Perbincangan pengguna:Malekhanif-2: Perbezaan antara semakan

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Cassiopeta7 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Cassiopeta7 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 139: Baris 139:


Baru abis belajar (graduate).skrg sibuk kerja pula. Sebab itu sangat sibuk [[Pengguna:Cassiopeta7|Cassiopeta7]] 14:37, 1 Oktober 2007 (UTC).
Baru abis belajar (graduate).skrg sibuk kerja pula. Sebab itu sangat sibuk [[Pengguna:Cassiopeta7|Cassiopeta7]] 14:37, 1 Oktober 2007 (UTC).

bagaimana caranya jika saya ingin menukar nama cassiopeta kepada nama lain? [[Pengguna:Cassiopeta7|Cassiopeta7]] 14:40, 1 Oktober 2007 (UTC)

Semakan pada 14:40, 1 Oktober 2007


Selamat datang ke Wikipedia, Malekhanif-2!

Terima kasih kerana menyertai Wikipedia bahasa Melayu, kini terdapat seramai 334,457 pengguna berdaftar!
Selamat sejahtera. Selamat datang ke Wikipedia dan terima kasih atas sumbangan anda! Saya Cassiopeta7, salah seorang penyunting di sini dan saya berharap anda sudi untuk membantu laman ini.
Beberapa panduan yang mungkin berguna untuk anda:
  Pengenalan kepada Wikipedia
  Lima tonggak Wikipedia
  Tutorial suntingan
  Bagaimana menyunting halaman
  Manual gaya penulisan
  Asas-asas Kod Wiki
  Bagaimana mencipta artikel
  Laman bantuan
  Apa yang Wikipedia bukan
Sesetengah perkara yang digalakkan dan dilarang:
  Digalakkan berani dalam mengemaskini laman
  Digalakkan beranggapan niat baik
  Digalakkan mengamalkan prinsip kesopanan
  Digalakkan mengamalkan pandangan berkecuali
  Jangan melaku musnah
  Jangan sampai disekat
Jika anda memerlukan bantuan, anda boleh:
  Meja bantuan
atau:
  Bertanya soalan kepada penyelia
Terdapat beberapa cara untuk menyumbang kepada Wikipedia. Antaranya seperti:
  Menjadi seorang WikiPari dan WikiSihir
  Membantu menyumbang pada artikel
           
  Melaksanakan tugas-tugas penyelenggaraan
  Membantu mencipta templat baru
  Membantu dalam projek yang tersedia di WikiProjek

Sentiasa ingat untuk menandatangani pesanan anda pada laman perbincangan dengan meletakkan ~~~~ (empat kali tanda gelombang) atau klik butang Tandatangan dan cap waktu pada laman penyuntingan.
Semoga anda menikmati kunjungan di Wikipedia bahasa Melayu. Selamat menyumbang!

Do not understand Malay? Visit our embassy now.
Ikhlas daripada saya, Cassiopeta7
Hayabusa future (perbualan) 09:06, 7 Ogos 2005 (UTC)[balas]

Assalamualaikum Malekhanif,
Anda boleh meletakkan empat menarik kepada laman lain. Ini memudahkan merujuk kepada tempat tersebut dari rencana lain di masa akan datang.Yosri 18:02, 19 Ogos 2005 (UTC)[balas]

Salam Merdeka saudara Malekhanif, Gambaran dari Google adalah hakcipta. Mungkin adalah lebih elok jika saudara cuma letakkan pautan sahaja. Ini kerana imej hakcipta tidak sepatutnya diletakkan di Wikipedia, kerana takut nanti disaman.Yosri 01:25, 31 Ogos 2005 (UTC)[balas]

Anda mungkin ingin melihat di bawah perlancongan setiap negara, yang sudah ada daftar gunung.Yosri 10:17, 1 September 2005 (UTC)[balas]

Apabila menulis, sila bezakan komunis dengan orang awam. Wikipedia merupakan ensiklopedia umum yang merangkumi bidang yang lebih luas berbanding corak pemikiran biasa. Sila elakkan sebarang sentiment perkauman.Yosri 15:31, 15 September 2005 (UTC)[balas]

Penyelia

Salam saudara Malekhanif, Saya dapati saudara agak aktif di Wikipedia Melayu ini. Adakah saudara berminat untuk menjadi pengendali Wikipedia. Tinggalkan pesan dilaman perbualan saya.Yosri 10:07, 6 Oktober 2005 (UTC)[balas]


Saudara sekerang adalah pentakbir. (User "Malekhanif " is now a sysop)Yosri 00:37, 7 Oktober 2005 (UTC)[balas]

Tahniah. Aurora 02:18, 7 Oktober 2005 (UTC)[balas]

Anda mungkin mahu membaca laman-laman berikut:

Aurora 00:59, 12 Oktober 2005 (UTC)[balas]

Selamat Berpuasa

Maaf, saya agak sibuk kebelakangan ini. Maka, aktiviti di Wiki terpaksa dihadkan tetapi insyaAllah akan kembali. Selamat berpuasa & hari raya. Azraai1511

Negeri

Benar, kerana itulah saya cuma membuang nama negeri di alamat, dan saya biarkan nama negeri di dalam perenggan pengenalan di atas, ataupun saya tambahkan ke dalam kategori negeri yang berkenaan. Pada pendapat saya, pengulangan nama negeri yang terlalu banyak akan memeningkan pembaca, sedangkan rencana tersebut adalah berkenaan bandar/daerah, bukan negeri. Dan satu lagi cadangan saya adalah berkenaan senarai kolej yang anda buat, mengapa ada kolej yang berulang-ulang? Cawangankah? Mungkin boleh nyatakan cuma sekali sahaja (di kampus induk), kolej cawangan boleh disebut di laman kolej tersebut. Aurora 02:02, 15 Oktober 2005 (UTC)[balas]

Senarai syarikat/perusahaan/hotel dll

Saudara Malekhanif,

Saya pernah ingin bertanyakan hal ini, tetapi terlupa pula. Apakah tujuan anda membubuh begitu banyak senarai nama syarikat/perusahaan/hotel/bank/sekolah dan lain-lain di laman bandar-bandar di ensiklopedia ini. Seolah-olah menjadikan ensiklopedia ini menjadi Yellow Pages. Lagipun, syarikat-syarikat ini datang dan pergi, sekejap saja akan menjadi lapuk. Saya pernah menegur seorang pengguna kerana mengiklankan hotel, jadi supaya konsisten, saya harap anda tidak kisah jika saya atau pengguna-pengguna lain menyunting/memadam senarai-senarai tersebut.

Saya harap anda tidak terasa dengan cadangan saya. Saya cuma berhasrat memudahkan pembaca dan pengguna ensiklopedia ini. Aurora 02:58, 14 November 2005 (UTC)[balas]

Terima kasih atas penjelasan anda. Pada pendapat saya tidak salah menyatakan apa kemudahan infrastruktur yang ada di bandar itu, hospital, tempat sembahyang dan yang sepertinya. Tapi bila ditambahkan dengan senarai hotel, kedai serta kilang menjadikannya seperti iklan dan kurang relevan, tambahan pula bila ditambah alamat penuh. Syarikat-syarikat tersebut membayar untuk dimasukkan ke dalam YellowPages, sedangkan kita memberikan publisiti percuma. Aurora 00:49, 15 November 2005 (UTC)[balas]
Seperti yang PM Poon katakan, perincian siapakah pemilik kedai dan alamat mereka tidak digalakkan di Wikipedia. Sebagai ensiklopedia, kita nak bagi tahu bahawa di sesuatu tempat ada kilang baja, kilang kain dll, tapi bukanlah namanya ensiklopedia jika diberikan senarai penuh alamat mereka. Lagipun, siapa tahu kedai itu wujud lagi ke tidak. Lainlah jika di situ ada hotel yang termahal di Malaysia. Apa-apa pun, masih banyak lagi rencana yang saya tak buang. Baguslah anda akan menapisnya, saya juga akan cuba tukarkan daripada senarai kepada maklumat sekadar termampu. ...Aurora... 02:40, 27 April 2006 (UTC)[balas]

Rencana Taib Andak

Hai Malekhanif, sewaktu saya memasukkan kategori ke dalam rencana Taib Andak yang anda menulis, saya mendapati ayat ini:

Tan Sri Taib bin Hj. Andak pernah menjadi pengerusi MARA dari 08.06.1967 - 31.08.1967.

Saya berasa amat hairan bahawa beliau cuma bertugas selama tiga bulan saje sebagai pengerusi MARA. Saya tidak pasti adakah itu merupakan kesilapan menaip atau kenyataan itu betul, sebab saya memang tidak pernah baca tentang tokoh ini. — PM Poon 12:51, 25 April 2006 (UTC)[balas]


Hai Malekhanif, adakah pesanan yang saya baru menerima mengenai rencana Taib Andak daripada anda? Jika ya, boleh tak anda menandatangani pesanan anda dengan penggunaan ~~~~ supaya saya dapat tahu siapa pengirimnya?

Sebenarnya, sebuah rencana biografi harus menumpukan kepada pencapaian seseorang. Jika seseorang hanya bertugas selama tiga bulan, itu bukan pencapaian. Kemungkinan, beliau kena dipecat, hehehe. Kan tempoh percubaan biasanya enam bulan untuk jawatan kanan? Rencana Taib Andak memang akan mengelirukan pembaca kerana pembaca akan menganggap terdapatnya kesilapan menaip tahun — kecuali alasan untuk tempoh yang terlalu singkat itu diterangkan.

"Taib Andak sezaman dengan Tun Razak bukan sezaman dengan TARahman"? Kan sama je? Sila baca petikan yang berikut daripada rencana Tunku Abdul Rahman:

Tunku menyambung semula pendidikannya di Inner Temple pada tahun 1947. Sewaktu tempoh itu, Tunku bertemu dengan Abdul Razak Hussein. Beliau dipilih sebagai presiden untuk Persatuan Pelajar Melayu Britain, dan Abdul Razak, yang berumur 26 ketika itu, dipilih sebagai setiausaha.

Sememangnya Tunku mencuba tiga kali sebelum memperoleh ijazah undang-undangnya. Teruknyeeeeeee, hehehe. Tetapi asalkan pada mana-mana satu kali, beliau merupakan rakan sedarjah dengan Tun Razak, beliau boleh dianggap sebagai "sezaman dengan Tun Razak". Oleh itu, kenyataan bahawa Taib Andak sezaman dengan TARahman adalah sama dengan kenyataan bahawa Taib Andak sezaman dengan Tun Razak. Formulanya adalah seperti berikut:

Taib Andak = Tun Razak = Tunku Abdul RahmanPM Poon 16:18, 26 April 2006 (UTC)[balas]

Oophhhs, nanti silap anggap bahawa saya setaraf dengan mereka, khususnya kerana PM Poon seakan-akan Perdana Menteri Poon, hehehe.

Pembetulan: Taib Andak = Tun Razak = Tunku Abdul Rahman

ensiklopedia atau berita?

Kenapa banyak tulisan saudara berbentuk berita?

Dilema Melayu

Bolehkah anda memberikan pautan yang menyokong ayat dalam Dilema Melayu yang mendakwa bahawa Tunku mengharamkannya tanpa membacanya? Tunku adalah golongan terpelajar (peguam) pendidikan England, pastinya mampu membaca Inggeris dengan baik. Agak kurang logik mendakwa ia tidak membacanya, kecuali ia diakui sendiri oleh Tunku. Yosri 07:50, 20 Ogos 2006 (UTC)[balas]


Birokrat

Sila pergi ke halaman Wikipedia:Penyelia untuk melakukan pengundian birokrat juga penamaan calon di kalangan penyelia. Pemilihan ini akan berakhir 31 Januari 2007 untuk proses penapisan. -Didie 08:17, 13 Januari 2007 (UTC)[balas]

Gelang token

Saya tak tahu arus semasa bahasa komputer. Saya cuma ikut kamus. ...Aurora... 13:49, 6 April 2007 (UTC)[balas]

Natrah vs Bertha

Assalamualaikum, abang Malek! Terima kasih kerana mengambil perhatian terhadap rencana itu, saya amat gembira! Saya memang boleh faham bahawa Orang Melayu suka panggil dia "Natrah", kerana itulah nama Islamnya. Namun Wikipedia, tak kira apa jua bahasa pun, mestilah ada pandangan yg neutral (neutral point of view). Jadi penamaan orang itu mestilah ikut keadaan. Adalah dikatakan bahawa Natrah semasa di Belanda tukar agama jadi Kristian (atau Katholik?), dan pulihkan nama asalnya, jadi apa-apa peristiwa selepas itu haruslah merujuknya sebagai "Bertha" yg digunakannya selepas itu. Nama "Natrah" hanyalah boleh digunakan semasa dia seorang Muslim. Dan apa nama yg dia gunakan tak berapa berkaitan dgn "Rusuhan Natrah". Rusuhan itu dipanggil "Rusuhan Natrah" kerana semasa itu dia bernama Natrah. Namun dlm Bahasa Inggeris, rusuhan itu dipanggil "Maria Hertogh Riots", sebab Orang Barat sukakan nama asalnya. --Edmundkh 04:54, 5 Jun 2007 (UTC)[balas]

Hari Natal = Krismas?

Bukankah Hari Natal adalah Krismas? — Master2841 18:12, 6 Jun 2007 (UTC)[balas]

Isu Remeh

Kita kekalkan isu remeh di blog. Di sini sebagai ensiklopedia, isu remeh perlu dilabelkan sedemikian agar pembaca tidak keliru antara fakta dengan pendapat. Yosri 03:56, 8 Jun 2007 (UTC)[balas]

Saudara Malikhanief, terima kasih atas artikel saudara di Al Arqam, tapi bisakah saudara menyatakan sumber rujukan saudara di artikel itu dengan menggunakan parameter <ref>? Ini kerana artikel untuk bersangkut paut dengan kepercayaan dan aqidah dan ditakuti terjatuh fitnah. Sekian, terima kasih. Pejuang bahasa 17:00, 11 Jun 2007 (UTC)[balas]

Banjir Kilat

Salam saudara Malekhanief.. berkenaan dengan artikel banjir ini...rujukannya tak jelas..boleh perincikan rujukan artikel berkenaan...che 04:37, 12 Jun 2007 (UTC)[balas]

Maklumat dari Yellowpages

Saya tidak benci maklumat Yellowpages, cuma sebagai ensiklopedia, ada maklumat Yellowpages yang tidak sesuai.

  • Elakkan alamat/no. telefon. Bukan format ensiklopedia.
  • Elakkan senarai syarikat/kedai2 kecil. Ia sentiasa berubah.
  • Elakkan pengiklanan.

Harap ini membantu. ...Aurora... 13:19, 2 Julai 2007 (UTC)[balas]

Tentang menara berkembar Petronas

Assalamualaikum, Sheikh Malekhanif. Ayah saya kata, Menara Berkembar Petronas mengalami kecondongan. Saya dengar ni pun saya dah mula risau kerana setahu saya, Menara Berkembar ini takde apa2 masalah. Saya rasa memang ramai yang tak tau perkara ini dan saya harap agar bangunan ini tak jatuh kerana ia boleh menimbulkan malapetaka yang amat besar. — Imran Al-Sahih 09:36, 1 Ogos 2007 (UTC)[balas]

Sumber maklumat

Subjek Geografi dan Sejarah peringkat PMR di Malaysia akan digabungkan menjadi subjek Sains Kemasyarakat mulai 2010. Kementerian Pelajaran Malaysia dijangka akan mengumumkan perkara ini tidak lama lagi.

Di manakah anda mendapat sumber perkara tersebut? Setahu saya belum ada apa-apa berita yang menyatakan tentang perkara tersebut di surat khabar. ...MSWiki 08:01, 11 Ogos 2007 (UTC)...[balas]

  • Kalangan guru-guru telah dikhabarkan 'angin lalu' ini. Boleh jadi benar. Ada logik penggabungan tersebut. Ramai guru Geografi mengadu tentang nasib subjek ini kerana di peringkat SPM , hampir tiada pelajar yang mahu mengambilnya. Jika ada yang mengambilnya , hanyalah pelajar corot dan pastinya corot juga kualiti. Andaian .... tunggulah perkembangan tidak lama lagi.Malekhanif 12:52, 11 Ogos 2007 (UTC)[balas]

Tahukah anda, negara di bawah tapak kaki kita di Malaysia ialah Ecuador. Jika sebuah perigi dibina secara tepat dan batu dilontar ke dalam perigi tersebut, batu tersebut akan sampai ke negara Ecuador.

Adakah benar pernyataan tersebut, saudara Malekhanif. Setahu saya, di bawah tanah ada lapisan2 bumi seperti mantel, teras dalam, dan teras luar. Mana ada lapisan kerak bumi di bawah tanah pulak.. Tolong jelaskan betul2. Saya ini suka betul dengan pengetahuan ini. Boleh saya tahu juga di mana sumber pengetahuan ini anda dapat ye? Hmmmm... — Didie 07:00, 20 Ogos 2007 (UTC)[balas]

Tak sangka sungguh. Walau bagaimanapun, saya masih tak faham2 dengan fakta pernyataan ini. Macam manalah ni. Kalau Ecuador berkedudukan di bawah Malaysia sekali pun, takkan hanya membina perigi secara tepat dan batu yang dibaling dari Malaysia boleh sampai ke Ecuador. Ini tidak mungkin terjadi kerana lapisan bumi berkilometer jauhnya. Entahlah...(tertanya-tanya). — Didie 03:46, 21 Ogos 2007 (UTC)[balas]

Krisis tebusan korea

ok...che 07:20, 1 September 2007 (UTC)[balas]

Anda dijemput menyertai perbincangan tentang pesanan sistem itu. Terima kasih dan Selamat Berpuasa. --Edmund The King of The Woods! 09:13, 15 September 2007 (UTC)[balas]

Templat

Saya sedang mengusahakannya. Bagaimana anda katakan "Athlete's oath" dalam BM? "Sumpah atlet"? -Yk Yk Yk 16:44, 15 September 2007 (UTC)[balas]

Terima kasih.. "Ikrar" perkataan yang lebih tepat. Templat itu saya sudah ubahsuai. -Yk Yk Yk 17:01, 15 September 2007 (UTC)[balas]

Sebenarnya templat bendera itu tak jadi di semua rencana. Saya pun tak tau kenapa... -Yk Yk Yk 10:23, 16 September 2007 (UTC)[balas]

Sibuk

Baru abis belajar (graduate).skrg sibuk kerja pula. Sebab itu sangat sibuk Cassiopeta7 14:37, 1 Oktober 2007 (UTC).[balas]

bagaimana caranya jika saya ingin menukar nama cassiopeta kepada nama lain? Cassiopeta7 14:40, 1 Oktober 2007 (UTC)[balas]