Tun Mutahir: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muhd Asyraf (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Muhd Asyraf (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 6: Baris 6:
</ref>
</ref>


Malangnya baginda sekeluarga dihukum bunuh oleh Sultan Mahmud Syah kerana termakan fitnah golongan pembesar. Dalam keadaan demikianpun, baginda bersabda kepada keluarganya supaya bertenang dan menerima ketentuan Allah.
Malangnya beliau sekeluarga dihukum bunuh oleh Sultan Mahmud Syah kerana termakan fitnah golongan pembesar. Dalam keadaan demikianpun, baginda meminta keluarganya supaya bertenang dan menerima ketentuan Allah.


== Rujukan ==
== Rujukan ==

Semakan pada 03:30, 20 Disember 2014

Bendahara Seri Tun Mutahir bin Tun Ali, atau terkenal dengan gelaran Temenggung Seri Maharaja, merupakan Bendahara Melaka ke-7. Beliau dilantik menjadi bendahara selepas kematian bapa saudaranya Tun Perpatih Putih. Bapanya ialah Tun Ali manakala ibunya Tun Kudu. Datuknya sebelah bapa, Baginda Mani Purindan adalah seorang keturunan Arab-Parsi dari keturunan Sayidina Abbas di India[1].

Sebelum menjadi bendahara, Tun Mutahir merupakan Temenggung Melaka. Beliau kemudian dilantik menjadi Bendahara oleh Sultan Mahmud Syah, manakala anaknya Tun Hasan menggantikannya sebagai temenggung [2].

Pada masa pemerintahannya perkembangan ekonomi Melaka berada di kemuncaknya. Hatta pengaruh baginda mengatasi Sultan kerana kelemahan keperibadian Sultan Mahmud. Baginda adalah seorang yang berpegang teguh pada agama dan tidak memperdulikan golongan saudagar yang cuba mengambil faedah akan kelemahan Sultan. Keadaan Melaka pada zamannya adalah sangat aman dan berada dikemuncaknya. Baginda juga menjalankan beberapa penaklukan termasuk Kelantan dan meluaskan Empayar Melaka, Baginda bertanggung jawab menyelamatkan Melaka daripada tipu helah Portugis terutamanya Lopez de Squiera dimana baginda serta putra-putranya telah menyerang dan mengusir angkatan Portugis pada tahun 1509.[3]

Malangnya beliau sekeluarga dihukum bunuh oleh Sultan Mahmud Syah kerana termakan fitnah golongan pembesar. Dalam keadaan demikianpun, baginda meminta keluarganya supaya bertenang dan menerima ketentuan Allah.

Rujukan

  1. ^ ms 257, Zuriat Rasulullah dan Raja-Raja Melayu, (Tun) Suzana (Tun) Othman, (2014), Crescent Publication
  2. ^ Sejarah Malaysia: Sultan Mahmud Syah
  3. ^ Sejarah Melayu, DBP, A Samad Ahmad


Penyandang Terdahulu Bendahara Melaka
ke-7
Penyandang Kemudian
Tun Perpatih Putih
Bendahara Seri Paduka Tuan