Toradora!: Perbezaan antara semakan
Tiada ringkasan suntingan |
|||
Baris 113: | Baris 113: | ||
=== Manga === |
=== Manga === |
||
{{main|Senarai bab Toradora!}} |
{{main|Senarai bab Toradora!}} |
||
Manga telah diadaptasikan daripada novel ringan, diilustrasikan oleh Zekkyō bermula pada September 2007 oleh [[shōnen manga]] [[MediaWorks]] majalah ''[[Dengeki Comic Gao!]]'' |
Manga telah diadaptasikan daripada novel ringan, diilustrasikan oleh Zekkyō bermula pada September 2007 oleh [[shōnen manga]] [[MediaWorks]] majalah ''[[Dengeki Comic Gao!]]'' <ref>{{cite web|title=''Dengeki Comic Gao!'' September 2007 issue|url=http://www.mediaworks.co.jp/magazine/backno/gao_200709.php|publisher=[[MediaWorks]]|accessdate=2015-01-28}}</ref> Manga tamat dalam ''Dangeki Comic Gao!'' pada Mac 2008, kemudiannya bersambung semula dalam majalah manga ''[[Dangeki Daioh]]'' di bawah [[ASCII Media Works]] dari Mei 2008. <ref name="daioh-May08">{{cite web|archiveurl=http://web.archive.org/web/20080630231131/http://www.mediaworks.co.jp/magazine/backno/dai_200805.php|url=http://www.mediaworks.co.jp/magazine/backno/dai_200805.php|archivedate=June 30, 2008|title=''Dengeki Daioh'' May 2008 issue|publisher=[[ASCII Media Works]]|accessdate=2015-01-28|language=Japanese}}</ref><ref>{{cite web|url=http://www.animenewsnetwork.com/news/2008-01-25/inukami-honoka-baccano-1931-manga-to-end-in-japan|title= ''Inukami'', ''Honoka'', ''Baccano 1931'' Manga to End in Japan|publisher=[[Anime News Network]]|date=2008-01-25|accessdate=2008-01-30}}</ref> |
||
Jilid pertama ''[[tankōbon]]'' telah dikeluarkan pada 27 Februari 2008 di bawah [[Dangeki Comics]], ASCII Media Works. Enam jilid berjaya dikeluarkan sehingga 27 Julai 2013.<ref>{{cite web|url=http://www.amazon.co.jp/dp/4048916513|script-title=ja:小冊子付 特装版 とらドラ! (6) (電撃コミックス)|language=Japanese|publisher=[[Amazon.co.jp]]|accessdate=2013-07-27}}</ref> Pengeluar [[Utara]] [[Amerika]] iaitu [[Seven Seas Entertainment]] menghasilkan enam jilid antara 1 Mac 2011 sehingga 3 Februari 2014.<ref>{{cite web|url=http://www.animenewsnetwork.com/press-release/2010-07-20/seven-seas-acquires-manga-from-japan|title=Seven Seas Acquires 3 Red Hot Manga From Japan|publisher=[[Anime News Network]]|date=July 20, 2010|accessdate=July 20, 2010}}</ref><ref>{{cite web|url=http://www.gomanga.com/books/toradora!/141|title=SEVEN SEAS ENTERTAINMENT {{!}} ''Toradora!''|publisher=[[Seven Seas Entertainment]]|accessdate=February 5, 2014}}</ref> |
|||
==Rujukan== |
==Rujukan== |
Semakan pada 01:13, 16 Februari 2015
Toradora! | |
とらドラ! | |
---|---|
Genre | Drama, Komedi, Romantik |
Novel ringan | |
Pengarang | Yuyuko Takemiya |
Ilustrasi | Yasu |
Penerbit | ASCII Media Works |
Demografik | Male |
Pencetakan | Dengeki Bunko |
Tarikh Pengeluaran | 10 Mac 2006 – 10 Mac 2009 |
Jilid | 10 |
Novel ringan | |
Toradora Spin-off! | |
Pengarang | Yuyuko Takemiya |
Ilustrasi | Yasu |
Penerbit | ASCII Media Works |
Demografik | Male |
Pencetakan | Dengeki Bunko |
Majalah Asal | Dengeki Bunko Magazine |
Tarikh Pengeluaran | 10 May 2007 – 10 April 2010 |
Jilid | 3 |
Manga | |
Pengarang | Yuyuko Takemiya |
Ilustrasi | Zekkyō |
Penerbit | ASCII Media Works |
Penerbit Lain | |
Demografik | Shōnen |
Majalah Asal | Dengeki Comic Gao! (former) Dengeki Daioh |
Tarikh Pengeluaran | September 2007 – kini |
Jilid | 6 |
Siri televisyen anime | |
Pengarah | Tatsuyuki Nagai |
Skrip/Penulis | Mari Okada |
Lagu/Muzik | Yukari Hashimoto |
Studio | J.C.Staff |
Dilesenkan oleh | |
Penyiaran Asal | TV Tokyo |
Tarikh tayangan | 2 Oktober 2008 – 26 Mac 2009 |
Episod | 25 |
Permainan | |
Pembangun | Guyzware |
Pengeluar | Namco Bandai Games |
Genre | novel visual |
Pelantar | PlayStation Portable |
Tarikh dikeluarkan | 30 April 2009 |
Video animasi original | |
Pengarah | Tatsuyuki Nagai |
Studio | J.C.Staff |
Dilesenkan oleh | |
Dikeluarkan pada | 21 December 2011 |
Toradora! (Jepun: とらドラ!) ialah siri novel ringan yang ditulis oleh Yuyuko Takemiya, dan diilustrasikan oleh Yasu. Sebanyak 10 novel telah dihasilkan antara 10 Mac 2006 sehingga 10 Mac 2009. Novel-novel ini telah diterbitkan oleh ASCII Media Works di bawah Dangeki Bunko. Tiga volume bagi spin-off novel ini dihasilkan menggunakan tajuk Toradora Spin-off!. Manga telah dihasilkan oleh Zekkyō hasil adaptasi daripada novel ini, dan siri manga ini mula diterbitkan pada September 2007 melalui majalah shōnen manga, Dengeki Comic Gao! dihasilkan oleh MediaWorks. Siri manga ini berakhir pada Mac 2008, tetapi disambung dengan majalah yang lain iaitu ASCII Media Works pada May 2008.
Sebanyak 25 episod telah diadaptasi, dihasilkan oleh J.C.Staff. Ianya ditayangkan di Jepun melalui siaran TV Tokyo antara Oktober 2008 hingga Mac 2009. Origina Video Animation, OVA berdurasi selama 30 minit dihasilkan pada 21 Disember 2011. Anime ini yang ditayangkan di Utara Amerika dalam dua musim antara Julai dan Ogos 2010. Manakala suara latar yang menggunakan bahasa inggeris dihasilkan pada Julai 2014. Anime yang ditayangkan di Utara Amerika ini mendapat kelulusan lesen daripada Nippon Ichi Software. Visual novel yang berasal daripada siri anime telah dikeluarkan pada April 2009 oleh Namco Bandai Games untuk Playstation Portable
Tajuk Toradora! merujuk kepada kedua-dua watak utama iaitu Taiga Aisaka dan Ryūji Takasu. Taiga yang bunyinya tora (Jepun: とら) bermaksud harimau dan Ryūji bermaksud naga (dragon). Sebutan dragon dalam bahasa jepun ialah doragon (Jepun: ドラゴン).
Plot
Cerita Toradora! bermula dengan seorang watak yang bernama Ryūji Takasu. Biarpun dia berusaha untuk kelihatan segak dan berpesonaliti yang baik, namun usahanya menemui kegagalan kerana dia mempunyai mata yang kelihatan seperti budak juvana ataupun gangster. Disebabkan gagal untuk kelihatan baik, dia gagal mendapatkan teman wanita biarpun dia merupakan pelajar sekolah tinggi yang sepatutnya mempunyai teman wanita. Apabila dia cuba mendekati pelajar perempuan, pelajar-pelajar tersebut mula kelihatan takut, dan mereka terus menjauhkan diri daripada Ryūji Takasu. Oleh sebab ini, dia tidak mempunyai ramai kawan. Aktiviti hariannya ialah bangun pagi dan ditegur oleh ibunya, kemudian dia ke sekolah. Dia sangat bahagia apabila dia mengetahui bahawa rakan baiknya iaitu Yūsaku Kitamura dan perempuan yang dia sukai dalam diam iaitu Minori Kushieda turut sekelas sekalinya. Namun begitu, rakan kepada Minori iatu Taiga Asaka yang garang bagaikan harimau, turut sama berada dalam kelas itu.
Taiga mempunyai personaliti ataupun perangai yang sangat teruk. Dia tidak teragak-agak untuk memarahi seseorang. Begitu juga terhadap Ryūji. Taiga berasal daripada keluarga yang kaya raya, namun dia mengambil keputusan untuk hidup sendiri, jauh dari keluarganya. Dia tinggal di apartment mewah bersebelahan rumah Ryūji yang buruk. Apabila Ryūji mendapat tahu bahawa Taiga sukakan Yūsaku, dan Taiga mengetahui bahawa Ryūji menyukai Minori, mereka bekerjasama untuk saling membantu dalam mencapai matlamat mereka, untuk meluahkan perasaan terhadap orang yang mereka sukai. Taiga menjadikan Ryūji sebagai orang suruhannya untuk memasak dan mengemas bilik. Ryūji hanya menurut perintah kerana dia bimbang Taiga akan beritahu Minori bahawa dia menyukai Minori. Biarpun hubungan mereka seperti tuan dan orang suruhan, namun mereka amat rapat dan saling bekerjasama. Lama kelamaan, mereka mula sedar bahawa mereka saling mencintai antara satu sama lain. Akhirnya mereka mengakui dan menyatakan perasaan mereka. Di akhir episod anime ini, mereka bahagia sebagai pasangan kekasih.
Senarai watak
- Suara Latar : Junji Majima, Erik Scott Kimerer
- Protagonis lelaki bagi siri ini. Ryūji berumur 17 tahun, merupakan pelajar sekolah tinggi tahun dua, berasal dari kelas 2-C. Oleh kerana faktor genetik dan keturunan, dia mewarisi mata jenis ayahnya, iaitu mata sanpaku yang membuatkan dirinya kelihatan seperti pelajar juvana ataupun gangster jalanan. Dia hidup dengan ibunya sahaja apabila ayahnya telah meninggalkan ibunya ketika dia masih berada dalam kandungan. Oleh sebab itu, Ryūji merupakan pelajar sekolah tinggi yang hidup berdikari. Dia boleh memasak, menjahit dan mengemas rumah dengan baik. Dia mempunyai perasaan terhadap Minori Kushieda. Dia membela burung kakak tua yang bernama Inko-chan. Dia selalu menolong Taiga dalam mengemas rumah dan menyediakan makanan untuk Taiga. Ryūji merupakan seorang yang tenang dan pandai. Dia memperolehi keputusan yang baik dalam peperiksaan. Perasaannya sebagai kawan untuk Taiga mula berubah apabila mereka gemar meluangkan masa bersama-sama. Akhirnya dia dan Taiga bahagia sebagai pasangan kekasih.
- Suara Latar : Rie Kugimiya, Cassandra Lee
- Protagonis perempuan bagi siri ini. Taiga ialah seorang gadis yang comel, namun mempunyai personaliti yang teruk. Dia tidak teragak-agak untuk memarahi orang lain. Dia berperwatakan tsundere. Pelajar lain menggelarnya sebagai "Palmtop Tiger" (Jepun: 手乗りタイガー, Hepburn: Te Nori Taigā). Biarpun begitu, dia lebih cenderung untuk bersedih. Dia sangat jujur, terutamanya dalam memberi nasihat kepada orang lain. Ryūji menggambarkan Taiga sebagai anak patung kerana tubuhnya yang kecil. Ramai pelajar lelaki berani meluahkan perasaan cinta mereka terhadap Taiga. Namun begitu, Taiga menolak kesemua luahan perasaan itu. Dia seorang yang tergopoh-gapah dan dia cuba menyembunyikannya. Hanya Ryūji sahaja yang mengetahui perangainya itu.
- Biarpun berasal daripada keluarga berada, Taiga mempunyai banyak masalah dengan ibu-bapanya. Dia terpaksa tinggal bersama-sama dengan ayah dan ibunya secara berselang-seli kerana ibu-bapanya telah bercerai. Kemudian, dia memilih untuk hidup sendirian dengan menyewa apartmen mewah bersebelahan rumah Ryūji. Ketika di akhir siri ini, perniagaan ayahnya jatuh merudum menyebabkan hak penjagaannya dimenangi oleh ibunya. Ibunya kemudian berkahwin dengan lelaki baru, menyebabkan Taiga mempunyai ayah tiri. Taiga mempunyai kepayahan dalam menyesuaikan dirinya dalam keluarga baru. Dia kemudiannya tinggal bersama Ryūji dan ibu Ryūji. Akhirnya dia dan Ryūji bahagia sebagai pasangan kekasih.
Media
Novel ringan
Toradora! bermula dengan siri novel ringan yang ditulis oleh Yuyuko Takemiya dan dilukis oleh Yasu. Sebanyak 10 novel dihasilkan oleh ASCII Media Works di bawah Dangeki Bunko antara 10 Mac 2006 sehingga 10 Mac 2009. [1]
Terdapat empat bab yang tidak dikumpulkan dalam jilid, tiga daripadanya muncul dalam ketiga-tiga novel antologi yang berlainan, dikeluarkan oleh MediaWorks pada November 2006, Mac 2007 dan November 2007. Bab yang terakhir berjudul Toradora! yang diberi dengan ole-ole harimau dihasilkan pada April 2007. [2]
Tiga jilid spin-off yang berjudul Toradora Spin-off! (Jepun: とらドラ・スピンオフ!) juga dicipta. Jilid yang pertama dikeluarkan pada 10 May 2007 mempunyai empat bab, tiga daripadanya telah disirikan oleh majalah Dangeki hp antara 10 Jun 2006 sehingga 10 Februari 2007. Bab terakhir ditulis secara special untuk jilid yang dikeluarkan. Satu bab yang tertinggal spin-off itu dihasilkan pada Februari 2006 dalam Dangeki hp termasuklah jilid kedua bagi novel ringan biasa. Bab-bab yang lain mula disirikan dalam penyambungan Dangeki hp iaitu Dangeki Bunko Magazine pada 10 Disember 2007. Bab tambahan untuk siri utama disirikan dalam majalah yang sama pada 10 April 2008. Jilid kedua Toradora Spin-off! dikeluarkan pada 10 Januari 2009, disusuli dengan jilid yang ketiga iaitu pada 10 April 2010. Jilid ketiga dikeluarkan untuk menyambut tahun harimau(2010).
Manga
Manga telah diadaptasikan daripada novel ringan, diilustrasikan oleh Zekkyō bermula pada September 2007 oleh shōnen manga MediaWorks majalah Dengeki Comic Gao! [3] Manga tamat dalam Dangeki Comic Gao! pada Mac 2008, kemudiannya bersambung semula dalam majalah manga Dangeki Daioh di bawah ASCII Media Works dari Mei 2008. [4][5]
Jilid pertama tankōbon telah dikeluarkan pada 27 Februari 2008 di bawah Dangeki Comics, ASCII Media Works. Enam jilid berjaya dikeluarkan sehingga 27 Julai 2013.[6] Pengeluar Utara Amerika iaitu Seven Seas Entertainment menghasilkan enam jilid antara 1 Mac 2011 sehingga 3 Februari 2014.[7][8]
Rujukan
- ^ "Toradora! Anime's Original Novels to End on March 10". Anime News Network. 2009-02-05. Dicapai pada 2009-02-05.
- ^ "Dengekiya shop listing of the tiger stuffed animal from Toradora!". ASCII Media Works. Dicapai pada 2008-02-14.
- ^ "Dengeki Comic Gao! September 2007 issue". MediaWorks. Dicapai pada 2015-01-28.
- ^ "Dengeki Daioh May 2008 issue" (dalam bahasa Japanese). ASCII Media Works. Diarkibkan daripada yang asal pada June 30, 2008. Dicapai pada 2015-01-28.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Inukami, Honoka, Baccano 1931 Manga to End in Japan". Anime News Network. 2008-01-25. Dicapai pada 2008-01-30.
- ^ 小冊子付 特装版 とらドラ! (6) (電撃コミックス) (dalam bahasa Japanese). Amazon.co.jp. Dicapai pada 2013-07-27.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Seven Seas Acquires 3 Red Hot Manga From Japan". Anime News Network. July 20, 2010. Dicapai pada July 20, 2010.
- ^ "SEVEN SEAS ENTERTAINMENT | Toradora!". Seven Seas Entertainment. Dicapai pada February 5, 2014.