Atilia Haron: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mengemas kini maklumat
Berbeza (bincang | sumb.)
Baris 65: Baris 65:
[[Kategori:Orang hidup]]
[[Kategori:Orang hidup]]
[[Kategori:Kelahiran 1974]]
[[Kategori:Kelahiran 1974]]
[[Kategori:Kelahiran Johor]]
[[Kategori:Orang dari Johor]]
[[Kategori:Penyanyi wanita Malaysia]]
[[Kategori:Penyanyi wanita Malaysia]]
[[Kategori:Pelakon wanita Malaysia]]
[[Kategori:Pelakon wanita Malaysia]]

Semakan pada 13:21, 30 Disember 2014

Atilia Haron
Atilia Haron dalam filem KIL.
Latar belakang
Nama lahirRaja Putri Atilia binti Raja Haron
Kelahiran (1974-09-15) 15 September 1974 (umur 49)
Muar, Johor
GenreJaz[1], ritma dan blues
PekerjaanPenerbit eksekutif, penyanyi, penulis lagu, pelakon, peragawati
InstrumenVokal
Tahun aktif1998 - kini
Syarikat rakaman
Roslan Aziz Productions Sdn. Bhd.
Mujik Productions Sdn. Bhd.
Pengkarya berkait
Noh Salleh, Loque
Laman sesawang
www.atilia.us/v3/

Atilia Haron (dilahirkan sebagai Raja Putri Atilia binti Raja Haron[2]) merupakan seorang penerbit eksekutif, penyanyi, penulis lagu, pelakon, dan peragawati. Beliau dilahirkan di Muar, Johor pada 15 September 1974.

Kehidupan awal

Beliau telah melibatkan diri dalam industri muzik sejak dari kecil. Beliau juga mempunyai pertalian yang kuat dengan muzik kerana diberikan galakan yang kuat dari ibunya, Salamiah Hassan yang juga seorang penyanyi yang terkenal di Malaysia. Apabila beliau berumur 12 tahun, beliau telah dipilih sebagai penyanyi utama untuk iklan komersial Coca-Cola yang mewakili serantau Asia Tenggara seperti Indonesia, Malaysia dan Singapura yang diadakan di Liverpool, England. Dua tahun selepas itu, beliau merakamkan lagu duet bersama ibunya menerusi lagu "Kadangkala" untuk dimuatkan di dalam album ibunya, Menghitung Hari.[3]

Penglibatan dalam pertandingan tarian

Beliau juga pernah menyertai rancangan Sehati Berdansa, sebuah program realiti mengenai tarian yang diterbitkan oleh Astro[4] bersama bekas suaminya[5], Ariff Johan Abdul Aziz.

Diskografi

Album studio

Filemografi

Pencapaian

Tahun Anugerah Nota Hasil
2008 Artis Baru Terbaik Beliau telah tewas kepada empat pesaing lain (Anugerah Industri Muzik ke-15). Tercalon
Persembahan Vokal Terbaik dalam Album (Wanita) Beliau tercalon dalam kategori ini menerusi penglibatannya dalam album Sangkar (Anugerah Industri Muzik ke-15). Tercalon
Video Muzik Terbaik Beliau memenangi kategori ini melalui video muzik Sangkar, hasil arahan Sean Chan (Anugerah Industri Muzik ke-15). Menang

Rujukan

  1. ^ Perjuangan muzik jazz Atilia.
  2. ^ Si cilik IK4!
  3. ^ "About Atilia". Dicapai pada 9 Oktober 2012.
  4. ^ "Sein Ruffedge dan Nana bercerai". 8 Disember 2010. Dicapai pada 7 Julai 2012‎. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  5. ^ Atilia bercerai.
  6. ^ Keindahan jazz Atilia.
  7. ^ Atilia ingin aktif di Indonesia.

Pautan luar