Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 48: Baris 48:


Majlis yang terdiri daripada empat Undang ini akan memilih turunan yang sesuai untuk dilantik sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Sistem 4 Undang ini diguna pakai oleh Persekutuan Tanah Melayu iaitu [[Majlis Raja-raja]] yang terdiri daripada sembilan raja Melayu ditubuhkan untuk memilih Yand di-Pertuan Agong.
Majlis yang terdiri daripada empat Undang ini akan memilih turunan yang sesuai untuk dilantik sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Sistem 4 Undang ini diguna pakai oleh Persekutuan Tanah Melayu iaitu [[Majlis Raja-raja]] yang terdiri daripada sembilan raja Melayu ditubuhkan untuk memilih Yand di-Pertuan Agong.

Mereka menggunakan adat Minangkabau


Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan secara automatik akan mengangotai [[Majlis Raja-raja]] dan menjadi sebahagian daripada sistem beraja di Malaysia.
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan secara automatik akan mengangotai [[Majlis Raja-raja]] dan menjadi sebahagian daripada sistem beraja di Malaysia.

Semakan pada 01:09, 8 Mei 2015

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
يڠ د-ڤرتوان بسر نڬري سمبيلن
Wilayah/Negeri
Penjawat kini
Tuanku Muhriz
sejak 2008
Butiran
GelaranDuli Yang Teramat Mulia
Raja pertamaRaja Melewar
Pembentukan1773

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan adalah raja berperlembagaan di Negeri Sembilan sejak 1957. Sebelum itu, Yang di-Pertuan Besar adalah raja yang memerintah semua tanah jajahan adat di Negeri Sembilan.

Permulaan perlantikan Yang di-Pertuan Besar ini berlaku pada abad ke-17 Masehi. Sebelum itu Negeri Sembilan adalah dibawah takluk kesultanan Melayu Johor. Pada separuh pertama abad ke-17 itu, Kerajaan Melayu Johor sentiasa diancam oleh orang-orang Acheh di bawah pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1607-1636). Ini menjadikan Kerajaan Melayu Johor tidak berupaya untuk melindungi Negeri Sembilan.

Pada masa yang sama orang-orang Bugis yang diketuai oleh Daeng Kemboja telah memasuki Negeri Sembilan membuat huru hara dan memaksa orang-orang Negeri Sembilan keturunan Minangkabau mengakui Daeng Kemboja sebagai raja di Negeri Sembilan. Ini bertentangan dengan pendirian orang-orang Minangkabau ini.

Satu utusan telah mengadap Sultan Johor untuk meminta supaya seorang raja dilantik di Negeri Sembilan. Bagaimanapun permintaan ini tidak dapat ditunaikan dan Sultan Johor telah membenarkan orang-orang Negeri Sembilan ini mencari anak raja dari negeri lain untuk dipertuankan di Negeri Sembilan.

Dengan itu maka pemimpin-pemimpin setempat di Negeri Sembilan lantas menghantar wakil untuk mengadap Yang Di-Pertuan Pagar Ruyung di Tanah Minangkabau. Permintaan utusan orang Negeri Sembilan ini telah diperkenankan dan telah melantik Raja Melewar menjadi Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama. Raja Melewar telah mengetuai angkatan perang orang-orang Negeri Sembilan menghalau Daeng Kemboja dari tanah Negeri Sembilan.

Senarai Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

  1. 1773 - 1795 : Raja Melewar
  2. 1795 - 1808 : Raja Hitam
  3. 1808 - 1824 : Raja Radin
  4. 1824 - 1861 : Raja Lenggang
  5. 1861 - 1869 : Yamtuan Imam
  6. 1869 - 1872 : Tengku Ampuan Intan (pemangku Raja)
  7. 1875 - 1888 : Yamtuan Antah
  8. 1888 - 1933 : Tuanku Muhammad
  9. 1933 - 1960 : Tuanku Abdul Rahman
  10. 1960 - 1967 : Tuanku Munawir
  11. 1967 - 2008 : Tuanku Jaafar
  12. 2008 - kini : Tuanku Muhriz

Keistimewaan

Sembilan negeri di Malaysia dan 1 di Brunei mempunyai raja yang berdaulat. Tetapi di Negeri Sembilan, rajanya tidak dipanggil Sultan atau Raja. Sistemnya pula bukannya monarki turunan tetapi dipilih oleh empat Undang.

Majlis yang terdiri daripada empat Undang ini akan memilih turunan yang sesuai untuk dilantik sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Sistem 4 Undang ini diguna pakai oleh Persekutuan Tanah Melayu iaitu Majlis Raja-raja yang terdiri daripada sembilan raja Melayu ditubuhkan untuk memilih Yand di-Pertuan Agong.

Mereka menggunakan adat Minangkabau

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan secara automatik akan mengangotai Majlis Raja-raja dan menjadi sebahagian daripada sistem beraja di Malaysia.

Lihat juga

Rujukan

  • Zakiah Hanum (2004). Asal Usul Negeri-Negeri Malaysia. Times Editions-Marshall Cavendish. ISBN 9812326081.
  • Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid (2011). The Encyclopedia of Malaysia : Volume 16, The Rulers of Malaysia. Archipelago Press. ISBN 9789813018549.

Nota kaki