Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur: Perbezaan antara semakan
logo |
Tiada ringkasan suntingan |
||
Baris 1: | Baris 1: | ||
{{Infobox airport |
{{Infobox airport |
||
| name = Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur <br/> Kuala Lumpur International Airport |
| name = Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur<br />{{script/Arabic|لاڤڠن تربڠ انتارابڠسا كولاا لومـڤـور}}<br/> Kuala Lumpur International Airport |
||
| image = Kuala Lumpur International Airport Logo.svg |
| image = Kuala Lumpur International Airport Logo.svg |
||
| image-width = 250 |
| image-width = 250 |
||
Baris 35: | Baris 35: | ||
| r2-length-m = 4,056 |
| r2-length-m = 4,056 |
||
| r2-surface = [[Konkrit]] |
| r2-surface = [[Konkrit]] |
||
| stat-year = |
| stat-year = 2010 |
||
| stat1-header = Pergerakan penumpang |
| stat1-header = Pergerakan penumpang |
||
| stat1-data = 37,704,510 |
| stat1-data = 37,704,510 |
||
Baris 42: | Baris 42: | ||
| stat3-header = Pergerakan pesawat |
| stat3-header = Pergerakan pesawat |
||
| stat3-data = 269,509 |
| stat3-data = 269,509 |
||
| stat-year = 2010 |
|||
| footnotes = |
| footnotes = |
||
}} |
}} |
Semakan pada 04:17, 11 Oktober 2014
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur لاڤڠن تربڠ انتارابڠسا كولاا لومـڤـور Kuala Lumpur International Airport | |||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Rumusan | |||||||||||||||
Jenis lapangan terbang | Awam | ||||||||||||||
Hak milik | Kerajaan Malaysia | ||||||||||||||
Pengendali | Malaysia Airports Holding Berhad (Sepang) Sdn Bhd | ||||||||||||||
Destinasi | Kuala Lumpur, Malaysia | ||||||||||||||
Lokasi | Sepang, Selangor, Malaysia | ||||||||||||||
Ketinggian AMSL | 71 kaki / 21 m | ||||||||||||||
Koordinat | 2°44′44″N 101°42′35″E / 2.74556°N 101.70972°E | ||||||||||||||
Laman sesawang | www.klia.com.my | ||||||||||||||
Peta | |||||||||||||||
Landasan | |||||||||||||||
| |||||||||||||||
Statistik (2010) | |||||||||||||||
|
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (bahasa Inggeris: Kuala Lumpur International Airport ; KLIA) (IATA: KUL, ICAO: WMKK) merupakan salah satu hab penerbangan yang terpenting di rantau Asia Tenggara selain Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok, Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong dan Lapangan Terbang Changi Singapura. Lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang utama di Malaysia dan merupakan yang terbesar di negara ini. Ia terletak di daerah Sepang, Selangor dan hampir 50 kilometer jaraknya dari ibu negara, Kuala Lumpur. Dibina dengan kos mencecah AS$ 3.5 bilion[1], KLIA akhirnya dibuka secara rasmi pada 27 Jun 1998. Lapangan terbang ini boleh menampung sebanyak 35 juta penumpang setahun dan 1.2 juta tan metrik kargo dalam fasa pembinaannya sekarang. Lapangan terbang ini telah menduduki tempat yang ke-13 di dunia dari segi bilangan penumpang asing di mana sebanyak 24,129,748 penumpang telah menggunakan lapangan terbang ini pada tahun 2006. Pada tahun yang sama, lapangan terbang ini juga telah mengendalikan 677,446 tan metrik kargo untuk menduduki tempat ke-30 di dunia dari segi pengendalian kargo.[2]
Lapangan terbang ini diuruskan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA).KLIA juga merupakan hab utama bagi Malaysia Airlines, MASkargo, AirAsia dan AirAsia X. KLIA juga merupakan perhentian untuk "Laluan Kanggaru" bagi Malaysia Airlines. Slogan lapangan terbang ini ialah "Membawa Dunia Ke Malaysia Dan Malaysia Ke Dunia" (Bringing the World to Malaysia and Malaysia to the World).
Kod IATA untuk lapangan terbang ini, KUL sebenarnya diambil daripada lapangan terbang utama Malaysia yang terdahulu, Lapangan Terbang Subang.
Lapangan terbang ini berkonsepkan "lapangan terbang dalam hutan dan hutan dalam lapangan terbang". Keadaan ini dapat memberi ketenangan kepada penumpang dan memperkenalkan suasana hutan Malaysia kepada pelancong luar negara.
KLIA mempunyai satu Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) yang mula beroperasi pada 26 Mac 2006 bagi menampung penumpang yang menaiki AirAsia dan juga penerbangan tambang rendah yang lain.
Sejarah
Operasi dan Statistik | ||||
---|---|---|---|---|
Statistik Operasi[3] | ||||
Pergerakan penumpang | ||||
1998 | 6,524,405 | 2003 | 17,454,564 | |
1999 | 13,172,635 | 2004 | 21,058,572 | |
2000 | 14,732,876 | 2005 | 23,213,926 | |
2001 | 14,538,831 | 2006 | 24,570,385 | |
2002 | 16,398,230 | 2007 | 26,453,379 | |
Pergerakan kargo di dalam tan (tons) | ||||
1998 | 156,641 | 2003 | 586,195 | |
1999 | 417,068 | 2004 | 651,747 | |
2000 | 510,594 | 2005 | 653,654 | |
2001 | 440,864 | 2006 | 672,888 | |
2002 | 527,124 | 2007 | 644,100 | |
Pergerakan semua pesawat | ||||
1998 | 64,123 | 2003 | 139,590 | |
1999 | 116,589 | 2004 | 164,483 | |
2000 | 109,925 | 2005 | 182,537 | |
2001 | 113,590 | 2006 | 183,869 | |
2002 | 127,952 | 2007 | 193,710 |
Pelan pembinaan KLIA bermula pada tahun 1990 apabila kerajaan sedar bahawa lapangan terbang utama pada waktu itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (kini Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah) tidak akan mampu menampung permintaan apabila bilangan penumpang meningkat di masa hadapan. Perdana Menteri Malaysia pada masa itu, Dato' Seri Mahathir bin Mohamad merupakan orang yang paling kuat menyokong pembinaan lapangan terbang ini yang akan menjadi komponen utama dalam Koridor Raya Multimedia.
Keputusan ini mencetuskan kontroversi. Lokasinya yang terletak kira-kira 50 kilometer dari Kuala Lumpur dilihat sebagai tidak menyenangkan di samping kos pembinaan yang meningkat melebihi takrifan awal. Para pengkritik juga mengatakan Subang masih boleh diperbesarkan diwalaupun kerajaan menyatakan sebaliknya. Dalam masa yang sama, kerja-kerja di Subang diteruskan semasa pembinaan KLIA. Terminal 3, terbaru di Subang dibuka pada Disember 1993 dan Terminal 2 telah diubahsuai pada 1995, hanya tiga tahun sebelum pembukaan KLIA.
Dengan tapak pembinaan seluas 100 km2, tapak pembinaan KLIA merupakan antara yang terbesar di dunia. Ia dibina di atas tanah pertanian dan tidak memerlukan pengambilan tanah kepunyaan persendirian. Plan Master KLIA adalah termasuk pembinaan lima landasan terbang, dua terminal penumpang dan dua terminal satelit bagi setiap terminal dalam tiga fasa. Fasa Pertama pembinaan termasuk pembinaan satu terminal utama diikuti dengan satu terminal satelit yang mampu menampung sebanyak 25 juta penumpang setiap tahun dan dua landasan terbang yang berfungsi sepenuhnya. Dibawah perlaksanaan Fasa Pertama, sebanyak 60 pintu penerbangan, 20 tapak pesawat tanpa pintu dengan 80 tapak pesawat, 4 hangar penyelengaraan dan 4 stesen bomba akan dibina. Perlaksanaan Fasa Kedua dan Ketiga merupakan projek pembesaran lapangan terbang sedia ada untuk menampung bilangan penumpang yang akan meningkat. Akhirnya, lapangan terbang ini akan mampu menampung sebanyak 100 juta penumpang setiap tahun apabila keseluruhan projek telah siap.
Dengan tenaga 25,000 orang buruh bekerja 24 jam sehari, lapangan terbang ini telah siap dibina selama empat setengah tahun. Lapangan terbang ini dibuka secara rasmi pada 27 Jun 1998, seminggu lebih awal dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong tetapi semua penerbangan dipindahkan dari Subang tiga hari kemudiannya pada 30 Jun 1998. Penerbangan domestik yang pertama tiba di KLIA adalah Malaysia Airlines MH1263 dari Kuantan pada jam 7.10 pagi dan penerbangan antarabangsa pertama tiba di KLIA juga merupakan penerbangan Malaysia Airlines MH188 dari Maldives pada jam 7.30 pagi.
Pembukaan lapangan terbang ini diikuti pelbagai masalah. Sistem pembahagian tapak pesawat dan jeti penghubung terganggu, kesesakan berlaku dalam setiap bahagian lapangan terbang, dan pengurusan bagasi juga terganggu dengan penumpang yang kehilangan bagasi terpaksa menunggu hampir 5 jam untuk bagasi mereka. Kebanyakan masalah ini berjaya diselesaikan, namun sistem bagasi terus menghadapi masalah demi masalah dan kini ia diletakkan sebagai tender untuk mencari pengurusan baru pada 2007.
Lapangan terbang ini juga terpaksa menghadapi krisis kewangan Asia Timur, penyakit SARS dan wabak selsema burung yang memberi impak negatif terhadap trafik penumpang di Malaysia. Pertumbuhan trafik adalah negatif semasa krisis kewangan tersebut kerana kebanyakan syarikat penerbangan lain yang telah beroperasi di KLIA seperti All Nippon Airways, British Airways, Lufthansa, dan Northwest Airlines terpaksa menghentikan operasi setelah mengalami kerugian. Fasa Pertama lapangan terbang ini mensasarkan bilangan penumpang sebanyak 25 juta setahun tetapi pada tahun pertama operasi KLIA, bilangan penumpang hanya mencecah 13.2 juta penumpang. Walaubagaimana pun, trafik penumpang akhirnya meningkat kepada 21.1 juta penumpang pada tahun 2004 dan 23.2 juta penumpang pada tahun 2005 - walaupun masih tidak mencapai sasaran 25 juta penumpang bagi tahun 2003.
Pada tahun 2007, KLIA telah dianugerahkan sebagai lapangan terbang terbaik bagi kategori 15-25 juta penumpang dan tempat ketiga bagi lapangan terbang terbaik di Asia Pasifik dan Dunia. Anugerah ini disampaikan oleh Airports Council International Airport Service Quality (ACI-ASQ).
Nama Kuala Lumpur International Airport juga merupakan nama alternatif terdahulu bagi Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (SZB) di Subang.
Pelan pembinaan
Dibawah Pelan Master Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, satu landasan terbang baru dan satu terminal satelit baru akan dibina untuk membolehkan lapangan terbang ini menampung trafik penumpang yang akan meningkat. Fasa Kedua pembinaan dijangka akan membolehkan trafik penumpang mencapai 35 juta penumpang setahun pada tahun 2008 bersama pembinaan terminal satelit baru. Untuk Fasa Ketiga pembinaan (2008 dan seterusnya), lapangan terbang ini akan diperbesarkan untuk menampung sebanyak 45 juta penumpang setiap tahun pada 2012 dan 100 juta penumpang setahun pada tahun 2020. Akhirnya, tapak lapangan terbang ini akan mampu menampung pembinaan infrastuktur yang boleh menampung 100 juta penumpang setahun, 4 landasan terbang dan dua terminal mega yang dihubungkan dengan terminal satelit masing-masing pada tahun 2020. Kawasan berdekatan dengan lapangan terbang akan dimajukan dengan pembinaan kemudahan riadah untuk penumpang yang keletihan, padang golf, taman tema, pusat membeli-belah, hotel dan taman rimba air. Litar Antarabangsa Sepang yang merupakan arena perlumbaan Formula 1, Grand Prix A1, Super GT, Indy Racing League dan MotoGP juga berdekatan dengan KLIA. Terdapat permohonan untuk pembinaan monorel ke litar ini dan pelan pembinaan dijangka siap pada April 2008.
Pada November 2006, kerajaan Malaysia telah meluluskan projek pembinaan rel yang akan menghubungkan bangunan terminal utama kepada Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT). Pembinaan dijadualkan bermula pada tahun 2007. Namun begitu tiada butir-butir terperinci berkenaan syarikat yang akan menjalankan projek tersebut dan tidak diketahui sama ada rel ini akan dihubungkan dengan perkhidmatan rel laju sedia ada, KLIA Ekspres.
Dengan kenaikan jumlah trafik penumpang yang menggunakan Terminal Penerbangan Tambang Murah(LCCT), Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB), syarikat yang menguruskan KLIA telah meluluskan pembesaran LCCT bermula pada awal 2007 untuk menampung trafik penumpang yang meningkat setelah LCCT yang sedia ada hampir mencapai kapasiti penuhnya. Pembesaran LCCT juga sebagai menunjukkan sokongan kepada syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh pertama di Malaysia, AirAsia X kerana pembesaran ini akan membolehkan pesawat wide-body yang digunakan AirAsia X untuk beroperasi di LCCT. Namun begitu LCCT merupakan penyelesaian jangka pendek dan MAHB telah mengemukakan permohonan kepada Kementerian Pengangkutan untuk membina Terminal Penerbangan Tambang Murah baru yang kekal antara bangunan terminal utama dan Terminal Satelit A untuk menggantikan LCCT sedia ada.
Projek naik taraf A380
Pihak pengurusan Lapangan Terbang Kuala Lumpur, Malaysia Airports Holding Berhad telah membelanjakan sebanyak RM135 juta (kira-kira US$39 juta) untuk menaik taraf kemudahan-kemudahan di KLIA untuk menerima pesawat Airbus A380. Kerja-kerja menaik taraf bermula pada 3 April 2006 dan dijangka siap pada 28 Mei 2007. Antara kerja-kerja yang berkenaan adalah meluaskan bahu bagi kedua-dua landasan terbang sebanyak 15 meter dan juga laluan taxi pesawat, pembinaan jeti penghubung tambahan pada tiga balai berlepas iaitu C17, C27 dan C37 dan menaik taraf aras mezzanine bagi penumpang dek atas untuk pesawat tersebut di balas berlepas.
Operasi dan infrastruktur
KLIA memperlihatkan satu jumlah ciri-ciri reka bentuk moden yang membantu dalam operasi efektif di lapangan terbang.
Terminal
Kompleks Terminal Penumpang (PTC) telah direkabentuk untuk membolehkan cahaya matahari masuk ke dalam bangunan dan meneranginya secara semulajadi. Justeru, jumlah panel kaca dipasang pada bumbung bangunan ini amat besar dan dan terdapat ruang-ruang antara unit bumbung yang membolehkan cahaya matahari ditapis masuk ke dalam bangunan. Kompleks ini terdiri dari 3 bangunan - Bangunan Terminal Utama, Bangunan Satelit dan Balai Berlepas. Selain dari sebuah hotel yang mempunyai 80 bilik di Bangunan Satelit, terdapat juga hotel 5 bintang Pan Pacific KLIA yang mempunyai 450 bilik terletak lima minit perjalanan dari Bangunan Terminal Utama yang dihubungkan dengan laluan berbumbung. Perkhidmatan kenderaan buggy yang kerap dan percuma juga disediakan untuk pergi ke hotel tersebut. Pusat-pusat membeli-belah juga berada di dalam satu kawasan seluas 85,000 meter persegi.
Bangunan terminal utama dan balai berlepas
Bangunan Terminal Utama terletak di antara kedua-dua landasan terbang. Bangunan ini terdiri dari 39 unit bumbung persegi untuk membolehkan bangunan ini diperbesarkan di masa hadapan. Terdapat sebanyak 216 kaunter daftar masuk, diatur dalam 6 barisan, dan dilabel menggunakan abjad A sehingga M (tidak termasuk I). Perkhidmatan daftar masuk multi juga disediakan untuk para penumpang yang tiba, berlepas atau transit. Terdapat 61 dan 69 kaunter imigresen masing-masing untuk penumpang yang berlepas dan penumpang yang tiba, 16 kaunter pemindahan, 32 kaunter kastam dan juga 12 tali penghubung bagasi (10 untuk penumpang antarabangsa dan 2 untuk penumpang domestik). Pada 12 Februari 2007, Malaysia Airports memperkenalkan kios daftar masuk sendiri bersepadu untuk para penumpang. Syarikat penerbangan yang pertama sekali menggunakan sistem ini adalah KLM. Sebanyak 24 kios tambahan akan dipasang kemudian oleh pengendali lapangan terbang.
Balai berlepas merupakan bangunan berbentuk segi empat tepat yang bersambung dengan Bangunan Terminal Utama berfungsi sebagai terminal berlepas dan ketibaan untuk penerbangan domestik. Pada masa kini, Malaysia Airlines menggunakan terminal ini untuk penerbangan-penerbangan domestik. Tetapi bangunan ini tidak lagi digunakan oleh syarikat-syarikat penerbangan tambang murah (AirAsia pernah menggunakan terminal ini sebelum pembinaan Terminal Penerbangan Tambang Murah, LCCT). Di bahagian utara, terminal ini hanya mampu mengendalikan pesawat narrow-body (Boeing 737, Airbus A320). Sebaliknya, terminal ini dapat mengendalikan pesawat sebesar Boeing 747 di bahagian selatan. Oleh kerana bangunan ini terlalu panjang, banyak travelator dipasang dalam balai ini untuk membantu pergerakan para penumpang.
Antara kemudahan-kemudahan yang terdapat dalam Balai berlepas termasuk mesin ATM, pusat kecergasan, bilik sembahyang, bilik merokok, perkhidmatan kesihatan, ruang menunggu syarikat penerbangan, ruang pameran khas mengenai sejarah KLIA, kaunter maklumat dan kios maklumat elektronik. Malaysia Airports Holding Berhad memperoleh 65% daripada keuntungannya setiap tahun melalui sumber-sumebr selain penerbangan, dengan 35% keuntungan melalui sewa tapak perniagaan dan sebahagian kecil daripada hasil jualan. Terdapat pelan permohonan untuk menambah luas dan meningkatkan penggunaan tapak niaga di Bangunan Terminal Utama dan Balai Berlepas, tetapi cadangan ini telah ditangguhkan sempena Tahun Melawat Malaysia 2007.
Terminal satelit A
Bagunan seluas 143,404 meter persegi ini mengendalikan penerbangan-penerbangan antarabangsa di KLIA. Para penumpang harus menggunakan Aerotren untuk pergi ke bangunan ini dari Bangunan Terminal Utama. Terdapat pelbagai jenis kedai bebas cukai dan butik-butik berjenama yang berprestij di sini. Antara jenama-jenama tersebut adalah Burberry, Dunhill, Mont Blanc, dan Mango yang membuka butik lapangan terbang pertamanya di benua Asia. Minuman alkohol dan minyak wangi adalah sangat popular dan menyumbang kepada lebih separuh daripada hasil jualan diikuti dengan jam tangan dan produk tembakau. Lebih-lebih lagi, Terminal Satelit A juga memuatkan Notel Transit Airside dan beberapa ruang menunggu syarikat-syarikat penerbangan seperti Dynasty Lounge untuk China Airlines, Golden Lounge untuk penumpang antarabangsa Malaysia Airlines dan Silver Kris Lounge untuk Singapore Airlines.
Di bawah pelan peningkatan penggunaan ruang perniagaan Malaysia Airports Berhad, penggunaan ruang perniagaan di Bangunan Satelit A akan dimaksimumkan untuk meningkatkan keuntungan yang diperoleh daripada sewa tapak perniagaan dan peratusan hasil jualan daripada 35% kepada 50% menjelang tahun 2010. Selepas proses pembaharuan selesai, sebuah Jungle Boardwalk yang pertama di dunia akan siap dibina dan aras mezzanine yang lebih besar untuk menampung kedai-kedai makanan dan galeri pemantauan.
Terminal penerbangan tambang murah
Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) yang pertama dibina khas di KLIA untuk menampung jumlah penumpang penerbangan tambang murah yang semakin meningkat, terutamanya para penumpang syarikat penerbangan tambang murah Malaysia, AirAsia. Proses pembinaan LCCT dijalankan dengan pantas sekali bermula Jun 2005 memakan kos hampir RM 108 juta.
Terminal seluas 35,290 meter persegi ini direkabentuk dan dibina mengikut keperluan model perniagaan penerbangan tambang murah yang hanya memerlukan kemudahan-kemudahan asas terminal. Untuk mengurangkan bayaran pendaratan, kos pengendalian dan cukai lapangan terbang, terminal ini tidak menggunakan jeti penumpang, struktur fizikal yang kompleks dan hiasan berlebihan di dalam bangunan terminal. Tiada kemudahan transit di LCCT. Para penumpang yang ingin membuat transit terpaksa melalui pemeriksaan imigresen, menuntut bagasi mereka, melalui pemeriksaan kastam, keluar menuju ke arah Bangunan Terminal Utama dan mendaftar masuk semula dengan syarikat penerbangan masing-masing.
KLIA2
KLIA2 adalah terminal penerbangan tambang murah yang baru di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Malaysia. Terminal ini terletak 2 kilometer dari Bangunan Utama Terminal KLIA (MTB). KLIA2 dibina untuk menampung pertumbuhan pesat dalam pelancongan tmabang murah di rantau ini dan akan menggantikan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT). KLIA2 akan dibuka pada Mei 2, 2014 dan semua operasi penerbangan di LCCT akan berpindah ke KLIA2 pada Mei 9, 2014.[4]
Terminal Udara Bandaraya Kuala Lumpur
Terminal Udara Bandaraya Kuala Lumpur (KLCAT) adalah terminal maya tambahan KLIA yang menyediakan khidmat daftar masuk. KLCAT menerima pengiktirafan daripada International Air Transport Association (IATA) dan mempunyai kod IATA XKL. Pada masa ini, hanya 4 syarikat penerbangan menawarkan khidmat daftar masuk, Cathay Pacific, Emirates Airline, Malaysia Airlines dan Royal Brunei Airlines. Namun situasi ini tidak akan berpanjangan kerana 10 AirportConnect CUTE (Common Use Terminal Equipment) kepunyaan SITA akan dipasang pada 10 kaunter daftar masuk di KLCAT yang membolehkan semua syarikat penerbangan lain menawarkan perkhidmatan daftar masuk di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Selain daripada khidmat daftar masuk, pengendali terminal maya ini, Express Rail Link Sdn Bhd yang juga mengendalikan KLIA Ekspres bercadang untuk melancarkan perkhidmatan menuntut bagasi bermula Januari 2008 yang membolehkan para penumpang untuk menuntut bagasi mereka dan mengisyhtiharkan barang-barang cukai mereka di KLCAT.
Anugerah dan pengiktirafan
Sejak perasmian KLIA pada 27 Jun 1998, lapangan terbang ini telah mendapat pelbagai anugerah daripada organisasi-organisasi antarabangsa di seluruh dunia seperti Skytrax dan International Air Transport Association (IATA).
Komitmen yang diberikan KLIA dalam mempromosikan tanggungjawab menjaga alam sekitar kepada para penumpangnya menerima pengiktirafan oleh Green Globe. KLIA juga merupakan satu-satunya lapangan terbang di dunia yang menerima sijil Green Globe 21 pada tahun 2004 dan seterusnya. Dengan usaha yang berterusan untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada penggunanya, lapangan terbang ini telah diiktiraf sebagai antara lima lapangan terbang terbaik di dunia.
Selain itu, KLIA juga merupakan lapangan terbang yang pertama sekali di dunia untuk dianugerahkan sijil Airport Service Quality (ASQ) Assured daripada Airports Council International (ACI).
Pengangkutan
Pengangkutan antara terminal
Bangunan-bangunan terminal KLIA dihubungkan dengan Aerotren (KLIA Automated People Mover). Tren tiga gerabak tanpa pemandu ini bergerak di atas landasan yang ditinggikan dan juga dibawah laluan taxi pesawat. Terdapat juga sistem bas di KLIA.
- Bangunan Terminal Utama - LCCT
- LCCT dihubungkan dengan Bangunan Terminal Utama melalui bas NadiKLIA yang berkod hijau dengan tambang RM1.50. Kerajaan Malaysia telah bersetuju dengan cadangan pembinaan rel antara Bangunan Terminal Utama dan LCCT. Namun begitu, projek pembinaan masih belum diluluskan sehingga Kompleks Hab LCCT baru siap dibina menjelang tahun 2010.
- Bangunan Terminal Utama - Terminal Satelit
- Bangunan Terminal Utama dan Terminal SAtelit A dihubungkan dengan Aerotren yang beroperasi dalam jangka antara masa 3 dan 5 minit. Perjalanan antara kedua-dua terminal mengambil masa lebih kurang dua minit, dan setiap tren yang boleh memuatkan 250 penumpang dalam satu masa mampu membawa seramai 3,000 penumpang sejam pada kelajuan maksimum 56 km/j (35 batu/j). Tren ini merupakan satu-satunya pengangkutan untuk penumpang keluar dan masuk dari terminal satelit.
Tren
Para penumpang yang mahu pergi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur boleh menggunakan KLIA Ekspres dan juga KLIA Transit. KLIA Ekspres menawarkan perkhidmatan tren tanpa henti ke Terminal Udara Bandaraya Kuala Lumpur (KLCAT) berkod IATA XKL yang merupakan sebahagian daripada hab pengangkutan utama Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) di bandaraya Kuala Lumpur. Perjalanan tanpa henti sejauh 57 kilometer antara Kuala Lumpur dan KLIA ini memakan masa tepat 28 minit. Penumpang yang berlepas dari KLCAT boleh mendaftar masuk bagasi mereka untuk penerbangan Emirates Airline, Cathay Pacific, Malaysia Airlines dan Royal Brunei Airlines. KLIA Transit pula merupakan perkhidmatan tren komuter laju yang menghubungkan KL Sentral dan dan Stesen ERL Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Tren ini menggunakan trek yang sama dengan KLIA Ekspres tetapi berhenti di beberapa stesen utama sepanjang perjalanannya. Kemudahan daftar masuk tidak disediakan di stesen-stesen KLIA Transit. Para penumpang yang ingin berlepas atau tiba di LCCT boleh menggunakan bas feeder untuk pergi ke stesen ERL KLIA.
Teksi dan limosin
Perkhidmatan teksi dan limosin lapangan terbang disediakan oleh Airport Limo. Perkhidmatan teksi dan limosin ini boleh didapati di kaunter Teksi dan Limosin. Perkhidmatan ini disediakan dari lapangan terbang ke pelbagai destinasi di Lembah Kelang dan seluruh Semenanjung Malaysia. Tambang harus dibayar di kaunter dan jumlah bayaran ditentukan berdasarkan zon destinasi. Caj tambahan dikenakan untuk perkhidmatan antara jam 12.00 tengah malam dan 6.00 pagi. Para penumpang dinasihatkan melihat Fare Table untuk maklumat lanjut berkenaan dengan caj.
Syarikat penerbangan dan destinasi
Penumpang
Penerbangan | Destinasi | Terminal |
---|---|---|
Air Astana | Almaty | Satelit |
Air China | Beijing-Capital | Satelit |
Air India Express | Chennai, Tiruchirapalli | Satelit |
Air Koryo | Pyongyang | Satelit |
Air Mauritius | Mauritius [note 1] | Satelit |
Air Zimbabwe | Beijing-Capital, Harare | Satelit |
AirAsia | Alor Setar, Balikpapan, Banda Aceh, Bandar Seri Begawan, Bandung, Bangkok-Suvarnabhumi, Bangalore, Bintulu, Chiang Mai, Chennai, Clark, Cochin, Colombo, Da Nang [bermula 16 December], Denpasar/Bali, Guangzhou, Guilin, Hanoi, Hat Yai, Kota Ho Chi Minh, Hong Kong, Jakarta-Soekarno-Hatta, Johor Bahru, Kolkata, Kota Bharu, Kota Kinabalu, Krabi, Kuala Terengganu, Kuching, Labuan, Langkawi, Macau, Makassar, Medan, Miri, Padang, Palembang, Pekanbaru, Penang, Phnom Penh, Phuket, Sandakan, Shenzhen, Sibu, Siem Reap, Singapura, Solo, Surabaya, Tawau, Tiruchirapalli, Vientiane, Yangon, Yogyakarta | LCCT |
AirAsia X | Chengdu, Christchurch, Delhi, Gold Coast, Hangzhou, London-Gatwick [bermula 24 October], London-Stansted [berakhir 23 October], Melbourne, Mumbai, Osaka-Kansai [bermula 30 November], Paris-Orly, Perth, Seoul-Incheon, Taipei-Taoyuan, Tehran-Imam Khomeini, Tianjin, Tokyo-Haneda | LCCT |
Biman Bangladesh Airlines | Dhaka | Satelit |
Cathay Pacific | Hong Kong [note 1] | Satelit |
Cebu Pacific | Manila | LCCT |
China Airlines | Kaoshiung [begins 2 November], Taipei-Taoyuan | Satelit |
China Southern Airlines | Fuzhou, Guangzhou | Satelit |
China Eastern Airlines | Kunming, Nanning, Shanghai-Pudong, Zhengzhou | Satelit |
EgyptAir | Bangkok-Suvarnabhumi, Cairo | Satelit |
Emirates | Dubai, Melbourne | Satelit |
Etihad Airways | Abu Dhabi | Satelit |
EVA Air | Taipei-Taoyuan | Satelit |
Firefly | Kota Kinabalu, Kuching, Langkawi [bermula 1 December], Sibu, Sandakan | Utama |
Garuda Indonesia | Jakarta-Soekarno-Hatta, Mataram (Ampenan) | Satelit |
GMG Airlines | Dhaka | Satelit |
Gulf Air | Bahrain | Satelit |
Indonesia AirAsia | Denpasar/Bali, Bandung, Jakarta-Soekarno-Hatta, Medan, Surabaya | LCCT |
Iran Air | Mashhad, Tehran-Imam Khomeini | Satelit |
Japan Airlines | Tokyo-Narita | Satelit |
Jet Airways | Chennai | Satelit |
Jetstar Asia Airways | Singapura | Satelit |
KLM | Amsterdam, Jakarta-Soekarno-Hatta | Satelit |
Korean Air | Seoul-Incheon | Satelit |
Kuwait Airways | Jakarta-Soekarno-Hatta, Kuwait | Satelit |
Lion Air | Jakarta-Soekarno-Hatta | Satelit |
Lufthansa | Bangkok-Suvarnabhumi, Frankfurt | Satelit |
Mahan Air | Shiraz | Satelit |
Penerbangan Malaysia | Alor Setar, Bandung, Bandar Seri Begawan, Bangkok-Suvarnabhumi, Bintulu, Hanoi, Kota Ho Chi Minh, Jakarta-Soekarno-Hatta, Johor Bahru, Kota Bharu, Kota Kinabalu, Kuantan, Kuala Terengganu, Kuching, Labuan, Langkawi, Manila, Medan, Miri, Pulau Pinang, Phuket, Sandakan, Singapura, Surabaya, Taipei-Taoyuan, Tawau, Tokyo-Narita, Yangon, Yogyakarta | Utama |
Penerbangan Malaysia | Adelaide, Amsterdam, Auckland, Bandung, Bangalore, Bangkok-Suvarnabhumi, Beijing-Capital, Brisbane, Buenos Aires-Ezeiza, Cape Town, Chennai, Colombo, Dammam, Delhi, Denpasar/Bali, Dhaka, Dubai, Frankfurt, Guangzhou, Ho Chi Minh City, Hong Kong, Hyderabad, Istanbul-Atatürk, Jakarta-Soekarno-Hatta, Jeddah, Johannesburg, Karachi, Kunming, London-Heathrow, Los Angeles, Male, Manila, Melbourne, Mumbai, Osaka-Kansai, Paris-Charles de Gaulle, Perth, Phnom Penh, Riyadh, Rom-Fiumicino, Seoul-Incheon, Shanghai-Pudong, Siem Reap, Sydney, Taipei-Taoyuan, Tokyo-Narita, Xiamen | Satelit |
Merpati Nusantara Airlines | Mataram (Ampenan), Surabaya | Satelit |
Myanmar Airways International | Yangon | Satelit |
Nepal Airlines | Kathmandu | Satelit |
Oman Air | Muscat | Satelit |
Pakistan International Airlines | Karachi, Lahore, Peshawar | Satelit |
Qatar Airways | Doha, Phuket | Satelit |
Penerbangan Diraja Brunei | Bandar Seri Begawan | Satelit |
Royal Jordanian | Amman-Queen Alia, Bangkok-Suvarnabhumi | Satelit |
Saudi Arabian Airlines | Dammam, Jakarta-Soekarno-Hatta, Jeddah, Madinah, Riyadh | Satelit |
SilkAir | Singapura | Satelit |
Penerbangan Singapura | Singapura | Satelit |
SriLankan Airlines | Colombo, Singapura | Satelit |
Thai AirAsia | Bangkok-Suvarnabhumi | LCCT |
Thai Airways International | Bangkok-Suvarnabhumi | Satelit |
Tiger Airways | Singapore | LCCT |
United Airways | Dhaka | Satelit |
Uzbekistan Airways | Tashkent | Satelit |
Vietnam Airlines | Hanoi, Kota Ho Chi Minh | Satelit |
Xiamen Airlines | Fuzhou, Xiamen | Satelite |
Yemenia | Dubai, Jakarta-Soekarno-Hatta, Sana'a | Satelit |
Nota 1: ↑ Walaupun beberapa penerbangan ini membuat perhentian peranataraab dalam perjalanan ke destinasinya, mereka tidak berhak menumpang trafik semata-mata antara Kuala Lumpur and bandar perantaraan.
Kargo
Penerbangan | Destinasi | Terminal |
---|---|---|
Cargolux | Baku, Chennai, Luxembourg, Singapura | Kargo |
Cargo Garuda Indonesia | Jakarta-Soekarno-Hatta | Kargo |
China Airlines Cargo | Pulau Pinang, Taipei-Taoyuan | Kargo |
China Cargo Airlines | Shanghai-Pudong | Kargo |
Coyne Airways | Kargo | |
DHL | Kargo | |
Eva Air Cargo | Taipei-Taoyuan | Kargo |
FedEx Express | Anchorage, Cebu, Los Angeles, Pulau Pinang, Singapura, Subic Bay, Tokyo-Narita | Kargo |
Gading Sari | Jakarta-Halim | Kargo |
Korean Air Cargo | Seoul-Incheon | Kargo |
Lufthansa Cargo | Bangkok-Suvarnabhumi, Chennai, Frankfurt | Kargo |
MASkargo | Amsterdam, Basel, Beijing, Dubai, Frankfurt, Guangzhou, Hong Kong, Istanbul-Ataturk, Melbourne, Milan-Malpensa, Shanghai-Pudong, Sydney, Taipei-Taoyuan, Tashkent, Tokyo-Narita | Kargo |
Nippon Cargo Airlines | Osaka-Kansai, Tokyo-Narita | Kargo |
Republic Express Airlines | Jakarta-Soekarno-Hatta | Kargo |
Singapore Airlines Cargo | Singapura | Kargo |
TNT Airways | Kargo | |
Transmile Air Services | Anchorage, Bangalore, Chennai, Hong Kong, Jakarta-Soekarno-Hatta, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching, Luik, Malmo, Manila, Medan, Mumbai, Nagoya, Osaka-Kansai, Pulau Pinang, Riverside, Shanghai-Pudong, Shenzen, Singapura, Tokyo-Narita, Taipei-Taoyuan | Kargo |
Tri-MG Intra Asia Airlines | Jakarta-Soekarno-Hatta | Kargo |
UPS Airlines | Anchorage, Cologne/Bonn, Dubai, Pulau Pinang, Singapura | Kargo |
Kemungkinan pengguna di masa hadapan
- Air Korea (bercadang untuk memulakan operasi pada Mei 2008)[5]
- Bangkok Airways (bercadang untuk memulakan operasi laluan KUL-Samui) [6]
- British Airways (bercadang untuk kembali beroperasi di laluan LHR-KUL) [7]
- Kingfisher Airlines (bercadang memulakan operasi akhir tahun 2007, tetapi belum mula beroperasi)[8]
- Mandala Airlines (bercadang untuk memulakan operasi ke Kuala Lumpur dan Singapore selari dengan pelan perluasan operasinya)
- Ocean Airlines (syarikat Itali ini bercadang memulakan operasi ke KUL di masa hadapan untuk route KUL-Brescia)[9]
- Oman Air (bercadang untuk memulakan operasi dari Oman selaras dengan pelan perluasan operasi jarak jauh)[10]
- Pacific Airlines
- Royal Jordanian (bercadang untuk meluaskan operasi ke Asia Tenggara dengan kemasukan Hong Kong sebagai satu destinasi dan dua cadangan untuk destinasi tambahan)[11]
- Royal Khmer Airlines (bercadang untuk kembali beroperasi untuk laluan KUL-PNH][12]
- Sriwijaya Air (bercadang untuk memulakan operasi ke Medan, Surabaya dan Makassar)[13]
Kemalangan dan Insiden
- Pada 2001, sebuah pesawat Boeing 747 Saudi Arabian Airlines mengalami kerosakan teruk di bahagian depan pesawat setelah termasuk ke dalam parit monsun besar ketika sedang ditarik dari hangar ke pintu penumpang sebelum perjalanan pulang ke Arab Saudi. Tiada kecederaan serius berlaku antara 6 anak kapal pesawat tersebut.
- 14 Julai 2007 – sebuah jeti penumpang bergerak secara tiba-tiba menyebabkan kerosakan pada pintu masuk sebuah Airbus A330 Malaysia Airlines yang akan berlepas ke Beijing. Jeti penumpang tersebut tidak digunakan pada masa itu, dan tiada kecederaan di kalangan anak kapal dan penumpang.[14]
- 15 Oktober 2007 – seorang lelaki warganegara Palestin telah menyelinap dan bersembunyi dalam gear pendaratan pesawat untuk penerbangan SQ119 dari KLIA ke Lapangan Terbang Changi, Singapura. Dia kemudiannya dijumpai di Singapura apabila terjatuh setinggi 2.4 meter daripada roda pendaratan selepas pesawat tersebut tiba di Singapura. Walaupun mengharungi udara yang sejuk dan tipis semasa penerbangan, lelaki tersebut masih hidup tetapi telah ditahan di Singapura. Pihak KLIA masih menyiasat bagaimana lelaki ini berjaya melepasi kawalan keselamatan KLIA.[15]
- 9 April 2008 – Perompak bersenjata menembak enam orang dalam rompakan tiga minit dan melarikan diri bersama wang tunai RM 3.5 juta. Kejadian ini berlaku pada 7.30 pm di pintu 8 apabila dua penukar wang dan dua pengawal keselamatan berjalan ke arah pintu diserbu oleh enam orang dari sebuah kenderaan BMW. Mangsa tercedera teruk tetapi dalam keadaan stabil.[16]
- 9 Januari 2009 – Suatu kebakaran kecil tercetus di terminal Penerbangan Tambang Rendah, mematikan terminal untuk dua jam dan menundakan 20 penerbangan. Kebakaran tersebut disebabkan oleh percikan kimpalan di kawasan pembinaan terminal tersebut.[17]
- 3 Mac 2011 – 56 penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL ditunda selepas sebuah bom, dipercayai daripada Perang Dunia Kedua, dijumpai di tapak pembinaan KLIA2.
Rujukan
- ^ "History of KLIA". JPAM KLIA. 1998.
- ^ "30 Busiest Airport in the World". ACI Asia Pacific. Julai 2007.
- ^ Malaysia Airports Holding Berhad KLIA Operational Statistics, MAHB, dicapai pada 31 Disember 2008
- ^ "klia2 receives ICAO nod, first landing". Dicapai pada 25 April 2014.
- ^ Korean Air to launch budget offshoot in May, FT
- ^ Bangkok Airways Route Map, Bangkok Airways
- ^ BA Plans to restart LHR-KUL flights, TheStar
- ^ MAHB expects 70 airlines to fly into KLIA, TheStar
- ^ Ocean Airlines Future Destination, Ocean Airlines
- ^ Oman Air Reveals Expansion Plan, Arabian Business
- ^ Royal Jordanian Plans to Launch 2 South East Asian routes, AME Info
- ^ Royal Khmer Route Map, Royal Khmer Airlines
- ^ Indonesia's Sriwijaya Air To Open Malaysia, Singapore Routes, Bernama
- ^ Aerobridge at KLIA Breakdown
- ^ Red faces over phantom stowaway[pautan mati]
- ^ "Robbers shoot six at KLIA, flee with RM3.5m". The Star. Dicapai pada 10 April 2008.
- ^ Rashita A. Hamid and M. Kumar (10 January 2009). "Small fire shuts down LCCT for two hours". The Star.
Galeri
-
Pan Pacific Hotel di KLIA
-
Jambatan yang menghubungkan Terminal Utama dengan Pan Pacific Hotel
-
Pemandangan dalam terminal satelit
-
Kawasan menuntut bagasi
-
Menara Kawalan
Lihat juga
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur |
- Laman rasmi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
- Terminal penerbangan tambang murah (oleh Air Asia)