Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1: Baris 1:
{{Infobox Airport
{{Infobox Airport
| name = Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah
| name = Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah
| nativename ={{script/Arabic|لاڤڠن تربڠ انتارابڠسا سلطن عبدول عزيز}}
| nativename ={{script/Arabic|لاڤڠن تربڠ انتارابڠسا سلطان عبدول عزيز}}
| image = Lapangan_Terbang_Sultan_Abdul_Aziz_Shah.jpg
| image = Lapangan_Terbang_Sultan_Abdul_Aziz_Shah.jpg
| IATA = SZB
| IATA = SZB

Semakan pada 09:16, 17 Oktober 2014

Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

لاڤڠن تربڠ انتارابڠسا سلطان عبدول عزيز
Rumusan
Jenis lapangan terbangAwam
PengendaliMalaysia Airports Holdings Berhad
DestinasiKuala Lumpur
LokasiSubang, Selangor, Malaysia
Ketinggian AMSL90 kaki / 27 m
Koordinat03°07′50″N 101°32′57″E / 3.13056°N 101.54917°E / 3.13056; 101.54917
Landasan
Arah Panjang Permukaan
m ft
15/33 3,780 12,401 Asfalt
Sumber: DAFIF[1][2]

Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (IATA: SZBICAO: WMSA) merupakan lapangan terbang yang terletak di Subang, Selangor. Pada masa kini lapangan terbang ini digunakan untuk penerbangan sewa khas dan penerbangan komunititurboprop.


Sebelum pembukaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang pada 1999, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah merupakan lapangan terbang Kuala Lumpur, Malaysia yang utama.

Lapangan terbang ini dibuka secara rasmi untuk penerbangan pada 30 Ogos 1965, dan mempunyai landasan terpanjang (panjang 3.7 km, lebar 45 m) di Asia Tenggara ketika itu. Ia mempunyai 3 terminal - Terminal 1 untuk penerbangan antarabangsa, Terminal 2 khas untuk penerbangan Malaysia-Singapura dan Terminal 3 untuk penerbangan domestik. Pada masa ini bangunan Terminal 3 telah dinaik taraf dan dikenali sebagai Skypark menjadi hub utama operasi syarikat penerbangan komuniti Firefly beroperasi dengan 12 pesawat ATR72-500 selain dari hub kedua di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Dibangunan Skypark Subang selain kaunter tiket Firefly terdapat juga Kaunter tiket Penerbangan Malaysia dan AirAsia walaupun kedua-dua syarikat ini beroperasi di KLIA.

Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah merupakan juga pusat baikpulih keseluruhan serta pemeriksaan peringkat D dan E pesawat B737-400/800 , B777-200 , B747-400/200 , A330 , F50 dan ATR72 dimana terdapat tiga bangunan hangar Penerbangan Malaysia. Terdapat juga bangunan latihan juruterbang dimana ianya memiliki dua simulasi B737-400 selain masing-masing satu unit B747-400, B777-200, A380-800 , F50 , A330 dan simulasi ATR72 milik Firefly digunakan bersama Maswings selain diperuntukan slot masa dengan bayaran tertentu untuk latihan syarikat lain seperti Berjaya Air , Aseman Air. Simulasi B737-800 ditempatkan di Glenmarie Shah Alam.

Firefly ATR 72 dan Berjaya Airlines Dash 7, parkir di Skypark Subang.

Penerbangan dan destinasi

PenerbanganDestinasiTerminal
FireflyAlor Setar, Batam, Hat Yai, Johor Bahru, Kerteh, Koh Samui, Kota Bharu, Kuantan, Kuala Terengganu, Langkawi, Medan, Pulau Pinang, SingapuraSkypark
Berjaya AirRedang, TiomanSkypark
Malindo AirIpohSkypark
Transmile Air ServicesCargo

Statistik Kendalian Trafik

statistik kendalian tahun 2003-2011[3]
Tahun Kendalian Penumpang Kendalian Pesawat Kendalian Kargo per metrik tan Kendalian Kargo per Kg.
2003 72,491 19,616 14,358
2004 90,593 22,757 18,670
2005 83,602 29,668 46,082
2006 83,507 36,626 71,953
2007 95,853 44,302 63,382
2008 307,747 46,989 18,473
2009 819,840 55,148 18,536
2010 1,118,000 63,616 19,988 19,988,128
2011 1,320,227 68,135 19,928 19,927,599

Rujukan

  1. ^ Maklumat lapangan terbang mengenai WMSA di Data Aero Dunia. Sumber: DAFIF.
  2. ^ Maklumat lapangan terbang mengenai SZB di Great Circle Mapper. Sumber: DAFIF.
  3. ^ "Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah , Subang". Dicapai pada 17 April 2011.

Pautan luar

http://subangskypark.com/