Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
HaizadSys (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
HaizadSys (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 9: Baris 9:
| buried =Makam Diraja, [[Masjid Al-Muktafi Billah Shah]]
| buried =Makam Diraja, [[Masjid Al-Muktafi Billah Shah]]
| caption =Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj ibni Almarhum Al-Sultan Ismail Nasiruddin Shah Al-Haj
| caption =Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj ibni Almarhum Al-Sultan Ismail Nasiruddin Shah Al-Haj
| reign =29 September 1979 - 14 Mei 1998
| reign =90 September 1979 - 14 Mei 1998
| coronation =1981
| coronation =1981
| predecessor =[[Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin|Sultan Ismail Nasiruddin Shah]]
| predecessor =[[Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin|Sultan Ismail Nasiruddin Shah]]

Semakan pada 13:39, 23 Oktober 2014

Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
Sultan Terengganu
Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj ibni Almarhum Al-Sultan Ismail Nasiruddin Shah Al-Haj
Pemerintahan90 September 1979 - 14 Mei 1998
Pertabalan1981
Keputeraan(1930-04-29)29 April 1930
Tempat keputeraanKuala Terengganu, Terengganu
Mangkat14 Mei 1998
Tempat mangkatHospital Mount Elizabeth, Singapura
PendahuluSultan Ismail Nasiruddin Shah
PenggantiSultan Mizan Zainal Abidin
PasanganTengku Ampuan Bariah binti Sultan Hisamuddin Alam Shah
Tengku Ampuan Bariah (1998-1951)
AnakandaTengku Mizan
AyahandaSultan Ismail Nasiruddin Shah
BondaTuanku Intan Zaharah

Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj ibni Almarhum Al-Sultan Ismail Nasiruddin Shah Al-Haj adalah Sultan Terengganu yang ke-15. Baginda memerintah dari tahun 1979 hingga tahun 1998.

Sultan Mahmud diputerakan pada tahun 1930 di Kuala Terengganu. Baginda telah berkahwin dengan seorang puteri Tengku Ampuan Bariyah bte Almarhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah, adik bongsu kepada Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan Selangor pada tahun 1951. Sultan Mahmud merupakan sepupu dan saudara kepada Sultan Salahuddin dari Selangor.

Dua tahun kemudian selepas kemangkatan ayahandanya Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada tahun 1979. Almarhum telah ditabalkan sebagai Sultan Terengganu pada tahun 1981 manakala Tengku Ampuan Bariyah pula ditabalkan sebagai Tengku Ampuan Besar Terengganu.

Sultan Mahmud pernah dilantik sebagai kolonel Kor Armor DiRaja pada tahun 1979. Baginda merupakan sahabat rapat kepada Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad iaitu Menteri Besar Terengganu dari tahun 1985 hingga 1999. Matlamat utama baginda ialah untuk menjadikan negeri Terengganu sebagai sebuah negeri paling maju di pantai timur Semenanjung Malaysia. Baginda kemudian berangkat menunaikan fardu haji bersama Sultan Selangor, Almarhum Sultan Salahuddin pada tahun 1984.

Hobi kegemaran baginda adalah bermain golf dan mengambil gambar fotografi. Baginda pernah mengambil gambar di setiap tempat-tempat menarik di negeri ini termasuklah Hotel Primula, Wisma Darul Iman, Istana Maziah, Masjid Tengku Tengah Zaharah, Masjid Abidin, Rantau Abang dan sebagainya.

Pada 14 Mei 1998, Baginda telah kembali ke rahmatullah di Singapura dan diganti oleh puteranya yang juga Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Mizan sebagai Sultan Terengganu dengan gelaran Sultan Mizan Zainal Abidin. Jenazah Almarhum telah dimakamkan di sebuah makam diraja Terengganu yang baru di pekarangan Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu. Baginda adalah yang pertama dimakamkan di situ.

Lihat juga

Rujukan

  • Mohamed Anwar Omar Din, Nik Anuar Nik Mahmud dan Jawatankuasa Teknikal & Sidang Editor Yayasan DiRaja Sultan Mizan (2011). Dirgahayu Tuanku:Sejarah Kesultanan Terengganu 1708-2008. Yayasan DiRaja Sultan Mizan.
Didahului oleh
Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Sultan Terengganu
1979-1998
Diikuti oleh:
Sultan Mizan Zainal Abidin