Saka (siri TV): Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 23: Baris 23:
*[[Nasir Bilal Khan]]
*[[Nasir Bilal Khan]]
*[[Erry Putra]]
*[[Erry Putra]]
*Azwan Ali (Saka Hantu Raya)
*[[Azwan Ali]] (Saka Hantu Raya)
*Azmin Ali
*Azmin Ali
*Ummi Hafilda Ali
*Ummi Hafilda Ali

Semakan pada 06:58, 23 Julai 2015

Saka
PengarahIsmail Yaacob
Dibintangi oleh
Dato’ Rahim Razali
Zizan Nin
Juliana Ibrahim
Negara asal Malaysia
Bilangan episod26
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal24 Januari 2008 – 17 Julai 2008

Saka ialah sebuah siri televisyen seram Malaysia yang disiarkan di slot Seram (Khamis, 9.30 malam) TV3, dibintangi oleh Azwan Ali, Azmin Ali, Ummi Hafilda Ali , Dato’ Rahim Razali, Zizan Nin dan Juliana Ibrahim.

Sinopsis

Saka merupakan satu kisah bagaimana sebuah kumpulan yang berusaha dalam merongkai masalah-masalah mistik yang wujud di kalangan masyarakat. Setiap episod akan memaparkan satu misteri berdasarkan kisah benar yang berlaku, contohnya bagaimana sekumpulan pengikut ajaran sesat menyembah busut semata-mata untuk mendapatkan nombor ekor, dan kumpulan ini akan berusaha untuk menghapuskan amalan-amalan khurafat seperti ini.

Isma memiliki suatu keupayaan istimewa yang digunakannya sejak kecil lagi, iaitu kuasa yang menjadikannya seorang yang bersikap ingin tahu tetapi selalu kemuraman. Hidup Isma berubah setelah dia berjumpa dengan Pak Din yang mengajarnya cara mengawal kuasa luar biasanya itu agar dapat membantu Pak Din dan anak-anak buahnya Daniel dan Zack dalam tugas-tugasan menyiasat alam ghaib.

Pelakon

Penerbitan

Penggambaran siri TV Saka dijalankan di sekitar negeri Selangor dan Palembang, Indonesia, mulai akhir Disember 2007[1] hingga siap pada awal tahun 2008, ketika episod-episod terawalnya sempat disiarkan di TV. Menurut pengarahnya, Ismail Yaacob, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk membentuk pemikiran penonton dalam melihat dan menonton karya-karya berdasarkan kisah misteri dan mistik samada di layar perak atau di televisyen. Ujarnya, "Saya tidak mahu memaparkan karya yang membuatkan orang lebih takutkan hantu dari takutkan tuhan."[2]

Rujukan

  1. ^ Drama SAKA Lakonan Juliana Ibrahim Nasir Bilal Khan di TV3, Sensasi Selebriti, 18 Januari 2008.
  2. ^ Pengarah Drama SAKA: Minda Penonton Perlu Diubah, Sensasi Selebriti, 23 Januari 2008.

Pautan luar

TV3: Seram, Khamis, 9 malam
Sebelumnya Saka Berikutnya
Anak Pontianak Kekasihku Seru