Jerantut: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 58: Baris 58:
==Perkampungan di Jerantut==
==Perkampungan di Jerantut==
Daerah Jerantut adalah daerah yang paling luas di Negeri Pahang. Terdapat banyak perkampungan di daerah ini. Terdapat beberapa mukim di daerah ini iaitu Mukim Damak, Mukim Pulau Tawar, Mukim Burau, Mukim Teh, Mukim Pedah, Mukim Tembeling Tengah dan Mukim Ulu Tembeling. Di antara perkampungan yang terdapat di daerah Jerantut ini ialah :
Daerah Jerantut adalah daerah yang paling luas di Negeri Pahang. Terdapat banyak perkampungan di daerah ini. Terdapat beberapa mukim di daerah ini iaitu Mukim Damak, Mukim Pulau Tawar, Mukim Burau, Mukim Teh, Mukim Pedah, Mukim Tembeling Tengah dan Mukim Ulu Tembeling. Di antara perkampungan yang terdapat di daerah Jerantut ini ialah :
#Kampung Perian
#Kampung Bandar
#Kampung Kubang Sekendal
#Kampung Masjid
#Kampung Bukit Dinding
#Kampung Bukit Dinding
#Kampung Bukit Ketupat
#Kampung Bukit Ketupat

Semakan pada 08:30, 5 Oktober 2007

Jerantut merupakan daerah yang terbesar di negeri Pahang. Ia terletak di tengah-tengah antara semua daerah dalam negeri. Jerantut berada 200 km dari Kuala Lumpur dan 180 km dari Kuantan. Jerantut juga merupakan salah satu pintu masuk ke Taman Negara.

Tempat menarik

Taman Negara

Taman Negara Pahang memang terkenal dengan kekayaan alam flora yang semulajadi. Pelbagai tempat menarik terdapat di sini yang boleh dilawati seperti Jambatan Gantung (canopy walkway), Lata Berkoh, Bukit Teresek, Safari Night, Gua Telinga, Lubok Simpon, Nusa Camp, Perkampungan Orang Asli, dan sebagainya. Perjalanan ke Taman Negara ini dari pekan Jerantut boleh dilalui menerusi dua cara iaitu menerusi jalan air (menaiki bot) atau jalan darat (kereta, bas, dan sebagainya).

Jika memilih laluan air, pengunjung boleh menaiki bas atau teksi menuju ke jeti Kuala Tembeling. Dari sini pengunjung boleh menaiki bot terus sampai ke Kuala Tahan / Taman Negara kira-kira 3 jam perjalanan memudik / melawan arus Sungai Tembeling melalui beberapa perkampungan seperti Pasir Tambang, Pasir Durian, Jeram Ampai, Kampung Chebong, Kampung Labu, Kampung Merting, Kampung Gol, Kg Sungai Tiang, Kg Padang, Kg Tekah, Kg Belebar dan sehinggalah ke Kuala Tahan. Jika memilih laluan darat dari pekan Jerantut, pengunjung boleh menuju ke Felda Padang Piol dan akan melalui Felda Sungai Retang, Kampung Merting, Kg Sungai Tekal, Kampung Gol, Kg Padang, Felcra Tembeling Tengah, Kg Tekah, Kg Belebar sehinggalah ke Kuala Tahan. Tempoh perjalanan darat ini dari pekan Jerantut kira-kira 1 jam.

Gunung Benom & Gunung Senyum

Selain dari Taman Negara, pengunjung yang menyukai aktiviti lasak boleh mendaki Gunung Benom yang terletak di Banjaran Benom yang mempunyai ketinggian 2107 m. Gunung Benom ini adalah gunung yang kedua tertinggi di Negeri Pahang ini selepas Gunung Tahan. Gunung Benom mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Pengunjung boleh menuju ke perkampungan Ulu Cheka untuk memanjat gunung ini. Apa yang menarik tentang Banjaran Benom ini ialah di sebelah belakang banjaran ini terletak daerah Raub. Selain itu Gunung Senyum yang terletak di Kampung Gunung Senyum dan berdekatan dengan FELDA Jengka 25 juga sesuai untuk aktiviti lasak ini dijalankan.

Gua Kota Gelanggi

Selain itu terdapat juga tempat rekreasi yang lain seperti gua-gua Kota Gelanggi yang terletak 25 km ke timur Jerantut. Kebanyakan gua-gua ini merupakan tapak arkeologi, tetapi beberapa gua kini telah dibuka kepada orang awam.

Air Terjun Lata Meraung

Selain itu terdapat juga tempat perkelahan yang terkenal di sini iaitu air terjun Lata Meraung yang terletak 15 km ke barat Jerantut yang terletak di Kampung Sungai Kiol berhampiran dengan Pusat Serenti Jerantut dan terpaksa melalui perkampungan Orang Asli sebelum sampai ke destinasi air terjun ini.

Tasik Paya Kangsar

Tasik Paya Kangsar terletak di Pulau Tawar . Tasik yang seluas 800 ekar ini dibentuk hasil pembinaan empangan hilir sungai palang . Dulu tasik ini adalah sawah padi yang utama di Jerantut. Permandangan di tasik ini amat indah sekali tertuama di waktu petang . Anda boleh melihat beratus-ratus ekor kerbau didalam tasik ini pada waktu petang . Sekarang tasik ini dipenuhi oleh ikan talapia dan lampam jawa.

Perancangan dan infrastruktur

Perancangan fizikal

Secara amnya keadaan topografi kawasan Majlis Daerah Jerantut adalah landai dan beralun. Ketinggian purata adalah di antara 40m- 60m dari paras laut. Sistem saliran terdiri daripada dua sungai utama iaitu Sungai Pahang dan Sungai Tembeling.

Pembangunan di Daerah Jerantut pula tertumpu di Bandar Jerantut sebagai bandar utama yang menempatkan pusat pentadbiran daerah, kawasan perniagaan dan juga kemudahan awam seperti perpustakaan awam daerah, masjid, dewan dan lain-lain.

Infrastruktur dan kemudahan awam

a. Bekalan air semasa

Bekalan air bersih untuk Daerah Jerantut adalah di dalam bidang kuasa Jabatan Bekalan Air (JBA) dan bekalan air ke kawasan-kawasan terpencil di luar bandar yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan. Mengikut Laporan Pemeriksaan Rancangan Struktur 1995, purata 94% daripada jumlah penduduk Daerah Jerantut telah mendapat bekalan air paip di mana peratusnnya masing-masing bagi kawasan perbandaran ialah 99% dan kawasan luar bandar ialah 90%. Purata kehilangan air semasa ialah 55.9%.

b. Bekalan elektrik

Pembekalan elektrik secara keseluruhan hampir meliputi 98% daerah Jerantut.

Bekalan elektrik 24 jam juga telah diberikan sepenuhnya di perkampungan Hulu Tembeling (8 buah kampung) pada bulan Jun, 1999. Kampung-kampung terlibat adalah Kg.Pagi, Kg.Jipang, Kg.Kuala Sat, Kg.Bantal, Kg.Gusai dan Kg. Bukit Mat Daling.

Bekalan elektrik adalah melalui Grid Kebangsaan 33KV.

c. Sistem telekomunikasi

Perkhidmatan telekomunikasi di Daerah Jerantut adalah diselenggarakan oleh Syarikat TM Sdn. Bhd.

Daerah Jerantut hanya mempunyai sebuah ibusawat utama yang memberikan perkhidmatan iaitu Ibusawat Jerantut. Terdapat 4 cawangan ibusawat yang terletak di Damak, Kuala Tembeling, Padang Piol dan Sungai Tekam. Jadual di bawah menunjukkan jumlah muatan ibusawat Jerantut adalah sebanyak 10,000 talian. Jumlah kegunaan semasa adalah 5,930 talian dan terdapat baki sebanyak 4,070 talian untuk diguna.

d. Pembentungan

Bagi menampung pembangunan di kawasan pusat bandar yang semakin bertambah, loji rawatan kumbahan berpusat telah dicadangkan.Ini bermakna loji sedia ada tidak lagi berfungsi apabila loji rawatan kumbahan ini digunapakai kelak.

e. Sistem pungutan dan pelupusan sisa pepejal

Sistem pungutan dan pelupusan sisa pepejal "Sanitary Landfill" sedia ada seluas kira- kira 4.4 hektar, di Batu Dua, Kg. Mat Kilau pada masa ini adalah mencukupi serta efisien bagi menampung peningkatan sisa pepejal menjelang tahun 2010. Pada masa kini hanya kira-kira 20% sahaja kawasan digunakan untuk tujuan operasi pelupusan sisa pepejal.

Perkampungan di Jerantut

Daerah Jerantut adalah daerah yang paling luas di Negeri Pahang. Terdapat banyak perkampungan di daerah ini. Terdapat beberapa mukim di daerah ini iaitu Mukim Damak, Mukim Pulau Tawar, Mukim Burau, Mukim Teh, Mukim Pedah, Mukim Tembeling Tengah dan Mukim Ulu Tembeling. Di antara perkampungan yang terdapat di daerah Jerantut ini ialah :

  1. Kampung Perian
  2. Kampung Bandar
  3. Kampung Kubang Sekendal
  4. Kampung Masjid
  5. Kampung Bukit Dinding
  6. Kampung Bukit Ketupat
  7. Kampung Simpang Tebing Tinggi
  8. Kampung Gintong
  9. Kampung Sokti
  10. Kampung Jerangsang
  11. Kampung Bukit Genting
  12. Taman Inderapura
  13. Kampung Mat Kilau
  14. Taman Koperasi
  15. Kampung Sungai Jan
  16. Kampung Batu Satu
  17. Kampung Jerantut Feri
  18. Kampung Pedah
  19. Kampung Lada
  20. Kampung Paya Teh
  21. Kampung Temin
  22. Kampung Baru
  23. Kampung Ulu Teh
  24. Kampung Kenong
  25. Kampung Binjai
  26. Kampung Lata Kasah
  27. Kampung Som
  28. Kampung Damak
  29. Kampung Batu Balai
  30. Kampung Bukit Batu
  31. Kampung Kol
  32. Kampung Chap
  33. Kampung Tanjung Putri
  34. Kampung Tengah
  35. Kampung Ulu Cheka
  36. Kampung Perlok
  37. Kampung Berau
  38. Kampung Sungai Hidung
  39. Kampung Jelai
  40. Kampung Pulau Mansok
  41. Kampung Paya Embun
  42. Kampung Kuala Teh
  43. Kampung Besul
  44. Kampung Temin
  45. Kampung Bukit Ketupat
  46. Kampung Bukit Rang
  47. Kampung Bukit Nikmat
  48. Kampung Tebing Tinggi
  49. Kampung Durian Hijau
  50. Kampung Pulau Tawar
  51. Felda Sungai Tekam Utara
  52. Felda Sungai Tekam
  53. Kampung Sungai Kepong
  54. Felda Kota Gelanggi (1,2,3,4)
  55. Kampung Ayer Hitam
  56. Kampung Chebong
  57. Kampung Merting
  58. Kampung Ulu Retang
  59. Kampung Selimbar
  60. Kampung Pasir Sia
  61. Kampung Sungai Putat
  62. Kampung Gajah Mati
  63. Kampung Jong Berlabuh
  64. Felda Padang Piol
  65. Felda Sungai Retang
  66. Kampung Kuala Tembeling
  67. Kampung Ulu Tembeling
  68. Kampung Gol / Lik
  69. Kampung Kuala Tahan
  70. Kampung Bukit Mat Daling
  71. Kampung Pagi
  72. Kampung Kuala Sat
  73. Kampung Bantal
  74. Kampung Gusai

Tokoh pejuang Melayu Pahang di Jerantut

  1. Mat Kilau
  2. Pawang Nong

Sekolah

Sekolah rendah di Jerantut

  1. Sekolah Kebangsaan Bukit Dinding
  2. [Sekolah Kebangsaan Bandar Jerantut http://www.skbj.20m.com]
  3. Sekolah Kebangsaan Pulau Mansok
  4. Sekolah Kebangsaan Temin
  5. Sekolah Kebangsaan Jerantut
  6. Sekolah Kebangsaan Damak
  7. Sekolah Kebangsaan Pawang Nong, Hulu Cheka
  8. Sekolah Kebangsaan Felda Padang Piol
  9. Sekolah Kebangsaan Felda Sungai Retang
  10. [Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan http://www.geocities.com/skkualatahan]
  11. Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Damak
  12. Sekolah Kebangsaan Felda Sungai Tekam Utara
  13. Sekolah Kebangsaan Kota Gelangi (1,2 & 3)
  14. Sekolah Kebangsaan Kuala Tembeling

Sekolah menengah di Jerantut

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Jerantut(SMJ)
  2. Sekolah Menengah Padang Saujana
  3. [Sekolah Menengah Temin http://smktemin2.cabspace.com]
  4. Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar
  5. Sekolah Menengah Pulau Tawar
  6. Sekolah Menengah Kebangsaan Damak
  7. Sekolah Menengah Inderapura
  8. Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Afzan (TAHAP)
  9. Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Padang Piol
  10. Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Sungai Retang
  11. Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Tahan
  12. Sekolah Menengah Agama Kuala Tembeling
  13. Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Tembeling

Kenali loghat daerah Jerantut

Memandangkan Daerah Jerantut adalah sebuah daerah yang terbesar di Negeri Pahang maka terdapat banyak loghat daerah mengikut sesuatu kawasan. Di sebelah perkampungan Kammpung Baru sehinggalah ke perkampungan Ulu Cheka loghatnya adalah sama dengan sebelah Kuala Lipis yang agak meleret dan perlahan tetapi di sebelah Kuala Tembeling sehinggalah ke perkampungan Kampung Bantal di Ulu Tembeling merangkumi Kuala Tahan / Taman Negara loghatnya sudah berbeza yang lebih laju pertuturannya dan agak sukar untuk difahami.

Mari kita lihat antara beberapa perkataan dan maknanya dari loghat Daerah Jerantut :

PERKATAAN = MAKNANYA

  1. Kash / Kaweh = Saya / aku
  2. Awok / Di = Awak
  3. Pedo'oh = Tipu / Bohong
  4. Bobok = Tipu / Bohong
  5. Pepalih = Terlebih / terlalu
  6. Habat = Pengotor
  7. Mat nya = Kenapa nya
  8. Kek nya = Tetapi
  9. Berambi = Senonoh / berhati-hati
  10. Berlimbor = Jalan berdua-dua / jalan bersebelahan
  11. Kerayai = Takut / cemas / bimbang
  12. Rodong = Kawan / teman
  13. Linyar = Permukaan yang licin
  14. Hampuras/Hampas = Tak berguna langsung
  15. Meretoh = Tidur
  16. Gampang = Kata makian / kata cacian
  17. Garas = Perihal mencuci dengan menggunakan berus
  18. Pungkor/Reba = Semak-samun / juga digunakan untuk menggantikan perkataan bohong / tipu
  19. Pandir = Bodoh
  20. Berjejet = Peluh yang mencurah-curah / basah kuyup
  21. Gedik = Ditujukan pada perempuan yang gatal
  22. Mantol = Pening-pening
  23. Pepoh = Pukul,hentam
  24. Tutuh = Perbuatan mencantas dahan, dan juga "biarkan"
  25. mentekedaghoh = makan
  26. deme = korang
  27. sapai = habis
  28. hamlor = riang
  29. ghobe = terlalu/teruk
  30. nyonyeh = basah lenjut
  31. lodek = lumpur
  32. konyo = riak wajah
  33. lantak = biar
  34. lopok = bekas untuk menyimpan sesuatu cth lopok pensil

Makanan popular daerah Jerantut

Makanan / masakan yang popular di daerah Jerantut ini sama juga seperti di daerah Pahang yang lain iaitu tempoyak. Tempoyak boleh divariasikan menunya pelbagai cara masakkan. Di antara masakan menggunakan tempoyak yang popular di daerah ini ialah gulai masam tempoyak dan biasa dimasak bersama ikan patin atau ikan-ikan yang lain. Selaian itu gulai masam tempoyak ini juga boleh ditukarkan dengan ayam atau daging. Selaian itu sambal yang dibuat menggunakan tempoyak juga amat popular di sini iaitu sambal tumis tempoyak.

Selaian itu asam rong juga amat popular di daerah ini. Asam rong ini diperbuat daripada buah perah sejenis buah hutan atau boleh juga di buat dari biji getah yang diperam dan disimpan sama seperti tompayak serta boleh dimasak bersama sayur seperti kangkung, pucuk paku atau juga boleh dimasak dengan menggunakan ikan. Jika anda ingin merasa kehebatan masakkan asam rong ini anda boleh menjumpainya di-restaurant penduduk kampung seperti di Taman Negara minta sahajalah sayur kangkung asam rong atau ikan masak rong.

Lihat juga

Pautan luar