Hussein Abu Hassan: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 74: Baris 74:
# Fifty/Fifty - (1992) - (Pelakon) - Watak Sebagai (Pemandu Bas)
# Fifty/Fifty - (1992) - (Pelakon) - Watak Sebagai (Pemandu Bas)
# [[Filem Sengketa Cinta|Sengketa Cinta]] - (1993) - (Pelakon Pembantu)
# [[Filem Sengketa Cinta|Sengketa Cinta]] - (1993) - (Pelakon Pembantu)
# [[Suami, Isteri dan.....?]] - (1996) - (Artis Jemputan)
# [[Filem Suami, Isteri dan .....?|Suami, Isteri dan .....?]] - (1996) - (Artis Jemputan)
# [[Filem Di Ambang Misteri|Di Ambang Misteri]] - (2004) - (Pelakon)
# [[Filem Di Ambang Misteri|Di Ambang Misteri]] - (2004) - (Pelakon)



Semakan pada 11:19, 3 November 2014

Hussein Abu Hassan
Hussein Abu Hassan
Kelahiran
Hussein Bin Abu Hassan

(1937-05-05)5 Mei 1937
Meninggal dunia26 November 2007(2007-11-26) (umur 70)
PasanganMahyon Ismail
Anak-anakDilla Hussein
Fairuz Hussein
Faizal Hussein

Hussein Abu Hassan (5 Mei 1937 - 26 November 2007) merupakan seorang pengarah filem dan pelakon lelaki di Malaysia.

Hussein dilahirkan di Alor Gajah, Melaka pada 5 Mei 1937, sebelum ini adalah bekas anggota Polis Diraja Malaysia sebelum beliau mula menceburi bidang lakonan sebagai pelakon tambahan dalam Sri Mersing pada 1961 diikuti Tun Teja, Fajar Menyingsing, Air Mata Duyung, Siti Payung,Panglima Besi, Amok Tok Nading, Laksamana Do Re Mi dan Loceng Maut.

Beliau juga berlakon filem luar negara seperti Muah (Hong Kong), International Trades, Crazy Pikoy Goes To Malaysia (Filipina) dan Bailey Big Deal (Australia). Lakonannya dalam filem arahan P. Ramlee menerusi Laksamana Do Re Mi terserlah menerusi watak Laksamana Pasola.

Pada 1975, beliau menjadi pengarah melalui filem pertamanya, Bunga Padi Berdaun Lalang diikuti Panglima Badul, Senja Merah, Gila-Gila Remaja, Kanta Serigala dan Bujang Selamat.

Pada tahun 1988 beliau berlakon dalam Filem Bisikan Arwah.

Hussein pernah menerima Anugerah Seniman Veteran pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2005. Jasanya di dalam bidang seni mendapat penghargaan dengan pengurniaan bintang Ahli Mangku Negara (AMN) oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 1997.

Hussein meninggal dunia pada 6.30 pagi, 26 November 2007 di Hospital Kuala Lumpur kerana penyakit buah pinggang dan beberapa komplikasi penyakit lain. Hussein dikebumikan di tanah perkuburan Taman Ibu Kota Muslim di Setapak.

Ahli keluarga

  1. Mahyon Ismail - isteri
  2. Dilla Hussein - anak
  3. Fairuz Hussein - anak
  4. Faizal Hussein - anak
  5. Natra Hussein - cucu

Filem

  1. Sri Mersing (filem) - (1961) - (Pelakon Tambahan)
  2. Tun Teja - (1961) - (Artis Jemputan)
  3. Siti Payung - (1962) - (Artis Jemputan)
  4. Fajar Mernyingsing - (1963) - (Artis Jemputan)
  5. Air Mata Duyung - (1964) - (Artis Jemputan)
  6. Panglima Besi - (1964) - (Artis Jemputan)
  7. Nasib Do Re Mi - (1966) - (Pelakon Pembantu)
  8. Darma Kesuma - (1967) - (Pelakon Utama)
  9. Amok Tok Nading - (1968) - (Pelakon Utama)
  10. Kerana Jingga - (1969) - (Pelakon Utama)
  11. Lanang Sejagat - (1969) - (Pelakon Utama)
  12. Di Belakang Tabir - (1969) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Hassan)
  13. Perintah Seri Paduka - (1970) - (Pelakon Utama)
  14. Durjana - (1971) - (Pelakon Utama)
  15. Belang Pertanda - (1971) - (Pelakon Utama)
  16. Laksemana Do Re Mi - (1972) - (Pelakon Pembantu) - Watak Sebagai (Pasola)
  17. Satria - (1973) - (Pelakon Utama)
  18. Pancha Indera Harimau Berantai - (19--) - (Pelakon Utama)
  19. Cengkaman Maut - (19--) - (Pelakon Utama)
  20. Bunga Padi Berdaun Lalang - (1975) - (Pelakon Utama)
  21. Loceng Maut - (1976) - (Pelakon Utama)
  22. Panglima Badol - (1978) - (Pelakon Utama)
  23. Sumpah Semerah Padi - (1978) - (Pelakon Pembantu)
  24. Bukit Kepong - (1981) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (MM Osman Yusoff)
  25. Wu Gong Zhou - (1982) - (Pelakon)
  26. Gong Gui Zai - (1983) - (Pelakon)
  27. Bujang Selamat - (1985) - (Pelakon Tambahan)
  28. Gila-Gila Remaja - (1986) - (Pelakon Pembantu) - Watak Sebagai (Bapa Suzana)
  29. Gila-Gila Si Pikoy - (1987) - (Pelakon Utama)
  30. Bisikan Arwah (filem 1988) - (Pelakon)
  31. Fighting Madam 2 - (1988) - (Pelakon)
  32. Kembar Siam - (1989) - (Pelakon)
  33. Awang Spanar - (1989) - (Pelakon Pembantu)
  34. Boss - (1991) - (Pelakon Utama)
  35. Fifty/Fifty - (1992) - (Pelakon) - Watak Sebagai (Pemandu Bas)
  36. Sengketa Cinta - (1993) - (Pelakon Pembantu)
  37. Suami, Isteri dan .....? - (1996) - (Artis Jemputan)
  38. Di Ambang Misteri - (2004) - (Pelakon)

Pautan luar

  1. Actor, Director Hussein Abu Hassan Dies, BERNAMA.