Sukan Asia 2014: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
丘明利 (bincang | sumb.)
PJDH (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 1: Baris 1:
{{Asiad infobox |
{{Asiad infobox |
Name = Sukan Asia XVII |
Name = Sukan Asia XVII |
Logo = 17th_asiad.png |
Logo = Flag of Edward England.svg |
Size = 175 |
Size = 175 |
Optional caption =Lambang rasmi Sukan Asia 2014 |
Optional caption =Lambang rasmi Sukan Asia 2014 |

Semakan pada 07:44, 4 Januari 2015

Sukan Asia XVII
Lambang rasmi Sukan Asia 2014
Penyertaan negara45
Penyertaan atlet9535
Acara36 sukan
Upacara pembukaan19 September
Upacara penutupan4 Oktober
Pembukaan dirasmikan olehPresident Park Geun-hye
Pembaca ikrar atletOh Jin-hyek
Nam Hyun-hee
Penyala oborLee Young-ae
Stadium utamaIncheon Asiad Main Stadium

Sukan Asia 2014, secara rasminya dikenali sebagai Sukan Asia ke-17 (XVII Asiad), adalah acara sukan terbesar di Asia yang ditadbir oleh Olimpik Majlis Asia (OCA). Ia berlangsung di Incheon, Korea Selatan dari 19 September – 4 Oktober 2014,[1] dengan 439 acara dalam sukan 36 dan disiplin menetapkan untuk menampilkan permainan.

Incheon telah dianugerahkan hak pada 17 April 2007, menumpaskan Delhi, India menjadi tuan rumah Sukan. Incheon merupakan bandar yang ketiga di Korea Selatan selepas Seoul (1986) dan Busan (2002) untuk menjadi tuan rumah Sukan Asia.

Penganjuran

Bidaan

Pemilihan Tuan rumah Sukan Asia 2014
Bandar Negara Undian
Incheon Korea Selatan Korea Selatan 32
Delhi India India 13

Hak penganjuran Sukan Asia 2014 direbut oleh dua buah bandar iaitu Delhi (India) dan Incheon (Korea Selatan) yang melakukan bidaan rasmi pada 2 Disember 2006 di Doha, Qatar.[2]

Pengundian diadakan pada 17 April 2007 sewaktu Perhimpunan Am OCA di Marriot Hotel, Bandaraya Kuwait, Kuwait. Sewaktu pembentangan akhir sebelum pengundian Incheon membuat tawaran baru dengan menambah dana kepada AS$20 juta untuk membantu negara-negara yang belum meraih sebarang pingat sepanjang sejarah Sukan Asia. Pihak Incheon juga menawarkan tiket penerbangan dan penginapan percuma kepada semua peserta sedangkan India tidak melakukan sebarang perubahan pada tawarannya.[3][4] Kesemua 45 ahli mengundi secara rahsia. Sekitar pukul 4 petang waktu tempatan, Incheon diumumkan sebagai pemenang. [5] Biarpun keputusan undian tidak diumumkan, tetapi didapati bahawa Incheon menang 32–13.[6]

Ramai yang berasa bahawa kurangnya minat Delhi untuk menjadi tuan rumah adalah punca utama kekalahannya. Menteri Sukan Kesatuan India ketika itu, Mani Shankar Aiyar lantang menentang cadangan Delhi untuk menjadi tuan rumah atas hujah-hujah bahawa dana penganjuran temasya yang diperuntukkan oleh kerajaan India lebih baik ditujukan kepada pembinaan kemudahan bagi golongan miskin.[7] Presiden Persatuan Olimpik India (IOA) mengaku bahawa tentangan Menteri Sukan India terhadap penganjuran Sukan Asia adalah punca utama kekalahan New Delhi.[8] Perwakilan IOA juga mengujar bahawa jawatankuasa penilaian bidaan risau akan pencemaran dan kesesakan lalulintas di Delhi.[9] Tawaran AS$200,000 oleh Delhi untuk membantu setiap pasukan berbanding AS$20 juta oleh Incheon kepada kesemua 45 negara yang menyertai temasya mungkin juga menyebabkan kekalahan ini.[3]

Slogan

Diperkenalkan pada 16 September 2010, "Diversity Shines Here" merupakan slogan rasmi Sukan Asia 2014 yang mewakili dan menyoroti keagungan kepelbagaian sejarah, kebudayaan dan agama-agama Asia.[10]

Pemasaran

Tiga adik-beradik anjing laut bintang diperkenalkan pada 4 November 2010 sebagai maskot rasmi temasya di Pulau Songdo, Incheon. Nama-namanya ialah "Barame", "Chumuro" dan "Vichuon", yang masing-masing bermaksud angin, tarian dan cahaya dalam bahasa Korea, sejejar dengan tema venue utama. Menurut penganjur, maskot melambangkan masa depan yang aman antara Korea Selatan dan Korea Utara.[11]

Logo rasmi juga diperkenalkan pada hari yang sama, berbentuk sayap besar yang terdiri daripada sederet huruf "A", iaitu huruf parap "Asia" dengan matahari yang menyinar di bahagian atas kirinya, melambangkan orang-orang Asia berganding tangan di angkasa.[11]

Pada 27 September 2012, syarikat pengeluar jam tangan Tissot dari Switzerland dilantik sebagai penjaga masa rasmi temasya.[12]

Album rasmi temasya diterbitkan oleh Universal Music dan keluar pada 20 Jun 2014, menampilkan lagu "Only One" dendangan JYJ sebagai lagu rasmi Sukan Asia 2014.[13][14]

Pingat

Reka bentuk pingat diluluskan oleh OCA pada 19 Ogos 2013, bercirikan lambang berbentuk pentagon yang mewakili lima "port" Incheon, iaitu Airport, Seaport, Teleport, Leisureport dan Businessport, dengan logo Sukan di dalamnya. Ia melambangkan bandar Incheon sebagai pusat Asia Timur Laut.[15]

Perbelanjaan

Penganjuran Sukan Asia 2014 dianggarkan menelan belanja sebanyak AS$1.62 bilion, yang mana kerajaan pusat Korea dan kerajaan Incheon masing-masing menanggung 19% dan 78.9% daripadanya. Daripada keseluruhan peruntukan, kira-kira AS$1.39 bilion akan digunakan untuk membina tempat acara dan prasarana berkenaan, sementara kira-kira AS$11 juta diperuntukan untuk pembinaan dan penyelenggaraan tempat berlatih. Kira-kira AS$103 juga lagi digunaakn untuk projek-projek jalan raya dan pengangkutan.[16]

Bagaimanapun, laporan April 2012 menunjukkan bahawa kerajaan bandar tertekan dari segi kewangan disebabkan hutangnya yang melambung tinggi.[17]

IAGOC dijangka menjimat AS$34 juta setelah bersetuju untuk mengurangkan bilangan atlit yang menerima pengangkutan dan penginapan percuma dari 15,000 ke 2,025 orang.[18]

Tempat acara

Terdapat 49 tempat acara dan 48 kemudahan berlatih yang akan digunakan sepanjang temasya. 10 daripada 49 tempat pertandingan terdapat di enam buah bandar di Wilayah Gyeonggi dan dua lagi terletak di Chungju dan Seoul. Tempat-tempat acara selebihnya terletak di dalam lingkungan kota raya Incheon. 10 buah tempat baru dibina khas untuk temasya ini.[19] Sukan Asia 2014 juga merangkumi perkampungan atlit dan media yang menyediakan sebanyak 3,300 unit dan 9,560 bilik untuk atlit dan wartawan.[19]

Stadium utama iaitu Incheon Asiad Main Stadium mempunyai sebanyak 61,074 tempat duduk, yang mana 30,000 daripadanya boleh dialihkan selepas temasya.[16][20] Stadium bernilai AS$400 juta yang asalnya dirancang mempunyai 70,000 tempat duduk itu direka oleh syarikat Populous yang juga pernah mereka bina beberapa tempat sukan di seluruh dunia termasuklah Stadium Olimpik sempena Sukan Olimpik London 2012. Upacara pecah tanah diadakan pada 28 Jun 2011 di Yeonhui-dong, dan pembinaannya bermula pada Jun 2011 dan siap pada April 2014.[21][22]

Pengangkutan

Tempoh pembinaan Incheon Subway disingkatkan daripada hingga 2018 yang awal dirancang.[17] Disebabkan pertambahan pengguna yang mendadak di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon sewaktu Sukan Asia, maka prosedur imigrasi dipertingkat demi kemudahan penumpang.[23]

Kalendar

 UB  Upacara pembukaan  ●   Acara saringan  1  Acara kemuncak  UT  Upacara penutup
September/Oktober 2014 14
A
15
I
16
S
17
R
18
K
19
J
20
Sa
21
A
22
I
23
S
24
R
25
K
26
J
27
Sa
28
A
29
I
30
S
1
R
2
K
3
J
4
Sa
Pingat
emas
Akuatik – Terjun 2 2 2 2 2 10
Akuatik – Renang 6 6 7 7 6 6 38
Akuatik – Renang segerak 1 1 1 3
Akuatik – Polo air 1 1 2
Memanah 4 4 8
Olahraga 5 8 7 4 11 11 1 47
Badminton 1 1 1 2 2 7
Besbol – Besbol 1 1
Besbol – Bola lisut 1 1
Bola keranjang 1 1 2
Boling 1 1 1 1 2 4 2 12
Tinju 3 10 13
Lumba kanu – Slalom 4 4
Lumba kanu – Pecut 12 12
Kriket 1 1 2
Lumba basikal – BMX 2 2
Lumba basikal – Mountain bike 2 2
Lumba basikal – Jalanan 2 1 1 4
Lumba basikal – Balapan 2 2 1 1 1 3 10
Ekuestrian 1 1 2 1 1 6
Lawan pedang 2 2 2 2 2 2 12
Bola sepak 1 1 2
Golf 4 4
Gimnastik – Artistik 1 1 2 5 5 14
Gimnastik – Berirama 1 1 2
Gimnastik – Trampolin 2 2
Bola baling 1 1 2
Hoki 1 1 2
Judo 4 5 5 2 16
Kabaddi 2 2
Karate 5 5 3 13
Pentatlon moden 2 2 4
Lumba dayung 7 7 14
Ragbi bertujuh 2 2
Lumba layar 14 14
Sepaktakraw 2 2 2 6
Menembak 4 4 4 4 4 10 6 6 2 44
Skuasy 2 2 4
Pingpong 2 3 2 7
Taekwondo 4 4 4 4 16
Tenis – Tenis 2 3 2 7
Tenis – Softenis 2 1 2 2 7
Triatlon 2 1 3
Bola tampar – Pantai 1 1 2
Bola tampar – Dewan 1 1 2
Angkat berat 2 2 2 2 2 2 3 15
Gusti 4 4 4 4 4 20
Wushu 2 2 2 2 7 15
Upacara UB UT
Jumlah pingat emas 18 24 27 29 38 38 22 24 30 32 29 46 41 34 7 439
Jumlah kumulatif 18 42 69 98 136 174 196 220 250 282 311 357 398 432 439
September/Oktober 2014 14
A
15
I
16
S
17
R
18
K
19
J
20
Sa
21
A
22
I
23
S
24
R
25
K
26
J
27
Sa
28
A
29
I
30
S
1
R
2
K
3
J
4
Sa
Pingat
emas

Negara yang menyertai

Pungutan pingat

Ked. Negara Emas Perak Gangsa Jumlah
1  China (CHN) 151 109 83 343
2  Korea Selatan (KOR) 79 71 84 234
3  Jepun (JPN) 47 76 76 199
4  Kazakhstan (KAZ) 28 23 33 84
5  Iran (IRI) 21 18 18 57
6  Thailand (THA) 12 7 28 47
7  Korea Utara (PRK) 11 11 14 36
8  India (IND) 11 10 36 57
9  Taipei Cina (TPE) 10 18 23 51
10  Qatar (QAT) 10 0 4 14
Jumlah 439 439 576 1454

Rujukan

  1. ^ "2014 Asian Games to promote regional harmony". The Korea Herald. 2010-06-07. Dicapai pada 2010-07-04.
  2. ^ "India makes formal bid for 2014 Asiad". oneindia. 2006-02-12. Dicapai pada 2010-07-04.
  3. ^ a b "Money could decide 2014 Asian Games bid". DNA India. 2007-04-17. Dicapai pada 2010-07-04.
  4. ^ "S Korea's Incheon wins bid to host 2014 Asian Games". CCTV International. 2007-04-18. Dicapai pada 2010-07-04.
  5. ^ "Incheon to Host 2014 Asian Games". The Korea Times. 2007-04-18. Dicapai pada 2010-07-04.
  6. ^ "2014 아시안게임 유치...인천도 해냈다". Naver. 2007-04-18. Dicapai pada 2010-07-04.
  7. ^ "India vs. China as a Global Sporting Events Host". Bloomberg BusinessWeek. 2008-09-19. Dicapai pada 2010-07-04.
  8. ^ "Delhi loses bid to host 2014 Asian Games". Outlook India. 2007-04-17. Dicapai pada 2010-07-04.
  9. ^ "Pollution, traffic could have cost Delhi the Asian Games". Zee News. 2007-04-18. Dicapai pada 2010-04-07.
  10. ^ "2014 Incheon Asian Games announces official slogan". Korea.net. 2010-10-14. Dicapai pada 2010-10-24.
  11. ^ a b Xinhua (2010-11-05). "Mascots, emblem for 2014 Incheon Asian Games unveiled". China Daily. Dicapai pada 2010-11-05.
  12. ^ "Tissot, Official Timekeeper of the 17th Asian Games Incheon 2014". MarketWatch. 2012-09-27. Dicapai pada 2012-09-27.
  13. ^ "JYJ to sing the official song of 2013 Incheon Asian Games". Yahoo! Malaysia Entertainment. 2013-09-03. Dicapai pada 2013-09-07.
  14. ^ Ji-young, Sohn (2014-06-23). "Incheon Asian Games official album released". The Korea Herald. Dicapai pada 2014-06-26.
  15. ^ "Asian Games: Incheon Asian Games medal design revealed". SportAsia. 29 September 2013. Dicapai pada 13 April 2014.
  16. ^ a b Walden, Laura (2011-11-17). "Incheon 2014: Asian Games to have US$1.62 billion budget with new program". SportsFeatures.com. Dicapai pada 2011-11-27.
  17. ^ a b Jeong-ju, Na (2012-04-04). "In financial pinch, Incheon under pressure to downscale Asiad plan". The Korea Times. Dicapai pada 2012-04-22.
  18. ^ "Incheon Saves Cost of 2014 AG". IAGOC. 2013-06-30. Dicapai pada 2013-09-07.
  19. ^ a b Sun-Hyoung, Kim (10 January 2010). "2014 Incheon Asian Games Brief". IAGOC. Dicapai pada 20 April 2014.
  20. ^ "Incheon Asiad Main Stadium". IAGOC. Incheon2014ag.org. Dicapai pada 20 April 2014.
  21. ^ "Groundbreaking ceremony held for Incheon Asian Games main stadium". Korea.net. 2011-07-11. Dicapai pada 2011-07-14.
  22. ^ "2014 premiere in Korea for Populous". World Architecture News. 2009-05-06. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 May 2010. Dicapai pada 2010-07-04. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  23. ^ "仁川机场一季度出入境人数突破1000万". News.163.com (dalam bahasa Chinese). 13 April 2014. Dicapai pada 13 April 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  24. ^ "Afghanistan". Incheon2014ag.org. Dicapai pada 16 September 2014.
  25. ^ "Bahrain". Incheon2014ag.org. Dicapai pada 16 September 2014.
  26. ^ "Bangladesh". Incheon2014ag.org. Dicapai pada 16 September 2014.
  27. ^ "Bhutan". Incheon2014ag.org. Dicapai pada 16 September 2014.
  28. ^ "Brunei Darussalam". Incheon2014ag.org. Dicapai pada 16 September 2014.
  29. ^ "Cambodia". Incheon2014ag.org. Dicapai pada 16 September 2014.
  30. ^ "China". Incheon2014ag.org. Dicapai pada 16 September 2014.
  31. ^ "DPR Korea". Incheon2014ag.org. Dicapai pada 16 September 2014.
  32. ^ "Hong Kong, China". Incheon2014ag.org. Dicapai pada 16 September 2014.
  33. ^ "India". Incheon2014ag.org. Dicapai pada 16 September 2014.
  34. ^ "Indonesia". Incheon2014ag.org. Dicapai pada 16 September 2014.
  35. ^ "Iran". Incheon2014ag.org. Dicapai pada 16 September 2014.
  36. ^ "Iraq". Incheon2014ag.org. Dicapai pada 16 September 2014.
  37. ^ "Japan". Incheon2014ag.org. Dicapai pada 16 September 2014.
  38. ^ "Jordan". Incheon2014ag.org. Dicapai pada 16 September 2014.
  39. ^ "Kazakhstan". Incheon2014ag.org. Dicapai pada 16 September 2014.
  40. ^ "Korea". Incheon2014ag.org. Dicapai pada 16 September 2014.
  41. ^ "Kuwait". Incheon2014ag.org. Dicapai pada 16 September 2014.
  42. ^ "Kyrgyzstan". Incheon2014ag.org. Dicapai pada 16 September 2014.
  43. ^ "Laos". Incheon2014ag.org. Dicapai pada 16 September 2014.
  44. ^ "Lebanon". Incheon2014ag.org. Dicapai pada 16 September 2014.
  45. ^ "Macau, China". Incheon2014ag.org. Dicapai pada 16 September 2014.
  46. ^ "Malaysia". Incheon2014ag.org. Dicapai pada 16 September 2014.
  47. ^ "Maldives". Incheon2014ag.org. Dicapai pada 16 September 2014.
  48. ^ "Mongolia". Incheon2014ag.org. Dicapai pada 16 September 2014.
  49. ^ "Myanmar". Incheon2014ag.org. Dicapai pada 16 September 2014.
  50. ^ "Nepal". Incheon2014ag.org. Dicapai pada 16 September 2014.
  51. ^ "Oman". Incheon2014ag.org. Dicapai pada 16 September 2014.
  52. ^ "Pakistan". Incheon2014ag.org. Dicapai pada 16 September 2014.
  53. ^ "Palestine". Incheon2014ag.org. Dicapai pada 16 September 2014.
  54. ^ "Philippines". Incheon2014ag.org. Dicapai pada 16 September 2014.
  55. ^ "Qatar". Incheon2014ag.org. Dicapai pada 16 September 2014.
  56. ^ "Saudi Arabia". Incheon2014ag.org. Dicapai pada 16 September 2014.
  57. ^ "Singapore". Incheon2014ag.org. Dicapai pada 16 September 2014.
  58. ^ "Sri Lanka". Incheon2014ag.org. Dicapai pada 16 September 2014.
  59. ^ "Syria". Incheon2014ag.org. Dicapai pada 16 September 2014.
  60. ^ "Chinese Taipei". Incheon2014ag.org. Dicapai pada 16 September 2014.
  61. ^ "Tajikistan". Incheon2014ag.org. Dicapai pada 16 September 2014.
  62. ^ "Thailand". Incheon2014ag.org. Dicapai pada 16 September 2014.
  63. ^ "Timor-Leste". Incheon2014ag.org. Dicapai pada 16 September 2014.
  64. ^ "Turkmenistan". Incheon2014ag.org. Dicapai pada 16 September 2014.
  65. ^ "United Arab Emirates". Incheon2014ag.org. Dicapai pada 16 September 2014.
  66. ^ "Uzbekistan". Incheon2014ag.org. Dicapai pada 16 September 2014.
  67. ^ "Vietnam". Incheon2014ag.org. Dicapai pada 16 September 2014.
  68. ^ "Yemen". Incheon2014ag.org. Dicapai pada 16 September 2014.

Pautan luar