Wikipedia:Portal pilihan: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tetuanpari (bincang | sumb.)
Pendidikan Jasmani DAn Kesihatan
Emrrans (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1: Baris 1:
{{padam}}
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

Semakan pada 04:29, 19 September 2007

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

BISMILLAHHIRAHMANNIRRAHIM....

PENGENALAN

Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial.

APA ITU PJK

Barrow (1971, 1983) menyatakan Pendidikan Jasmani dalam konteks ‘pengalaman pendidikan menyeluruh’ dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu.

Baley & Field (1976), satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil melalui aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak,

Freeman (1977, 1992) menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikal dan mental dan menumpu pada tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.

Lumpkin (1990) berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi.

Dauer (1995) berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalaman-pengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak.

APA ITU PENDIDIKAN KESIHATAN

Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses membekalkan atau menggunakan pengalamaan bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti.


MATLAMAT

Pendidikan Jasmani bertujuan membentuk murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan

Objektif Pendidikan Jasmani

    Bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviiti fizikal dan amalan kecergasan.

Pembelajaran dilakukan dengan mengutamakan tiga perkara utama :

Kognitif

Mengetahui dan memahami akan aspek kecergasan dan boleh diamalkan dalam kehidupan seharian

Psikomotor

1. Melakukan aktiviti kecergasan berkaitan dengan daya tahan kardiovaskular, kelenturan, koordinasi, imbangan dan ketangkasan 2. Melakukan pergerakan asas, gimnastik pendidikan dan pergerakan kreatif dengan betul dan selamat. 3. Boleh meningkatkan tahap kemahiran dan pengetahuan pelajar dalam aktiviti yang diajar untuk membentuk keseimbangan diri yang sempurna.

Afektif

1. Memahami dan mematuhi arahan serta peraturan dalam semua aktiviti begi menjaga keselamatan 2. Memahami serta mengamalkan pengurusan masa yang sesuai untuk beraktiviti 3. Berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan dalam suasana yang menyeronokkan 4. Untuk melahirkan insan yang sihat dan tahu akan kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat.

Matlamat

Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat

Pendidikan Kesihatan

Bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Objektif kurikulum Pendidikan Jasmani untuk keseluruhan tahun dan tingkatan

1. Memahami cara menjaga kebersihan diri dan kepentingannya 2. Memahami perbezaan peranan dan fungsi kumpulan peringkat umur 3. Menjelaskan proses perolehan dan penyediaan makanan. 4. Memahami cara meningkatkan harga diri. 5. Menjelaskan keburukan merokok, menghidu dan pengambilan dadah. 6. Memahami tujuan pengiklanan dan kesannya ke atas pengguna dan produk. 7. Mengetahui jenis penyakit berjangkit bawaan air dan makanan serta langkah pencegahnya. 8. Menyenaraikan alatan yang terdapat dalam peti kecemasan dan rawatan awal untuk kecederaan

   ringan 

Apakah Budaya Pembelajaran Pendidikan Jasmani

Penglibatan murid secara aktif dan selamat Interaksi yang kreatif dengan rakan, bahan dan alatan Penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti pembelajaran

Apakah Budaya Pembelajaran Pendidikan Kesihatan

Penglibatan murid secara penghayatan ilmu Interaksi dengan guru, rakan dan masyarakat Penyimpanan rekod kesihatan dan kegiatan murid sebagai bukti pembelajaran

Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani

==Kecergasan==

  Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan murid melakukan aktiviti fizikal secara berterusan .
  Tumpuan diberi kepada komponen kecergasan  berasaskan fizikal.

Kecergasan Fizikal

Berasaskan kesihatan

Daya tahan kardiovaskular Daya tahan Otot Kekuatan Kelenturan Komposisi badan

Berasaskan pelakuan motor

Koordinasi Imbangan Ketangkasan Kuasa Masa Respons Kepantasan Kemahiran

  Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan melakukan kemahiran daripada aspek pergerakan    
  otot
  Tumpuan diberi kepada kemahiran asas dalam permainan , olahraga, gimnastik, pergerakan kreatif 
  dan rekreasi.

Kesukanan

  Konsep tunjang ini menitik beratkan kefahaman dan pengetahuan bagi mengukuhkan amalan 
  pendidikan jasmani dan sukan. Tumpuan diberi kepada aspek keselamatan, pengurusan, kerjaya   
  etika dan isu-isu dalam pendidikan jasmani dan sukan.

Kesihatan Diri dan Keluarga

  Konsep tunjang ini adalah penjagaan asas kesihatan diri, perasaan, kekeluargaan
  Tumpuan diberi kepada kesihatan diri, seksualiti, kekeluargaan, perkahwinan dan keibubapaan
  

Gaya Hidup Sihat

  Konsep tunjang ini adalah pengalaman aktiviti kehidupan harian yang sihat dan menjauhi tingkah 
  laku berisiko secara berterusan.
  Tumpuan diberi kepada penyelesaian konflik, pengurusan stres, kemahiran merancang, pemakanan, 
  penyalahgunaan bahan dan pencegahan dadah.

Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran

  Konsep tunjang ini adalah  pemeliharaan kebersihan dan keselamatan persekitaran dan pertolongan 
  cemas

Lajur Hasil Pembelajaran

Aras 1:

  Aras yang paling mudah dan  dapat dilakukan oleh semua murid

Aras 2:

  Pemeringkatan daripada aras 1 bagi sesetengah murid

Aras 3:

  Aras yang paling tinggi, lebih sukar dan menggalakkan pembelajaran kendiri untuk murid yang mempunyai kadar pembelajaran yang tinggi


Secara tidak langsung blog ini dapat membantu guru-guru mempertingkatkan lagi proses p&p di sekolah masing-masing tampa dibelenggu oleh anasir-anasir yang tidak berkaitan

AMIN