Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau: Perbezaan antara semakan
k Membalikkan suntingan oleh 1.32.70.200 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Yosri |
|||
Baris 34: | Baris 34: | ||
== Identiti sekolah == |
== Identiti sekolah == |
||
=== Logo === |
=== Logo === |
||
Logo sekolah SMK Tawau telah direka bentuk oleh |
Logo sekolah SMK Tawau telah direka bentuk oleh Amir Kanjing Tingkatan 5 (1986).{{fact}} Di atas logo ini tertera motto sekolah ini. |
||
=== Visi sekolah === |
=== Visi sekolah === |
Semakan pada 14:40, 20 Jun 2015
Koordinat: 4°15′44″N 117°53′23″E / 4.26222°N 117.88972°E
Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Peti Surat 295, 91007, Tawau, Sabah Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, sekolah kerajaan |
Moto | Ilmu Asas Kejayaan |
Nombor sekolah | 6089772611 |
Kod sekolah | XEE3052 |
Faks | 6089774331 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau atau SMK Tawau adalah salah sebuah sekolah yang terdapat di daerah Tawau, Sabah, Malaysia. Ia terletak lebih kurang dua batu dari pusat bandar Tawau. Sekolah ini menerima pelajar dari tingkatan peralihan hingga ke tingkatan enam atas. Ia dirasmikan pada tahun 1958.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau memiliki 785 pelajar lelaki dan 991 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1776 orang. Ia mempunyai seramai 114 orang guru.2009
Sekolah ini dipanggil Semenket (seb. Səmənket, singkatan untuk Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau).
Identiti sekolah
Logo
Logo sekolah SMK Tawau telah direka bentuk oleh Amir Kanjing Tingkatan 5 (1986).[perlu rujukan] Di atas logo ini tertera motto sekolah ini.
Visi sekolah
SMK Tawau Unggul dan terbilang
Misi sekolah
- Mewujudkan sistem pengurusan kurikulum yang berkesan secara berterusan ke arah pencapaian prestasi PMR, SPM dan STPM yang terbaik dari segi kualiti dan kuantiti.
- Menghasilkan modal insan yang berilmu dan berketrampilan.
- Melaksanakan sistem pengurusan dan pentadbiran yang telus dan berkualiti.
- Melestarikan budaya cemerlang dan persekitaran kondusif.
Matlamat sekolah
Membentuk insan yang mencintai, menghayati dan mengamalkan ilmu sekaligus menyemai semangat cinta akan agama dan negara di samping memupuk, menerap dan memperkukuhkan nilai-nilai serta sahsiah bagi melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang.
Lagu Sekolah
Ilmu Asas Kejayaan
- Smk Tawau berdiri megahnya;
- Sekolah kami yang tercinta;
- Menjadi lambang mendidik bangsa;
- Membangun Malaysia tercinta.
- Ilmu Asas kejaayaan;
- SMK Tawau tetap amalkan;
- Bersopan santun berdisiplin sentiasa;
- Mendukung Rukunegara.
Sesi
Sekolah ini menyediakan dua sesi pembelajaran iaitu:
- Sesi pagi — untuk pelajar pelajar yang berada dalam tingkatan 4 hingga ke tingkatan 6 atas.
- Sesi petang — dihadiri pelajar-pelajar dari tingkatan peralihan, tingkatan satu sehingga tingkatan 3.
Pencapaian dan anugerah
- Anugerah Sekolah Cemerlang Kategori Sekolah Menengah Harian Bandar Kementerian Pelajaran 2009[1]
- Sekolah Impian Sabah
- Anugerah Khas Tokoh Nilam Kategori Sekolah Menengah Bandar Peringkat Daerah
- Anugerah Khas Pengurusan Nilam Cemerlang 2009 Kategori Sekolah Menengah Bandar
- Anugerah Sekolah Rakan Alam Sekitar (2007/2008) Peringkat Negeri Kategori Penghijauan Sekolah
- Naib johan Kawad Peringkat Negeri.
- Johan Olahraga Peringkat Daerah Tawau tiga tahun berturut-turut sejak 2007
- Penyertaan antarabangsa bagi kelab dan persatuan dalam Pertandingan Matematik Australia
Alamat
- Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau
- Peti Surat 295
- 91007, Tawau
- Sabah, Malaysia
- Telefon = 6089772611
- Fax = 6089774331
Rujukan
- ^
Berita Harian (T/A). "SMK Tawau Utamakan Budaya Ilmu, Keterampilan". Pusat Maklumat Rakyat. Dicapai pada 2009-11-22. Check date values in:
|date=
(bantuan)
Pautan luar
- Laman SMK Tawau di etawau.com
- Laman SMK Tawau di Sabah.edu.my - tidak dikemas kini.