Pemberontakan Mexico: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 34 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q214426
Kururubot (bincang | sumb.)
k Link FA & GA kini dikendalikan oleh Wikidata
Baris 19: Baris 19:


[[Kategori:Sejarah Mexico]]
[[Kategori:Sejarah Mexico]]
{{Link FA|es}}

Semakan pada 22:02, 5 April 2015

Pemberontakan Mexico (1910-1920; bahasa Inggeris: Mexican Revolution) terjadi disebabkan sebahagiannya oleh percanggahan pendapat yang amat serius di kalangan penduduk Mexico terhadap pemerintahan Presiden Porfirio Diaz. Diaz telah memerintah selama tiga puluh satu tahun, dan dalam tempoh itu, kuasa tertumpu dalam tangan hanya beberapa orang sahaja. Rakyat Mexico tidak berhak menyatakan pendapat mereka atau memilih pegawai kerajaan. Kekayaan juga tertumpu dalam tangan beberapa orang, dan ketidakadilan merebak secara meluas.

Pada awal abad ke-20, suatu generasi pemimpin muda yang baru termuncul dan mendesak untuk menyertai arena politik negara mereka. Bagaimanapun, hasrat mereka tidak dibenarkan oleh pegawai-pegawai kerajaan yang telah mengukuhkan kedudukan mereka dan tidak ingin melepaskan kuasa. Kumpulan pemimpin muda itu percaya bahawa mereka boleh memainkan peranan yang betul dalam politik Mexico sebaik sahaja Presiden Diaz mengumumkan bahawa Mexico bersedia untuk pengamalan demokrasi. Walaupun Perlembagaan Mexico menetapkan pilihan raya umum serta institusi-institusi demokrasi yang lain, Diaz dan penyokongnya menggunakan sumber politik dan ekonomi mereka untuk mengekalkan kuasa mereka bagi tempoh masa yang tidak terhad.

Francisco I. Madero

Francisco I. Madero merupakan salah seorang yang amat mempercayai bahawa Presiden Diaz harus melepaskan kuasa dan tidak bertanding semula. Bersama-sama dengan reformis muda yang lain, Madero mengasaskan Parti Anti-reeleccionista dan bertanding dalam pilihan raya presiden. Antara masa pilihan raya, Madero membuat perjalanan ke seluruh negara untuk berkempen memperjuangkan gagasannya.

Francisco I. Madero, yang merupakan penyokong demokrasi yang tegas, hendak mewujudkan sebuah kerajaan yang mematuhi undang-undang, dan kejayaan gerakannya telah diperlihatkan oleh Presiden Diaz sebagai sebuah ancaman. Tidak lama sebelum pilihan raya umum 1910, Madero ditahan di Monterrey dan dipenjarakan di San Luis Potosi. Sewaktu menyedari bahawa Diaz ingin bertanding semula, Madero melarikan diri ke Amerika Syarikat pada Oktober 1910. Sewaktu dalam buangan, beliau mengeluarkan Rancangan San Luis, sebuah manifesto yang mengisytiharkan bahawa pilihanraya-pilihanraya Diaz merupakan penipuan dan beliau tidak mengakui Diaz sebagai Presiden Republik yang sah. Sebaliknya, Madera mengambil langkah yang amat berani dan mengisytiharkan diri sebagai Presiden Sementara sehingga pilihan raya yang baru diadakan. Madero berjanji untuk mengembalikan semua tanah yang dirampas daripada petani-petani, dan beliau membuat seruan untuk hak mengundi sejagat dan had satu penggal untuk presiden. Seruan Madero untuk pemberontakan pada 20 November 1910 menandakan permulaan Pemberontakan Mexico.

Kemenangan pemberontakan

Pada 14 November 1910, Toribio Ortega dan sekumpulan pengikut yang kecil bersenjata di Cuchillo Parado, negeri Chihuahua. Pada 18 November, pihak-pihak berkuasa Diaz mendedahkan persediaan untuk pemberontakan di dalam rumah adik beradik Maximo dan Aquiles Serdan di Puebla, dan mereka dihukum mati. Di Chihuahua, Madero dapat memujuk Pascual Orozco dan Francisco Villa untuk menyertai pemberontakan. Walaupun mereka tidak mempunyai pengalaman tentera, Orozco dan Villa terbukti mampu menjadi ahli strategi yang cemerlang. Mereka memperoleh kesetiaan penduduk Mexico Utara yang amat tidak puas hati dengan peladang ternak dan tuan tanah yang menguasai kawasan utara.

Pada bulan Mac 1911, Emiliano Zapata mengetuai pemberontakan petani Morelos untuk menuntut hak untuk tanah dan air tempatan. Pada waktu yang sama, pemberontakan bersenjata bermula di banyak bahagian yang lain di seluruh negara. Askar-askar "Maderista" dan kemarahan negara yang mengilhami mereka menewaskan angkatan tentera Diaz dalam jangka masa enam bulan. Kemenangan Pemberontakan Mexico yang muktamad ialah penangkapan Ciudad Juarez di seberang sungai dari El Paso oleh Orozco dan Villa. Diaz meletakkan jawatan sebagai Presiden dan melarikan diri ke Perancis di mana beliau meninggal dunia pada tahun 1915.

Dengan kejatuhan rejim Diaz, Kongres Mexico memilih Francisco Leon De La Barra sebagai Presiden Sementara dan mengadakan pilihan raya umum yang popular. Francisco I. Madero dipilih sebagai Presiden dan Jose Maria Pino Suarez sebagai Naib Presidennya.

Selepas kemenangan

Walaupun perlembagaan baru diisytiharkan pada tahun 1917, keganasan masih berterusan sehingga lewat 1920-an dan tamat cuma sewaktu Partido Nacional Revolucionario (yang kemudian menjadi Partido Revolucionario Institucional atau "PRI") mencapai monopoli dalam kuasa politik pada tahun 1928. Walaupun demikian, gagasan Pemberontakan masih "berlangsung" dan diperkukuhkan oleh doktrin parti dan pemikiran nasional dengan pembahagian pemberontakan kepada "fasa bersenjata" dan "fasa institusi". Retorik "fasa institusi" bermula hilang daripada perbincangan rasmi hanya di bawah Presiden Carlos Salinas de Gortari pada lewat 1980-an.