Akademi Fantasia: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Rafzan (bincang | sumb.)
k edit
Rafzan (bincang | sumb.)
k edit
Baris 264: Baris 264:
**Ikhwal Hafiz Ismail (Ewal)
**Ikhwal Hafiz Ismail (Ewal)
**Mohd Firman Bansir (Firman)
**Mohd Firman Bansir (Firman)
**Nina Nadira Naharuddin (Nina)
**Syamila Nuhair Zainordi (Nuha)
**Syamila Nuhair Zainordi (Nuha)

**Muhd Zharif Mohd Kamil (Zharif)
|
|
*Peserta yang tersingkir :
*Peserta yang tersingkir :
Baris 274: Baris 273:
**Nor Aziha Md Salleh (Ziha)
**Nor Aziha Md Salleh (Ziha)
**Adeline Joyce Masidah (Adel)
**Adeline Joyce Masidah (Adel)
**Nina Nadira Naharuddin (Nina)
**Muhd Zharif Mohd Kamil (Zharif)
| 12
| 12
|}
|}

Semakan pada 15:55, 26 Oktober 2014

Akademi Fantasia
Logo Akademi Fantasia
FormatRancangan televisyen realiti
PenciptaFrancel Diaz Lenero
Daniel Ortiz
JuriFauziah Ahmad Daud (5, 6 & 9)
Hattan (5 & 9)
Adlin Aman Ramlie (4, 7 & 8)
Aznil Nawawi (8)
Edrie Hashim (7)
Khadijah Ibrahim (7)
Ning Baizura (6)
Fauziah Latiff (5)
Kudsia Kahar (1 - 3)
Edry Abdul Halim (10)
Sharifah Amani (10)
Roslan Aziz (10)
Penggubah lagu tema
Aubrey Suwito
Negara asalMalaysia Malaysia
Bilangan musimSiri asal: 9
Siri baharu: 1
Penerbitan
Tempoh siaranKira-kira 3 jam
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Siaran asalSiri asal: 3 Jun 2003 - 12 Jun 2011
Siri baharu: 25 Jun 2013 - kini
Pautan luar
Laman sesawang
Logo asal
Logo asal

Akademi Fantasia atau lebih dikenali sebagai AF adalah sebuah rancangan televisyen realiti pertama di Malaysia yang memberi peluang kepada pesertanya untuk bersaing dan merebut gelaran juara dalam usaha menempatkan diri dalam industri hiburan. Rancangan ini juga menyediakan tempat belajar yang menggabungkan konsep hiburan dan akademik bagi memudahkan pesertanya menyesuaikan diri. Ia juga dirangka khas menyemai nilai-nilai murni serta memberikan inspirasi dengan memupuk sikap keterbukaan, kebanggaan, keazaman dan melangkaui diri sendiri.

Format rancangan ini diolah daripada "La Academia", yang pada asalnya di Mexico. Malaysia menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang memiliki versi sendiri rancangan ini. Ia kemudian diikuti oleh Indonesia, Thailand, Paraguay, Amerika Tengah, Amerika Syarikat dan Singapura, serta mendapat respon positif berbanding dengan siri Idol.

Lagu tema bagi Akademi Fantasia (AF1-AF9) iaitu "Menuju Puncak" telah dicipta oleh Juwita Suwito dan nyanyian adik perempuan kepada komposer sendiri iaitu, Aubrey Suwito. Namun, Lagu "Menuju Puncak" telah diberi nafas baru pada tahun 2013 untuk Akademi Fantasia 2013. Lagu "Menuju Puncak 2013" yang baru telah dinyanyi oleh Stacy (Juara AF6) ,Adira (Naib Juara AF8) dan Zahid (Juara AF2). Lagu Menuju Puncak versi yang baru ditambah dengan elemen rap (nyanyian Zahid) dan temponya dirancakkan menepati muzik pada masa sekarang.

Musim pertama mula disiarkan pada Jun 2003 dan menjadi salah satu daripada rancangan yang mencatat rating paling tinggi ditonton di Astro Ria.

Pada 13 Januari 2011, Astro pernah mengumumkan bahawa musim kesembilan merupakan musim terakhir bagi Akademi Fantasia. Akademi Fantasia telah berhenti bersiaran selama lebih dari setahun.

Pada Mei 2013, pihak Astro telah mengumumkan bahawa Akademi Fantasia akan kembali pada 2013. Akadami Fantasia kembali pada 2013 dengan format baru untuk mengikut faktor terkini dan semasa. Selain itu, Akademi Fantasia 2013 adalah serba baru dan tak pernah dibuat dalam mana-mana musim AF sebelum ini.

Satu sidang media untuk Majlis Pelancaran Akademi Fantasia 2013 telah diadakan oleh Astro di The Avenue, Pavilion, KL pada 23 Mei 2013 yang dihadiri oleh rakan media hiburan dan artis kelahiran Akademi Fantasia seperti Hafiz, Zahid, Stacy, Mawi, Adira, Akim dan Hazama. Pada sidang media tersebut, pihak Astro telah mendedahkan konsep dan perubahan besar dalam Akademi Fantasia 2013 seperti logo AF, lagu menuju puncak versi baru dan tarikh bagi ujibakat AF2013. Untuk musim ini, calon peserta juga boleh memilih untuk samada menyertai program ini secara solo atau berduet. Selain itu, calon peserta juga masih boleh memilih untuk menghantarkan klip video penyertaan secara online di laman sesawang www.akademifantasia.com.my

Rancangan Akademi Fantasia kali ini lebih dikenali sebagai "Akademi Fantasia 2013" (AF10) akan kembali bersiaran di saluran (SD) iaitu Astro Ria dan saluran (HD)iaitu Astro MAYA HD pada Bulan September 2013.

Akademi Fantasia akan kembali dengan musim baru iaitu Akademi Fantasia Musim 11 pada tahun 2014 dengan format yang asal.

Kata tag: Satu harapan, satu tujuan, satu destinasi. Mengubah impian menjadi realiti.

Format rancangan

Setiap musim Akademi Fantasia terdapat 10 konsert termasuk minggu akhir(kecuali Akademi Fantasia Musim Pertama iaitu hanya terdapat 9 konsert) dan bermula dengan 12-16 peserta yang dipanggil pelajar. Walau bagaimanapun, pada Musim 3 dan Musim 4, konsert prelude telah diadakan bagi menentukan pelajar yang berkelayakan. Setelah pelajar-pelajar siap dipilih, mereka akan mendiami di sebuah rumah yang dipanggil Akademi. Para pelajar akan menghabiskan sepenuh masa mereka dengan berlatih menyanyikan lagu tugasan, berlakon, dan menari, dan juga aktiviti lain yang berkaitan dengan seni persembahan selama 10 minggu di dalam Akademi. Kelas-kelas tersebut akan dikendalikan oleh tenaga pengajar yang bertauliah (yang dipanggil 'cikgu'), yang mana mereka sememangnya telah diiktiraf menerusi kareer mereka dalam industri hiburan. Diari Akademi Fantasia bersiaran pada setiap hari yang memaparkan aktiviti pelajar di akademi. Akademi ini akan diketuai oleh seorang pengetua, yang bersilih-ganti setiap tahun. Walaupun demikian, pada Akademi Fantasia Musim 6, akademi ini diketuai oleh Ramli M.S., yang pernah menjadi pengetua Akademi Fantasia Musim 2.

Sistem penjurian ditentukan sepenuhnya oleh penonton melalui undian SMS dan undian dekoder Astro (pelanggan Astro perlu menyambungkan dekoder mereka dengan sambungan wayar telefon untuk menghantar undian). Pelajar yang menerima undian terendah akan disingkirkan selepas tamat konsert atau selepas pengumuman undian ditutup. Meskipun begitu, terdapat kejutan luar biasa ke atas penyingkiran pelajar yang melibatkan dua pelajar dan tiga pelajar sekaligus, atau tiada penyingkiran dibuat mengikut keputusan krew penerbitan. Bagi Akademi Fantasia Musim 6, pengkritik tetap terkini termasuk penyanyi, pelakon, dan pengacara Fauziah Ahmad Daud dan penyanyi Ning Baizura. Pengkritik dan kakitangan sebelumnya termasuk kakitangan stesen radio nombor satu Malaysia Era FM iaitu Kudsia Kahar, pelakon Adlin Aman Ramlie, penyanyi rock-ballad Hattan, dan juga model terkenal dan penyanyi Fauziah Latiff. Aznil Nawawi, yang pernah mengacarakan rancangan ini bagi 5 musim sebelumnya, menarik diri sebagai pengacara TV ketika penghujung rancangan Musim 5 atas sebab konflik jadual kerja. Beliau digantikan oleh AC Mizal, pelakon sensasi dan pengacara.

Rancangan ini melakar sejarah pada Musim 5 yang menyaksikan Norsyarmilla Jirin diberikan takhta sebagai juara wanita pertama, memecah dominasi juara lelaki pada empat musim sebelumnya. Namun demikian, ia kemudian disusuli menerusi kejuaraan juara wanita kedua iaitu Stracie Angie Anam pada Musim 6.

Kontroversi

Utama

Kontroversi utama semasa musim Akademi Fantasia tentang sistem penjurian yang berdasarkan SMS dan undian dekoder Astro. Sistem penjurian mendapat kritikan hebat yang mana pengundi hanya mengundi pelajar kegemaran masing-masing berdasarkan rupa paras dan personaliti berbanding bakat pelajar.

Semasa Piala Dunia berlangsung

Sewaktu demam Piala Dunia melanda seluruh dunia, rancangan ini semakin dilupakan, apatah lagi rating penonton AF4 dan pengundi-pengundinya jatuh merundum kesan daripada Piala Dunia 2006 yang berlangsung di Jerman, yang mana sesetengah perlawanan berlangsung bermula jam 9.00 malam waktu Malaysia. Bagaimanapun, perkara tersebut tidak akan berulang apabila AF8 pada tahun 2010 akan bermula Mac dan berakhir pada bulan Mei tahun 2010 bagi membolehkan peminat bola sepak mengikuti kesemua perlawanan Piala Dunia 2010 secara langsung bermula 11 Jun hingga 11 Julai tahun yang sama.

Sepanjang kewujudan rancangan ini, hanya sekali saja program ini bertembung dengan Piala Dunia iaitu pada 2006, berbanding dengan rancangan realiti Mentor (TV3) dan Akademi al-Quran (TV9) yang masing-masing sudah dua kali bertembung dengan kejohanan bola sepak terpenting di dunia itu, iaitu pada 2006 dan 2010.

Tahun Akhir

AESB membuat pengesahan tahun 2011 ialah tahun akhir dan musim terakhir bagi musim 9 Akademi Fantasia.

Musim-musim Akademi Fantasia

Musim Juara Naib juara Tempat
ketiga
Finalis Pelajar lain (mengikut susunan penyingkiran) Bilangan pelajar
AF 1 Vincent Chong Ying-Cern (Vince) Mohammad Khairul Nizam Mohammad Wahi (Khai) Ahmad Azizi Mohamed (Azizi) Siti Harnizah Tahar (Nija) & Nurlizawaty Mohd Ismail (Liza)
  • Azariah Suaymi (Azza)
  • Adi Fashla Jurami (Adi Fashla)
  • Suriati Abu Bakar (Atie)
  • Rueben Thevandran a/l Ramanath (Burn)
  • Rosmayati Sidik (Rosma)
  • Nurul Hana Che Mahazan (Hana)
  • Sahri Mohd Sarip (Sahri)
12
AF 2 Ahmad Zahid Baharuddin (Zahid) Norlinda Nanuwil (Linda) Mohd Aizam Mat Saman (Adam) 12
AF 3 Asmawi Ani (Mawi) Felix Agus (Felix) Amylea Azizan (Amylea) Marsha Milan Londoh (Marsha) 14
AF 4 Mohammad Faizal Ramly (Faizal) Lotter P.Edwin Edin (Lotter) Nur Farhan Azizan (Farhan) 12
AF 5 Norsyarmilla Jirin (Mila) Ebi Kornelis (Ebi) Muhammad Nur Aswad Jafar (Aswad) 16
AF 6 Stracie Angie Anam Mohammad Idris Zazizi Ahmad Nubhan Ahamad
  • Khairul Nizam Baharom
  • Nadia Haswani Hasnan
  • Marliyana Omar Walid
  • Ika Nabila Abdul Rahim
  • Lutfyah Sheikh Omar
  • Muhammad Shauqi Naaim Salmi
  • Muhammad Faisal Abdullah
  • Siti Norsaida Tarudin
  • Hairina Abdul Halim
  • Mohamad Alif Mohd Razali
  • Stanley Maringal David Impi
14
AF 7 Mohd Hafiz Mohd Suip Khairil Azam Pilus Afiq Hakim Ahmad
  • Mohd Yazid Ibrahim
  • Ismaliza Ismail
  • Nas Adila Mohd Dan
  • Ahmad Sobri Hasmuni
  • Zuzafrini Zulkifli
  • Rubisa Tiasin
  • Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil
  • Mohd Rashidi Mohamad Isa
  • Mohd Qhauhd Abdul Rashid
  • Claudia Fay Geres
  • Siti Aishah Bujang
14
AF 8 Ahmad Shahir Zawawi Siti Adira Suhaimi Shahril Firdaus Eli
  • Muhd Firdaus Maulana Mohamed
  • Emirza Azwan Zulazrin Chew
  • Muhammed Shahril Mohd Saleh Hussein
  • Erma Suhaimi
  • Dayang Nor Anum Arjuna Aharun
  • Muhammad Alif Kadim
  • Nadia Emilia Roselan
  • Zafarina Jamhari
12
AF 9
  • Mohamad Azri Abdullah
  • Zulaika Zahari
  • Nur Atiqah Shariffudin
  • Roshammizah Rosli
  • Nur Suhada Jebat
  • Mohamad Amirullah Jahari
  • Fahrur Raqib Abdul Majid
  • Ahmad Afif Tirmizie
  • Nur Khaidir Muhid
  • Queennera Francine Francis Kitingon
  • Hairul Najmuddin Abu Samah
14
AF 2013
  • Siti Ruhailah Hussein (Indah)
  • Nur Nabila Mohd Razali (Nabila)
  • Nur Aisyah Aziz (Aisyah)
  • Kamsani Jumahat(Sani)
  • Chin Teik Meng (Darren)
  • Muhammad Ikhtiman Che Ismail (Iman)
  • Rasmawatie Mohd Thamrin(Nona)
  • Irmiza Sahabuddin [Irmiza] - Irsa Sahabuddin [Irsa] (Irmisa-Duo)
  • Abdul Suhadah Unding (Suhada)
12
AF 2014
  • TBA
  • TBA
  • TBA
  • Peserta yang masih bertanding :
    • Mohd Razman Abd Aziz (Aman)
    • Azwan Satar (Azwan)
    • Ikhwal Hafiz Ismail (Ewal)
    • Mohd Firman Bansir (Firman)
    • Syamila Nuhair Zainordi (Nuha)
  • Peserta yang tersingkir :
    • Walfadhilah Suhaizat (Wawa)
    • Muhammad Fareezuan Adnan (Farez)
    • Muna Shahirah Munadi (Muna)
    • Nor Aziha Md Salleh (Ziha)
    • Adeline Joyce Masidah (Adel)
    • Nina Nadira Naharuddin (Nina)
    • Muhd Zharif Mohd Kamil (Zharif)
12

Tenaga Pengajar

Senarai pengetua-pengetua Akademi Fantasia

Untuk senarai lengkap tenaga pengajar, klik Tenaga Pengajar Akademi Fantasia

Pelajar

  • Juara yang paling tua: Vincent Chong Yi-Cern (Musim 1), Ahmad Zahid Baharuddin (Musim 2), & Asmawi Ani (Musim 3) , kesemuanya 23 tahun
  • Juara yang paling muda: Stracie Angie Anam (Musim 6), 18 tahun
  • Juara yang paling tinggi: Vincent Chong Yi-Cern (Musim 1), 5'8" (178 cm)
  • Juara yang paling rendah: Norsyarmilla Jirin (Musim 5), 4'8.6" (148 cm)
  • Juara yang paling berat: Ahmad Zahid Baharuddin (Musim 2), 172 lb (78 kg)
  • Juara yang paling ringan: Norsyarmilla Jirin (Musim 5), 88 lb (40 kg)
  • Undian tertinggi secara berturut-turut: Asmawi Ani (Musim 3)
  • Undian tertinggi yang diperoleh: Asmawi Ani (Musim 3)
  • Tidak menduduki kedudukan dua tercorot: Ahmad Zahid Baharuddin (Musim 2), Asmawi Ani (Musim 3), Mohammad Faizal Ramly (Musim 4) & Stracie Angie Anam (Musim 6)

Semua pelajar

  • Jumlah pelajar: 106
  • Pelajar yang paling tua: Hairina Abdul Halim (Musim 6), 44 tahun
  • Pelajar yang paling muda: Nur Azilah Seeron (Musim 4) 17 tahun 6 bulan
  • Negeri yang sering diwakili: Sabah, 21 pelajar
  • Pelajar yang paling tinggi: Mohd Farha Jasmen (Musim 5), 6'0.4" (184 cm)
  • Pelajar yang paling rendah: Norsyarmilla Jirin (Musim 5), 4'8.6" (148 cm)
  • Pelajar yang paling berat: Yusrizan Usop (Musim 2), 205 lb (93 kg)
  • Pelajar yang paling ringan: Nurullah Abdul Hamid (Musim 2), 82 lb (37 kg)
  • Undian terendah yang diperoleh dalam kedudukan 2 tercorot: Mohd Shawal Ruslan (Musim 5), 3 kali
  • Menduduki kedudukan dua tercorot secara berturut-turut: Mohd Shawal Ruslan (Musim 5), 3 kali
  • Undian tertinggi secara berturut-turut: Asmawi Ani (Musim 3)
  • Undian tertinggi yang diperoleh: Asmawi Ani (Musim 3)
  • Tidak menduduki kedudukan dua tercorot: Mohammad Khairul Nizam Mohammad Wahi & Ahmad Azizi Mohamed (Musim 1), Ahmad Zahid Baharuddin (Musim 2), Asmawi Ani & Felix Agus (Musim 3), Mohammad Faizal Ramly & Nur Farhan Azizan (Musim 4), Muhammad Nur Aswad Jafar & Candra Clement (Musim 5), Stracie Angie Anam, Mohammad Idris Mohd. Zazizi & Ahmad Nubhan bin Ahmad (Musim 6)
  • Pelajar yang disingkirkan secara berpasangan: Syaiful Reza Mohamed & Amylia Mohd Azlan, Mohamed Zulkefli Mohd Idir & Mohd Yazer Yusof, (Musim 3) Lutfyah Sheikh Omar & Muhammad Shauqi Naaim Salmi, (Musim 6) Ahmad Sobri Hasmuni & Zuzafrini Zulkifli, (Musim 7) [nama pertama adalah pelajar dengan undian terendah]
  • Pelajar yang disingkirkan yang melibatkan tiga pelajar: Nurul Fatin Yahya, Mohd. Farha Jasmen & Nonny Nadirah Zainuddin, kesemuanya (Musim 5)
  • Pelajar yang terlibat dalam minggu tiada penyingkiran: Nurlizawaty Ismail (Musim 1), Edlin Abdul Rahim (Musim 2), Norsyarmilla Jirin (Musim 5), Nadia Haswani Hasnan (Musim 6), Mohd. Rashidi Mohamad Isa (Musim 7) Zafarina Jamhari (Musim 8), Lenaber Hidir (Musim 9)
  • Pelajar yang diserap masuk semula ke dalam pertandingan selepas disingkirkan: Norlinda Nanuwil (Musim 2), Asmawi Ani (Musim 3), Marsha Milan Londoh (Musim 3), Lotter P.Edwin Edin (Musim 4) & Ahmad Shahir Zawawi (Musim 8)
  • Pelajar yang menarik diri: Wan Nurul Zhana Wan Mohd Hanizan (Musim 5)
  • Pelajar yang tidak mempersembahkan persembahan ketika konsert: Nurul Fatin Yahya & Muhammad Nur Aswad Jafar, kedua-keduanya (Musim 5)

Versi antarabangsa

Indonesia: Akademi Fantasi Indosiar - telah menamatkan 6 musim dan menerbitkan rancangan AFI Junior 2008 yang sedang disiarkan. Musim 1 bersiaran pada Disember 2003, saluran IndosiarAcara ini akan kembali untuk ansuran keenam pada tahun 2013 selepas 7 tahun terhenti.[1]

Mexico: La Academia - diacarakan oleh Monica Garza. Rancangan ini menamatkan musim kelimanya pada 2006.

Thailand: Academy Fantasia - yang kini bersiaran bagi musim kelima.

Amerika Syarikat: La academia USA - Musim pertama bersiaran pada 20 November 2005.

Rujukan

  1. ^ http://indosiar.akademiaafi.com/ Akademi Fantasi Indosiar

Rancangan lain

Anak Wayang

Akademi Nasyid

Gang Starz

Idola Kecil

Malaysian Idol

My Starz LG

One in a Million

Pilih Kasih

Raja Lawak Astro

So You Think You Can Dance (Malaysia)

Sehati Berdansa

Bintang Kecil

The Biggest Loser (Asia)

Jangan Lupa Lirik

Akademi Al-Quran

Maharaja Lawak

Imam Muda

Jaguh Kampung

Anda Ada 60 Saat

Maharaja Lawak Mega

Pautan luar