Surah Al-Insyiqaaq: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Emrrans (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 37: Baris 37:


Penghuni bumi akan sangat ketakutan. [[Ibu]] yang menyusu akan meninggalkan anak yang sedang disusunya, wanita hamil akan mengalami keguguran, dan orang-orang akan hilang akal warasnya. Ini juga menggambarkan kepatuhan ciptaan Allah iaitu bumi seperti taatnya langit.
Penghuni bumi akan sangat ketakutan. [[Ibu]] yang menyusu akan meninggalkan anak yang sedang disusunya, wanita hamil akan mengalami keguguran, dan orang-orang akan hilang akal warasnya. Ini juga menggambarkan kepatuhan ciptaan Allah iaitu bumi seperti taatnya langit.

[[Kategori:Surah]]

[[ar:سورة الانشقاق]]
[[az:İnşiqaq Surəsi]]
[[en:Al-Inshiqaq]]
[[id:Surat Al Insyiqaaq]]
[[ku:Inşiqaq]]
[[ml:ഇന്‍‌ഷിഖാഖ്]]
[[nl:Soera De Uiteenscheuring]]
[[tr:İnşikak Suresi]]

Semakan pada 09:22, 23 September 2007

Surah al-Insyiqaaq adalah surah yang ke-84 di dalam al-Quran. Surah ini ada menggambarkan kerosakan alam semesta iaitu segala benda yang ada di langit seperti gugusan-gugusan bintang juga akan mengalami kehancuran sesuai kehendak Allah.

Terjemahan

  1. Apabila langit terbelah,
  2. Serta mematuhi perintah Tuhannya dan sudah semestinya ia patuh;
  3. Dan apabila bumi diratakan,
  4. Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya dan menjadi kosong,
  5. Serta mematuhi perintah Tuhannya dan sudah semestinya ia patuh; (Maka pada saat itu tiap-tiap seorang akan mengetahui apa yang telah dilakukannya).
  6. Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatat semuanya).
  7. Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya;
  8. Maka dia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan,
  9. Dan dia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita.
  10. Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya,
  11. Maka dia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya,
  12. Dan dia akan menderita bakaran Neraka yang marak menjulang.
  13. Sebenarnya dia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya (yang juga kufur ingkar)!
  14. Sesungguhnya dia menyangka bahawa dia tidak sekali-kali akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan)!
  15. (Sangkaannya itu tidak betul) bahkan dia tetap kembali! Sesungguhnya Tuhannya sentiasa Melihat dan Mengetahui keadaannya!
  16. Maka Aku bersumpah, demi mega;
  17. Dan malam serta segala yang dihimpunkannya;
  18. Dan bulan apabila (penuh cahayanya) menjadi purnama:
  19. Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan, menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya)
  20. Maka apakah alasan bagi mereka bersikap tidak mahu beriman?
  21. Dan (apakah pula alasannya) apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka tidak mahu taat dan sujud?
  22. (Tidak ada satu alasan pun) bahkan orang-orang yang kafir, semata-mata mendustakannya;
  23. Sedang Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dalam hati.
  24. Maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang tidak terperi sakitnya;
  25. Tetapi orang-orang yang beriman dan beramal soleh mereka beroleh pahala balasan yang tidak putus-putus.


Tafsiran

Ayat pertama menggambarkan kerosakan alam semesta iaitu diceritakan apabila langit terbelah, iaitu segala benda yang ada di langit seperti gugusan-gugusan bintang juga akan mengalami kehancuran sesuai kehendak Allah. Kini, semua jasad langit berjalan pada aturan yang tetap dan serentak sehingga terbentuknya keharmonian alam. Namun dengan kuasa Allah, kelak, gugusan-gugusan bintang itu akan mengalami ketidak seimbangan atau kekacauan sistem sehingga terjadilah runtuhan alam semesta, seperti firman-Nya.

Terbelahnya langit merupakan bentuk kepatuhan alam semesta pada kuasa dan kehendak Allah. Tiada fenomena di muka bumi dan alam semesta ini yang terjadi disebabkan kebetulan. Seluruhnya adalah disebabkan izin, kehendak dan kekuasaan Allah. Selepas Allah membicarakan kehancuran yang akan terjadi di langit, kita dibawa untuk bertafakur tentang bumi tempat kita menginjakkan kaki.

Ayat yang seterusnya menggambarkan perkara yang akan terjadi pada hari kiamat iaitu bumi menjadi rata, seluruh isi bumi akan digulung, gunung-gunung yang menjadi pasak bumi akan tercabut sehingga hilanglah keseimbangan bumi. Bumi akan memuntahkan segala isinya iaitu lahar yang mendidih, api, gas panas, dan segala apa yang ada dalam perut bumi akan dikeluarkan hingga kosong.

Penghuni bumi akan sangat ketakutan. Ibu yang menyusu akan meninggalkan anak yang sedang disusunya, wanita hamil akan mengalami keguguran, dan orang-orang akan hilang akal warasnya. Ini juga menggambarkan kepatuhan ciptaan Allah iaitu bumi seperti taatnya langit.