Warkop: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Cat N' Rat (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan ''''Warkop''' merupakan salah satu kumpulan pelawak Indonesia. Sebelum Nanu Mulyono dan Rudy Badil keluar dari kumpulan itu, ianya dinamakan Warkop Pramb...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 12:06, 4 Oktober 2014

Warkop merupakan salah satu kumpulan pelawak Indonesia. Sebelum Nanu Mulyono dan Rudy Badil keluar dari kumpulan itu, ianya dinamakan Warkop Prambors.

Sejarah

= Warkop Prambors

Fail:Warkop Prambors.jpg
Ahli kumpulan Warkop Prambors

Kumpulan ini mulai terbentuk pada tahun 1973. Filem pertama mereka adalah Mana Tahaaan..... Sebelum itu, Rudy Badil mulai jarang terlihat. Adakalanya dikatakan meninggal, ada yang dikatakan keluar dari kumpulan itu. Nanu pula keluar dari kumpulan itu pada tahun 1979. Pada masa itu, mereka bertiga - Dono, Kasino dan Indro menyerahkan royalti kepada Prambors, sebuah stesen radio. Akhirnya kumpulan ini dinamakan Warkop DKI (DKI adalah akronim untuk Dono-Kasino-Indro).

Warkop DKI

thumbAhli kumpulan Warkop DKI
thumbAhli kumpulan Warkop DKI

Selepas penamaan semula nama kumpulan itu, mereka masih teruskan berlakon dalam filem sehingga 1994. Pada tahun yang sama, Soraya Intercine Films membuat sinetron. Walau bagaimanapun, Kasino jarang terlihat. Ini disebabkan dia jatuh sakit dan akhirnya meninggal.

Warkop Millenium

Fail:Salah Satu Film Warkop Millenium.jpeg
Ahli kumpulan Warkop Millenium

Selepas kematian Kasino, Dono dan Indro tidak dapat meneruskan penggunaan singkatan DKI, antara sebabnya ialah singkatan untuk Dono-Kasino-Indro. Jadi Indro menamakan semula ke Warkop Millenium. Walau bagaimanapun, Dono meninggal dunia pada tahun 2001. Kumpulan ini akhirnya dinyahtubuh. Indro masih meneruskan kerjayanya sebagai pelakon dan pelawak.