan isteri kepada seorang ahli fisioterapi.

Dave Sexton telah menggantikan Docherty sebagai pengurus pada musim panas tahun 1977, dan membuat pertukaran formasi yang lebih bercorak pertahanan kepada pasukan. Corak ini tidak begitu popular kepada penyokong, yang mana telah biasa dengan corak serangan yang biasa digunakan oleh Docherty dan Busby, dan selepas gagal untuk memenangi trofi Sexton, beliau telah dipecat pada tahun 1981, walaupun telah memenangi tujuh perlawanan terakhir semasa beliau bertugas.

Beliau telah digantikan dengan seorang yang ranggi bernama Ron Atkinson yang mana telah memecahkan rekod perpindahan British untuk mengikat Bryan Robson dari West Brom. Pasukan Atkinson telah menonjolkan beberapa pemain-pemain baru seperti Jesper Olsen dan Gordon Strachan yang bermain bersama-sama bekas pemain pasukan belia, Norman Whiteside dan Mark Hughes. United telah memenangi Piala FA pada tahun 1983 dan 1985 dan telah menjadi pilihan untuk memenangi liga pada musim 1985-86 selepas memenangi sepuluh perlawanan pertama liga mereka, membuka sepuluh mata perbezaan kepada pasukan lawan seawal Oktober. Prestasi pasukan telah jatuh, walau bagaimanapun, United hanya dan telah berjaya menghabiskan musim di tempat keempat. Prestasi yang buruk telah mengikut untuk musim berikutnya, dan dengan United yang hampir di akhir zon penurunan Divisyen Pertama, Atkinson telah dipecat.

Era Alex Ferguson, sebelum treble (1986-1998)

Alex Ferguson tiba dari Aberdeen untuk menggantikan tempat Atkinson dan memimpin kelab untuk menghabiskan liga di tempat ke-11. Pada musim berikutnya (1987-88), United menghabiskan liga di tempat kedua, dengan Brian McClair menjadi pemain United pertama selepas George Best untuk menjaringkan dua puluh gol dari pada liga dalam satu musim.

Walau bagaimanapun, United terpaksa berhempas pulas sepanjang dua musim berikutnya, dengan kebanyakan pemain baru Ferguson tidak mencapai jangkaan peminat. Alex Ferguson telah banyak kali dilaporkan hampir dipecat ketika awal tahun 1990 tetapi gol Mark Robins memberikan kemenangan tipis kepada United pada pusingan ketiga Piala FA mengatasi Nottingham Forest, yang mana ramai menganggapnya sebagai kemenangan yang menyelamatkan karier Ferguson. United telah mara untuk memenangi pertandingan tersebut, mengalahkan Crystal Palace pada final ulangan.

United memenangi Piala Juara-Juara Eropah pada 1990-91, mengalahkan juara Sepanyol tahun tersebut, Barcelona dalam aksi final pertandingan, tetapi mengecewakan buat United pada musim berikutnya selepas United disingkirkan oleh Leeds United akibat kemerosotan. Pada masa yang sama, dalam tahun 1991, nilai kelab telah meningkat di Bursa Saham London dengan nilai sebanyak £47 juta[5], memperlihatkan kewangannya ke pada umum.

Ketibaan Éric Cantona pada November 1992 telah memberikan sinar penting kepada United, dan diadun bersama dengan kebolehan terbaik yang dimiliki oleh Gary Pallister, Denis Irwin dan Paul Ince, bersama-sama bintang yang meningkat naik seperti Ryan Giggs, mereka menamatkan musim 1992-93 sebagai juara buat kali pertama semenjak 1967. Mereka memenangi "dua kejuaraan" (liga Inggeris dan Piala FA) untuk kali pertama pada musim berikutnya, dibantu dengan kemasukan Roy Keane, pemain tengah yang gigih dari Nottingham Forest, yang mana akan menjadi kapten kelab. Walau bagaimanapun pada tahun yang sama, kelab ini telah berdukacita berikutan dengan kematian pengurus legenda dan presiden kelab Matt Busby, yang telah kembali pada 20 Januari 1994.

Pada musim 1994-95, Cantona telah menerima penggantungan selama lapan bulan kerana telah melompat ke tempat orang ramai dan menyerang Matthew Simmons, seorang penyokong Crystal Palace, dalam perlawanan United di Selhurst Park. Seri pada perlawanan terakhir liga dan kalah kepada Everton didalam perlawanan akhir Piala FA menjadikan United sebagai naib juara di kedua-dua, liga dan Piala FA. Ferguson selepas itu telah membuat perubahan yang mengejutkan penyokong kelab dengan menjual pemain utama dan menggantikan mereka dengan pemain dari pasukan belia, termasuk David Beckham, Gary Neville, Phil Neville dan Paul Scholes. Pemain-pemain baru ini, sebahagiannya terus menjadi pemain pasukan kebangsaan England, melakukannya dengan baik dan membolehkan United memenangi dua kejuaraan sekali lagi pada musim 1995-96. Ini merupakan kali pertama sebuah kelab Inggeris memenangi dua kejuaraan sebanyak dua kali. [6]

Rekod tanpa kalah Eropah United telah dipecahkan oleh Fenerbahçe, yang memenangi 1-0 di Old Trafford pada 30 Oktober 1996 dengan gol Elvir Bolić yang membias.

Mereka memenangi liga pada tahun 1997, dan Éric Cantona telah mengumumkan persaraan beliau dari bola sepak pada umur 30. Mereka telah memulakan musim (1997-98) dengan baik, tetapi mereka hanya berjaya menamatkan liga di tempat kedua pada musim tersebut, di belakang pemenang dwi-kejuaraan Arsenal.

Kejuaraan treble (1998-99)

1998-99 merupakan musim di mana Manchester United telah mencapai kejayaan di dalam sejarah kelab bola sepak Inggeris selepas mereka berjaya menjadi pasukan Inggeris yang pertama dan satu-satunya untuk memenangi "Treble" - memenangi Premiership, Piala FA dan Liga Juara-Juara UEFA pada musim yang sama. Selepas menghadapi musim Liga Perdana yang sukar, Manchester United berjaya memenangi kejuaraan pada hari terakhir dengan mengalahkan Tottenham Hotspur 2-1, sementara Arsenal menang 1-0 ke atasAston Villa. Memenangi Premiership merupakan bahagian pertama untuk mendapatkan Treble, bahagian yang digambarkan Alex Ferguson sebagai yang paling sukar. Di dalam perlawanan akhir Piala FA, United bertemu Newcastle United dan menang 2-0 dengan jaringan dari Teddy Sheringham dan Ole Gunnar Solskjaer. Pada perlawanan terakhir untuk musim tersebut, Perlawanan Akhir Liga Juara UEFA 1999 mereka mengalahkan Bayern Munich yang mana dianggap sebagai kemuncak perlawanan terhebat pernah disaksikan. Selepas ketinggalan dengan gol awal jaringan sepakan percuma Mario Basler, United berada di belakang Bayern selama 85 minit. Selepas hampir 90 minit mereka mendapatkan sepakan sudut yang telah disempurnakan oleh pemain gantian Teddy Sheringham untuk gol penyamaan. Tidak berputus asa, United memperolehi gol kedua hasil sepakan sudut David Beckham, yang dijaringkan oleh Ole Gunnar Solskjaer, seorang lagi pemain gantian. Ferguson kemudiannya dikurniakan darjah kebesaran Britain kerana khidmatnya kepada bola sepak.

Selepas treble (1999-2013)

United memenangi liga pada tahun 2000 dan 2001 tetapi pihak akhbar melihat musim tersebut sebagai kegagalan kerana mereka tidak berjaya mendapatkan Piala Eropah. Sir Alex telah menggunakan taktik bertahan untuk membuatkan United susah untuk dikalahkan di Eropah tetapi ia tidak berjaya dan United menghabiskan musim di tempat ketiga pada musim 2002. Mereka telah berjaya mendapatkan kembali kejuaraan liga pada musim berikutnya (2002-03) dan memulakan musim berikutnya dengan baik, tetapi prestasi mereka telah jatuh secara drastik apabila Rio Ferdinand menerima pengantungan kontroversi selama lapan bulan akibat gagal mengambil ujuan dadah. Walau bagaimanapun mereka memenangi Piala FA 2004, menyingkirkan Arsenal (akhirnya merupakan juara liga musim tersebut) ketika di dalam pendakian ke perlawanan akhir, yang mana mereka telah mengalahkan Millwall.

Musim 2004-05 telah digambarkan sebagai kegagalan untuk menjaringkan gol, sebahagian besarnya disebabkan oleh kecederaan penyerang Ruud van Nistelrooy dengan United telah menghabiskan musim tersebut tanpa sebarang piala dan di tempat ketiga liga. Kali ini , dengan mereka juga tidak mendapat "hadiah saguhati" piala FA selepas Arsenal mengalahkan United pada penentuan sepakan penalti selepas seri tanpa jaringan selama 120 minit. Di luar padang, cerita utama keluar yang menyatakan kemungkinan besar bahawa kelab ini akan diambil alih pada penghujung musim, oleh ahli perniagaan Tampa Malcolm Glazer, (juga merupakan pemilik pasukan Ragbi Amerika Tampa Bay Buccaneers), cuba mengambil alih kepentingan kelab. United telah memulakan musim 2005-06 dengan agak kurang menyakinkan, dengan pemergian pemain tengah Roy Keane ke Celtic selepas membuat kritikan secara umum kepada beberapa pemain pasukan, dan kelab ini gagal untuk layak ke fasa kalah-mati Liga Juara UEFA untuk kali pertama sepanjang sedekad selepas tewas kepada kelab Portugis SL Benfica. Pada musim ini juga mereka mendapat tamparan hebat dengan kecederaan kepada pemain utama seperti Gabriel Heinze, Alan Smith, Ryan Giggs dan Paul Scholes. Walau bagaimanapun, mereka telah berjaya mengelak dari menghabiskan musim dengan tangan kosong - satu kekecewaan yang tidak pernah dirasai sepanjang 17 tahun - dengan memenangi Piala Liga dengan mengalahkan pasukan yang baru mendapat kenaikan Wigan Athletic di perlawanan akhir 4-0. United juga telah memastikan mereka berakhir di tempat kedua dan secara automatik layak ke Liga Juara pada hari terakhir musim dengan mengalahkan Charlton Athletic 4-0. Pada akhir musim 2005-2006, penyerang utama United, Ruud van Nistelrooy, telah meninggalkan kelab untuk bersama-sama Real Madrid, kerana a berbalah dengan Alex Ferguson.[7]

Pengambilalihan Malcolm Glazer

Pada 13 Mei 2005, ahli perniagaan Malcolm Glazer telah mendapat semua kepentingan di dalam kelab menerusi pelaburan Red Football Ltd. dalam pengambilan nilai kelab yang berjumlah hampir £800 juta (lebih kurang $1.5 bilion atau RM5.5 bilion). Pada 16 Mei, beliau menambah saham kepada 75% untuk mengeluarkan kelab tersebut daripada Bursa Saham, menjadikannya milik persendirian sekali lagi, dan telah mengumumkan niat beliau dalam masa 20 hari. Pada 8 Jun beliau telah melantik anak-anak beliau menjadi lembaga pengarah kepada Manchester United sebagai pegawai bukan eksekutif.

Pada Julai 2006 kelab ini telah mengumumkan pakej pinjaman semula. Kerana sebelum ini hutang yang diambil Glazers untuk pembelian kelab telah terbahagi kepada kelab dan keluarga, tetapi kini ia akan hanya terdiri daripada kelab. Dengan jumlahnya menjadi £660 juta, yang mana pembayaran interest akan menjadi £62 juta setahun. Ia merupakan pengurangan pembayaran interest sebanyak 30%.

2013-

Pada 1 Julai 2013, Sir Alex Ferguson bersara selepas mengurus United selama 26 tahun. Ferguson telah mencadangkan David Moyes dilantik sebagai pengurus baharu United. Menandatangani kontrak enam tahun, beliau mendapat piala pertama selepas menewaskan Wigan Athletic 2–0 bagi memenangi FA Community Shield. Bagaimanapun, United bermain agak teruk dalam perlawanan pra-musim dan tewas 3 kali dalam enam perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris 2013-14, permulaan terburuk mereka sejak lebih dua dekad.

Lencana dan warna

Semasa hari-hari Newton Heath, pakaian tuan rumah kelab ini adalah berwarna kuning dan hijau; corak tersebut telah dikembalikan sebagai pakaian semasa keluar pada awal tahun 1990-an sempena memperingati ulangtahun yang ke-100 kelab. Kelengkapan tuan rumah Manchester United yang paling dikenali ialah jersi berwarna merah, seluar putih dan stokin berwarna hitam. Kelengkapan semasa keluar pula kebiasaannya ialah jersi berwarna putih dengan seluar hitam dan stokin berwarna putih.

Kelengkapan ketiga kebiasaannya berwarna biru tetapi kelab ini juga pernah menggunakan hitam keseluruhan dan pada satu ketika pada pertengahan tahun 90-an mereka menggunakan kelabu keseluruhan. Jersi mereka kini telah ditaja oleh penaja utama AIG dengan baju berwarna merah dengan jalur emas di bahagian tepi. Bahagian lengan mempunyai warna putih manakala simbol AIG dan Nike juga berwarna putih. Sulaman perkataan MUFC dibawah jersi adalah berwarna emas. Gencana kelab diletak di atas corak perisai putih. Jersi untuk perlawanan luar pula berwarna putih dengan jalur hitam di bahagian tepi. Bahagian lengan dan leher mempunyai warna emas manakala simbol AIG, Nike, dan MUFC berwarna hitam. Gencana terletak di atas corak perisai berwarna hitam.

Gencana Manchester United telah beberapa kali ditukar, tetapi ciri-ciri utamanya masih lagi kekal. Lencana ini telah direka berdasarkan gencana bandar Manchester. Bentuk iblis pada gencana kelab adalah berasal dari gelaran kelab "The Red Devils", yang telah dipakai pada awal tahun 60-an selepas Sir Matt Busby mendengarnya sebagai gelaran kepada pasukan liga ragbi Salford yang menggunakan baju merah. Pada akhir tahun 1960-an, iblis tersebut telah mula dimasukkan ke dalam acara dan program kelab, sebelum ia akhirnya dimasukkan ke dalam gencana kelab pada tahun 1970, memegang serampangnya yang jelas. Pada 1998, gencana tersebut telah sekali lagi direka semula, kali ini dengan menghilangkan perkataan "Football Club".

Penajaan

Tempoh Pengeluar kit Penaja baju
1945–1975 Umbro tiada
1975–1980 Admiral
1980–1982 Adidas
1982–1992 Sharp Electronics
1992–2000 Umbro
2000–2002 Vodafone
2002–2006 Nike
2006–2010 AIG
2010–2014 Aon
2014–2015 Chevrolet
2015–2021 Adidas
2021–2025 TBD


Pada 23 November 2005 Vodafone telah menamatkan kontrak tajaan baju empat tahun £36 juta dengan Manchester United. Pada 6 April 2006, ketua eksekutif David Gill mengumumkan AIG sebagai penaja baju baru [8] Manchester United dengan rekod baru kontrak penajaan baju sebanyak £56.5 juta untuk dibayar dalam tempoh empat tahun (£14.1 juta setahun). Manchester United kini mempunyai penajaan kedua terbesar di dunia selepas Juventus dari liga Itali, yang mendapat kontrak dengan Tamoil dengan akses lebihan £15 juta setahun.[9] Perjanjian empat tahun ini telah diumumkan sebagai penajaan terbesar dalam sejarah British, mengatasi perjanjian antara Chelsea dengan Samsung.

Pada awal musim 2010-11, Aon syarikat reinsurans Amerika menjadi penaja utama kelab itu dalam perjanjian empat tahun yang dikatakan bernilai lebih kurang £ 80 juta, menjadikannya urusan penajaan baju paling lumayan dalam sejarah bola sepak. Manchester United mengumumkan kit penaja latihan pertama mereka pada bulan Ogos 2011, bersetuju perjanjian empat tahun dengan DHL dilaporkan bernilai £ 40 juta; ia dipercayai menjadi contoh pertama penajaan kit latihan dalam bola sepak Inggeris.

Pemain

Skuad semasa

Sehingga 27 Ogos 2014.[10]

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No. Pos. Negara Pemain
1 GK Sepanyol David de Gea
2 DF Brazil Rafael
3 DF England Luke Shaw
4 DF England Phil Jones
5 DF Argentina Marcos Rojo
6 DF Ireland Utara Jonny Evans
7 MF Argentina Ángel di María
8 MF Sepanyol Juan Mata
10 FW England Wayne Rooney (kapten)
11 MF Belgium Adnan Januzaj
12 DF England Chris Smalling
13 GK Denmark Anders Lindegaard
14 FW Mexico Javier Hernández
16 MF England Michael Carrick
18 MF England Ashley Young
19 FW England Danny Welbeck
20 FW Belanda Robin van Persie
21 MF Sepanyol Ander Herrera
No. Pos. Negara Pemain
22 MF England Nick Powell
23 MF England Tom Cleverley
24 MF Scotland Darren Fletcher (Penolong kapten)
25 MF Ecuador Antonio Valencia
26 MF Jepun Shinji Kagawa
28 MF Brazil Anderson
29 FW England Wilfried Zaha
30 DF Uruguay Guillermo Varela
31 MF Belgium Marouane Fellaini
34 FW Wales Tom Lawrence
35 MF England Jesse Lingard
36 DF Belgium Marnick Vermijl
38 DF England Michael Keane
40 GK England Ben Amos
48 FW England Will Keane
49 FW England James Wilson
50 GK England Sam Johnstone

Dipinjam

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No. Pos. Negara Pemain
17 MF Portugal Nani (ke Sporting CP sehingga 30 Jun 2015)
FW Chile Ángelo Henríquez (ke Dinamo Zagreb sehingga 30 Jun 2015)

Pinjam

Simpanan

Lihat juga: Akademi Manchester United, Senarai Pemain Manchester United and Kategori:Pemain Manchester United

Bekas pemain

Lihat juga: Akademi Manchester United, Senarai Pemain Manchester United and Kategori:Pemain Manchester United

Rekod pemain

Pemenang Anugerah Pemain Eropah Tahunan (Ballon d'Or)

Penampilan terbanyak

Untuk perlawanan sehingga 19 Mei 2014 dan menurut laman rasmi. Pemain yang dihitamkan masih lagi berada di Manchester United.

# Nama Tahun Penampilan Gol
1 Wales Ryan Giggs 1991 - 2014 963 168
2 England Sir Bobby Charlton 1954 - 1973 759 249
3 England Paul Scholes 1994 - 2011
2012 - 2013
718 155
4 England Bill Foulkes 1952 - 1970 688 9
5 England Gary Neville 1992 - 2011 602 7
6 England Alex Stepney 1966 - 1978 539 2
7 Republik Ireland Tony Dunne 1960 - 1973 536 2
8 Republik Ireland Denis Irwin 1990 - 2002 529 33
9 England Joe Spence 1919 - 1933 510 168
10 Scotland Arthur Albiston 1974 - 1988 485 7

Penjaring terbanyak untuk Manchester United

# Nama Karier Penampilan Gol
1 England Sir Bobby Charlton 1954 - 1973 759 249
2 Scotland Denis Law 1962 - 1973 404 237
3 England Wayne Rooney 2004 - kini 442 216
4 England Jack Rowley 1937 - 1955 424 212
5 Ireland Utara George Best 1963 - 1974 470 179
England Dennis Viollet 1949 - 1962 293 179
7 England Joe Spence 1919 - 1933 510 168
Wales Ryan Giggs 1991 - 2014 965 168
9 Wales Mark Hughes 1980 - 1986
1988 - 1995
466 163
10 England Paul Scholes 1994 - 2011
2012 - 2013
718 155

Pegawai kelab

Manchester United Limited
Manchester United Football Club
Staf Kejurulatihan dan Perubatan
Kakitangan akademi kejurulatihan
  • Pengarah Akademi Remaja: Brian McClair[26]
  • Penolong Pengarah bagi 17–21 tahun: Paul McGuinness
  • Penolong Pengarah bagi 9–16 tahun: Tony Whelan
  • Ketua Jurulatih bawah 18 tahun: Paul McGuinness
  • Ketua Jurulatih bawah 13–16 tahun: Chris Casper[27]
  • Ketua Jurulatih bawah 11–12 tahun: Tony Whelan
  • Ketua Jurulatih bawah 9–10 tahun: Eamon Mulvey
  • Jurulatih Penjaga Gol Akedemi: Alan Fettis[28]
  • Jurulatih Penjaga Gol Akedemi (bawah 9 tahun sehingga bawah 16 tahun): Jack Robinson[29]
  • Jurulatih-Jurulatih Akademi: Eddie Leach, Tommy Martin, Mike Glennie & Andy Welsh
Staff perubatan
  • Doktor: Dr. Steve McNally[30]
  • Pembantu doktor kelab: Dr. Tony Gill
  • Ahli fisioterapi Pasukan Utama: Neil Hough[31]
  • Ahli fisioterapi Akademi Senior: Mandy Johnson
  • Ahli fisioterapi Akademi: John Davin & Richard Merron
  • Tukang urut: Gary Armer, Rod Thornley & Andy Caveney
  • Pakar Diet Kelab: Trevor Lea

Sejarah pengurusan

Tarikh[32] Nama Nota
1878–1892 Tidak diketahui
1892–1900 England A. H. Albut
1900–1903 England James West
1903–1912 England Ernest Mangnall
1912–1914 England John Bentley
1914–1922 England Jack Robson
1922–1926 Scotland John Chapman Pengurus pertama luar dari England
1926–1927 England Lal Hilditch Perkhidmatan paling singkat
1927–1931 England Herbert Bamlett
1931–1932 England Walter Crickmer
1932–1937 Scotland Scott Duncan
1937–1945 England Walter Crickmer
1945–1969 Scotland Matt Busby
1969–1970 England Wilf McGuinness
1970–1971 Scotland Matt Busby
1971–1972 Republik Ireland Frank O'Farrell Pengurus pertama luar dari United Kingdom
1972–1977 Scotland Tommy Docherty
1977–1981 England Dave Sexton
1981–1986 England Ron Atkinson
1986–2013 Scotland Alex Ferguson Sering dapat anugerah kemenangan dan pengurus paling lama berkhidmat dalam sejarah kelab.[33]
2013–2014 Scotland David Moyes
2014 Wales Ryan Giggs Pengurus sementara
2014- Belanda Louis van Gaal Pengurus pertama luar dari United Kingdom dan Ireland

Stadium

Sokongan

Sebelum Perang Dunia II, terdapat beberapa penyokong yang pergi ke permainan di tempat lawan disebabkan masa dan wang. Manchester City dan Manchester United, sebelum ini, bermain permainan di tempat sendiri pada hari Sabtu berganti-ganti. Selepas perang, terdapat satu persaingan lebih kuat dan ia menjadi lebih biasa bagi penyokong memilih satu pasukan untuk disokong.

Bila United memenangi Liga dalam 1956, mereka menpunyai jumlah pukulan rata penghadir terbesar, rekod yang sebelum ini, dipegang oleh Newcastle. Selepas tragedi Munich Air, lebih ramai orang mula menyokong kelab ini. Oleh itu, United masih memegang rekod ini untuk hampir semua tahun selepas itu, walaupun mereka pernah berada di Divisyen Kedua antara tahun-tahun 19741975.

Laporan 2002 Do You Come From Manchester? menunjukkan walaupun Manchester City mempunyai lebih banyak perkadaran penyokong yang memegang tiket bermusim dalam daerah Manchester, tetapi jumlah penyokong United lebih besar.

Pada lewat 1990-an dan awal 2000, isu kerisauan daripada ramai penyokong United ialah kemungkinan bahawa pasukan itu akan dikuasai oleh orang lain. Kumpulan Penyokong IMUSA (Persatuan Penyokong Manchester United Bebas, atau Independent Manchester United Supporters' Association) sangat aktif menentang percubaan rampasan kuasa daripada Rupert Murdoch dalam 1999. Selain itu, kumpulan lain Shareholders United Against Murdoch, yang menjadi Manchester United Supporters' Trust dilahir pada masa itu untuk menggalakkan penyokong membeli saham dalam kelab, yang membolehkan penyokong-penyokong mengambil bahagian perbincangan dalam kelab seperti harga tiket dan parti lain yang ingin mengambil alih kelab. Tetapi, ini gagal menghalang Malcolm Glazer dari mengambilalih kelab Manchester United. Akibatnya ramai penyokong yang marah dengan peristiwa itu, dan mereka memulakan kelab baru iaitu F.C. United of Manchester.

Kejuaraan

Domestik

Eropah

Antarabangsa

Rekod

Untuk senarai lengkap mengenai rekod dan statistik Manchester United F.C., lihat Rekod dan statistik Manchester United F.C..

Lihat juga

Organisasi penyokong

Fanzine

Rujukan

  1. ^ "Manchester United Football Club". Premier League. Dicapai pada 2008-03-02.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan inside_united tidak disediakan
  3. ^ http://www.4thegame.com/features/feature/82571/.html
  4. ^ "European Football Statistics". Dicapai pada 2006-06-24.
  5. ^ Permainan yang mempunyai dua bahagian? Perniagaan bola sepak Bab 4 - Pusat kajian bola sepak, Universiti London
  6. ^ Cantona memahkotakan musim United dengan dua kali keseronokan - cerita dari The Telegraph, pada 11 Disember 2006
  7. ^ "Ruud menuduh Ferguson khianat". BBC. 7 September 2006. Dicapai pada 2006-12-11. Check date values in: |date= (bantuan)
  8. ^ "Baju Manchester United AIG". Football-shirts.co.uk. 7 April 2006. Dicapai pada 2006-05-27. Check date values in: |date= (bantuan)
  9. ^ "£56j penajaan baju baru untuk United". The Scotsman. 7 April 2006. Dicapai pada 2006-04-07. Check date values in: |date= (bantuan)
  10. ^ "Pemain utama". ManUtd.com (Manchester United). Dicapai pada 16 September 2013.
  11. ^ Red Football Shareholder Limited: Group of companies' accounts made up to 30/06/09. Downloaded from Companies House UK
  12. ^ Gardner, Neil (8 Oktober 2009). "Martin Edwards voices concerns over Manchester United's future". Times Online. London: Times Newspapers. Dicapai pada 11 June 2010.
  13. ^ a b c d e "Who are the Directors of Manchester United PLC?". ManUtd.com (Manchester United). Dicapai pada 1 July 2013.[pautan mati]
  14. ^ "Management". ManUtd.com (Manchester United). Dicapai pada 1 July 2013.
  15. ^ "Who are the Directors of Manchester United Football Club?". ManUtd.com (Manchester United). Dicapai pada 17 July 2010.[pautan mati]
  16. ^ "Reds' new Club Secretary". ManUtd.com (Manchester United). 20 December 2009. Dicapai pada 3 December 2010.
  17. ^ "Manchester United appoint Bryan Robson as global ambassador". The Times. London. 20 March 2008. Dicapai pada 11 June 2010.
  18. ^ "New coaching appointment: Albert Stuivenberg". ManUtd.com (Manchester United). 6 Julai 2014. Dicapai pada 6 Julai 2014.
  19. ^ "Manchester United F.C. appoint Louis van Gaal as manager". 19 Mei 2014. Manchester United F.C. Press Office. Dicapai pada 19 Mei 2014.
  20. ^ a b "Coaching Staff: Richard Hawkins". ManUtd.com (Manchester United). Dicapai pada 3 December 2010.
  21. ^ Shergold, Adam (15 July 2013). "United's coaches get tough in training as De Gea and Van Persie return... so it's no wonder they needed a sit down afterwards!". Mail Online. Associated Newspapers. Dicapai pada 2 June 2014.
  22. ^ Bostock, Adam (21 Julai 2014). "Gallery: United's new faces". ManUtd.com (Manchester United). Dicapai pada 30 Julai 2014.
  23. ^ "Van Gaal introduces his backroom staff". ManUtd.com (Manchester United). 25 Julai 2014. m/s. 2. Dicapai pada 30 Julai 2014.
  24. ^ Bartram, Steve (16 December 2010). "Res: United 5 N'wcstle 1". ManUtd.com (Manchester United). m/s. 3. Dicapai pada 10 March 2011.
  25. ^ "Papers: Reds in for keeper". ManUtd.com (Manchester United). Dicapai pada 3 December 2010.
  26. ^ "Coaching Staff – Brian McClair". ManUtd.com (Manchester United). Dicapai pada 3 December 2010.
  27. ^ Ocean of Optimism (30 June 2010). "Casper In As Man Utd Youth Guru". Vital Grimsby Town. Vital Network. Dicapai pada 2 June 2014.
  28. ^ Marshall, Adam (28 July 2014). "Keeper focus: Joel Pereira". ManUtd.com (Manchester United). Dicapai pada 29 July 2014.
  29. ^ "Hands-on top flight training for Pickering Town 'keeper Toby Wells". York Press. Newsquest (Yorkshire & North East). 20 July 2011. Dicapai pada 6 July 2014.
  30. ^ "Reds appoint new club doctor". ManUtd.com (Manchester United). 4 July 2006. Dicapai pada 3 December 2010.
  31. ^ Bostock, Adam (4 July 2014). "United physio Swire retires". ManUtd.com (Manchester United). Dicapai pada 6 July 2014.
  32. ^ Barnes et al. (2001), pp. 54–57.
  33. ^ "Managers: Sir Alex Ferguson". ManUtd.com (Manchester United). Dicapai pada 3 December 2010.
  34. ^ Up until 1992, the top division of bola sepak Inggeris was the Football League First Division; since then, it has been the FA Premier League.
  35. ^ The second division became the first division upon the formation of the Premier League and then the Championship.

Pautan luar

Rasmi
Laman media bebas

Templat:Link FA Templat:Link FA Templat:Link FA Templat:Link FA Templat:Link FA Templat:Link FA Templat:Link FA Templat:Link GA