Jamil Sulong: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Meletakkan foto dan memperbetul fakta
Baris 74: Baris 74:
* Sumpahan Mahsuri
* Sumpahan Mahsuri
* Tuan Badul
* Tuan Badul
* Raja Melewar


== Perkahwinan ==
== Perkahwinan ==

Semakan pada 16:38, 26 Februari 2015


Jamil Sulong
Fail:Jamil Sulong.jpg
Kelahiran(1926-08-06)6 Ogos 1926
Meninggal duniaSeptember 25, 2014(2014-09-25) (umur 88)
Sebab kematianAngin ahmar
Mayat dijumpai olehBukit Utama, Damansara
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Janda Baik, Pahang
WarganegaraMalaysia
PekerjaanPelakon, pengarah filem, penulis lirik
Tahun aktif1951 - 2008 [nota 1]
Organisasi
  • ASAS '50
  • Ikatan Persuratan Melayu (IPM)
  • PERSAMA
PasanganRosnani Jamil
Anak-anak
  • Arjunaidi Jamil
  • Anwardi Jamil
  • Asnadi Jamil
Ibu bapa
  • Sulong Mansor
  • Temun Manang

Dato' Jamil Sulong (6 Ogos 1926 - 25 September 2014) merupakan seorang pelakon, pengarah filem dan penulis lirik yang berasal dari Parit Sulong, Johor. Beliau adalah pengarah tersohor yang telah menghasilkan banyak filem di bawah Malay Film Productions Ltd (MFP).[1] Beliau meninggal dunia pada 25 September 2014 akibat angin ahmar di kediaman Bukit Utama, Damansara.[2]

Kehidupan awal

Beliau merupakan anak daripada pasangan Sulong Mansor dan Temun Manang. Beliau membesar dan mendapat pendidikan awal di Batu Pahat. Selain itu, beliau juga turut aktif menulis cerpen, sajak dan komik selain menubuhkan persatuan penulis ASAS '50 di Singapura dan Ikatan Persuratan Melayu (IPM) di Melaka bersama Usman Awang, Yusof Harun, dan Mokhtar Yasin.[1]

Penglibatan dalam bidang seni

Beliau mula bekerja di Malay Film Productions Ltd sebagai penterjemah. Pada tahun 1951, beliau dilantik sebagai penolong pengarah. Jamil Sulong manakala pada bulan November 1958, beliau menjadi pengarah secara penuh. Beliau bersama-sama P. Ramlee menubuhkan persatuan artis PERSAMA di Jalan Ampas, Singapura.[1]

Filem pertamanya ialah Batu Belah Batu Bertangkup yang dihasilkan pada tahun 1957 diikuti dengan filem klasik Si Tanggang dan juga Lela Manja. Filem beliau telah merangkul banyak anugerah pada peringkat antarabangsa. Antara filem-filemnya yang terkenal termasuklah Bidasari, Raja Bersiong, Gerak Kilat, Jiwa Remaja, Sayang Anakku Sayang, Jasmin, dan Ranjau Sepanjang Jalan. Beliau adalah penulis lirik untuk lagu Berkorban Apa Saja, Tiru Macam Saya, Selamat Hari Raya Aidilfitri, dan Azizah.

Filem arahan

  • Batu Belah Batu Bertangkup
  • Bidasari
  • Cinta dan Lagu
  • Darah Muda
  • Dayang Senandong
  • Dendang Perantau
  • Gerak Kilat
  • Gerhana
  • Isi Neraka
  • Jasmin
  • Jebak Maut
  • Jejak Bertapak
  • Jiwa Remaja
  • Kacha Permata
  • Kecil kecil Cili Api
  • Lain Jalan Ka-Shorga
  • Lela Manja
  • Lubalang Daik
  • Mambang Moden
  • Permintaan Terakhir
  • Raja Bersiong (versi 1969)
  • Raja Laksamana Bentan
  • Ranjau Sepanjang Jalan
  • Sayang Anakku Sayang
  • Sepi Itu Indah
  • Sri Tanjung
  • Si Tanggang
  • Sumpahan Mahsuri
  • Tuan Badul
  • Raja Melewar

Perkahwinan

Beliau telah berkahwin dengan Rosnani Jamil dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Arjunaidi (seorang kapten pesawat MAS), Anwardi (seorang pengarah filem dan usahawan), dan Asnadi (kini bermastautin di New Jersey, Amerika Syarikat).

Kematian

Beliau mula dimasukkan ke sebuah hospital pada 28 Ogos 2014 akibat angin ahmar. Setelah beberapa minggu dilaporkan koma, beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Bukit Utama, Damansara pada 25 September 2014. Jenazah beliau dimandikan dan dikafankan selepas sesi solat jumaat di Masjid Al-Ghufran, Pengiran Taman Tun Dr. Ismail pada 26 September 2014. Seramai 200 jemaah turut serta menyempurnakan solat jenazah, termasuklah rakan rapatnya iaitu Mariani Ismail, Erma Fatima, Aziz M. Osman, Bade Haji Azmi, dan Harun Salim Bachik.[3] Seterusnya, jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Janda Baik, Pahang.[2][4]

Nota

  1. ^ Beliau kali terakhir aktif melalui penghasilkan sebuah buku "Jamil Sulong: Warisan dan Wawasan" dan "Kaca Permata : Memoir Seorang Pengarang" yang diterbitkan DBP pada tahun 2008.

Rujukan

  1. ^ a b c Jamil Sulong: Warisan dan Wawasan. DBP. 2008. m/s. 387. ISBN 9789836297099. |first1= missing |last1= (bantuan); |access-date= requires |url= (bantuan)
  2. ^ a b "Datuk Jamil Sulong meninggal dunia". Utusan Malaysia. 25 September 2014. Dicapai pada 26 September 2014.
  3. ^ "Pengarah filem Ranjau Sepanjang Jalan, Datuk Jamil Sulong meninggal dunia". 26 September 2014. Dicapai pada 26 September 2014. Unknown parameter |news= ignored (|newspaper= suggested) (bantuan)
  4. ^ "Datuk Jamil Sulong meninggal dunia". The Star. 25 September 2014. Dicapai pada 26 September 2014.