Liga Super Malaysia: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Mazlisaffawi (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 17: Baris 17:
| champions = [[Johor Darul Ta'zim FC]]
| champions = [[Johor Darul Ta'zim FC]]
| season = [[Liga Super Malaysia 2015|2015]]
| season = [[Liga Super Malaysia 2015|2015]]
| most successful club = [[Selangor FA]] (7 kejuaraan)
| most successful club = [[Kedah FA|Kedah FA]] (2)<br />[[Selangor FA|Selangor FA]] (2)<br />[[Kelantan FA|Kelantan FA]] (2)<br />[[Johor Darul Ta'zim FC]] (2)
| current = [[Liga Super Malaysia 2015|Musim 2015]]
| current = [[Liga Super Malaysia 2015|Musim 2015]]
}}
}}

Semakan pada 04:16, 13 Oktober 2015

Liga Super Malaysia
NegaraMalaysia Malaysia
KonfederasiAFC
Ditubuhkan2004
Divisyen1
Bilangan pasukan12
Disingkirkan keLiga Perdana Malaysia
ArasTahap 1
Piala domestikPiala Malaysia
Piala FA Malaysia
Piala antarabangsaLiga Juara-Juara AFC
Piala AFC
Liga Super ASEAN
Juara semasaJohor Darul Ta'zim FC (2015)
Kejuaraan terbanyakKedah FA (2)
Selangor FA (2)
Kelantan FA (2)
Johor Darul Ta'zim FC (2)
Musim 2015
Trofi Liga Super

Liga Super Malaysia merupakan pertandingan bola sepak tahap teratas dalam Liga Malaysia di Malaysia. Ia menggantikan Liga M sebagai divisyen tertinggi yang mana sesebuah pasukan profesional di Malaysia boleh melibatkan diri.

Liga Super mula diperkenalkan pada tahun 2004, yang merupakan kesinambungan kepada liga sebelumnya yang bermula semenjak 1982. Sebenarnya pertandingan liga agak lewat bermula di Malaysia, walaupun bola sepak telah lama bertapak di Malaysia semenjak lahirnya kejohanan Piala Malaysia pada 1921.Liga ini hanya menyajikan kepada lapan pasukan teratas di dalam negara ini. Pasukan dua terbawah biasanya akan disingkirkan kepada Liga Perdana Malaysia. Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) juga telah memutuskan untuk menswastakan liga ini dan mencipta MSL Sendirian Berhad (atau MSL Proprietary Limited) untuk melihat aspek pemasaran permainan ini.

Liga ini pernah menggunakan lapan pasukan dan pasukan-pasukan akan bermain tiga pusingan perlawanan (jumlah 21 perlawanan). Dua pusingan yang pertama dimainkan berdasarkan format tuan rumah/pelawat manakala pusingan ketiga akan dihoskan oleh stadium yang mempunyai bilangan penonton yang lebih besar berdasarkan dua pusingan yang pertama.

Daripada Liga Super Malaysia 2009, liga ini akan mempunyai 14 pasukan, dan semua pasukan akan bermain sesama sendiri hanya dua kali (jumlah 26 perlawanan).Ianya telah diputuskan bahawa semua pasukan tidak akan dibenarkan memiliki pemain asing walaubagaimanapun pada tahun 2012, FAM telah memutuskan untuk membuka kembali peluang untuk menggunakan pemain import dari luar dengan syarat yang tertentu.

Juara

Semenjak diasaskan pada 2004, lapan (8) pasukan telah menjuarai Liga Super dengan Pahang menjadi juara yang pertama. Kedah menjadi pasukan pertama yang menjuarai liga untuk dua musim berturut-turut pada 2007 dan 2008 diikuti oleh pasukan Selangor (2009-2010), Kelantan (2011-2012) dan terbaru pasukan Johor Darul Ta'zim (2014-2015).

Musim Juara Naib Juara Tempat Ketiga
2004 Pahang Pahang Selangor Public Bank FC Perlis Perlis
2005 Perlis Perlis Pahang Pahang Perak Perak
2005-06 Negeri Sembilan Negeri Sembilan Melaka TM FC Perak Perak
2006-07 Kedah Kedah Perak Perak Brunei DPMM FC
2007-08 Kedah Kedah Negeri Sembilan Negeri Sembilan Johor Johor FC
2009 Selangor Selangor Perlis Perlis Kedah Kedah
2010 Selangor Selangor Kelantan Kelantan Terengganu Terengganu
2011 Kelantan Kelantan Terengganu Terengganu Selangor Selangor
2012 Kelantan Kelantan Singapura LionsXII Selangor Selangor
2013 Singapura LionsXII Selangor Selangor Johor Johor Darul Ta'zim
2014 Johor Johor Darul Ta'zim Selangor Selangor Pahang Pahang
2015 Johor Johor Darul Ta'zim Pahang Pahang Selangor Selangor

Pasukan

Pasukan Bertanding

Pasukan berikut bermain di Liga Super Malaysia 2014.

Pasukan Liga Super Malaysia 2014 yang turun ke Liga Premier 2015

Pasukan Liga Premier Malaysia 2014 yang naik ke Liga Super 2015

Kedudukan Semasa

Sila Rujuk Liga Super Malaysia 2014

Sejarah

Liga Malaysia telah bermula sejak tahun 1982. Liga pada masa itu digunakan sebagai peringkat kelayakan ke Piala Malaysia. Sejak itu, kejohanan liga menjadi salah satu pertandingan terpenting dalam kalendar bola sepak Malaysia. Pada awalnya hanya pasukan negeri, Angkatan Tentera Malaysia, Polis DiRaja Malaysia dan pasukan jemputan seperti Singapura dan Brunei menyertai Liga Malaysia. Apabila pertandingan secara professional diperkenalkan pada 1996, pasukan kelab mula menyertai Liga Malaysia.

Pada tahun 1989 hingga 1993, Liga Malaysia dikenali sebagai Liga Semi-pro Malaysia. Pada tahun 1994 hingga 2003, nama Liga Semi-pro ditukar kepada Liga M.


Nama liga

Semenjak liga diasaskan pada 1982, nama bagi Liga Malaysia sering diubah mengikut format pertandingan.

Musim Nama
1982 - 1988 Liga Malaysia
1989 - 1993 Liga Bahagian 1
1994 - 1997 Liga Perdana
1998 - 2003 Liga Perdana 1
2004 - Liga Super

Jumlah pasukan

Jumlah pasukan juga sering berubah-ubah. Pada 2004, perubahan drastik dilakukan oleh FAM dengan membenarkan hanya 8 pasukan bertanding di Liga Super. Manakala 16 lagi pasukan bersaing di Liga Perdana yang dibahagikan kepada dua kumpulan. Selepas tiga musim FAM sekali lagi mengubah jumlah pasukan kepada 13 pasukan. Pada musim 2008, FIFA mengkritik format liga yang digunakan FAM. FAM menerima kritikan tersebut dan mereka menambah jumlah pasukan kepada 14 pasukan.Bermula tahun 2013,jumlah pasukan kembali dikurangkan kepada 12 pasukan di mana sistem perlawanan play off diperkenalkan.

Musim Jumlah Pasukan
1982-1984 16 pasukan
1985 17 pasukan
1986-1987 16 pasukan
1988 17 pasukan
1989 9 pasukan
1990-1993 10 pasukan
1994 16 pasukan
1995-1997 15 pasukan
1998 12 pasukan
1999 10 pasukan
2000-2001 12 pasukan
2002 14 pasukan
2003 13 pasukan
2004-2006 8 pasukan
2007-2008 13 pasukan
2009-2012 14 pasukan
2013-2015 12 pasukan

Anugerah

Kasut Emas

Musim Pemain Pasukan Gol
2014 Brazil Paulo Rangel Selangor Selangor FA 16
2013 Marlon Alex James Malaysia ATM FA 14
2012 Cameroon Jean-Emmanuel Effa Owona
Liberia Francis Forkey Doe
Negeri Sembilan Negeri Sembilan FA
Terengganu Terengganu FA
15
2011 Malaysia Abdul Hadi Yahya Terengganu Terengganu FA 20
2010 Malaysia Mohd Ashaari Shamsuddin Terengganu Terengganu FA 18
2009 Malaysia Mohd Nizaruddin Yusof Perlis Perlis FA 18
2007-08 Marlon Alex James Kedah Kedah FA 23
2006-07 Guinea Keita Mandjou
Brunei Mohd Shahrazen Said
Perak Perak FA
Brunei DPMM Brunei
21
2005-06 Guinea Keita Mandjou Perak Perak FA 17
2005 Brazil Julio Cesar Rodriguez
Zambia Zacharia Simukonda
Sabah Sabah FA
Perlis Perlis FA
18
2004 Malaysia Indra Putra Mahayuddin Pahang Pahang FA 15
2003 Zambia Phillimon Chepita Perlis Perlis FA 23
2002 Malaysia Muhamad Khalid Jamlus Perak Perak FA 17
2001 Malaysia Norizam Ali Hassan Perak Perak FA 13
2000 Malaysia Azizul Kamaluddin Pahang Pahang FA 12
1999 Malaysia Azman Adnan Selangor Selangor FA 13
1998 Rusia Viatcheslav Melnikov Pahang Pahang FA 17
1997 Hungary Laszlo Repasi Perak Perak FA 19
1996 Australia Scott Ollerenshaw Sabah Sabah FA 18
1995 Australia Scott Ollerenshaw Sabah Sabah FA 22
1994 Malaysia Mohd Hashim Mustapha Kelantan Kelantan FA 25
1993 Malaysia Mohd Hashim Mustapha Kelantan Kelantan FA 13
1992 Malaysia Zainal Abidin Hassan Pahang Pahang FA 12
1991 Australia Abbas Saad Johor Johor FA 11
1990 Australia Alistair Edwards Singapura Singapura 13
1989 Malaysia Zainal Abidin Hassan Selangor Selangor FA 12

Lihat juga

Pautan luar