Astro: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Didie (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Cassiopeta7 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 30: Baris 30:
Mulai 15 Jun 2007, Astro menambah lagi 2 saluran baru iaitu [[Crime & Investigation Network]] di saluran 79 dan [[The History Channel]] di saluran 54.
Mulai 15 Jun 2007, Astro menambah lagi 2 saluran baru iaitu [[Crime & Investigation Network]] di saluran 79 dan [[The History Channel]] di saluran 54.


Dua saluran baru di Astro adalah [[Astro Awani]] bermula 6 September dan [[Astro Oasis]] bermula Aidilfitri.
Saluran baru di Astro adalah [[Astro Awani]] bermula 6 September dan [[Astro Oasis]] bermula Aidilfitri selain [[KBS World]], [[Makkal TV]], [[Raj Network]], [[Chutti TV]], [[Jaya TV]], [[Asian Food Channel]], [[Astro Xai Tai Yang]] dan Hua Hee Dai.


Astro dalam rancangannya akan menambah lebih 50 saluran lagi pada 2007 menggunakan kapasiti daripada satelit MEASAT-3. Untuk itu, Astro menukar angka saluran kepada tiga digit mulai [[1 Oktober]] [[2007]] supaya saluran-saluran baru mudah disenaraikan.
Astro dalam rancangannya akan menambah lebih 50 saluran lagi pada 2007 menggunakan kapasiti daripada satelit MEASAT-3. Untuk itu, Astro menukar angka saluran kepada tiga digit mulai [[1 Oktober]] [[2007]] supaya saluran-saluran baru mudah disenaraikan.

Semakan pada 14:45, 1 Oktober 2007

Astro
JenisTelevisyen Satelit Swasta
Negara
KetersediaanKebangsaan
MotoMaking your life richer (2003-kini)
The future is Direct-To-U (1996-2003)
Orang penting
Dato' Badri Masri
Dato' Mohamed Khadar Merican
Ralph Marshall
Tan Poh Ching
Bernard Anthony Cragg
Chin Kwai Yoong
Laman sesawang
www.astro.com.my
Logo Astro lama

Astro merupakan penyedia perkhidmatan televisyen satelit berbayar pertama di Malaysia di bawah MEASAT Broadcast Network Systems Sdn. Bhd., sebuah konsortium syarikat kerajaan dan perdagangan. Sehingga Mei 2007, pelanggan Astro berjumlah 2.02 juta pelanggan (36.5% isi rumah di Malaysia), dengan 990,000 darinya adalah pelanggan Melayu.

Astro memulakan siarannya pada 1996 dengan permulaan hanya menawarkan 22 saluran pelbagai dan juga 8 saluran radio.

Saluran Astro

Selain saluran televisyen percuma, Astro menawarkan 75 saluran program hiburan, maklumat dan pendidikan yang dipancarkan melalui satelit selain 4 saluran Pay-Per-View(PPV). Astro juga menawarkan 17 saluran stesen radio.

Mulai 31 Ogos 2006, Astro menambah 7 saluran baru dengan memperkenalkan 3 saluran jenama Astro iaitu Astro Aruna, Astro Kirana dan Astro Ceria. 4 saluran baru yang lain ialah CCTV4, WaTV, Animax dan Zee TV. Saluran ini ditawarkan secara percuma sehingga 28 Februari 2007. Selain itu, mulai 28 Disember, 2006, Astro telah menawarkan 4 lagi saluran baru iaitu Al-Jazeera English, ETTV Asia, BBC Entertainment dan saluran terestrial ke-enam Malaysia TV9.

Mulai 15 April 2007, siaran berita Bernama TV mulai bersiaran dari Wisma Bernama di 4 saluran di Astro iaitu di Astro Prima (berita bahasa Inggeris, 7.30 malam), Astro Vaanavil (berita bahasa Tamil, 8 malam), Astro Ria (berita bahasa Melayu, 8.30 malam) dan di Astro AEC (berita bahasa Mandarin, pukul 10.30 malam)

Mulai 1 Mei 2007, Astro menambah 9 saluran baru ke dalam "line-up" nya . Sembilan saluran tersebut ialah Discovery Science, Discovery Real Time, Discovery Home & Health, Astro Vellithirai, Sun Music, E! Entertainment, Jia Yu Channel, Eurosport serta The Golf Channel.

Mulai 15 Jun 2007, Astro menambah lagi 2 saluran baru iaitu Crime & Investigation Network di saluran 79 dan The History Channel di saluran 54.

Saluran baru di Astro adalah Astro Awani bermula 6 September dan Astro Oasis bermula Aidilfitri selain KBS World, Makkal TV, Raj Network, Chutti TV, Jaya TV, Asian Food Channel, Astro Xai Tai Yang dan Hua Hee Dai.

Astro dalam rancangannya akan menambah lebih 50 saluran lagi pada 2007 menggunakan kapasiti daripada satelit MEASAT-3. Untuk itu, Astro menukar angka saluran kepada tiga digit mulai 1 Oktober 2007 supaya saluran-saluran baru mudah disenaraikan.

Astro MAX

Astro MAX merupakan dekoder baru yang mampu merakam sesuatu rancangan di Astro selama 60 jam dengan kapasiti rakaman sehingga 80GB. Penonton boleh merakam sesuatu rancangan sambil menonton rancangan kegemaran di saluran lain dan boleh menonton kembali rakaman yang telah dibuat sebelum ini.

Harga Langganan

Mulai Jun 2007, Astro akan memperkenalkan harga langganan baru kepada pelanggannya dengan pertambahan yuran langganan sebanyak RM5 ke RM15 mengikut pakej. Astro juga akan menawarkan pakej minimum (hanya menawarkan pakej keluarga Astro) serendah RM37.95 berbanding sekarang RM49.95 (pakej keluarga Astro dengan tambahan 3 pakej mini). Sebelum ini pada Mei 2004 Astro pernah menaikkan harga sebanyak RM5 kepada pelanggannya.


Saluran yang ditawarkan dalam perkhidmatan Astro

Lihat juga

Pautan luar