Kapal tempur: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aurobot (bincang | sumb.)
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 2: Baris 2:


[[Imej:Uss_iowa_bb-61_pr.jpg|thumb|250px|Kapal perang USS Iowa membedil bertubi ke arah ''starboard'' (kanan)]]
[[Imej:Uss_iowa_bb-61_pr.jpg|thumb|250px|Kapal perang USS Iowa membedil bertubi ke arah ''starboard'' (kanan)]]
[[File:BB61 USS Iowa BB61 broadside USN.jpg|thumb|Kuasa tembakan yang ditunjukkan oleh {{USS|Iowa|BB-61|6}} (c. 1984). Ledakan meriamnya mengherot permukaan lautan.]]


Dalam sejarah angkatan laut, '''kapal tempur''' merupakan [[kapal perang]] yang paling banyak dilengkapi senjata dan perisai. Pada pertengahan [[abad ke-20]] ia menjadi lapuk oleh [[kapal induk]]. Walaupun sesetengah masih terus digunakan untuk membedil sasaran persisiran pantai dan sebagai pelantar [[peluru berpandu]], kapal perang terakhir dibersarakan pada akhir [[1990]]an.
Dalam sejarah angkatan laut, '''kapal tempur''' merupakan [[kapal perang]] yang paling banyak dilengkapi senjata dan perisai. Pada pertengahan [[abad ke-20]] ia menjadi lapuk oleh [[kapal induk]]. Walaupun sesetengah masih terus digunakan untuk membedil sasaran persisiran pantai dan sebagai pelantar [[peluru berpandu]], kapal perang terakhir dibersarakan pada akhir [[1990]]an.

Semakan pada 23:19, 14 September 2014

Rencana ini adalan mengenai kapal tempur sebagai jenis kapal perang. Lihat juga Permainan kapal perang.

Kapal perang USS Iowa membedil bertubi ke arah starboard (kanan)
Kuasa tembakan yang ditunjukkan oleh USS Iowa (c. 1984). Ledakan meriamnya mengherot permukaan lautan.

Dalam sejarah angkatan laut, kapal tempur merupakan kapal perang yang paling banyak dilengkapi senjata dan perisai. Pada pertengahan abad ke-20 ia menjadi lapuk oleh kapal induk. Walaupun sesetengah masih terus digunakan untuk membedil sasaran persisiran pantai dan sebagai pelantar peluru berpandu, kapal perang terakhir dibersarakan pada akhir 1990an.

Nama "kapal tempur" pada asalnya diberikan kepada taraf-pertama, taraf-kedua, dan taraf-ketiga kapal dalam barisan (ship of the line) semasa zaman layar (age of sail). Kapal ini dikenali sebagai "kapal baris pertempuran utama", atau diringkaskan sebagai kapal tempur.

Kapal perang Pre-Dreadnought

Kapal tempur awal menyerupai kapal perang moden dibina pada akhir abad ke-19, beberapa tahun selepas kapal perang USS Monitor dan CSS Virginia bersarung besi bertempur di Hampton Roads, Virginia. Kapal perang yang dibina pada akhir abad ke-19 biasanya mempunyai empat atau lebih meriam besar (sekitar 12 inci diameter), dan pelbagai meriam lebih kecil.

Turret, kepingan perisai, dan enjin stim adalah peningkatan sepanjang beberapa tahun, dan tube torpedo diperkenalkan. Kapal perang sebeginilah yang membentuk "Great White Fleet".

Dreadnought

Reka bentuk kapal tempur berubah, bagaimanapun, dengan pelancaran HMS Dreadnought pada tahun 1906. Dreadnought mempunyai sepuluh meriam 12 inci dipasang pada 5 turet, menberikannya lebih daya tembak berbanding kapal tempur lain yang hanya mempunyai empat meriam 12 inci dipasang pada 2 turet. Ia sungguh revolutionari sehinggakan kapal tempur yang dibina sebelumnya dikelaskan sebagai "kapal perang pre-Dreadnought", dan yang selepasnya sebagai "kapal perang post-Dreadnought" atau lebih mudah "dreadnought". Ciptaan besar lain Dreadnought merupakan pengenalan turbin stim, membolehkannya mengekalkan kuasa maksima dengan lebih lama dan pengendalian yang kurang berbanding sebelumnya yang dipancu oleh enjin tiga bukaan dan yang sesama dengannya.

Perang Dunia I

Perlumbaan senjata telah bermula sejak 1890-an lagi, terutamanya antara Jerman dan United Kingdom.

Angkatan Royal Navy United Kingdom telah menguasai lautan untuk sebahagian besar abad ke-19, tetapi Kaiser Wilhelm mahu mengubah keadaan itu, untuk sebab strategik, dan untuk mempunyai angkatan laut yang besar. Puncak perlumbaan ini ialah kebuntuan semasa Perang Dunia I. High Seas Fleet Jerman dan Grand Fleet Britain adalah terlalu mahal untuk dikorbankan dalam peperangan, jadi kedua-dua armada menghabiskan kebanyakan masa di pelabuhan, menunggu sekiranya armada lawan akan turun ke medan. Satu-satunya pertemuan kedua armada ini ialah semasa Pertempuran Jutland yang terbantut: satu kemenangan taktikal bagi pihak Jerman (dengan 14 kapal Britain ditenggelamkan berbanding dengan hanya 11 kapal milik Jerman) namun merupakan satu kemenangan strategik bagi Britain (High Seas Fleet kerana armada Jerman kekal di pelabuhan sepanjang perang tersebut).

Selepas Perang Dunia I, Perjanjian Armistice 1918 memaksa kebanyakan Angkatan Laut Dalam (High Seas Fleet) Jerman disimpan di Scapa Flow, Scotland. Kapal-kapal tersebut berjaya ditenggelamkan oleh kelasi-kelasi Jerman sendiri pada Jun 1919.

Perang Dunia II

Perjanjian Navy Washington pada tahun 1924, mengurangkan perlumbaan angkatan laut dunia bagi membina kapal perang mereka, dengan pelbagai kapal sama ada dilupuskan atau ditukar menjadi kapal lain. Perjanjian tersebut kekal sehingga 1936, apabila angkatan laut dunia mula bersiap sedia. Beberapa kapal terkenal seperti Bismarck, Missouri, dan Yamato telah dilancarkan sebagai persediaan menghadapi Perang Dunia II yang akan datang.

Pada awal permulaan Pertempuran Atlantik (1940), armada Jerman telah mengancam konvoi Atlantik, maka armada perang Britain menumpukan usaha mereka untuk mencari dan memusnahkannya. Kapal perang (kapal tempur) dan kapal tempur poket Jerman berjaya pada awalnya, seperti apabila Scharnhorst dan Gneisenau mengejutkan dan menenggelamkan kapal induk HMS Glorious pada Jun 1940. Kemudian apabila Bismarck menenggelamkan kruiser tempur HMS Hood pada Mei 1941, Perdana Menteri Britain Winston Churchill mengerahkan semua kapal Royal Navy menyerangnya.

Walau bagaimanapun, teknologi telah memintas kapal tempur. Meriam kapal tempur mungkin boleh menembak sejauh 30 batu, tetapi kapal induk dengan pesawat tempurnya boleh menyerang dari jarak beratus batu, dan radar membuatkan serangan-serangan tersebut lebih berkesan. Bismarck telah berjaya ditenggelamkan beberapa hari selepas ia memusnahkan HMS Hood, selepas ia dilumpuhkan oleh pengebom torpedo dari HMS Victorious dan HMS Ark Royal.

Pengeboman Pearl Harbor oleh Jepun telah meneggelam dan merosakkan kebanyakan kapal tempur Pasifik AS, namun kapal-kapal induk yang berada di lautan terselamat, dan kapal-kapal tersebut yang memberi kelebihan kepada AS semasa Pertempuran Midway. Peranan kapal tempur di Pasifik kemudiannya berubah sebagai pengebom persisiran dan pengawal kapal induk. Kapal tempur terbesar yang pernah dibina, Yamato dan Musashi dari Jepun, telah dimusnahkan dengan pesawat tempur kapal induk AS. Manakala kapal tempur Jerman terakhir Tirpitz terselamat sementara dengan bersembunyi di beberapa fjord di Norway, namun akhirnya turut dimusnahkan.

Dan dalam pertempuran terakhir antara kapal tempur, kapal tempur Amerika Syarikat South Dakota dan Washington berjaya menewaskan Kirishima Jepun di Pertempuran Guadacanal ke2 dekat Pulau Savo.

Akibat perubahan teknologi, rancangan untuk kapal tempur lebih besar, seperti kelas Montana Amerika dan kelas Super Yamato Jepun, dibatalkan. Pada akhir perang, hampir kesemua kapal perang dunia dibersarakan atau dilupuskan.

Selepas Perang Dunia II

Amerika Syarikat mentauliahkan kembali kesemua empat kapal tempur kelas Iowa semasa Perang Korea dan USS New Jersey bagi Perang Vietnam. Ia digunakan terutamanya sebagai pengeboman persisiran pantai.

Kesemua keempatnya ditauliahkan kembali kesemua di bawah pentakbiran Reagan dan diubah suai bagi membawa Peluru berpandu Tomahawk, dengan New Jersey terbabit dalam pengeboman Lubnan, sementara Missouri dan Wisconsin membedil meriam 16-inci mereka pada sasaran darat dan melancarkan peluru berpandu dalam Perang Teluk.

Kesemua keempat mereka dibersarakan pada awal 1990-an, kapal tempur terakhir dalam perkhidmatan aktif. Missouri, Wisconsin, dan New Jersey sekarang adalah muzium; Iowa telah disimpan ("mothballed.")

Lihat juga

Templat:Link FA Templat:Link FA Templat:Link FA