Papar, Sabah: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
MGA73 (bincang | sumb.)
→‎Bandar dan Daerah: Removed file without license
Begawan muda (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 30: Baris 30:
| elevation_m = 9
| elevation_m = 9
}}
}}
[[File:Papar Sabah MasjidDaerahPapar-02.jpg|thumb|Masjid Daerah Papar]]

'''Papar''' merupakan sebuah bandar dan juga daerah yang terletak di [[Bahagian Pantai Barat]], [[Sabah]], [[Malaysia Timur]]. Ia terletak 38 kilometer ke selatan bandar raya [[Kota Kinabalu]], ibu negeri Sabah. Papar juga merupakan destinasi persinggahan utama di Sabah memandangkan lokasinya yang stategik yang terletak di tengah-tengah laluan antara [[Putatan]] dan Kota Kinabalu di utara dan [[Membakut]] dan [[Beaufort, Sabah|Beaufort]] di selatan. Papar juga terkenal sebagai destinasi terakhir laluan [[North Borneo Railway]] bagi pelancong yang menggunakan perkhidmatan kereta api stim tersebut.
'''Papar''' merupakan sebuah bandar dan juga daerah yang terletak di [[Bahagian Pantai Barat]], [[Sabah]], [[Malaysia Timur]]. Ia terletak 38 kilometer ke selatan bandar raya [[Kota Kinabalu]], ibu negeri Sabah. Papar juga merupakan destinasi persinggahan utama di Sabah memandangkan lokasinya yang stategik yang terletak di tengah-tengah laluan antara [[Putatan]] dan Kota Kinabalu di utara dan [[Membakut]] dan [[Beaufort, Sabah|Beaufort]] di selatan. Papar juga terkenal sebagai destinasi terakhir laluan [[North Borneo Railway]] bagi pelancong yang menggunakan perkhidmatan kereta api stim tersebut.



Semakan pada 11:09, 30 April 2015

Papar
ڤاڤر
Bandar Papar.
Bandar Papar.
Mohor rasmi Papar ڤاڤر
Lokasi Papar ڤاڤر
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianPantai Barat
Keluasan
 • Jumlah1,243.2 km2 (480.0 batu persegi)
Aras
9 m (30 ft)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah124,420[1]
Masjid Daerah Papar

Papar merupakan sebuah bandar dan juga daerah yang terletak di Bahagian Pantai Barat, Sabah, Malaysia Timur. Ia terletak 38 kilometer ke selatan bandar raya Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah. Papar juga merupakan destinasi persinggahan utama di Sabah memandangkan lokasinya yang stategik yang terletak di tengah-tengah laluan antara Putatan dan Kota Kinabalu di utara dan Membakut dan Beaufort di selatan. Papar juga terkenal sebagai destinasi terakhir laluan North Borneo Railway bagi pelancong yang menggunakan perkhidmatan kereta api stim tersebut.

Sejarah

Asal usul nama Papar adalah daripada perkataan melayu Brunei yang bermaksud tanah rata. Seperti mana kebanyakan tempat seluruh jalur pantai barat Sabah, Papar suatu ketika dahulu terletak di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei. Ketua masyarakat tempatan pada ketika itu adalah Datu Amir Bahar yang berketurunan Bajau. Papar kemudiannya telah diserahkan kepada adik-beradik Overback dan Dent pada tahun 1877.[2]

Pegawai British pertama yang mentadbir Papar pada ketika itu adalah H.L. Leicester. Pentadbirannya bermula pada februari 1878 yang memfokuskan untuk mengingkatkan hasil pulangan daerah tersebut. Walau bagaimanapun, masalah kewangan yang dihadapi oleh Syarikat Borneo Utara British pada waktu itu telah membantutkan hasrat Leicester. Beliau kemudiannya digantikan oleh Alfred Hart Everett.[3]

Bandar dan Daerah

Bandar Papar menempatkan beberapa bangunan penting antaranya bangunan Perpustakaan Negeri Sabah cawangan Papar, pasar am, stesen kereta api, pejabat urusetia, stadium mini dan beberapa deret kedai. Antara deretan kedai ini ada yang dibina dengan papan. Kedai-kedai ini dibina pada tahun 1950-an dan 1960-an dan boleh dianggap sebagai bangunan bersejarah.

Salah sebuah rumah kedai lama hasil peninggalan British yang masih wujud hingga sekarang.

Daerah Papar mempunyai beberapa buah pekan kecil seperti Lok Kawi, Kinarut di sebelah utara, manakala Kimanis, dan Bongawan pula di sebelah selatan. Populasinya pula sehingga tahun 2010 adalah dianggarkan sebanyak 130 000 orang, dan terbahagi kepada beberapa komposisi kaum utama iaitu Melayu Brunei, Bajau, Kadazandusun serta beberapa suku bumiputra yang lain. Terdapat juga sebilangan kecil kaum Cina yang majoritinya etnik Hakka, dan juga kaum India dan sekelompok kecil kaum Pakistan.[4]

Daerah ini mempunyai banyak sawah padi dan suatu ketika dahulu terkenal sebagai jelapang padi Sabah. Namun akibat wujudnya pembangunan yang semakin ketara telah menyebabkan kawasan sawah padi di daerah ini semakin berkurang.

Pembangunan

Walaupun jarak di antara Papar dan Bandar Raya Kota Kinabalu tidaklah begitu jauh, namun pembangunan bagi daerah ini agak perlahan jika dibandingkan dengan bandar Putatan yang telah menjadi sebahagian sub-bandar Kota Kinabalu dalam lingkungan Greater Kota Kinabalu. Akan tetapi bandar Papar merupakan bandar satelit bagi Kota Kinabalu dan ia termasuk dalam lingkungan Metropolitan Kota Kinabalu atau Kota Kinabalu Metropolitan Area kerana tahap kependudukan yang tinggi.

Terdapat juga sebuah Kompleks Perpustakaan Daerah, Kompleks Sukan, Pejabat Daerah Papar, serta beberapa buah pasar raya seperti Giant menjadikan tempias pembangunan semakin dirasai oleh penduduknya. Stesen Kereta Api Papar adalah salah sebuah stesen perhentian kereta api utama yang terletak bersebelahan dengan terminal bas bersepadu.

Selain itu, bandar Papar juga mempunyai dua buah dewan masyarakat yang dikenali sebagai Dewan Masyarakat Baru dan Dewan Datuk Salleh Sulong yang mejadi tempat venue utama pelbagai acara, sebagai contoh pertandingan sepak takraw ketika SUKMA ke-9 dan Pesta Gambus Sabah telah diadakan di Dewan Masyarakat Baru. Kawasan perumahan juga semakin banyak didirikan di sekitar bandar ini bagi menampung permintaan penduduk. Di Kinarut pula terdapat ibu pejabat batalion polis yang baru diwujudkan.

Kawasan Benoni yang terletak hanya 4 kilometer dari pusat bandar Papar akan dibangunkan menjadi sebuah bandar baharu tidak lama lagi dan bakal dilengkapi dengan pusat beli belah, bangunan kolej dan taman rekriasi. Projek pembangunan Benoni Commercial Centre (BCC) yang bakal dijalankan akan menjadikan bandar Papar semakin membesar sehingga ke kawasan Benoni.[5]

Projek naik taraf dan pembesaran hospital Papar juga akan dilaksanakan. Projek tersebut termasuk membina blok bangunan hospital baru setinggi lima tingkat bagi menampung keperluan perkhidmatan kesihatan di daerah Papar.[6]

Perhubungan

Jambatan kereta api yang terdapat di bandar ini.

Tahap hubungan ke bandar Papar adalah sangat tinggi memandangkan ia terletak di lebuh raya utama Pan Borneo yang menghubungkan Kuching, Sarawak hingga ke Tawau, Sabah. Walaupun lebuh raya ini cuma terdiri daripada dua lorong, namun ianya adalah laluan utama untuk sampai ke sini. Tidak cukup dengan itu, sistem kereta api juga meningkatkan lagi tahap ketersampaian ke bandar ini bersesuaian dengan kedudukannya sebagai pusat stesen utama kereta api selain Tanjung Aru, Putatan, Beaufort dan Tenom.


Mengikut kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan pada sidang Dewan Undangan Negeri sekitar April 2014, jalan raya yang menghubungkan daerah ini dengan daerah Putatan dan Kota Kinabalu akan dinaik taraf kepada standard JKR R5 menjadikannya lebuh raya berkembar dua lorong dua hala, bermula dari persimpangan Lok Kawi menghala sehingga bulatan Benoni. Projek naik taraf tersebut akan dimulakan sebelum akhir tahun 2014 hingga 2017.[7]


Pendidikan

Daerah Papar terkenal sebagai Hab Pendidikan bahagian pantai barat. Di sini terdapat Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang kedua-duanya merupakan yang pertama seumpamanya di Sabah. Kompleks pendidikan boleh dilihat di kawasan Kinarut di mana banyak ditempatkan institusi pengajian seperti IKBN, MRSM, dan Pusat Latihan Koperasi (PULAKOP). Di kawasan ini juga menempatkan dua buah sekolah menengah agama iaitu SMK(A) Tun Datu Mustapha dan SMA Toh Puan Hajah Rahmah yang baru.

Daerah Papar juga memiliki sekolah berasaskan agama yang terbanyak di antara semua daerah di Sabah sebanyak empat buah sekolah, iaitu SMK(A) Tun Datu Mustapha, SMK(A) Limauan, SMA Toh Puan Hajah Rahmah dan SMA Islamiah Papar. Kedua-dua SMK(A) terletak di bawah kelolaan kerajaan persekutuan manakala kedua-dua SMA terletak di bawah kelolaan kerajaan negeri.

Selain itu, daerah ini juga mempunyai banyak sekolah menengah utama seperti SMK Majakir, SMK Takis, SMK Benoni, SM St. Joseph, SMK Kinarut, SMK Bongawan, dan SMK Pengalat selain banyak sekolah rendah di sekitar daerah ini.

Pelancongan

Daerah ini juga terkenal dengan beberapa kawasan pelancongan yang sering dikunjungi oleh pelancong sama ada dalam negara mahupun luar negara. Industri pelancongan adalah antara industri terpenting bagi daerah ini selepas pertanian. Banyak kawasan pelancongan dan resort boleh dijumpai di sekitar daerah ini, antaranya:

  • Beringgis Beach Resort
  • Pulau Dinawan
  • Hutan Lipur Kawang
  • KK Adventure Park
  • Mai Aman
  • Berjaya Beach Resort
  • Langkah Syabas Beach Resort
  • Utan Paradise Jungle Camp
  • Pantai Manis
  • Borneo Golf & Country Club

Selain itu, beberapa buah inap desa (homestay) juga terdapat di sekitar daerah ini.

Industri Minyak & Gas

Industri minyak dan gas mula diterokai di daerah ini di kawasan Kimanis dengan penemuan telaga minyak di pesisir laut daerah ini, yang mana Petronas telah melabur dalam projek Sabah Oil and Gas Terminal atau SOGT. Projek tersebut yang memakan belanja berbilion ringgit telah dilancarkan dan dirasmikan oleh YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri ke-5 pada tahun 2008. Turut dilancarkan adalah projek Sabah-Sarawak Gas Pipeline atau SSGP yang menyalurkan gas asli ke loji pemprosesan di Bintulu, Sarawak sepanjang 512 kilometer. Projek SOGT dan SSGP tersebut adalah salah satu projek utama di bawah Koridor Pembangunan Sabah yang bertujuan mengubah lanskap daerah ini khususnya dan negeri Sabah amnya ke arah lebih maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.[8]

Pautan luar

Rujukan