Yamamoto-Genryūsai Shigekuni: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 21: Baris 21:
Sebagai Jeneral [[Shinigami (Bleach)#Gotei 13|Gotei 13]], Yamamoto sangat dihormati oleh shinigami lain terutamanya [[Komamura Sajin]] (dia melihat Yamamoto sebagai wira yang menyelamatkan nyawanya). Seperti [[Kuchiki Byakuya]] dan [[Soifon]], dia percaya bahawa arahan mesti dilaksanakan dan membenci sesiapa yang melanggar peraturan.
Sebagai Jeneral [[Shinigami (Bleach)#Gotei 13|Gotei 13]], Yamamoto sangat dihormati oleh shinigami lain terutamanya [[Komamura Sajin]] (dia melihat Yamamoto sebagai wira yang menyelamatkan nyawanya). Seperti [[Kuchiki Byakuya]] dan [[Soifon]], dia percaya bahawa arahan mesti dilaksanakan dan membenci sesiapa yang melanggar peraturan.


Keupayaannya sebagai shinigami amat tinggi dan dia mampu menumbangkan Leftenan Bahagian ke-8 [[Hnamori Momo]] dengan hanya merenungnya dan melepaskan kuasa semangat. Dia juga dapat berlawan dengan dua kaptan berkemahiran tinggi iaitu [[Kyōraku Shunsui]] dan [[Ukitake Jūshirō]] buat beberapa ketika tanpa dilukakan sementara mereka berdua memperoleh luka-luka kecil.
Keupayaannya sebagai shinigami amat tinggi dan dia mampu menumbangkan Leftenan Bahagian ke-8 [[Hinamori Momo]] dengan hanya merenungnya dan melepaskan kuasa semangat. Dia juga dapat berlawan dengan dua kaptan berkemahiran tinggi iaitu [[Kyōraku Shunsui]] dan [[Ukitake Jūshirō]] buat beberapa ketika tanpa dilukakan sementara mereka berdua memperoleh luka-luka kecil.


== Sejarah ==
== Sejarah ==

Semakan pada 16:57, 29 September 2007

Watak Bleach
Yamamoto-Genryūsai Shigekuni
Peranan Jeneral shinigami daripada Gotei 13; Kapten Divisyen 1.
Tarikh lahir 21 Januari
Ketinggian 168 cm (5' 6")
Berat 52 kg (116 lb)
Zanpakutō Ryūjin Jakka
Seiyū Masaaki Tsukada
Pelakon suara latar Michael Sorich

Yamamoto-Genryūsai Shigekuni (山本 元柳斎 重國, juga dieja sebagai 山本 元柳斎 重国) ialah watak dalam manga dan siri anime Bleach. Dia ialah Jeneral bagi Gotei 13 dan kapten Bahagian Pertama (ichibantai, juga boleh diterjemahkan kepada "bahagian terhebat"). Lefenannya ialah Sasakibe Chōjirō

Templat:Spoiler

Watak dan Perwatakan

Khabarnya, dia merupakan kapten terkuat dalam Gotei 13. Yamamoto dipaparkan sebagai seorang lelaki tua yang berjanggut panjang. Terdapat banyak parut di bahagian torso dan kepalanya yang memberi gambaran bahawa dia pernah terlibat dalam banyak pertarungan. Dia memakai baju seragam shinigami piawai yang bersaiz sangat besar. Haorinya hanya diletakkan agar menutupi belakangnya dan bukan dipakai seperti kaptan lain.

Sebagai Jeneral Gotei 13, Yamamoto sangat dihormati oleh shinigami lain terutamanya Komamura Sajin (dia melihat Yamamoto sebagai wira yang menyelamatkan nyawanya). Seperti Kuchiki Byakuya dan Soifon, dia percaya bahawa arahan mesti dilaksanakan dan membenci sesiapa yang melanggar peraturan.

Keupayaannya sebagai shinigami amat tinggi dan dia mampu menumbangkan Leftenan Bahagian ke-8 Hinamori Momo dengan hanya merenungnya dan melepaskan kuasa semangat. Dia juga dapat berlawan dengan dua kaptan berkemahiran tinggi iaitu Kyōraku Shunsui dan Ukitake Jūshirō buat beberapa ketika tanpa dilukakan sementara mereka berdua memperoleh luka-luka kecil.

Sejarah

Jeneral Yamamoto mengasaskan akademi shinigami kira-kira 2000 tahun sebelum jalan cerita utama bermula. Yamamoto pada asalnya merupakan guru di sana dan telah mengajar Kyōraku Shunsui serta Ukitake Jūshirō. Dia juga telah mengakui secara terang-terangan tentang kebanggaannya terhadap Ukitake dan Kyōraku. Apabila mereka berdua menjadi kaptan, dia "menceritakan kejayaan mereka berdua dengan megahnya seolah-olah sebagai ayah mereka".

Ryūjin Jakka

Zanpakutō Yamamoto ialah "Bilah Mengalir Bak Nyalaan Api" (流刃若火, Ryūjin Jakka). Zanpakutō itu ialah pedang berelemen api yang paling berkuasa dan tertua serta mempunyai kuasa pemusnahan yang paling hebat di Soul Society. Dalam bentuk asal, zanpakutō tersebut kelihatan seperti tongkat Yamamoto. Ryūjin Jakka akan kembali ke bentuk pedang selepas diberi arahan "musnahkan semua ciptaan ke abu berbara" (万象一切灰燼と為せ, banshō issai kaijin to nase).

Apabila dibebaskan, Ryūjin Jakka akan dijilat api dan kuasa yang akan merentungkan segala objek yang disentuhnya. Hanya pihak lawan yang benar-benar kuat seperti Kyōraku dan Ukitake yang boleh bertahan dalam api tersebut. Walaupun hanya pada tahap pertama, Ryūjin Jakka sudah mampu bersaing dengan dua orang kaptan pada masa yang masa.

Templat:Endspoiler