Rahimidin Zahari: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Victor pogadaev (bincang | sumb.)
Victor pogadaev (bincang | sumb.)
Baris 46: Baris 46:


==Hasil penulisan==
==Hasil penulisan==
* Pewaris (Novel) Fajar Bakti, 1995.
* ''Pewaris'' (Novel) Fajar Bakti, 1995.
* Cempaka Putih (Kumpulan Cerpen) DBP, 1994.
* ''Cempaka Putih'' (Kumpulan Cerpen) DBP, 1994.
* Sekepal Tanah (Kumpulan Puisi) DBP, 1995.
* ''Sekepal Tanah'' (Kumpulan Puisi) DBP, 1995.
* Matahari Berdoa (Kumpulan Puisi), Gema, 1998.
* ''Matahari Berdoa'' (Kumpulan Puisi), Gema, 1998.
* Di Kebun Khatulistiwa (Kumpulan Puisi), DBP, 2005.
* ''Di Kebun Khatulistiwa'' (Kumpulan Puisi), DBP, 2005.
* Muzikal Puteri Hang Lipo (Drama), Istana Budaya, 2006.
* ''Muzikal Puteri Hang Lipo'' (Drama), Istana Budaya, 2006.
* Suzana@60 (Drama), Istana Budaya, 2006.
* ''Suzana@60'' (Drama), Istana Budaya, 2006.
* Zamok Iz Peska (Istana Pasir). Kumpulan Puisi dwibahasa Russia-Melayu. Diselenggarakan dan diterjemahkan oleh [[Victor Pogadaev|Victor A. Pogadaev]]. Moscow: Klyuch-S, 2007.
* ''Zamok Iz Peska'' (Istana Pasir). Kumpulan Puisi dwibahasa Russia-Melayu. Diselenggarakan dan diterjemahkan oleh [[Victor Pogadaev|Victor A. Pogadaev]]. Moscow: Klyuch-S, 2007.
* Aksara (Kumpulan Puisi), Ilmu Bakti, 2009.
* ''Aksara'' (Kumpulan Puisi), Ilmu Bakti, 2009.
* Perjalanan Salik (Kumpulan Puisi) Pustaka Nusa, 2009.
* ''Perjalanan Salik'' (Kumpulan Puisi) Pustaka Nusa, 2009.
* Perahu Fansuri (Kumpulan Puisi)Sindikit Soljah, 2011.
* ''Perahu Fansuri'' (Kumpulan Puisi)Sindikit Soljah, 2011.
* Rawana (Kumpulan Puisi dwibahasa Melayu-Inggeris) Pustaka Nusa, 2012.
* ''Rawana'' (Kumpulan Puisi dwibahasa Melayu-Inggeris) Pustaka Nusa, 2012.
* Orang Perjuangan : antologi drama / diselenggara oleh : Rahimidin Zahari & [[Shamsudin Othman]].: Ilmu Bakti, 2009.
* ''Orang Perjuangan'' : antologi drama / diselenggara oleh : Rahimidin Zahari & [[Shamsudin Othman]].: Ilmu Bakti, 2009.
* Makyung : The Mystical Heritage of Malaysia /(editor) Rahimidin Zahari & [[Sutung Umar RS|Sutung Umar Rs]]: Institut Terjemahan Negara Malaysia, 2010.
* ''Makyung : The Mystical Heritage of Malaysia''.(editor) Rahimidin Zahari & [[Sutung Umar RS|Sutung Umar Rs]]: Institut Terjemahan Negara Malaysia, 2010.
* Makyung : Warisan Mistik Malaysia /(editor) Rahimidin Zahari & [[Sutung Umar RS|Sutung Umar Rs]]: Institut Terjemahan Negara Malaysia, 2010.
* ''Makyung'' : Warisan Mistik Malaysia (editor) Rahimidin Zahari & [[Sutung Umar RS|Sutung Umar Rs]]: Institut Terjemahan Negara Malaysia, 2010.
* Pak Samad di Mata Kami (editor): Institut Terjemahan & Buku Malaysia, 2012.
* ''Pak Samad di Mata Kami'' (editor): Institut Terjemahan & Buku Malaysia, 2012.
* Pengakuan Penyair (editor) Rahimidin Zahari & Shamsudin Othman, ITBM, 2012.
* ''Pengakuan Penyair'' (editor) Rahimidin Zahari & Shamsudin Othman, ITBM, 2012.
* Melangkaui Jambatan Kedua: Cerpen Terpilih Malaysia-Singapore (editor) Rahimidin Zahari & Kartini Anwar, ITBM/NAC, 2012.
* ''Melangkaui Jambatan Kedua'': Cerpen Terpilih Malaysia-Singapore (editor) Rahimidin Zahari & Kartini Anwar, ITBM/NAC, 2012.
* Wayang Kulit - Shadow Play The Epic of The Malaysia Archipelago, ITBM, 2013.
* ''Wayang Kulit - Shadow Play The Epic of The Malaysia Archipelago'', ITBM, 2013.
* Bayang Beringin (Kumpulan Puisi), ITBM, 2013.
* ''Bayang Beringin'' (Kumpulan Puisi), ITBM, 2013.
* Cikgu Shahnon di Mata Kami (editor), ITBM, 2013.
* ''Cikgu Shahnon di Mata Kami'' (editor), ITBM, 2013.
* Antologi Cerpen Malaysia-Indonesia (penyelenggara), ITBM & YOI, 2013.
* ''Antologi Cerpen Malaysia-Indonesia'' (penyelenggara), ITBM & YOI, 2013.
[[Kategori:Penulis Malaysia]]
[[Kategori:Penulis Malaysia]]

Semakan pada 05:29, 8 Jun 2015

Rahimidin Zahari
Rahimidin Zahari
Kelahiran
Rahimidin Zahari

(1968-03-28)28 Mac 1968
Bacah Keranji, Kelantan
Meninggal dunia14 Mei 2015(2015-05-14) (umur 47)
PendidikanUniversiti Sains Malaysia
Pusat pendidikanUniversiti Sains Malaysia
Pekerjaanpengarang majalah Pentas, penyair
Tahun aktif1991–2015

Rahimidin Zahari (1968-14 Mei 2015) adalah penulis dari Malaysia. Beliau adalah Bendahari Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena). Rahimidin yang bertugas sebagai Pengurus Panggung Istana Budaya dan Editor Majalah Pentas dikenali sebagai penyair dan sudah menghasilkan 11 kumpulan puisi yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris, Rusia, Portugis, Korea, Arab dan Thailand. Beliau yang menghasilkan buku Wayang Kulit Shadow Play: The Folk Epic of the Malay Archipelago, turut dikenali sebagai penggiat wayang kulit yang aktif mempersembahkan seni tradisi masyarakat Kelantan itu ke luar negara termasuk di Frankfurt, Jerman dan Amerika Syarikat (AS). Rahimidin Zahari dilahirkan di Peringat, Kota Bharu, Kelantan pada 28-Mac-1968.

Menerima pendidikan rendah dan menengah Kelantan. Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Seni Halus dari Universiti Sains Malaysia, dan Diploma Pengurusan Seni dari Universiti Malaya. Menulis dalam semua genre sastera dan menangi pelbagai hadiah untuk kesusasteraan di peringkat kebangsaan seperti Hadiah Penulis Muda Terbaik Cerpen Esso-Gapena, Hadiah Puisi Kebangsaan Shapadu-Gapena, Hadiah Puisi Kebangsaan Esso-Gapena, Anugerah Sastera Islam Darul Imam, Hadiah Puisi Islam Yayasan Pelajar, Hadiah Sastera Kelantan, Hadiah Utusan Exxon-Mobil, Hadiah Sastera Perdana, Anugerah Penghargaan Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) 2013[1], dan banyak lagi.

Beliau telah menerbitkan 15 buah buku perseorangan dan lebih 60 buah kumpulan karya bersama penulis lain. Judul bukunya seperti Lakaran Kampung, Cempaka Putih, Pewaris, Wira Sekolah, Sekepal Tanah, Matahari Berdoa, Di Kebun Khatulistiwa, Zamok Iz Peska (Istana Pasir) - sebuah kumpulan puisi terjemahan dalam bahasa Rusia di Moscow, Aksara, Perjalanan Salik, Rawana (dwibahasa Melayu-Inggeris) dan Perahu Fansuri. Dramanya yang pernah dipentaskan Muzikal Puteri Hang Li Po, Suzana @60. Teater Tari Pentas, Muzikal Putra, Mahsuri, Rebab Berbisik, Dalang dan Bidan Ketujuh. Puisinya telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa dunia seperti Inggeris, Russia, Portugis, Korea, Arab dan Thailand.

Beliau wewakili negara ke Second Asean Writers Conference (1995), Festival Istiqlal (1995), International World Theatre Congres anjuran UNESCO (2005), Program Penataran MASTERA (2006) dan Korea-Asean Poets Literature Festival (2010), “The Makyung Spiritual Dance Heritage: Seminar And Performances”, di Bangkok, Thailand (2011), “1st Asian Theatre Professionals Congress”, Chongqing, China (2011) dan “ASEAN-KOREA Culture and Arts Forum (2012) Bukunya “Makyung: The Mystical Heritage of Malaysia” dilancarkan di Frankfurt International Book Fair (2010)

Meninggal dunia

Rahimidin Zahari telah dimasukkan ke Hospital Selayang selama lebih kurang seminggu sebelum dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh bagi menjalani pembedahan untuk menghentikan pendarahan di otaknya akibat serangan darah tinggi. Rahimidin Zahari meninggal dunia pada hari Khamis, kira-kira jam 4 petang, 14 Mei 2015 di Hospital Sungai Buloh, selepas tidak sedarkan diri sejak seminggu lalu akibat strok. Pengerusi Pena Dr Mohamad Saleeh Rahamad memaklumkan bahawa Rahimidin Zahari berhadapan dengan koma beberapa hari selepas menjalani pembedahan pendarahan otak akibat penyakit darah tinggi. [2]

Rujukan

Hasil penulisan

  • Pewaris (Novel) Fajar Bakti, 1995.
  • Cempaka Putih (Kumpulan Cerpen) DBP, 1994.
  • Sekepal Tanah (Kumpulan Puisi) DBP, 1995.
  • Matahari Berdoa (Kumpulan Puisi), Gema, 1998.
  • Di Kebun Khatulistiwa (Kumpulan Puisi), DBP, 2005.
  • Muzikal Puteri Hang Lipo (Drama), Istana Budaya, 2006.
  • Suzana@60 (Drama), Istana Budaya, 2006.
  • Zamok Iz Peska (Istana Pasir). Kumpulan Puisi dwibahasa Russia-Melayu. Diselenggarakan dan diterjemahkan oleh Victor A. Pogadaev. Moscow: Klyuch-S, 2007.
  • Aksara (Kumpulan Puisi), Ilmu Bakti, 2009.
  • Perjalanan Salik (Kumpulan Puisi) Pustaka Nusa, 2009.
  • Perahu Fansuri (Kumpulan Puisi)Sindikit Soljah, 2011.
  • Rawana (Kumpulan Puisi dwibahasa Melayu-Inggeris) Pustaka Nusa, 2012.
  • Orang Perjuangan : antologi drama / diselenggara oleh : Rahimidin Zahari & Shamsudin Othman.: Ilmu Bakti, 2009.
  • Makyung : The Mystical Heritage of Malaysia.(editor) Rahimidin Zahari & Sutung Umar Rs: Institut Terjemahan Negara Malaysia, 2010.
  • Makyung : Warisan Mistik Malaysia (editor) Rahimidin Zahari & Sutung Umar Rs: Institut Terjemahan Negara Malaysia, 2010.
  • Pak Samad di Mata Kami (editor): Institut Terjemahan & Buku Malaysia, 2012.
  • Pengakuan Penyair (editor) Rahimidin Zahari & Shamsudin Othman, ITBM, 2012.
  • Melangkaui Jambatan Kedua: Cerpen Terpilih Malaysia-Singapore (editor) Rahimidin Zahari & Kartini Anwar, ITBM/NAC, 2012.
  • Wayang Kulit - Shadow Play The Epic of The Malaysia Archipelago, ITBM, 2013.
  • Bayang Beringin (Kumpulan Puisi), ITBM, 2013.
  • Cikgu Shahnon di Mata Kami (editor), ITBM, 2013.
  • Antologi Cerpen Malaysia-Indonesia (penyelenggara), ITBM & YOI, 2013.