Jins Shamsuddin: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 2: Baris 2:


{{Infobox actor
{{Infobox actor
| honorific_prefix= [[Gelaran|Tan Sri] Datuk Dr.
| honorific_prefix= [[Gelaran|Tan Sri]] Datuk Dr.
| name = Jins Shamsuddin
| name = Jins Shamsuddin
| image = Replace this image male.svg
| image = Replace this image male.svg

Semakan pada 19:55, 25 Februari 2015


Tan Sri Datuk Dr.

Jins Shamsuddin
Kelahiran
Mohamed Jin bin Shamsudin

(1935-11-05) 5 November 1935 (umur 88)
PekerjaanPelakon, Pengarah, Arahan, Penggiat Seni
Tahun aktif1951 - 2010
Terkenal keranaJefri Zain dalam Filem Gerak Kilat, Bayangan Ajal dan Jurang Bahaya
PasanganRahmah Rahmat, (1961-1963 bercerai) <
Puan Sri Halijah Abdullah (kini)
Anak-anakJefri Zain (pertama)
Putera Hang Jebat (kedua)
Putera Hang Nadim (ketiga)

Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsuddin (lahir 5 November 1935) merupakan seorang pelakon, penggiat seni, pengarah filem serta senator Malaysia. Atas bimbingan Tan Sri P. Ramlee, beliau telah berjaya menjadi seorang pelakon yang terkenal pada tahun '50-an dan '70-an. I Dilahirkan sebagai Mohamed Jin B Shamsudin di Taiping, Perak, nama Senator Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsuddin kini terpahat sebagai legenda yang masih gigih menyumbangkan usaha dan tenaganya dalam pembangunan industri filem Melayu sehingga hari ini.

Shamsuddin melanjutkan pengajian dalam bidang perfileman di London Film School dari 1970 hingga 1972 dan dianugerahkan Diploma dalam Teknologi Filem (Motion Picture Technology) dengan Kepujian Kelas Pertama.

Sejak 1956, Jins mula melibatkan diri dalam 40 filem :

  • mendukung watak utama dalam pementasan drama "Mencari Kedamaian";
  • menjadi watak utama filem arahan P. Ramlee, "Pancha Delima" (1957);
  • memegang watak utama sebagai ejen perisik Jefri Zain dalam siri filem Hong Kong ala James Bond.

Pembabitan beliau dalam bidang seni bermula apabila menjalani uji bakat yang diadakan oleh P. Ramlee, di mana beliau diterima sebagai pelakon tambahan. Dari pelakon tambahan, beliau sedikit demi sedikit menimba pengetahuan dari P. Ramlee . P.Ramlee amat sukar untuk menerima tawaran belakon daripada pengarah-pengarah yang lain. Tetapi penghormatan ini telah diberikan kepada Jins Shamsuddin untuk berlakon di dalam filem 'Bukan Salah Ibu Mengandung.'

Perkahwinannya yang pertama bersama seniwati Allahyarham Rahmah Rahmat di Singapura pada 6 Februari 1961 dikurniakan dengan seorang putera bernama Mohamed Jefri yang kini menetap di Singapura.

Namun, jodoh mereka tidak lama apabila kedua-duanya sepakat membawa haluan masing-masing pada tahun 1963

Jins Shamsuddin berkahwin kali kedua dengan Puan Sri Halijah Abdullah dan dikurniakan dua orang anak lelaki, Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nadim.

Anak anak beliau adalah :- Jefri Zain (Isteri Pertama), dan Hang Jebat/Hang Nadim (Isteri Kedua)

Isteri Beliau adalah :- Rahmah Rahmat (Isteri Pertama), dan Puan Sri Halijah (Isteri Kedua) sehingga sekarang.


Pada Februari 2011 Jins Shamsuddin telah disahkan mengalami Alzheimer.[1]

Pendidikan

Beliau pernah melanjutkan pengajian dalam bidang perfileman di London Film School dari 1970-1972 dan menerima diploma dengan Kepujian Kelas Pertama. 1999, menerima Ijazah Kehormat Sarjana Persuratan daripada Universiti Sains Malaysia.

Pada 24 Mac 2010, Jins Shamsuddin menerima Ijazah doktor falsafah (PhD) daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) sempena konvokesyen ke-23 UUM.[2] [3]

Filem Lakonan Beliau

  1. Matahari - (1951) - (Pelakon Utama)
  2. Kasih Sayang - (1957) - (Pelakon Pembantu)
  3. Pancha Delima - (1957) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Suria Kencana)
  4. Azimat - (1958) - (Pelakon Pembantu)
  5. Sarjan Hassan - (1958) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Aziz)
  6. Anak Pontianak - (1958) - (Pelakon Utama)
  7. Dandan Setia - (1959) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Tengku Dandan Setia)
  8. Lela Manja - (1960) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Megat Komeng)
  9. Megat Terawis - (1960) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Megat Sari)
  10. Pertarongan - (1960) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Tamir)
  11. Sumpah Wanita - (1960) - (Pelakon Utama)
  12. Si Tanggang - (1961) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Tanggang)
  13. Indera Bangsawan - (1961) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Indera Bangsawan)
  14. Neracha - (1962) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Rahman)
  15. Lubalang Daik - (1962) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Sinkip Anak Juragan Bagus)
  16. Batu Durhaka - (1962) - (Pelakon Utama)
  17. Darah Muda - (1963) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Yazid)
  18. Filem Budi dan Dosa - (1963) - (Pelakon Utama)
  19. Bidasari - (1964) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Tengku Indera)
  20. Sayang Si Buta - (1965) - (Pelakon Utama)
  21. Gerak Kilat - (1966) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Jefri Zain)
  22. Kacha Permata (1966) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Hamzah)
  23. Bayangan Ajal - (1968) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Jefri Zain)
  24. Kanchan Tirana - (1968) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Kanchan)
  25. Amok Tok Nading - (1968) - (Pelakon Utama)
  26. Jurang Bahaya - (1968) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Jefri Zain)
  27. Bukan Salah Ibu Mengandong - (1969) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Agus)
  28. Di Belakang Tabir - (1969) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Osman / Karim)
  29. Menanti Hari Esok - (1977) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Cikgu Talib / Jalil)
  30. Esok Masih Ada - (1979) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (ASP Zamri)
  31. Tiada Esok Bagimu - (1979) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Ghailan)
  32. Bukit Kepong (filem) - (1981) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Sarjan Jamil Md Shah)
  33. Esok Untuk Siapa - (1982) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Jiman)
  34. Ali Setan - (1986) - (Pelakon Pembantu) - Watak Sebagai (Tan Sri)
  35. Kroath - (1990) - (Artis Jemputan) - Watak Sebagai (Kumar's)
  36. Memory - (1991) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Herman)
  37. Balada - (1993) - (Artis Jemputan)
  38. Money No Enough - (1998) - (Artis Jemputan)
  39. The Deadly Disiple - (2001) - (Artis Jemputan)
  40. 1957 Hati Malaya - (2007) - (Pelakon Tambahan) - Watak Sebagai (Sultan Johor)
  41. Akhirat - (2008) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Dato' Shamsudin)
  42. Miss You Like Crazy - (2010) - (Artis Jemputan) - Watak Sebagai (Datuk Mir's)

Filem arahannya

Fail:Jinsshamsudin01.jpeg
Di zaman kegemilangan beliau

Pada 1969, filem pertama arahannya "Bukan Salah Ibu Mengandong" telah menjulang namanya sebagai penulis lakonlayar, pelakon dan pengarah, malah telah mengangkat kewibawaan Studio Merdeka.

Melangkah ke akhir '70-an hingga awal '80-an

Siri filem "Esok" ini mendapat sambutan hebat di pawagam.

Membintangi siri `James Bond Malaya'

Muzik

Tan Sri Jins Shamsuddin juga berbakat dalam penulisan lirik, salah sebuah lirik lagu ciptaannya adalah lagu raya lagenda yang didendangkan oleh Fazidah Joned iaitu Selamat Hari Raya.

Anugerah dan pencapaian

  • Jemaah juri sebanyak lima kali bagi siri "Pesta Filem Asia Pasifik";
  • Penghormatan dan kepercayaan untuk mengarah teater bernilai RM2 juta untuk filem yang berjudul "Merdeka! Merdeka! Merdeka!" di Istana Budaya, bersempena sambutan kemerdekaan 2002. Pementasan teater tersebut berlangsung selama lima jam selama lebih dari dua minggu;
  • Pingat Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran 'Datuk' oleh Paduka Seri Sultan Perak (1990);
  • darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) membawa gelaran Tan Sri (2007)


Pautan luar