Kudat: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Adamc92 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Adamc92 (bincang | sumb.)
Baris 29: Baris 29:


==== Laut ====
==== Laut ====
Pada bulan Februari 2015, Menteri Tugas-tugas Khas dalam Jabatan Ketua Menteri Sabah, Teo Chee Kang, telah mengumumkan bahawa perkhidmatan feri jenis [[kapal RO-RO|RO-RO]] akan bakal disediakan bagi menghubungkan Kudat dengan bandar Brooke's Point di wilayah [[Palawan]], [[Filipina]].<ref>http://www.theborneopost.com/2015/02/05/kudat-palawan-ferry-service-soon/</ref> Bagi membolehkan penumpang keluar dan masuk kawasan Malaysia menggunakan feri tersebut, sebuah Pusat Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) telahpun disiapkan. Infrastruktur lain yang berkaitan dengan perkihdmatan feri tersebut sedang dibina.
Pada bulan Februari 2015, Menteri Tugas-tugas Khas dalam Jabatan Ketua Menteri Sabah, Teo Chee Kang, telah mengumumkan bahawa perkhidmatan feri jenis [[kapal RO-RO|RO-RO]] bakal disediakan bagi menghubungkan Kudat dengan bandar Brooke's Point di wilayah [[Palawan]], [[Filipina]].<ref>http://www.theborneopost.com/2015/02/05/kudat-palawan-ferry-service-soon/</ref> Bagi membolehkan penumpang keluar dan masuk kawasan Malaysia menggunakan feri tersebut, sebuah Pusat Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) telahpun disiapkan. Infrastruktur lain yang berkaitan dengan perkihdmatan feri tersebut sedang dibina.


=== Orang terkenal ===
=== Orang terkenal ===

Semakan pada 04:16, 12 Ogos 2015

Lokasi bandar dan daerah Kudat
Kudat

Kudat ialah sebuah bandar di negeri Sabah, Malaysia. Bandar Kudat terletak kira-kira 190km dari ibu negeri Sabah, Kota Kinabalu di bahagian utara negeri Sabah berhampiran dengan Tanjung Simpang Mengayau yang merupakan bahagian paling utara pulau Borneo.

Sebagai bandar terbesar di kawasan yang didiami etnik Rungus, Kudat merupakan pusat kebudayaan utama untuk kumpulan etnik tersebut. Selain itu, Kudat juga terkenal sebagai kawasan pertama di negeri Sabah yang diduduki orang Cina Malaysia, terutamanya daripada suku Hakka.

Etimologi

Sebelum kedatangan penjajah British, kawasan Kudat diberi nama 'Tomborungan' oleh masyarakat Rungus setempat. Nama tersebut diberi sempena Sungai Tomborungus yang tidak lagi mengalir pada zaman moden. Mengikut cerita orang tempatan, tatkala penjajah British bertanya tentang nama tempat tersebut, penduduk tempatan salah faham dan menganggap bahawa pihak British ingin tahu nama sejenis rumput lalang yang banyak didapati di kawasan tersebut. Rumput tersebut dikenali sebagai kutad dalam bahasa Rungus. Lama-kelamaan, perkataan ini telah menggantikan nama 'Tomborungan' sebagai nama tempat tersebut dan sebutannya berubah kepada 'Kudat'.[1]

Demografi

Pada tahun 2010, bilangan penduduk di Kudat dianggarkan berjumlah 83,140.[2] Komposisi etnik yang terbesar ialah kaum Rungus yang merupakan salah satu sub-etnik masyarakat Kadazan-Dusun. Kaum Cina membentuk kira-kira 10% daripada jumlah penduduk Kudat dan kebanyakan daripada mereka berketurunan suku Hakka. Selain itu, terdapat juga masyarakat minoriti yang terdiri daripada orang Bajau, Kadazandusun, Murut, Suluk, dan Melayu. Kawasan Kudat turut dihuni oleh pendatang asing dari Filipina, terutamanya dari kawasan Sulu dan Mindanao. Kebanyakan daripada pendatang Filipina ini merupakan pendatang tanpa izin.

Sejarah

Bandar ini ditubuhkan oleh A H Everett daripada British North Borneo Company (Syarikat British Borneo Utara) pada 7 Disember 1881 dan menjadi ibu negeri pertama British Borneo Utara, hal ini disebabkan lokasi geografi yang strategik. Sebelum kedatangan British Ke Kudat, dan sebelum Kudat mendapat namanya kawasan bandar Kudat ditadbir oleh Maharaja Panglima Untung atau nama sebenarnya Hj Abdul Rahim ( beliau merupakan seorang yang berketurunan Suluk-Bannaran/sungai dan beliau merupakan bapa kepada ibu Tun Datu Mustapha Bin Datu Harun.Hj Abdul Rahim memerintah Teluk Marudu selepas era Shariff Usman. Beliau Pemerintah Bebas yang diikhtiraf oleh Kesultanan Sulu dan British. Haji Abdul Rahim bersepupu dan merupakan salah seorang guru ilmu kebatinan kepada Datu Paduka Mat Salleh atau dikenali juga sebagai Haji Abdul Salam ) yang telah diberikan kekuasaan oleh Sultan Sulu untuk mentadbir wilayah utara Kudat (termasuk Talaga dan Pitas ) berpusat di Limau-limauan ( Kudat ).

Pada awalnya, Kudat bukanlah lokasi popular untuk pelawat-pelawat asing. Bagaimanapun beberapa resort moden dan padang golf yang telah dibina terutamanya semasa Datuk Chong Kah Kiat menjadi Ketua Menteri Sabah berjaya menjadikan tempat ini sebagai destinasi baru pelancong dalam dan luar negeri. Tarikan setempat termasuklah rumah panjang Rungus di Bavanggazo, di mana di tempat ini juga gong tradisional dibuat daripada loyang, dan madu lebah dihasilkan serta Tanjung Simpang Mengayau, titik paling utara di pulau Borneo.

Pengangkutan

Darat

Kudat merupakan bandar yang paling utara di sepanjang Lebuhraya Pan Borneo. Lebuhraya tersebut menghubungkan Kudat dengan Kota Kinabalu dan bandar-bandar lain di pantai barat negeri Sabah hingga ke sempadan negeri Sarawak. Antara bandar-bandar tersebut termasuklah Kota Belud, Tuaran, Papar, Beaufort, dan Sipitang. Perjalanan kereta dari Kudat ke Kota Kinabalu mengambil masa lebih kurang tiga jam.

Udara

Lapangan Terbang Kudat terletak ke utara bandar Kudat. Syarikat penerbangan MASwings menyediakan penerbangan dari Kudat ke Kota Kinabalu dan Sandakan. Penerbangan ke Kota Kinabalu mengambil masa 40 minit manakala penerbangan ke Sandakan pula mengambil masa 50 minit.

Laut

Pada bulan Februari 2015, Menteri Tugas-tugas Khas dalam Jabatan Ketua Menteri Sabah, Teo Chee Kang, telah mengumumkan bahawa perkhidmatan feri jenis RO-RO bakal disediakan bagi menghubungkan Kudat dengan bandar Brooke's Point di wilayah Palawan, Filipina.[3] Bagi membolehkan penumpang keluar dan masuk kawasan Malaysia menggunakan feri tersebut, sebuah Pusat Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) telahpun disiapkan. Infrastruktur lain yang berkaitan dengan perkihdmatan feri tersebut sedang dibina.

Orang terkenal

Pautan luar

  1. ^ Hutton, Wendy: "Sabah Colour Guide: Kudat", Natural History Publications (Borneo), 2003, ISBN 983-812-073-1, p.30.
  2. ^ "Total population by ethnic group, administrative district and state, Malaysia, 2010" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. 2010. Dicapai pada 3 May 2014.
  3. ^ http://www.theborneopost.com/2015/02/05/kudat-palawan-ferry-service-soon/