Perbincangan pengguna:Che090572: Perbezaan antara semakan

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
PM Poon (bincang | sumb.)
PM Poon (bincang | sumb.)
Baris 90: Baris 90:
Hai Che Det, banyak air telah mengalir di bawah Tambak Johor serta jambatan-jambatan dan titi-titi yang lain. Dengan sekelip mata, dah tiga bulan sejak saya memulakan [http://e-komputer.info/wiki/Halaman_Utama laman web] saya. Saya kini memiliki tiga laman web, dua dalam bahasa Inggeris (perisian MediaWiki dan TikiWiki) dan satu dalam bahasa Melayu (MediaWiki).
Hai Che Det, banyak air telah mengalir di bawah Tambak Johor serta jambatan-jambatan dan titi-titi yang lain. Dengan sekelip mata, dah tiga bulan sejak saya memulakan [http://e-komputer.info/wiki/Halaman_Utama laman web] saya. Saya kini memiliki tiga laman web, dua dalam bahasa Inggeris (perisian MediaWiki dan TikiWiki) dan satu dalam bahasa Melayu (MediaWiki).


Memulakan satu laman web bukannya semudah seperti yang saya jangka. Terdapat banyak masalah teknik yang hanya dapat saya selesaikan dua hari dahulu selepas tiga bulan menggaru kepala. (Masalahnya adalah tentang perluasan perisian dan bukannya perisian asas.) Namun dengan itu, saya tidak mempunyai banyak masa untuk menulis rencana, baik untuk laman web saya mahupun untuk Wikipedia.
Memulakan satu laman web bukannya semudah seperti yang saya jangka. Terdapat banyak masalah teknik yang hanya dapat saya selesaikan dua hari dahulu selepas tiga bulan menggaru kepala. (Masalahnya adalah tentang perluasan perisian dan bukannya perisian asas.) Namun dengan itu, saya tidak mempunyai banyak masa untuk menulis rencana, baik untuk laman-laman web saya mahupun untuk Wikipedia.


Walaupun demikian, jika anda hendak mengelokkan apa-apa gambar, berilah pesanan kepada saya di [[Perbualan Pengguna:Syarikat Pemunggahan Rencana]] atau [http://e-komputer.info/wiki/Perbincangan_Pengguna:Ekompute Perbualan Pengguna:Ekompute,] bukannya [[Perbualan Pengguna:PM Poon]]. (Tadi, saya masuk ke [[Perbualan Pengguna:PM Poon]] untuk mencari ejaan tepat bagi Ainon Muhammad. Kalau tidak, saya pun tidak perasan bahawa anda telah mengirimkan pesanan kepada saya. Saya kini langsung tak masuk ke [[Perbualan Pengguna:PM Poon]] lagi.) Saya memang ada masa untuk gambar, hehehe. Kalau tidak ada masa pun, saya akan memperuntukkan masa untuknya. Ketagih pulak kepada Photoshop!
Walaupun demikian, jika anda hendak mengelokkan apa-apa gambar, berilah pesanan kepada saya di [[Perbualan Pengguna:Syarikat Pemunggahan Rencana]] atau [http://e-komputer.info/wiki/Perbincangan_Pengguna:Ekompute Perbualan Pengguna:Ekompute,] bukannya [[Perbualan Pengguna:PM Poon]]. (Tadi, saya masuk ke [[Perbualan Pengguna:PM Poon]] untuk mencari ejaan tepat tentang Ainon Muhammad. Kalau tidak, saya pun tidak perasan bahawa anda telah mengirimkan pesanan kepada saya. Saya kini langsung tak masuk ke [[Perbualan Pengguna:PM Poon]] lagi.) Saya memang ada masa untuk gambar, hehehe. Kalau tidak ada masa pun, saya akan memperuntukkan masa untuknya. Ketagih pulak kepada Photoshop!


Keupayaan saya untuk mengelokkan gambar telah dipertingkatkan, berbanding dengan masa dahulu. Maka bibir baru tidak sebegitu merah seumpama gambar Rafidah Aziz lagi, hehehe. Lagipun, saya kini sedar bahawa skrin saya telah digelapkan kerana saya menghabiskan banyak masa di hadapan komputer. Dengan itu, semua gambar yang diperbaiki tidak boleh diterangi seperti dahulu. Dulu banyak yang dirosakkan tetapi kelihatan elok pada skrin saya. (Kini saya menggunakan skrin LCD.)
Keupayaan saya untuk mengelokkan gambar telah dipertingkatkan, berbanding dengan masa dahulu. Maka bibir baru tidak sebegitu merah seumpama gambar Rafidah Aziz lagi, hehehe. Lagipun, saya kini sedar bahawa skrin saya telah digelapkan kerana saya menghabiskan banyak masa di hadapan komputer. Dengan itu, semua gambar yang diperbaiki tidak boleh diterangi seperti dahulu. Dulu banyak yang dirosakkan tetapi kelihatan elok pada skrin saya. (Kini saya menggunakan skrin LCD.)

Semakan pada 12:42, 16 September 2007

Pesanan
Archive Arkib
  1. Feb-April 2006
  2. Mei-Julai 2006
  3. Ogos-Disember 2006

Templat infobox kelab bolasepak

Perubahan kali terakhir di templat tersebut adalah semata-mata untuk menghasilkan output seperti yang terdapat di versi bahasa Inggeris yang mana jika anda lihat di bahagian kotak info di Manchester_United_F.C., yang tertulis Stadium/Padang, posisi perkataan itu di tengah-tengah "<td> table" tersebut. Sepatutnya ia terletak di bahagian permulaan "<td> table". Mungkin adalah kesilapan saya, atau "class infobox" didalam css tidak di"set" sedemikian rupa. Maafkan saya jika saya tersilap BreakSys 01:20, 8 Januari 2007 (UTC)[balas]

Birokrat

Sila pergi ke halaman Wikipedia:Penyelia untuk melakukan pengundian birokrat juga penamaan calon. Anda juga boleh mencalonkan diri menjadi birokrat. Pemilihan ini akan berakhir 31 Januari 2007 untuk proses penapisan. -Didie 07:56, 13 Januari 2007 (UTC)[balas]

Weeii

Hai Che Det, low profile memang lagi menyenangkan hati saya, hehehe. Kini projek saya adalah untuk menghabiskan semula rencana tarikh Sebelum Masihi. Dah habis agak 500 buah anak rencana, masih tinggal kira-kira 195 buah lagi. Kini dah nak muntah tengok rencana SM!

Kalau saya nampak anda di Perubahan Terkini, saya akan kontak anda melalui Yahoo, okey? — PM Poon 02:08, 25 Januari 2007 (UTC)[balas]

Rencana-rencana tarikh sebelum Masihi

Hai Che Det, dengan ini diberitahu bahawa semua rencana tarikh sebelum Masihi (baik tahun, baik dekad, baik abad, mahupun milenium) telahpun disiapkan.

Daripada menterjemahkan rencana-rencana tersebut, saya mendapati bahawa warisan kita daripada lelulur manusia ialah warisan bertempur, berperang, menewaskan, menawan, menjarah, membunuh, menumpaskan, mematahkan, mengusir dan menaklukkan. Dengan itu, seseorang yang tahu menulis "Angkatan tentera di bawah jeneral AAA dari BBB menewaskan angkatan tentera di bawah jeneral CCC dari DDD dalam Pertempuran XXX" dapat menterjemahkan kebanyakan rencana tarikh sebelum Masihi (dan mungkin juga selepas).

Adakah ini merupakan peradaban manusia? Apakah bezanya antara Alexander Agung dan Genghiz Khan berbanding dengan kongsi-kongsi gelap Malaysia pada dekad 60-an? Nampaknya tiada banyak perbezaan, kecuali skalanya. Manakala Alexander Agung menewaskan lawannya dengan murtabak, Botak Chin menewaskan lawannya dengan roti canai. Oleh itu, yang amat besar menjadi Maharaja, manakala yang amat kecil menjadi penjenayah atau Mahabaja, Mahasemut, Matakucing, dan sebagainya, hehehe. — PM Poon 20:50, 27 Januari 2007 (UTC)[balas]

Soalan Enam Puluh Empat Juta Ringgit

Adakah saya akan meneruskan penterjemahan rencana-rencana tarikh Masihi? Setakat ini, saya tidak berani. Sebenarnya, saya diselamatkan oleh usaha saya dahulu yang telah menyiapkan rencana-rencana tarikh antara 1 SM sehingga 50 SM. Saya baru sedar tadi semasa saya dengan susah hendak menghabiskan semua rencana tarikh Sebelum Masihi. Dah nak muntah. Nasib rencana tersebut telah disiapkan, hehehe.

Rencana-rencana tarikh Masihi adalah empat kali lebih banyak berbanding dengan rencana-rencana tarikh Sebelum Masihi, dan mungkin 10 kali lebih banyak dari segi panjangnya kerana lebih banyak peristiwa yang dicatat. Gila betul! — PM Poon 20:57, 27 Januari 2007 (UTC)[balas]

Maktab Sultan Abu Bakar

Hai Che Det, gambar MSAB cantik tak? Aku yang tangkap, hehehe. — PM Poon 16:48, 14 Februari 2007 (UTC)[balas]

Spam filter

Emm... kurang pasti. Spam filter Wikimedia ke? Mungkin ada perkataan dalam suntingan anda yang tidak dibenarkan. Lihat m:Spam Filter. ...Aurora... 13:58, 22 Februari 2007 (UTC)[balas]


Untuk mengatasi masalah ini anda hanya cuma perlu mengeluarkan link yang tidak dibenarkan oleh spam filter iaitu dalam kes ini cyabartv.org. Ini bermaksud link berkenaan adalah spam dan telah diharamkan daripada dibuat pautan di Wikipedia. Keluarkan link tersebut dan masalah ini dapat diatasi.

Saya pernah alami masalah ini tetapi setelah link spam itu dibuang, keadaan kembali seperti biasa.— Master2841 07:23, 25 Februari 2007 (UTC)[balas]

Amsterdam

Hai Che Det, memang adanya salah satu pautan luar yang kacau. Bagi saya, saya mempergunakan cara Zaman Batu, iaitu kaedah cuba-cuba untuk mengenal pasti mana satu yang kacau, hehehe. Kalau anda telah hapuskan pautan jahat itu, sekatan akan hilang. — PM Poon 18:46, 25 Februari 2007 (UTC)[balas]

Jadual penyingkiran

Jadual yang anda buat di rencana Akademi Fantasia Musim 5 sememangnya cantik. Syabas! — Master2841 10:16, 11 Mac 2007 (UTC)[balas]

Walaupun nampak panjang tetapi saya dah menukar sedikit dan mencuba pada Akademi Fantasia Musim 4. Agak berbaloi juga untuk mereka yang mengikuti perkembangan AF setiap minggu. — Polar 11:24, 11 Mac 2007 (UTC)[balas]
Saya gembira yang anda semua setuju....lagi bagus kalau kita jadikan ia sebagai rencana pilihan ...supaya dapat menarik perhatian orang lain!che 08:24, 12 Mac 2007 (UTC)[balas]

Macam kenal aje tulisan nie.

Tak kan tak kenal pulak! Kan saya tak rahsiakan identiti saya? Kini dah menubuhkan syarikat, hehehe. Tapi Syarikat Pemunggahan Rencana ini memang tak akan kekal lama kerana dah bankrup. Kini saya nak cari sedikit wang dalam internet, hehehe. Kelihatannya, peluangnya banyak. Nanti apabila saya dapat sedikit wang, saya akan cari anda di Kuala Lumpur, hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana 21:43, 13 Mei 2007 (UTC)[balas]

Banjir di Kuala Lumpur

Terima kasih kerana membaca rencna ini . Semua artikel-artikel sumber bagi rencana ini berasal dari Utusan online dan Berita Harian Online. Dulu wikipedia B Melayu hanya cukup dengan buku rujukan, jarang sangat ada nota kaki (footnote). ImsyaAllah akan sayan usahakan.

Tq Malekhanif 07:49, 12 Jun 2007 (UTC)[balas]

Krisis Tebusan Korea Selatan 2007

Tajuk ini telah ada sebelum ini.Malekhanif 08:32, 31 Ogos 2007 (UTC)[balas]

Anda dijemput menyertai perbincangan tentang pesanan sistem itu. Terima kasih dan Selamat Berpuasa. --Edmund The King of The Woods! 09:14, 15 September 2007 (UTC)[balas]

Weii...lu dah balik ke!!

Hai Che Det, banyak air telah mengalir di bawah Tambak Johor serta jambatan-jambatan dan titi-titi yang lain. Dengan sekelip mata, dah tiga bulan sejak saya memulakan laman web saya. Saya kini memiliki tiga laman web, dua dalam bahasa Inggeris (perisian MediaWiki dan TikiWiki) dan satu dalam bahasa Melayu (MediaWiki).

Memulakan satu laman web bukannya semudah seperti yang saya jangka. Terdapat banyak masalah teknik yang hanya dapat saya selesaikan dua hari dahulu selepas tiga bulan menggaru kepala. (Masalahnya adalah tentang perluasan perisian dan bukannya perisian asas.) Namun dengan itu, saya tidak mempunyai banyak masa untuk menulis rencana, baik untuk laman-laman web saya mahupun untuk Wikipedia.

Walaupun demikian, jika anda hendak mengelokkan apa-apa gambar, berilah pesanan kepada saya di Perbualan Pengguna:Syarikat Pemunggahan Rencana atau Perbualan Pengguna:Ekompute, bukannya Perbualan Pengguna:PM Poon. (Tadi, saya masuk ke Perbualan Pengguna:PM Poon untuk mencari ejaan tepat tentang Ainon Muhammad. Kalau tidak, saya pun tidak perasan bahawa anda telah mengirimkan pesanan kepada saya. Saya kini langsung tak masuk ke Perbualan Pengguna:PM Poon lagi.) Saya memang ada masa untuk gambar, hehehe. Kalau tidak ada masa pun, saya akan memperuntukkan masa untuknya. Ketagih pulak kepada Photoshop!

Keupayaan saya untuk mengelokkan gambar telah dipertingkatkan, berbanding dengan masa dahulu. Maka bibir baru tidak sebegitu merah seumpama gambar Rafidah Aziz lagi, hehehe. Lagipun, saya kini sedar bahawa skrin saya telah digelapkan kerana saya menghabiskan banyak masa di hadapan komputer. Dengan itu, semua gambar yang diperbaiki tidak boleh diterangi seperti dahulu. Dulu banyak yang dirosakkan tetapi kelihatan elok pada skrin saya. (Kini saya menggunakan skrin LCD.)

Tentang mengapa saya mengubah "minyak sintetik" menjadi "minyak tiruan", saya rasa itu memang kesilapan saya. Ketika saya merujuk kepada Kamus Karyanet, tiadanya kata masukan untuk "synthetic oil" tetapi adanya untuk:

  • synthetic rubber: getah tiruan
  • synthetic resin: damar tiruan
  • synthetic resin varnish: varnis damar tiruan.

Selain itu, Parlimen Malaysia dan beberapa portal utama menggunakan istilah "minyak tiruan". Namun atas kepentingan untuk mengekalkan bahasa asli Melayu, saya menggunakan "minyak tiruan". Akan tetapi selepas anda menanyakan saya soalan tersebut, saya membuat carian Google dan mendapati 117 hasil bagi "minyak tiruan" dan 726 hasil bagi "minyak sintetik". Dengan itu, saya kini pun menggaru kepala, hehehe.

Sebenarnya, bahasa Melayu masih dalam pergolakan. Banyaknya pertanyaan saya kepada Dewan Bahasa tidak dapat dijawab. Bagaimanapun, mereka telah menetapkan bahawa homepage ialah laman utama dan bukannya homepej atau halaman utama (bagi saya, saya menggunakan halaman utama untuk Main Page).

Tentang jemputan anda ke KL. Kalau saya ke sana, saya mesti cari anda. Sebenarnya, saya merancang ke KL untuk menyertai kursus terjemahan di Institut Terjemahan Negara Malaysia pada bulan Ogos tetapi tidak jadi kerana saya masih tidak dapat melihat sebarang manfaat kewangan bagi saya daripada menyertai kursus tersebut. Mungkin bagi orang lain.... — PM Poon 12:23, 16 September 2007 (UTC)[balas]