Rosnani Jamil: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 7: Baris 7:
| birthname = Rosnani Ludin
| birthname = Rosnani Ludin
| birthdate = {{birth date and age|1936|1|20}}
| birthdate = {{birth date and age|1936|1|20}}
| location = {{flagicon|Indonesia}} Kampung Sungai Geringiang,<br> [[Padang, Indonesia|Padang]], <br>[[Sumatera]].
| birth_place = {{flagicon|Indonesia}} Kampung Sungai Geringiang,<br> [[Padang, Indonesia|Padang]], <br>[[Sumatera]].
| height =
| height =
| othername =
| othername =
| occupation = [[pelakon]], [[pengarah]]
| years_active = 1952 - 2004
| homepage =
| homepage =
| notable role =
| notable role =

Semakan pada 20:08, 26 Februari 2015


Datin Hjh Rosnani Jamil
Kelahiran
Rosnani Ludin

(1936-01-20) 20 Januari 1936 (umur 88)
Indonesia Kampung Sungai Geringiang,
Padang,
Sumatera.
Pekerjaanpelakon, pengarah
Tahun aktif1952 - 2004
PasanganDatuk Jamil Sulong
Anak-anakMurniaty
Arjunaidi
Anwardi
Asnadi

Datuk Datin Hjh Rosnani Jamil merupakan seorang pelakon dan pengarah filem Melayu. Dilahirkan pada 20 Januari 1936, Rosnani Jamil dilahirkan di Kampung Sungai Geringiang, Padang, Sumatera. Keluarganya melarikan diri ke Singapura ketika Perang Dunia II meletus.

Penglibatan dan Kerjaya Seni

Ketika bekerja sebagai pelayan di kedai kopi dan penari joget di Kelab Happy World, pengarah L. Krishnan yang melihatnya telah menawarkan peluang berlakon. Rosnani muncul buat kali pertamanya dalam filem Lupa Daratan bersama Allahyarham Omar Rojik pada 1952.

Sejak itu, Rosnani terus laris dalam filem klasik terbitan Shaw Brothers dan Cathay Keris. Walaupun sibuk berlakon, Rosnani masih sempat mencuri masa untuk belajar bahasa Inggeris bersama rakannya, penyanyi veteran Nona Asiah.

Apabila tiba zaman gerhana Studio Jalan Ampas, Rosnani sekeluarga berhijrah ke Setapak, Kuala Lumpur pada 1967. Di sini, beliau meneruskan kerjaya lakonannya bersama Merdeka Studio, Hulu Klang, selain meminjamkan suaranya pada filem dan drama terbitan Jepun serta Hong Kong. Atas inisiatifnya sendiri, Rosnani pernah melanjutkan pengajian dalam bidang perfileman di London pada 1970 selama dua tahun.

Perkahwinan

Membina rumah tangga dengan Jamil Sulong, pada 12 November 1953, Rosnani tidak pernah mempersia-siakan ilmu filem yang diperturunkan suaminya itu. Pada 1985, beliau berjaya menubuhkan syarikat sendiri, RJ Filem dan menerbit serta mengarahkan filem Mawar Merah lakonan Raja Ema dan Allahyarham Mustaffa Noor. Langkah pertama Rosnani itu jelas membuahkan hasil apabila Mawar Merah diiktiraf juri dalam Festival Filem Malaysia (FFM) menerusi beberapa kategori lakonan dan teknikal.

Filem lakonan

Filem arahan

  • Mawar Merah
  • Antara Dua Hati
  • Memori
  • Amelia
  • Bicara Hati

Anugerah dan Pencapaian

  • Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia 1984 menerusi filem Jasmin.
  • Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) [1]

Pautan luar