Kolej Matrikulasi Melaka: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 5: Baris 5:
|motto = ''Karisma, Maju, Mulia''
|motto = ''Karisma, Maju, Mulia''
|established = [[19 Jun]] [[1999]]
|established = [[19 Jun]] [[1999]]
|director = En. Idris Bin Ismail
|director = Datin Roslina Binti Abdul Rashid
|city = [[Londang]], [[Masjid Tanah]], [[Alor Gajah]]
|city = [[Londang]], [[Masjid Tanah]], [[Alor Gajah]]
|state = [[Melaka]]
|state = [[Melaka]]

Semakan pada 09:09, 5 Disember 2014

Kolej Matrikulasi Melaka
Logo Kolej Matrikulasi Melaka
MotoKarisma, Maju, Mulia
Ditubuhkan pada19 Jun 1999
PengarahDatin Roslina Binti Abdul Rashid
Lokasi, ,
2°19′50.93″N 102°5′17.28″E / 2.3308139°N 102.0881333°E / 2.3308139; 102.0881333 Koordinat: Parameter: "type=" should be "type:"
Koordinat: 2°19′50.93″N 102°5′17.28″E / 2.3308139°N 102.0881333°E / 2.3308139; 102.0881333 Koordinat: Parameter: "type=" should be "type:"
Laman sesawanghttp://www.matrik.net/kmm/

Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) ialah sebuah kolej matrikulasi yang terletak di Londang, Masjid Tanah, Alor Gajah, Melaka, Malaysia. Kolej ini merupakan kolej matrikulasi pertama dibina oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Latar belakang

Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) seluas lebih kurang 85 ekar terletak di Londang, Masjid Tanah, Alor Gajah, Melaka, Malaysia. Kolej ini telah siap dibina pada 1 Jun 1999. Sebanyak 61 orang staf kolej telah mula bertugas mulai tarikh tersebut dan pengambilan pelajar sulung sesi 1999/2000 bermula pada 19 Julai 1999. Kolej ini ditubuhkan dengan matlamat Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu untuk menyediakan pelajar-pelajar mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) atau swasta (IPTS). Kolej ini adalah di bawah pentadbiran Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Terdapat tiga jabatan akademik yang menguruskan hal ehwal akademik di Kolej Matrikulasi Melaka. Jabatan tersebut ialah Jabatan Matematik, Jabatan Sains dan Jabatan Sastera Ikhtisas. Bagi menguruskan hal ehwal pelajar, satu jabatan baru diwujudkan bermula tahun 2007 iaitu Jabatan Pengurusan Pelajar. Di bawah jabatan ini, terdapat Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit Kokurikulum dan Unit Hal Ehwal Pelajar.

Program Matrikulasi yang dikendalikan oleh Kolej Matrikulasi Melaka adalah Program Matrikulasi Sains dan Program Matrikulasi Perakaunan. Jangkamasa program ini adalah selama satu tahun atau dua semester. Pengambilan program ini adalah pada bulan Mei setiap tahun. Kolej Matrikulasi Melaka juga mengendalikan Program Matrikulasi Sains Dua Tahun. Program ini diadakan untuk memberi peluang kepada pelajar yang tidak dapat mengikuti program satu tahun [1].

Moto

Karisma, Maju, Mulia

Visi

Kolej Matrikulasi Melaka sebagai pusat kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar program prauniversiti yang terbilang menjelang 2010.

Misi

Memastikan program matrikulasi yang dilaksanakan mencapai tahap cemerlang pada setiap masa dari segi kurikulum, kokurikulum dan sahsiah melalui iklim pendidikan yang kondusif serta pengurusan kolej yang efisien dan mesra.

Objektif

  1. Menghasilkan para lulusan matrikulasi untuk program ijazah pertama dalam bidang professional di institut pengajian tinggi dalam dan luar negara.
  2. Mewujudkan dan membina kesedaran pelajar ke arah penghayatan budaya ilmu yang terancang dan sistematik.
  3. Membentuk generasi pelajar yang berdisiplin, berakhlak mulia, berketerampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri yang unggul.
  4. Menghasilkan pelajar yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif.

Slogan

Kecemerlangan anda kejayaan kami

Ikrar pelajar matrikulasi

Bahawasanya saya mengaku sebagai pelajar matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia, akan patuh kepada syarat dan peraturan kolej matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bahawasanya saya akan berusaha sedaya upaya menimba dan mendalami ilmu pengetahuan dan menggunakannya untuk kesejahteraan ummah.

Bahawasanya saya akan memelihara dan mempertingkatkan nama baik kolej matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia serta akan memberi segala tumpuan kepada pelajaran saya.

Logo Kolej Matrikulasi Melaka

Bentuk am

Gabungan dua asas reka bentuk iaitu biformik dan geometri menunjukkan gabungan pendidikan informal dan formal, keseluruhannya juga mewakili keseimbangan antara rohani dan jasmani.

Lukisan secara blok heksagon KMM (huruf K dan M) menunjukkan kekukuhan dan kestabilan Kolej Matrikulasi Melaka sebagai pusat pengajian matrikulasi dan seterusnya merupakan moto kolej iaitu "Karisma, Maju, Mulia".

Gabungan dua simbol dinamik menunjukkan suatu pergerakan yang berterusan dan membentuk suatu yang global. Ia bersesuaian dengan visi untuk mencapai pengiktirafan dunia.

Lukisan simbol yang bersentuhan menunjukkan komitmen dan kerjasama antara warga kolej untuk mencapai kejayaan.

Tulisan KMM yang mengarah ke hadapan dan ke atas menunjukkan keazaman kolej mencapai matlamat. Manakala huruf berbentuk geometri, melambangkan sains dan teknologi yang berterusan.

Warna

  1. BIRU - Kesepaduan ilmu yang merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
  2. HIJAU - Melambangkan universal, kesejahteraan dan keislaman.
  3. KUNING - Menekankan budaya ilmu dan keutuhan pendidikan yang menjadi teras visi dan misi kolej.
  4. PUTIH - Melambangkan kemuliaan dan kemurnian.

Lagu

Kolej Matrikulasi Melaka
Berdiri megah di bumi bertuah
Menjunjung moto karisma maju mulia
Berganding bahu mencipta sejarah

Visi KMM institusi terbilang
Melahir pelajar akademik cemerlang
Berbudi tinggi berakhlak mulia
Berpegang teguh pada yang Esa

Kolej Matrikulasi Melaka
Namamu masyhur di Malaysia
Dihempas badai tetap teguh setia
Karisma maju mulia

Kolej Matrikulasi Melaka
Namamu harum di Malaysia
Dihempas badai tetap teguh setia
Karisma maju mulia

Pautan luar

  1. Tapak web rasmi Kolej Matrikulasi Melaka