Mus May: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Julia azrina (bincang | sumb.)
Julia azrina (bincang | sumb.)
Baris 47: Baris 47:
#Live & Unplugged at Planet '05 (2005)
#Live & Unplugged at Planet '05 (2005)
#Otai Jamm 2 (2006)
#Otai Jamm 2 (2006)
#Rock Klasik (2008)


=== Album solo ===
=== Album solo ===

Semakan pada 02:40, 24 Februari 2015

Mus (May)
Album Gemilang adalah album solo Mus yang pertama
Latar belakang
Nama lahirMustaffa Din
Juga dikenali sebagai
Mus
Kelahiran (1968-05-10) 10 Mei 1968 (umur 55)
Ipoh, Perak Darul Ridzuan Perak
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreRock, Balada
PekerjaanPenyanyi, Pencipta lagu
InstrumenVokal
Tahun aktif1985 - hingga kini
Pengkarya berkait
May (kugiran), Kumpulan Wings, Malaysia

Mustaffa Din merupakan seorang penyanyi rock dari Kumpulan May serta seorang pencipta lagu dan penulis lirik lagu. Beliau juga dikenali dengan nama gelaran Mus May.

Sejarah

Beliau dilahirkan pada 10 Mei 1968 dan berasal dari Kampung Manjoi, Ipoh, Perak. Selepas menamatkan pengajian di Sekolah Menengah Ipoh, Perak pada sekitar tahun 1985 beliau dan rakannya telah menubuhkan sebuah kumpulan muzik rock yang bernama Green Agnour. Bakat nyanyian beliau mula dikesan oleh Mohamad Saarip bin Yaakob (Man) kini pemain drum Kumpulan May lalu menubuhkan kumpulan May ini pada bulan Mei 1986.

Bersempena dengan penubuhan kumpulan ini pada bulan 5 mereka telah bersepakat untuk menamakan kumpulan mereka dengan nama May. Lalu mereka menggunakan nama samaran yang mana semua bermula dengan huruf M, huruf A dan huruf Y. (Mus, Man, Abu dan Yus).

Pada bulan april 1986 mereka telah menyertai pertandingan kumpulan muzik Juara Rock Perak dan mereka telah menjadi juara pertandingan itu. Lalu mereka terpilih untuk ke pertandingan Juara Rock Malaysia dan mereka mendapat tempat kedua manakala Mus memenangi kategori penyanyi terbaik. Selepas itu pada tahun 1987 mereka telah ditawarkan untuk merakamkan album.

Mus meninggalkan May

Pada tahun 1992 kumpulan May kehilangan penyanyi lantaran penyanyi utamanya Mus telah mengambil keputusan untuk meninggalkan kumpulan ini. Mus telah menyertai kumpulan Strangers yang mana kumpulan ini ditubuhkan hasil dari pepecahan kumpulan rock yang lain. Lagu "Bukit Sunyi" mula diputarkan di corong radio namun album ini kurang mendapat sambutan.

Semangat pejuangan Mus dalam bidang muzik ini diteruskan sebagai penyanyi solo dan sempat merakamkan sebuah album pada tahun 1993. Namun album ini kurang mendapat sambutan kerana konsep album ini telah berubah bukan seperti konsep Mus ketika bersama Kumpulan May dahulu.

Era baru Mus bersama Wings

Ketika Mus kelihatan terumbang-ambing dalam industri muzik ini beliau telah ditawarkan untuk menyertai kumpulan Wings. Ekoran dari Awie meninggalkan kumpulan Wings dan ketidakstabilan vokalis Wings ketika itu iaitu Mel, Black (Wings) yang pernah bersama Mus ketika di dalam Kumpulan Strangers dahulu telah mengusulkan cadangan kepada Joe Wings untuk mengambil Mus sebagai penyanyi Wings yang baru.

Album "Biru Mata Hitamku" telah berjaya mengekalkan kepopularitian Kumpulan Wings dan lagu "Biru Mata Hitamku" itu juga telah berjaya memasukki akhir pertandingan Anugerah Juara Lagu 1997. Tidak lama selepas itu Mus kembali menganggotai kumpulan May dan Awie kembali kepada Wings.

Diskografi

Album bersama kumpulan May

  1. Juara-Juara Rock 1, 2 & 3 - Pelbagai Artis (1987)
  2. Dilema (1988)
  3. Hakikat (1989)
  4. Rahsia (1990)
  5. Strategi (1991)
  6. Sinar (2003)
  7. Otai Jamm!!! (2004)
  8. Live & Unplugged at Planet '05 (2005)
  9. Otai Jamm 2 (2006)
  10. Rock Klasik (2008)

Album solo

  1. Gemilang (1993)
  2. Optimis (1994)
  3. Akustika Istimewa (1995)

Album bersama kumpulan Strangers

  1. Strangers (1992)

Album bersama kumpulan Wings

  1. Biru Mata Hitamku (1996)
  2. Puisi Aidilfitri (1996)
  3. Masterpiece JS Kevin & Wings (1997)
  4. Double Trouble 2, bersama Search (1998)
  5. Mencari Asal Usul (1998)
  6. Best Of Wings 2 (1999)
  7. Mr. Barbarik (2000)

Album lain

  1. Semangat Zaman (2005) - bersama Aris Ariwatan, Rahim MaarofJoey Bumiputra RockersYantzen dan Nash

Anugerah

  • Penyanyi Terbaik, Pertandingan Juara Rock Malaysia (1986)
  • Juara Pertandingan Juara Rock Perak (April 1986)
  • Naib Juara Pertandingan Juara Rock Malaysia (November 1986)
  • Anugerah Cakera Platinum Berkembar Empat, album Hakikat terjual melebihi 200,000 unit di Malaysia (1990)
  • Anugerah Cakera Platinum Berkembar Tiga, album Rahsia terjual melebihi 160,000 unit di Malaysia (1991)
  • Album Hard Rock Terbaik, penerbit Bong, album Sinar, Anugerah Industri Muzik ke-11 (2004)
  • Album Hard Rock Terbaik, penerbit Johan Aziz, album Otai Jamm!!!, *Anugerah Industri Muzik ke-12 (2005)

Lagu ciptaan

  • Dari kaca mata (bersama May)
  • Hakikat pejuangan (bersama May)
  • Sinar

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar