Yusof Haslam: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 12: Baris 12:
| emmyawards = Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Mekanik) (1984)
| emmyawards = Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Mekanik) (1984)
| spouse = Datin Patimah Ismail
| spouse = Datin Patimah Ismail
| children = [[Syamsul Yusof]], [[Syafiq Yusof]] , Rizal Ashreff
| children = [[Syamsul Yusof]], [[Syafiq Yusof]] , Rizal Ashreff , [[Sabrina Ali]]
}}
}}
'''Datuk Yusof Haslam''' atau nama sebenar beliau ialah Mohd Yusof bin Md. Haslam Khan merupakan seorang pengarah [[filem]] di Malaysia. Datuk' Yusof Haslam dilahirkan pada 24 April 1954. Berasal dari Jalan Pahang, [[Kuala Lumpur]]. Beliau merupakan anak keempat dari tujuh beradik ini mendapat pendidikan terakhirnya di Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.
'''Datuk Yusof Haslam''' atau nama sebenar beliau ialah Mohd Yusof bin Md. Haslam Khan merupakan seorang pengarah [[filem]] di Malaysia. Datuk' Yusof Haslam dilahirkan pada 24 April 1954. Berasal dari Jalan Pahang, [[Kuala Lumpur]]. Beliau merupakan anak keempat dari tujuh beradik ini mendapat pendidikan terakhirnya di Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.

Semakan pada 11:28, 3 November 2014

Yusof Haslam
Kelahiran
Mohd Yusof bin Md. Haslam Khan

(1954-04-24) 24 April 1954 (umur 69) [1]
Nama lainDYH (singkatan kepada Datuk' Yusof Haslam)
PasanganDatin Patimah Ismail
Anak-anakSyamsul Yusof, Syafiq Yusof , Rizal Ashreff , Sabrina Ali

Datuk Yusof Haslam atau nama sebenar beliau ialah Mohd Yusof bin Md. Haslam Khan merupakan seorang pengarah filem di Malaysia. Datuk' Yusof Haslam dilahirkan pada 24 April 1954. Berasal dari Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak keempat dari tujuh beradik ini mendapat pendidikan terakhirnya di Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.

Datuk Yusof Haslam mendirikan rumah tangga dengan Datin Fatimah Ismail. Anak-anak mereka ialah Mohd Faizal,Mohd Shamsul, Nursyamin dan Mohd Syafiq[2].

Datuk Yusof Haslam mula berlakon sejak 1970 lagi. Antara filem dan drama TV lakonan serta terbitannya ialah Permintaan Terakhir, Bukit Kepong, Penentuan, Ribut Barat , PJ, Remang-Remang Kota Raya, Roda-Roda Kota Raya, Wira Angkasa, Bayangan Maut, Pemburu Bayang, Sembilu, Sembilu 2, Maria Mariana, Bara, Gemilang, Pasrah dan Gerak Khas The Movie. Ketika pembabitan awalnya, beliau memegang watak tambahan dalam Filem Laksamana Do Re Mi bersama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, ketika itu beliau berlakon sebagai pengawal Menteri Fasola (lakonan Allahyarham Hussein Abu Hassan).

Selain kerjaya beliau sebagai penerbit filem, drama, penulis skrip dan pelakon, Datuk Yusof juga adalah Pengarah Urusan di Skop Production, dimana anak-anak syarikatnya terdiri dari Haslam Trading (restoran), Haslam Properties (hartanah), Skop Publishing (novel dan buku) dan ME Communication (post production dan penerbitan drama serta filem).

Datuk Yusof Haslam pernah dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) 1984 menerusi Mekanik. Sebagai menghargai sumbangan Datuk Yusof dalam industri perfileman negara, dia dianugerahkan pingat Ahli Mangku Negara (AMN) pada 1993 dan Panglima Jasa Negara (PJN) pada 2001 yang membawa gelaran Datuk.

Filem

  1. Filem Laksamana Do Re Mi - (1972) Pelakon Tambahan
  2. Jiwa Remaja (filem) - (1975) Pelakon Utama
  3. Filem Cinta Dan Lagu - (1976) Pelakon Pembantu
  4. Sayang Anakku Sayang - (1976) Artis Jemputan
  5. Filem Detik 12 Malam - (1979) Pelakon Utama
  6. Tiada Esok Bagimu (filem) - (1979) Pelakon Pembantu
  7. Filem Ribut Barat - (1981) Pelakon Utama
  8. Jejak Bertapak - (1981) Pelakon Utama
  9. Bukit Kepong (filem) - (1982) Pelakon Utama
  10. Sikit Punya Gila - (1982) Pelakon Pembantu
  11. Senja Merah - (1982) Pelakon Pembantu
  12. Filem Penentuan - (1982) Pelakon Utama
  13. Mekanik (filem) - (1983) Pelakon Pembantu
  14. Filem Di Ambang Kasih - (1984) Pelakon Utama
  15. Filem Melati Putih - (1984) Pelakon Pembantu
  16. Filem Jauh Di Sudut Hati - (1984) Pelakon Pembantu
  17. Filem Rahsia - (1987) Pelakon Pembantu
  18. Permintaan Terakhir (filem) - (1987) Pelakon Utama
  19. Wira Angkasa - (1987) Pelakon Utama
  20. Driving School - (1990) Pelakon Pembantu
  21. Bayangan Maut - (1990) Pelakon Utama
  22. Harry Boy - (1991) Pelakon Pembantu
  23. Pemburu Bayang - (1993) Pelakon Pembantu
  24. Filem Balada - (1993) Pelakon Tambahan
  25. Gerak Khas The Movie - (2001) Pelakon Pembantu
  26. Gerak Khas The Movie II - (2002) Pelakon Tambahan
  27. GK3 The Movie - (2005) Pelakon Pembantu

Filem arahan

  1. Bayangan Maut (1991) - Kutipan mencecah RM1 juta. Menampilkan Datuk Yusof Haslam dan Noorkumalasari.
  2. Pemburu Bayang (1993) - Kutipan RM1.8 juta. Pelakon utama ialah Awie dan Ella.
  3. Sembilu (1994) - RM4.2 juta, pelakonnya Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain.
  4. Sembilu II (1995) - RM6.3 juta, mengekalkan pelakon yang sama dalam Sembilu.
  5. Maria Mariana (1996) - Menampilkan Erra Fazira dan Ziana Zain.
  6. Maria Mariana II (1998) - Mendapat RM3.2 juta di pawagam.
  7. Bara (1999) - Awie dan Nasha Aziz bergandingan dalam filem ini.
  8. Pasrah (2000) - Erra Fazira dan Norman Hakim berlakon dalam filem ini.
  9. Gerak Khas The Movie (2001) - Filem bercorak kepolisan
  10. Gerak Khas The Movie II (2002) - kutipan lebih kurang RM 3 juta
  11. Janji Diana (2003) - RM 2.3 juta, menampilkan Rosyam Nor dan Erra Fazira
  12. Sembilu 2005 (2003) - Memperkenalkan Vince dan Hetty Sarlene serta pendatang baru Irwan Suhaimi
  13. GK3 The Movie (2005) - Pelakonnya ialah Norman Hakim dan Abby Abadi

Rujukan