Kekhalifahan Cordoba: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zamwan (bincang | sumb.)
Zamwan (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1: Baris 1:
{{Infobox Former Country
|native_name = {{lang|ar|خلافة قرطبة}}<br>''Khilāfat Qurṭuba'' {{ar icon}}
|conventional_long_name = Kekhilafahan Córdoba

|common_name = Córdoba
|image_flag = Umayyad Flag.svg
|capital = [[Córdoba, Sepanyol|Córdoba]]
|continent = Eropah
|continent2 = Afrika
|region = Iberia
|government_type = Monarki
|year_start = 929
|year_end = 1031
|event_start = [[Abd-ar-Rahman III]] mengistiharkan ''Khalifah'' Córdoba<ref>{{cite book |last=Azizur Rahman |first=Syed |title=The Story of Islamic Spain |url=http://books.google.com/books?id=iRAsAQAAIAAJ&q=oath+of+allegiance |format=snippet view |accessdate=5 September 2010 |year=2001 |publisher=Goodword Books |location=New Delhi |isbn=978-81-87570-57-8 |page=129 |quote=[Emir Abdullah died on] 16 Oct., 912 after 26 years of inglorious rule leaving his fragmented and bankrupt kingdom to his grandson ‘Abd ar-Rahman. The following day, the new sultan received the oath of allegiance at a ceremony held in the "Perfect salon" (al-majils al-kamil) of the Alcazar.}}</ref>
|event_end = Berpecah kepada beberapa kerajaan beraja [[taifa]] merdeka
|p1 = Emirat Córdoba
|s1 = Taifa Córdoba
|flag_p1 = Coras del Emirato de Córdoba.png
|flag_s1 = Location map Taifa of Córdoba.svg
|leader1 = [[Abd-ar-Rahman III]]
|year_leader1 = 929 – 961
|title_leader = [[Khalifah Córdoba]]
|common_languages = [[bahasa Arab]], [[bahasa Berber|Berber]], [[bahasa Mozarabic|Mozarabic]]
|image_map =Califato de Córdoba - 1000.svg
|image_map_caption = Kekhilafahan Córdoba (hijau), {{circa}} 1000.
|stat_year1 = anggr. 1000.
|stat_area1 = 600000
|today ={{flag|Andorra}}<br/>{{flag|Gibraltar}} ([[UK]])<br>{{flag|Morocco}}<br>{{flag|Portugal}}<br>{{flag|Spain}}
}}
{{History of al-Andalus}}

[[Fail:Mosque of Cordoba Spain.jpg|thumb|200px|right|Bahagian dalam [[Mezquita]], salah satu contoh terbaik seni bina Islam Umayyah di Sepanyol]]
[[Fail:Mosque of Cordoba Spain.jpg|thumb|200px|right|Bahagian dalam [[Mezquita]], salah satu contoh terbaik seni bina Islam Umayyah di Sepanyol]]
'''Pemerintahan Khalifah Cordoba''' memerintah [[Semenanjung Iberia]] dan [[Afrika Utara]] dari bandar [[Cordoba]] bermula dari tahun 929 M hingga tahun 1031 M. Tempoh ini diwarnai dengan kejayaan ketara dalam bidang perdagangan dan kebudayaan; banyak karya agung Islam [[Sepanyol]] dibina dalam tempoh ini, antaranya [[Mezquita|Masjid Jami Cordoba]]. [[Abdul Rahman III]] mengisytiharkan dirinya sebagai [[Khalifah]] pada 16 Januari 929; sebelum ini beliau dikenali sebagai Amir Cordoba (penguasa bandar Cordoba). Kesemua khalifah Cordoba merupakan ahli keluarga [[Bani Umayyah|Bani Umaiyah]]. Bani Umaiyah (juga dieja ''Umayyah'', ''Ummaiyyah'' atau ''Umaiyyah'') memegang gelaran Amir Cordoba dan memerintah wilayah tersebut sejak tahun 756 M. Kekahlifahan Cordoba mengalami kemerosotan semasa pemerintahan Khalifah Hisham II dan pengganti kepada Perdana Menterinya, al-Mansur ibn Abi al-Aamir. Kekhalifahan Cordoba berakhir pada tahun 1031 M dan telah menjadi beberapa buah wilayah yang berasingan.
'''Pemerintahan Khalifah Cordoba''' memerintah [[Semenanjung Iberia]] dan [[Afrika Utara]] dari bandar [[Cordoba]] bermula dari tahun 929 M hingga tahun 1031 M. Tempoh ini diwarnai dengan kejayaan ketara dalam bidang perdagangan dan kebudayaan; banyak karya agung Islam [[Sepanyol]] dibina dalam tempoh ini, antaranya [[Mezquita|Masjid Jami Cordoba]]. [[Abdul Rahman III]] mengisytiharkan dirinya sebagai [[Khalifah]] pada 16 Januari 929; sebelum ini beliau dikenali sebagai Amir Cordoba (penguasa bandar Cordoba). Kesemua khalifah Cordoba merupakan ahli keluarga [[Bani Umayyah|Bani Umaiyah]]. Bani Umaiyah (juga dieja ''Umayyah'', ''Ummaiyyah'' atau ''Umaiyyah'') memegang gelaran Amir Cordoba dan memerintah wilayah tersebut sejak tahun 756 M. Kekahlifahan Cordoba mengalami kemerosotan semasa pemerintahan Khalifah Hisham II dan pengganti kepada Perdana Menterinya, al-Mansur ibn Abi al-Aamir. Kekhalifahan Cordoba berakhir pada tahun 1031 M dan telah menjadi beberapa buah wilayah yang berasingan.

Semakan pada 01:10, 4 Julai 2015

Kekhilafahan Córdoba
خلافة قرطبة
Khilāfat Qurṭuba (Arab)
929–1031
Bendera Córdoba
Bendera
Kekhilafahan Córdoba (hijau), s. 1000.
Kekhilafahan Córdoba (hijau), s. 1000.
Ibu negaraCórdoba
Bahasa yang umum digunakanbahasa Arab, Berber, Mozarabic
KerajaanMonarki
Khalifah Córdoba 
• 929 – 961
Abd-ar-Rahman III
Sejarah 
• Abd-ar-Rahman III mengistiharkan Khalifah Córdoba[1]
929
• Berpecah kepada beberapa kerajaan beraja taifa merdeka
1031
Keluasan
anggr. 1000.600,000 km2 (230,000 bt2)
Didahului oleh
Diganti oleh
Emirat Córdoba
Taifa Córdoba
Sekarang sebahagian dari Andorra
 Gibraltar (UK)
 Maghribi
 Portugal
 Sepanyol
Bahagian dalam Mezquita, salah satu contoh terbaik seni bina Islam Umayyah di Sepanyol

Pemerintahan Khalifah Cordoba memerintah Semenanjung Iberia dan Afrika Utara dari bandar Cordoba bermula dari tahun 929 M hingga tahun 1031 M. Tempoh ini diwarnai dengan kejayaan ketara dalam bidang perdagangan dan kebudayaan; banyak karya agung Islam Sepanyol dibina dalam tempoh ini, antaranya Masjid Jami Cordoba. Abdul Rahman III mengisytiharkan dirinya sebagai Khalifah pada 16 Januari 929; sebelum ini beliau dikenali sebagai Amir Cordoba (penguasa bandar Cordoba). Kesemua khalifah Cordoba merupakan ahli keluarga Bani Umaiyah. Bani Umaiyah (juga dieja Umayyah, Ummaiyyah atau Umaiyyah) memegang gelaran Amir Cordoba dan memerintah wilayah tersebut sejak tahun 756 M. Kekahlifahan Cordoba mengalami kemerosotan semasa pemerintahan Khalifah Hisham II dan pengganti kepada Perdana Menterinya, al-Mansur ibn Abi al-Aamir. Kekhalifahan Cordoba berakhir pada tahun 1031 M dan telah menjadi beberapa buah wilayah yang berasingan.

Dinasti Umayyah

Kenaikan

Abdul Rahman I menjadi Amir Cordoba pada tahun 756 M selepas enam tahun tamatnya pemerintahan Kerajaan Bani Umayyah di Damsyik pada tahun 750. Lahir di Damsyik, beliau menyeludup ke Sepanyol selepas khalifah terakhir Umayyah Marwan bin Muhammad ditewaskan tentera Abbasiyyah. Untuk mengekalkan kuasanya, beliau telah menewaskan pemerintah Islam Abbasiyah yang menentang pengaruh Umayyah dan menyatukan beberapa kawasan.

Pemimpin wilayah terus menggunakan gelaran amir atau sultan sehinggalah pada abad ke 10, apabila Abdul Rahman III menghadapi ancaman penaklukan daripada kerajaan Fatimiyah di Kaherah. Untuk membantunya di dalam usaha menentang kerajaan Fatimiyah yang menubuhkan Khilafah di utara Afrika, Abdul Rahman III telah memakai gelaran khalifah. Gelaran ini membolehkan beliau memperoleh kekuatan dan gelaran ini dikekalkan walaupun kerajaan Fatimiyah telah ditewaskan.

Kejayaan

Kekhalifahan Cordoba telah menikmati tempoh kejayaan sepanjang kurun ke-10 M. Abd-ar-Rahman III bukan sahaja menyatukan al-Andalus, bahkan berjaya membuat hubungan diplomatik dengan kerajaan Kristian di utara secara paksaan dan diplomasi. Abd-ar-Rahman berjaya menghalang pengaruh Fatimiyah daripada merebak ke tanah khilafah di Morocco dan al-Andalus. Tempoh kejayaan ini ditandakan dengan pembuatan hubungan diplomatik dengan puak Afrika Utara, kerajaan Kristian di utara, Perancis dan German serta kerajaan Byzantine. Kematian Abdul-ar-Rahman III memberi peluang kepada kenaikan puteranya Al-Hakam II yang berumur 46 tahun ketika itu sebagai khalifah. Al-Hakam II, lebih kurang sama seperti ayahandanya, berdepan dengan beberapa pemberontakan kerajaan Kristian di utara Iberia dan cuba memadamkankannya sebelum ianya merebak. Tidak seperti ayahandanya, kebergantungan Al-Hakam II ke atas para penasihatnya adalah lebih berasingan.

Kejatuhan

Kematian al-Hakam II pada tahun 976 menandakan bermulanya zaman kejatuhan Khilafah Cordoba di al-Andalus. Sebelum kematiannya Al-Hakam II telah menamakan puteranya Hisham II yang berusia 10 tahun ketika itu sebagai penggantinya. Memandangkan kanak-kanak tidak layak menjadi khalifah dan mempunyai darah keturunan yang sama dengannya, al-Mansur ibn Abi al-Aamir (Perdana Menteri kepada bapa Hisham), mengisytiharkan Hisham II sebagai khalifah. Ibn Al-Aamir menjadi pengawal kepada Hisham II dan menjadi pemangkunya sehingga beliau cukup umur. Oleh itu beliau mengasingkan Hisham II di Cordoba sementara cuba menyingkirkan lawannya. Beliau membenarkan orang Barbar dari Afrika Utara berhijrah ke Andalus untuk mengukuhkan kedudukannya. Ibn al-Amir memerintah dengan kejam jika dibandingkan dengan Abd-ar-Rahman III. Beliau tidak malu menggunakan paksaan untuk memastikan orang-orang Kristian dalam pemeriksaan. Ibn al-Aamir dan penggantinya yang juga anaknya, Abd al-Malik (al-Muzaffar), meneruskan pemegangan kuasa daripada Hisham II sehingga tahun 1008 apabila al-Muzaffar meninggal dunia dan adiknya Abdul al-Rahman mendesak untuk menjadi pengganti kepada Khalifah Hisham II tetapi Hisham II enggan. Di utara Iberia, satu pemberontakan berlaku di seluruh Cordoba. Abd al-Rahman tidak dapat memadamkan pemberontakan tersebut.

Keputusan untuk menamakan Hisham II sebagai khalifah telah memindahkan kuasanya dari individu kepada para penasihat. Gelaran khalifah hanya menjadi simbol dan tidak mempunyai sebarang kuasa. Jawatan khalifah sentiasa menjadi rebutan. Khalifah kerajaan Umayyah yang terakhir di Andalus ialah Hisham III (1027-1031). Dengan beberapa pecahan, Khilafah Cordoba akhirnya tumbang pada tahun 1031 dan berpecah kepada beberapa buah kerajaan yang berasingan.

Ekonomi

Ekonomi telah berkembang maju di zaman Khilafah. Pada zaman permulaannya, kerajaan Kristian telah membayar ufti kepada Córdoba untuk menjamin keselamatan mereka. Pedagang-pedagang Muslim telah berdagang di Andalus dengan merentasi Mediterranean and lain-lain. Terdapat banyak kawasan perindustrian yang ditubuhkan semasa zaman pemerintahan Khalifah iaitu tekstil, seramik, gelas, kerja logam dan pertanian telah memberi faedah kepada negara. Tarif amat berpatutan. Cukai yang dikenakan kepada orang-orang Yahudi dan Kristian yang bernaung di bawah Khilafah juga adalah sumber lain pendapatan negara.

Kesenian

Córdoba merupakan pusat perkembangan kesenian di Andalus. Masjid seperti The Great Mosque, adalah menjadi titik perhatian bagi semua Khalifah. Córdoba adalah pusat intelektual sains di Andalus dengan kegiatan penterjemahan buku-buku dari bahasa Yunani purba kepada bahasa Arab, Latin and Hebrew. Bidang kegiatan sains, sejarah, geografi, falsafah dan sastera juga berkembang semasa zaman pemerintahan Khilafah. Sarjana-sarjana serta kebudayaan dari timur telah dibawa masuk ke al-Andalus. Ziryab telah memperkenalkan gaya berpakaian dan gaya rambut kepada Semenanjung Iberia seperti ubat gigi dan deodorant.

Senarai pemerintah

Amir Umayyah di Córdoba

Khalifah Umayyah Córdoba

Dinasti Ummayah yang dimusnahkan oleh Dinasti Hammudid:

Dinasti Ummayah yang kembali kepada kekuasaan:

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Azizur Rahman, Syed (2001). The Story of Islamic Spain (snippet view). New Delhi: Goodword Books. m/s. 129. ISBN 978-81-87570-57-8. Dicapai pada 5 September 2010. [Emir Abdullah died on] 16 Oct., 912 after 26 years of inglorious rule leaving his fragmented and bankrupt kingdom to his grandson ‘Abd ar-Rahman. The following day, the new sultan received the oath of allegiance at a ceremony held in the "Perfect salon" (al-majils al-kamil) of the Alcazar.