Vampire Knight: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ennamoon (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan '{{distinguish|Vampire Night}} {{Infobox animanga/Header | name=Vampire Knight | image = 230px |...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 08:09, 16 Februari 2015

{{Infobox animanga/Header | name=Vampire Knight | image = | caption = Muka depan untuk jilid pertama Vampire Knight yang dikeluarkan di [[Jepun oleh Hakusensha pada 5 Julai 2005. | ja_kanji = ヴァンパイア騎士(ナイト) | ja_romaji = Vanpaia Naito | genre = Cerita Sekolah, Romantik, Supernatural, Aksi Fiksyen, Tragedi }}

MangaPengarangMatsuri HinoPenerbitHakusenshaPenerbit Lain

DemografikShōjoMajalah AsalLaLaTarikh Pengeluaran24 November 200424 Mei 2013Jilid19 (Senarai jilid) Siri televisyen animePengarahKiyoko SayamaStudioStudio DeenDilesenkan oleh

Penyiaran AsalTV TokyoPenyiaran bahasa Inggeris

Penyiaran LainTaiwan Videoland Japan
Hong Kong TVB J2Tarikh tayangan7 April 200830 June 2008Episod13 (Senarai episod) Siri televisyen animeVampire Knight GuiltyPengarahKiyoko SayamaStudioStudio DeenDilesenkan oleh

Penyiaran AsalTV TokyoPenyiaran bahasa Inggeris

Penyiaran LainTaiwanVideoland Japan
Hong KongTVB J2Tarikh tayangan6 Oktober 200829 Disember 2008Episod13 (Senarai episod) Portal Anime dan Manga


Vampire Knight (Jepun: ヴァンパイア騎士(ナイト), Hepburn: Vanpaia Naito) ialah siri shōjo manga yang ditulis oleh Matsuri Hino. Siri ini buat kali pertamanya dikeluarka pada Januari 2005 oleh Majalah LaLa dan secara officialnya telah menemui penamat. Bab-bab dikumpulkan dan diterbitkan dalam oleh Hakusensha, termasuklah 19 jilid telah dikeluarkan di Jepun. Siri manga ini berbahasa inggeris dilesenkan oleh Viz Media. Adaptasi bahasa inggeris telah diterbitkan pada Julai 2006 oleh majalah Shojo Beat, yang mengumpulkan satu per empat daripada asalnya.

2 cd drama dihasilkan untuk siri tersebut, dan sebanyak 26 episod anime telah diadaptasi daripada manga asal. Siri anime ini dihasilkan oleh Studio Deen. Untuk musim pertama Vampire Knight, ianya ditayangkan di Jepun melalui Tv Tokyo antara 8 April 2008 hingga 1 Julai 2008. Musim kedua juga ditayangkan oleh stesen yang sama daripada 7 Oktober 2008 hingga 30 Disember 2008. Anime menggunakan banyak suara latar yang sama daripada cd drama yang dihasilkan. Adaptasi anime yang dikeluarkan di Amerika Utara dilesenkan oleh Viz Media, di mana dvd tekah dikeluarkan pada 20 Julai 2010.[1]

Plot

Satu-satunya memori silam yang dimiliki oleh Cross Yuki ialah malam ribut salji. Dia telah diserang oleh puntianak yang inginkan darahnya. Memori yang hampir hilang itu turut menunjukkan Yuki diselamatkan oleh Kuran Kaname, seorang puntianak berdarah asli (pureblood vampire). 10 tahun kemudian, Yuki yang merupakan anak angkat pengetua Akedemi Cross, iaitu Cross Kaien telah membesar dan menjadi penjaga manusia biasa daripada serangan kaum puntianak. Akademi Cross mempunyai dua sesi pembelajaran. Pada siang hari, pelajarnya ialah manusia biasa, manakala pada malam hari, pelajarnya ialah puntianak berdarah bangsawan. Mereka boleh dibezakan mengikut warna seragam sekolah yang dipakai. Kaum manusia biasa memakai seragam berwarna hitam, manakala kaum puntianak berpakai seragam berwarna putih. Kiryu Zero yang juga merupakan penjaga manusia biasa. Dia bersahabat dengan Yuki sejak kecil lagi. Zero amat benci akan kaum puntianak kerana kaum itu telah membunuh keseluruhan keluarganya yang merupakan pemburu puntianak yang cemerlang.

Zero telah digigit pada malam keluarganya di bunuh oleh puntianak berdarah asli, Hiō Shizuka. Dia mula mengalami transformasi untuk menjadi puntianak sepenuhnya, membuatkan dia membenci dirinya sendiri. Pada mulanya dia cuba menyimpan rahsia mengenai transformasi dirinya daripada Yuki. Namun, akhirnya Yuki mengetahui keadaan Zero dan Yuki menawarkan darahnya untuk Zero. Zero hidup bergantungkan darah Yuki, dan dia bersumpah bahawa keseluruhan hidupnya hanyalah untuk Yuki. Namun, keadaan menjadi lebih rumit apabila Yuki bangun daripada tidurnya. Cross Yuki yang disangkakan manusia biasa merupakan puntianak berdarah asli dan dia juga merupakan adik kandung Kuran Kaname. Zero amat terkejut apabila orang yang dia cintai merupakan puntianak, tambahan pula puntianak berdarah asli. Yuki yang selama ini mencintai Kaname berasa amat bersalah kerana dia mempunyai perasaan itu terhadap abang kandungnya sendiri. Kaname yang mencintai Yuki meneruskan pertunangannya dengan Yuki kerana dia tidak mengambil kisah akan hal itu. Dia juga menegaskan, perkahwinan sesama keluarga dibenarkan dalam keluarga puntianak kerana ianya bertujuan untuk mengekalkan keaslian darah puntianak. Penamat cerita ini amat tidak disangka oleh para pembaca manga. Cinta tiga segi antara Zero, Yuki dan Kaname berakhir dengan penuh tragis.

  1. ^ Voice Actors Named for Animated Series Vampire Knight. Dreadcentral.com (2010-03-25). Retrieved on 2012-08-05.