Cetak rompak: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 21: Baris 21:
== Lihat juga ==
== Lihat juga ==
* [[Hak cipta]]
* [[Hak cipta]]

==Rujukan==
{{reflist}}

==Pautan luar==
*[http://www.mp3newswire.net/stories/6002/250billion.html Movie and Record Industry Piracy Figures Incendiary, But Not Fact.] - Rencana [[MP3 Newswire]] Jun 2006 yang mencabar tuntutan pencabulan hak cipta yang mendadak oleh syarikat media
*[http://archive.salon.com/tech/feature/2000/06/14/love/print.html Rencana Salon.com 2000 oleh Courtney Love mengenai pencabulan hak cipta muzik]
*[http://www.cluas.com/music/features/piracy_china.htm Rencana 2003 mengenai cetak rompka CD di China dari majalah web muzik www.CLUAS.com]
*[http://www.baen.com/library/palaver4.htm Cetakan semula tahun 2001 dua ucapan oleh Thomas Macaulay di Parlimen pada tahun 1841, ketika isu hak cipta dibincangkan.]
*[http://ryanduff.net/archives/2004/11/18/knockin-on-my-door/ Satu contoh surat tuntutan mahkamah MPAA]
*[http://www.plagiarismchecker.com/plagiarism-vs-copyright.php Rencana untuk para penuntut yang menjelaskan perbezaan antara penjiplakan dan pencabulan hakcipta]
*[http://www.frenchlane.com/index2.html Automated Copyright Infringement Detection]
*[http://www.archive.org/details/willful_infringement_mickey_and_me Willful Infringement: Mickey and Me] Cerita Jed Horovitz dan perselisihan undang-undang antara beliau dengan Disney Corporation
*[http://www.penetrationtest.com/whistle.php http://www.penetrationtest.com/whistle.php - Whistleblower] - Imbaskan penyumbang berita NNTP anda untuk mengesan kehadiran salinan muzik, filem atau perisian tanpa izin
*[http://www.copyright.gov/title17/92chap5.html US Copyright Office]
*[http://www.copyclaim.com/ How to protect your copyright on digital files]
*[http://www.wysiwygfilms.com/blog/archive/2007/05/the-death-of-piracy/ The Death of Piracy]
* [http://www.explodethenet.com/a-6-step-system-to-stop-people-from-stealing-your-website-content-10.html 6 Step System To Stop People From Stealing Your Website Content]


[[Kategori: Jenayah]]
[[Kategori: Jenayah]]

Semakan pada 02:38, 19 September 2007

Cetak rompak (atau pencabulan hakcipta) bermaksud penggunaan bahan yang dilindungi undang-undang hakcipta tanpa izin, maka mencabuli salah satu hak eksklusif pemilik hakcipta asli, seperti hak untuk mengeluarkan semula atau menjalankan karya yang dihakcipta, atau menghasilkan karya derivatif yang berasaskan karya yang dihakcipta itu.

Kaedah cetak rompak

Kegiatan memuat turun bahan lucah dan berkongsi rakaman muzik dalam bentuk MP3 dan fail-fail audio yang lain makin berleluasa[perlu rujukan], itupun setelah berkuburnya Napster dan tuntutan mahkamah atas pencabulan hakcipta berturut-turut yang dikemukakan badan-badan industri rakaman. DVD screener yang diedar oleh studio filem (biasanya untuk penilaian bagi anugerah) juga dijadikan sumber utama penyalinan tanpa izin apabila filem-filem masih ditayangkan di pawagam, dan pihak MPAA di Amerika Syarikat sudah cuba mengehadkan penggunaannya. Filem juga disalin oleh seseorang yang menyeludup masuk kamera video ke dalam pawagam dan merakam pancarannya secara senyap-senyap (juga dikenali sebagai "CAM"), namun salinan-salinan sedemikian lazimnya kurang bermutu berbanding salinan keluaran rasmi. Kegiatan berkongsi salinan muzik adalah sah di kebanyakan negara, seperti Kanada, dan sesetengah rantau di Eropah, selagi maklumat sedemikian tidak diiklankan atau lagu-lagunya dijual.

Rakaman haram (bootleg) ialah rakaman muzik yang belum dikeluarkan secara rasmi oleh artis atau syarikat pengurusan atau penerbitan yang bersekutu dengannya. Rakaman sedemikian boleh terdiri dalam bentuk demo, outtake atau bahan studio yang lain, atau juga rakaman persembahan live secara haram. Penggemar muzik boleh menggunakan istilah "bootleg" untuk membezakan rakaman-rakaman ini daripada salinan "cetak rompak" bagi bahan yang dikeluarkan secara komersil, tetapi rakaman-rakaman tersebut masih dilindungi hakcipta meskipun belum dikeluarkan secara rasmi, maka pengedaran bahan-bahan sedemikian masih menyalahi undang-undang.

Di sesetengah negara, orang yang menjual bahan berhakcipta secara haram juga diketahui menjaja VCD, CD, dan DVD di tepi jalan, pasar, pasar malam dsb.

Penggunaan kandungan teks secara haram juga merupakan sebentuk pencabulan hak cipta yang mana kegiatan menyalin teks dari satu laman ke satu laman yang lain tanpa restu pengarang adalah meluas di jaringan sedunia. Roberta Beach Jacobson mengkritik penggelapan karya-karya pengarang oleh laman-laman web dalam rencana beliau Copyrights and Wrongs. Rencana ini dimasukkan dalam articlestree.com [1] pada 27 November, 2001; ironinya, rencana itu telah disalin ke beratus-ratus laman web, [2] kebanyakannya mengaku memegang hak cipta atas karya tersebut atau mengenakan caj untuk mencapainya.

Cetak rompak di Malaysia

Dari sudut undang-undang, cetak rompak bermaksud aktiviti penyalinan, pengedaran dan penggunaan produk harta intelek secara haram tanpa izin pemegang hak cipta bagi harta intelek tersebut. Kegiatan cetak rompak merupakan satu kesalahan menurut Akta Hakcipta 1987. Harta intelek bermaksud sebarang produk dan hasil karya yang didaftarkan hak ciptanya seperti buku, muzik, filem, siaran televisyen dan radio, perisian komputer serta rekabentuk industri. Semua harta intelek adalah dilindungi oleh Akta Hakcipta 1987.

Kegiatan cetak rompak berleluasa di Malaysia disebabkan beberapa faktor berikut:-

  1. Kurangnya kesedaran di kalangan pengguna mengenai harta intelek
  2. Harga produk cetak rompak yang jauh lebih murah daripada produk tulen.
  3. Salah guna teknologi seperti penulis CD dan penulis DVD pada komputer yang digunakan untuk tujuan cetak rompak
  4. Salah guna internet yang dijadikan medium penyebaran produk cetak rompak.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Jacobson, Roberta Beach (2001-11-27). "Copyrights and Wrongs". www.articlestree.com. Dicapai pada 2007-4-7. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)
  2. ^ "Results 1 - 10 of about 371 for "Roberta Beach Jacobson" "Copyrights and Wrongs"". www.google.com. Dicapai pada 2007-4-7. Text "date = 2007-4-7" ignored (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)

Pautan luar