Kudat: Perbezaan antara semakan

Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
5,559 bait ditambah ,  7 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
[[Image:Kudat.jpg|right|thumbnail|Kudat]]
 
'''Kudat''' ialah sebuah bandar dan daerah di negeri [[Sabah]], [[Malaysia]]. Bandar Kudat terletak kira-kira 190km dari ibu negeri Sabah, [[Kota Kinabalu]] di bahagian utara negeri Sabah berhampiran dengan [[Tanjung Simpang Mengayau]] yang merupakan bahagian paling utara pulau [[Borneo]].
 
Sebagai bandar terbesar di kawasan yang didiami etnik [[Rungus]], Kudat merupakan pusat kebudayaan utama untuk kumpulan etnik tersebut. Selain itu, Kudat jugamerupakan terkenal sebagaiantara kawasan pertama di negeri Sabah yang diduduki oleh orang [[Orang Cina Malaysia|Cina Malaysia]], terutamanya daripada suku [[Hakka]].
 
=== Etimologi ===
Sebelum kedatangan penjajah British, kawasan Kudat diberi nama 'Tomborungan' oleh masyarakat Rungus setempat. Nama tersebut diberi sempena Sungai Tomborungus yang tidak lagi mengalir pada zaman moden. Mengikut cerita orang tempatan, tatkala penjajah British bertanya tentang nama tempat tersebut, penduduk tempatan salah faham dan menganggap bahawa pihak British ingin tahu nama sejenis rumput lalang yang banyak didapati di kawasan tersebut. Rumput tersebut dikenali sebagai ''kutad'' dalam bahasa Rungus. Lama-kelamaan, perkataan ini telah menggantikan nama 'Tomborungan' sebagai nama tempat tersebut dan sebutannya berubah kepada 'Kudat'.<ref>Hutton, Wendy: "Sabah Colour Guide: Kudat", Natural History Publications (Borneo), 2003, ISBN 983-812-073-1, p.30.</ref>
 
=== Sejarah ===
 
==== Pembukaan pekan Kudat ====
Penghuni asal kawasan Kudat ialah suku kaum Rungus. Mereka menetap dalam rumah panjang di kawasan pedalaman supaya selamat daripada serangan lanun yang kerap berlaku di persisiran pantai.
 
Pada akhir kurun ke-19, Franz Witti, seorang penjelajah yang bekerja dengan [[Syarikat Berpiagam Borneo Utara British]] (SBUB) telah menemui minyak di sebuah tempat yang terletak 26km dari lokasi bandar Kudat moden. Penemuan ini mungkin menjadi salah satu faktor yang mendorong pegawai-pegawai SBUB untuk membuka sebuah pekan di kawasan tersebut. Pekan Kudat telah dibuka dengan rasminya pada 7 Disember 1881. Sejurus selepas itu, pegawai-pegawai SBUB mula membuka tanah di situ dengan bantuan beberapa orang berketurunan Melayu Brunei bagi memastikan Kudat dapat diisytiharkan sebagai ibu negeri Borneo Utara British pada tahun berikutnya. Pihak SBUB turut menandatangani perjanjian damai dengan Temenggung Kurantud (pemimpin masyarakat Rungus Kudat) dan Datu Harun (pemimpin masyarakat Islam Kudat) untuk menjamin ketenteraman yang berterusan di ibu negeri baru itu.
 
Antara projek awal pihak British di Kudat ialah pembinaan kelab golf pertama di negeri Sabah, yakni Kelab Golf Kudat.
 
==== Kemasukan buruh Cina ====
Selepas pekan Kudat dibuka, fokus SBUB telah beralih kepada kegiatan ekonomi, terutamanya pertanian. SBUB kurang berminat melibatkan orang tempatan dalam kegiatan tersebut, sebaliknya membawa masuk buruh dari [[Republik Rakyat China|China]]. Hal ini demikian kerana pihak SBUB berpendapat bahawa "nilai produktif dan industri pendatang asing... jauh melebihi orang pribumi Borneo... [dan] tempoh yang lama diperlukan sebelum orang pribumi menjadi aset yang berharga kepada kerajaan negeri seperti pendatang asing". Pada tahun 1882, Gabenor Borneo Utara British, William Medhurst, telah meminta Walter Medhurst (yang baru sahaja menjadi Pesuruhjaya Imigresen di China) supaya menghantar buruh Cina ke Borneo Utara British. Medhurst mengumumkan bahawa orang Cina yang ingin bekerja di Borneo Utara British akan dihantar ke situ dengan percuma. Tawaran tersebut telah menggalakkan ramai orang Cina berhijrah ke Borneo Utara British. Kebanyakan daripada mereka menetap di Kudat dan Sandakan kerana bandar-bandar tersebut merupakan bandar terbesar di Borneo Utara British pada masa itu. Sewaktu Medhurst kembali ke [[United Kingdom]] pada tahun 1885, seramai 348 daripada 937 penduduk di Kudat merupakan orang Cina. Dalam kalangan 348 orang Cina tersebut, seramai 222 orang bekerja sebagai peniaga.
 
Kepentingan Kudat menurun secara mendadak selepas [[Sandakan]] dijadikan ibu negeri Borneo Utara British yang baru. Walaupun kedatangan pekerja Cina ke Kudat kekal berterusan sehingga ke tahun 1940an, namun kadar kemasukan pendatang baru menjadi semakin perlahan.
 
==== Perang Dunia Kedua ====
Semasa [[Perang Dunia Kedua]], tentera Jepun telah membina sebuah lapangan terbang di Kudat. Mereka tidak membinanya sendiri, sebaliknya mengerah penduduk tempatan untuk kerja pembinaan. Mereka juga membawa masuk pekerja kerahan dari [[Jawa]], [[Indonesia]]. Ramai pekerja kerahan, khasnya yang dibawa masuk dari Jawa, terkorban disebabkan kebuluran dan penyakit. Pada tahun 1945, [[Tentera Udara Amerika Syarikat]] mengebom lapangan terbang tersebut berkali-kali dengan menggunakan pesawat ''B-25 Bomber''. Lapangan Terbang Kudat yang wujud pada hari ini dibina di lokasi yang sama.
 
==== Selepas Perang Dunia Kedua ====
Selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua, Kudat tidak mengalami perkembangan yang pesat kerana kegiatan ekonomi, kebudayaan dan politik bertumpu di Kota Kinabalu (yang pada masa itu dikenali sebagai Jesselton) dan Sandakan. Tambahan pula, sesiapa yang ingin ke Kudat terpaksa menaiki kapal laut sehinggalah jalan Kota Kinabalu-Kudat dibina pada tahun 1960an. Penduduk tempatan kebanyakannya terlibat dalam penanaman pokok kelapa dan mengutip hasil laut. Industri pelancongan di Kudat tidak diberi tumpuan sehingga tahun 1990an, apabila pelancong mula melawat Kudat untuk mendalami budaya dan adat tradisi kaum Rungus.
 
Pada tahun 2000an, beberapa projek pembangunan telah dilaksanakan untuk mempertingkat taraf infrastruktur di Kudat. Hasilnya, Kudat mendapat beberapa hotel baru, sebuah kompleks sukan, Esplanad Sidek, dan sebatang jalan baru yang menghubungkan bandar Kudat dengan [[Lebuhraya Pan Borneo]]. Selain itu, padang golf di Kelab Golf Kudat telah diperbesar kepada 18 lubang.
 
=== Demografi ===
Pada tahun 2010, bilangan penduduk di Kudat dianggarkan berjumlah 83,140.<ref>{{cite web|url=http://www.statistics.gov.my/portal/download_Population/files/population/05Jadual_Mukim_negeri/Mukim_Sabah.pdf|title=Total population by ethnic group, administrative district and state, Malaysia, 2010|publisher=Department of Statistics, Malaysia|year=2010|accessdate=3 May 2014|format=[[PDF]]}}</ref> Komposisi etnik yang terbesar ialah kaum Rungus yang merupakan salah satu sub-etnik masyarakat [[Kadazan-Dusun]]. Kaum Cina membentuk kira-kira 10% daripada jumlah penduduk Kudat dan kebanyakan daripada mereka berketurunan suku Hakka. Selain itu, terdapat juga masyarakat minoriti yang terdiri daripada orang [[Bajau]], Kadazandusun, [[Murut]], [[Suluk]], dan [[orang Melayu|Melayu]]. Kawasan Kudat turut dihuni oleh pendatang asing dari [[Filipina]], terutamanya dari kawasan [[Sulu]] dan [[Mindanao]]. Kebanyakan daripada pendatang Filipina ini merupakan [[pendatang tanpa izin]].
 
=== SejarahBudaya ===
 
Bandar ini ditubuhkan oleh A H Everett daripada ''British North Borneo Company'' (Syarikat British Borneo Utara) pada 7 Disember 1881 dan menjadi ibu negeri pertama British Borneo Utara, hal ini disebabkan lokasi geografi yang strategik. Sebelum kedatangan British Ke Kudat, dan sebelum Kudat mendapat namanya kawasan bandar Kudat ditadbir oleh Maharaja Panglima Untung atau nama sebenarnya Hj Abdul Rahim ( beliau merupakan seorang yang berketurunan Suluk-Bannaran/sungai dan beliau merupakan bapa kepada ibu Tun Datu Mustapha Bin Datu Harun.Hj Abdul Rahim memerintah Teluk Marudu selepas era Shariff Usman. Beliau Pemerintah Bebas yang diikhtiraf oleh Kesultanan Sulu dan British. Haji Abdul Rahim bersepupu dan merupakan salah seorang guru ilmu kebatinan kepada Datu Paduka Mat Salleh atau dikenali juga sebagai Haji Abdul Salam ) yang telah diberikan kekuasaan oleh Sultan Sulu untuk mentadbir wilayah utara Kudat (termasuk Talaga dan Pitas ) berpusat di Limau-limauan ( Kudat ).
==== Masyarakat Cina Hakka ====
 
===== Sejarah =====
Masyarakat [[Hakka]] di Kudat merupakan antara masyarakat Cina yang tertua di negeri Sabah. Penglibatan orang Hakka di Kudat bermula pada tahun 1880an apabila Walter Medhurst menawarkan perjalanan percuma kepada orang Cina yang ingin bekerja di Borneo Utara British.
 
Inisiatif ini mendapat sokongan hebat daripada Persatuan Mubaligh Kristian Basel di China. Salah satu ahli persatuan tersebut, iaitu Rudolph Lechler, digelar sebagai 'bapa penghijrahan orang Kristian di China'. Beliau menggalakkan orang Kristian berketurunan suku Hakka di wilayah [[Guangdong]] untuk menerima tawaran Walter Medhurst. Kumpulan pendatang Cina yang pertama tiba di Kudat pada tahun 1883 dan membuka petempatan Lau San ([[Bahasa Cina]]: 老山; [[Pinyin]]: Lǎo Shān; maksud: 'Gunung Lama'). Pada tahun 1889, satu lagi kumpulan pendatang Cina telah tiba dan membuka petempatan Sin San (Bahasa Cina: 新山; Pinyin: Xīn Shān; maksud: 'Gunung Baru'). Pendatang-pendatang selanjutnya telah membuka petempatan yang lebih jauh dari pekan Kudat. Petempatan-petempatan tersebut termasuklah Pinangsoo ([[Tulisan Cina Tradisional]]: 槟榔樹; [[Bahasa Hakka]]: 'Bin long soo'; Pinyin: Bīnláng shù; maksud: '[[pokok pinang]]'), Tamalang, dan Sikuati (Bahasa Cina:: 西瓜地; Pinyin: Xīguā dì). Meskinpun kebanyakan daripada pendatang Cina tersebut berketurunan suku Hakka, ada juga di antara mereka yang berketurunan suku [[Hokkien]], [[Kantonis]], dan [[bahasa Hainan|Hainan]].
 
==== Zaman moden ====
Pada awalnya, Kudat bukanlah lokasi popular untuk pelawat-pelawat asing. Bagaimanapun beberapa resort moden dan padang golf yang telah dibina terutamanya semasa Datuk Chong Kah Kiat menjadi Ketua Menteri Sabah berjaya menjadikan tempat ini sebagai destinasi baru pelancong dalam dan luar negeri. Tarikan setempat termasuklah rumah panjang Rungus di Bavanggazo, di mana di tempat ini juga gong tradisional dibuat daripada loyang, dan madu lebah dihasilkan serta [[Tanjung Simpang Mengayau]], titik paling utara di pulau Borneo.
Orang Hakka masih merupakan golongan yang penting dalam masyarakat Kudat. Kebanyakan kedai di bandar Kudat dan pekan-pekan lain di serata daerah Kudat (seperti Sikuati dan Matunggong) dikendali oleh orang Hakka. Selain itu, terdapat beberapa nama tempat di kawasan Kudat yang berasal daripada [[bahasa Hakka]], contohnya Lau San, Sin San, Pinangsoo, dan Pakka Choon ([[Bahasa Cina]]: 百家村; Pinyin: Bǎi jiācūn; maksud: 'Kampung seratus keluarga'). Begitu juga dengan nama beberapa batang jalan raya di Kudat, seperti Jalan Sak Fu dan Jalan Tai Cheong, yang juga mendapat nama mereka daripada perkataan-perkataan Hakka. Tambahan pula, beberapa batang jalan di bandar Kudat telah dinamakan sempena tokoh-tokoh tempatan yang berketurunan Hakka. Antaranya termasuklah Jalan Wan Siak (dinamakan sempena Leong Wan Siak; tulisan Cina tradisional: 梁萬錫; Pinyin: Liáng Wànxī), Jalan Chin Sham Choi (tulisan Cina tradisional: 陳三才; Pinyin: Chén Sāncái) dan Jalan Lo Thien Chok (tulisan Cina tradisional: 羅天爵; Pinyin: Luó Tiānjué).
 
=== Pengangkutan ===
21

suntingan

Menu pandu arah