Piala Malaysia: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mazlisaffawi (bincang | sumb.)
Membatalkan semakan 3690044 oleh 203.217.176.77 (Perbincangan)
Sham91 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 3: Baris 3:
| logo = [[Fail:Trofi-Piala Malaysia.jpg|200px]]
| logo = [[Fail:Trofi-Piala Malaysia.jpg|200px]]
| caption = Trofi yang akan dianugerahkan kepada pasukan yang memenangi pertandingan ini pada setiap tahun
| caption = Trofi yang akan dianugerahkan kepada pasukan yang memenangi pertandingan ini pada setiap tahun
| founded = 1921
| founded = {{start date and age|1921}}
| region = Malaysia
| region = Malaysia
| current champions = {{flagicon|Pahang}} [[Pahang FA|Pahang]]<br />(4&nbsp;gelaran)
| current champions = {{flagicon|Pahang}} [[Pahang FA|Pahang]]<br />(4&nbsp;gelaran)

Semakan pada 02:36, 30 Oktober 2015

Piala Malaysia
Trofi yang akan dianugerahkan kepada pasukan yang memenangi pertandingan ini pada setiap tahun
Ditubuhkan1921; 103 tahun yang lalu (1921)
KawasanMalaysia
Juara semasaPahang Pahang
(4 gelaran)
Kelab paling berjayaSelangor Selangor
(32 gelaran)
Musim 2015

Piala Malaysia merupakan satu kejohanan bola sepak yang berprestij di negara Malaysia dan antara kejohanan yang tertua di rantau Asia. Ia dipertandingkan pada setiap tahun mengikut format yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (F.A.M.) dan perlawanan akhir Piala Malaysia akan menutup tirai musim tahunan bola sepak negara. Piala Malaysia bermula pada tahun 1921 pada ketika itu Piala Malaya yang merupakan kejohanan bola sepak antara negeri-negeri yang membentuk Tanah Melayu. Kini setelah mencecah 90 tahun, Piala Malaysia masih lagi menjadi rebutan pasukan-pasukan bola sepak tanah air.

Sejarah Piala dan Kejohanan

Sejarah Piala Malaysia bermula dengan Piala Malaya yang dipertandingkan pada awal 1920-an dimana kejohanan tersebut disertai oleh negeri-negeri di Tanah Melayu. Ketika itu perlawanan akhir melibatkan juara utara dan juara selatan yang melalui kejohanan dibahagian masing-masing. Pada tahun 1933, Piala Malaya telah ditukar nama kepada Piala HMS Malaya yang diambil sempena nama kapal perang HMS Malaya. Pegawai memerintah kapal tersebut ketika itu kapten Ion Beauchamp Butler telah menyumbangkan sebuah piala dan seterusnya menamakan ia Piala HMS Malaya. Perang dunia kedua memaksa pertandingan ini diberhentikan dari 1942 hingga 1947 dan Piala HMS Malaya dimulakan semula pada 1948.

Pada tahun 1967, piala tersebut telah digantikan dengan piala yang baru iaitu Piala Malaysia. Tidak lama kemudian, pasukan dari Borneo iaitu Sabah, Sarawak dan Brunei mula menyertai Piala Malaysia. Bermula tahun 1982, satu liga kejohanan diperkenalkan bagi menentukan siapa layak keperlawanan akhir. Ia akan dipertandingkan selepas liga bola sepak Malaysia tamat dan hanya pasukan yang menunjukkan pencapaian terbaik dalam liga sahaja layak bertanding untuk Piala Malaysia. Namun pada tahun 1995, Singapura tidak lagi beraksi pada Liga Malaysia dan sekaligus tidak beraksi pada Piala Malaysia. Ini kerana Persatuan Bolasepak Singapura menghadapi masalah dengan Persatuan Bolasepak Malaysia dan akhirnya menarik diri dalam dunia bola sepak Malaysia. Namun sebelum berundur, Singapura sempat menjuarai Piala Malaysia 1994 buat kali terakhir.

Pada tahun 1999, bilangan pasukan yang memasuki Piala Malaysia bertambah sebanyak 12 pasukan. Setahun selepas itu, bilangan pasukan meningkat kepada 16 pasukan dan buat pertama kalinya pasukan berstatus kelab berjaya menyertai Piala Malaysia iaitu Johor FC. Kelab pertama yang menjuarai Piala Malaysia dan setakat ini adalah MPPJ Selangor pada tahun 2003. Selangor merupakan pasukan yang mempunyai pencapaian paling tinggi dalam kancah Piala Malaysia dengan memenangi sebanyak 32 gelaran dan 15 kali naib juara. Manakala Pahang merupakan juara terbaru yang merupakan piala Malaysia yg keempat bagi mereka.

Era kejohanan

Piala Malaya

1921 - 1932: Selangor vs Singapura.
Perlawanan akhir pertama telah diadakan di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur yang kini menjadi Dataran Merdeka pada 1 Oktober 1921. Ia melibatkan pertemuan sulung antara juara wilayah selatan, Singapura dengan juara wilayah utara, Selangor. Perlawanan dimenangi oleh Singapura dengan jaringan 2 berbalas 1. Perlawanan akhir juga telah dijalankan pertama kali di Stadium Jalan Anson, Singapura pada 1925. Sepanjang tempoh Piala Malaya dipertandingkan, Selangor dan Singapura bertemu diperlawanan akhir hampir setiap tahun. Hanya tiga pasukan sahaja telah memenangi piala ini termasuk Perak.

Piala H.M.S. Malaya

1933 - 1941: Selangor vs Singapura II.
Singapura masih lagi menjadi wakil selatan manakala terdapat beberapa pasukan baru mewakili wilayah utara. Namun Selangor dan Singapura masih lagi bertemu diperlawanan-perlawanan akhir dibawah piala baru iaitu Piala HMS Malaya. Kedah dan Pulau Pinang berjaya menempatkan diri pada perlawanan akhir namun tewas kepada Singapura. Kedah layak pada tahun 1940 manakala Pulau Pinang pada 1934 dan 1941. Kerancankan Piala HMS terpaksa dihentikan apabila perang dunia kedua meletus dan merebak ke semenanjung Malaysia.

1948-1966: Saingan Empat Negeri
Pasukan-pasukan utara mula menunjukkan kebangkitan pada masa yang sama Selangor dan Singapura masih lagi memberi saingan. Pulau Pinang dan Perak seolah-olah mendapat semangat untuk menjadi kuasa bola sepak tanah air baru setelah perang berakhir. Negeri Sembilan menjuarai buat pertama kali dan edisi awal selepas tamat perang pada 1948. Perlawanan ulangan terpaksa dijalankan setelah terikat dengan Selangor. Selang setahun selepas itu kejutan berlaku apabila pasukan bukan status negeri iaitu Tentera telah layak ke Piala Malaysia sebelum tumbang pada Selangor dan sekali lagi pada 1966. Namun tewas juga pada pasukan Selangor. Pulau Pinang mejuarai sebanyak tiga kali pada 1953, 1954 dan 1958 serta menjadi naib juara pada 1950,1952 dan 1963. Perak juga layak ke perlawanan akhir tiga kali berturut-turut pada 1959, 1960 dan 1961. Meskipun tewas ketiga-tiga perlawanan, Perak berjaya juga mencipta nama sebagai juara Piala Malaysia pada 1957 sebagai pasukan pertama memenangi piala idaman tersebut di Stadium Merdeka, gelanggang baru Piala HMS Malaya. Pasukan dari pantai timur, Kelantan berjaya melangkah ke perlawanan akhir akan tetapi tewas pada tangan Singapura.

Piala Malaysia

1967-1979: Selangor Gagah, Singapura Tenggelam
Piala baru diperkenal dengan nama Piala Malaysia menggantikan Piala HMS Malaya dan Perak sekali lagi menjadi pasukan pertama memenangi piala baru tersebut. Selangor terus memperkukuhkan status sebagai pasukan yang paling digeruni sepanjang tempoh ini dengan memenangi 9 Piala Malaysia dari 13 perlawanan akhir. Nasib berbeza terhadap Singapura kerana hanya menjuarai sekali pada tahun 1977 setelah lima kali mencuba. Kekebalan Selangor didorong oleh beberapa pemain berkaliber negara ketika itu. Antaranya Allahyarham Mokhtar Dahari, Santokh Singh, mendiang R. Arumugam, Soh Chin Aun, Chow Kwai Lam , Hanafiah Ali dan beberapa pemain lain. Kekuatan pemain-pemain ini disetiap posisi padang telah menaikkan nama Selangor diarena bolasepak tanah air. Hanya pasukan Terangganu sahaja merupakan pasukan baru yang muncul pada perlawanan akhir pada 1973.

1980-1989: Beberapa Juara Baru
Pahang berjaya medapat Piala Malaysia pada tahun 1983 setelah menewaskan Selangor. Tetapi Selangor membalas dendam keatas Pahang setahun berikutnya. Johor juga berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir dan memenanginya buat kali pertama keatas pasukan yang juga pertama kali melangkah perlawanan akhir iaitu Kuala Lumpur. Paling unik yang dapat dilihat ialah Kuala Lumpur menjuarai Piala Malaysia secara "hat-trick" pada 1987, 1988 dan 1989 dimana mereka menumbangkan musuh yang sama iaitu Kedah. Abdul Rashid Hassan, Serbegeth Singh dan Mat Zan Mat Aris merupakan tonggak penting dalam skuad wargakota pada ketika itu. Walaupun tewas tiga kali berturut pada Kuala Lumpur, Kedah berjaya merangkul Piala Malaysia setahun kemudian.

1990-2000: Selamat Tinggal Singapura
Kedah akhirnya merangkul Piala Malaysia apabila menewaskan Singapura pada 1990 manakala Johor berjaya membalas dendam keatas Selangor pada kekalahan mereka 1986. Trio pemain import Johor yang cukup terkenal ketika itu ialah Ervin Boban, Abbas Saad dan Alistair Edwards. Pahang juga tidak melepaskan peluang membawa pulang Piala Malaysia pada tahun berikutnya setelah menafikan Kedah untuk menjuarai kali kedua. Namun berita paling mengejutkan ialah penarikan diri oleh pasukan Singapura dari kancah bola sepak Malaysia. Setelah 70 tahun lebih mencipta kejayaan dalam Piala Malaysia, Singapura tidak lagi sebagai pesaing mahupun pencabar bermula tahun 1995. Keputusan dibuat setelah terdapat beberapa perkara yang tidak dipersetujui oleh kedua-dua pihak antara Persatuan Bolasepak Singapura dengan Persatuan Bolasepak Malaysia. Namun, Singapura berjaya memenangi Piala Malaysia yang terakhir bagi mereka pada 1994 sebagai kenangan. Selangor memenangi "hat-trick" pada 1995, 1996 dan 1997. Ini merupakan "hat-trick" kali ketiga bagi Selangor. Azman Adnan, Rusdi Suparman, Chris Kiwomya dan Alexander Freeman antara pemain yang memainkan watak utama dalam kejayaan Selangor. Pada tahun 1998, Piala Malaysia dilangsungkan di Stadium baru iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Perak sekali lagi mengukir nama sebagai pasukan pertama memenangi piala tersebut selepas menewaskan Terengganu. Pada 1999, Brunei menjuarai Piala Malaysia untuk pertama kali di mana perlawanan akhir yang pertama melibatkan kedua-dua pasukan adalah dari Borneo. Kejayaan Brunei juga menyaksikan Stadium Merdeka digunakan untuk kali terakhir bagi venue akhir Piala Malaysia. Perak menutup abad ke-20 dengan mendakap Piala Malaysia yang terakhir setelah menewaskan Negeri Sembilan.

2001-2008: Permulaan Alaf Baru yang Seimbang
Terengganu mendakap Piala Malaysia untuk pertama kali dan merupakan juara yang pertama di abad ke-21 setelah menewaskan Perak pada 2001. Selangor masih bermaya dengan merangkul dua Piala Malaysia pada 2002 dan 2005. Pada tahun 2005 tersebut, Selangor menjuarai tiga kejohanan iaitu, Piala FA, Liga Perdana dan Piala Malaysia. Perlis juga berjaya menempatkan nama sebagai pasukan yang telah memenangi Piala Malaysia pada 2004 dan 2006 manakala pada tahun 2005 sebagai naib juara. MPPJ FC menjadikan kelab pertama memenangi Piala Malaysia setelah menundukkan Sabah. Kini, Kedah mencipta sejarah sebagai pasukan pertama memenangi ketiga-tiga piala selama dua musim berturut-turut. Mereka merangkul Piala Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia pada 2007 dan 2008.

2009-2013: Negeri Sembilan vs Kelantan
Pasukan Negeri Sembilan dan Kelantan mewarnai pentas akhir Piala Malaysia dalam tempoh 2009-2013 ini dimana kedua-dua pasukan bertemu pada 2009 yang dimenangi oleh Negeri Sembilan. Mereka bertemu lagi pada edisi 2010 yang menyaksikan Kelantan menjulang Piala Malaysia untuk kali pertama. Negeri Sembilan ke pentas akhir untuk tahun ketiga berturut pada 2011 dan memenanginya, menewaskan pasukan Terengganu yang mengenepikan pasukan Kelantan pada peringkat suku akhir. Skrip yang sama berlaku pada 2012 dimana Kelantan layak ke pentas akhir bertemu pasukan Angkatan Tentera Malaysia, lawan yang mengalahkan Negeri Sembilan pada peringkat suku akhir. Pasukan Kelantan menjulang Piala Malaysia pada tahun tersebut disamping Piala FA dan juga Piala Liga Super. Kejayaan ini menjadikan Kelantan sebagai pasukan ketiga yang berjaya meraih tiga piala treble dalam semusim selepas Selangor (2005) dan Kedah (2007 & 2008). Kelantan layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2013 untuk kali ke-4 dalam masa lima tahun bertemu Pahang.

Finalis dari kumpulan sama
Perlawanan akhir Piala Malaysia menemukan dua pasukan dari kumpulan yang sama pada saingan peringkat awal, Kelantan dan Negeri Sembilan pada 2010 (kumpulan A), Negeri Sembilan dan Terengganu pada 2011 (kumpulan B), Kelantan dan Tentera pada 2012 (kumpulan B) dan 2013, Kelantan dan Pahang (kumpulan C). Buat dua musim berturut-turut, pasukan yang muncul juara kumpulan berkenaan berjaya menewaskan naib juara kumpulan di final seperti dilakukan Negeri Sembilan (2011) dan Kelantan (2012). [1]

Juara Piala Malaysia

Senarai juara

Tahun Juara Jaringan Naib Juara Stadium
Piala Malaysia
2014 Pahang Pahang 2 – 2 (5-3 Penalti) Johor Johor Darul Ta'zim Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2013 Pahang Pahang 1 – 0 Kelantan Kelantan Stadium Shah Alam, Selangor
2012 Kelantan Kelantan 3 – 2 Malaysia ATM FA Stadium Shah Alam, Selangor
2011 Negeri Sembilan Negeri Sembilan 2 – 1 Terengganu Terengganu Stadium Shah Alam, Selangor
2010 Kelantan Kelantan 2 – 1 Negeri Sembilan Negeri Sembilan Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2009 Negeri Sembilan Negeri Sembilan 3 – 1 Kelantan Kelantan Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2008 Kedah Kedah 3 – 2 Selangor Selangor Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2007 Kedah Kedah 3 – 0 Perak Perak Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2006 Perlis Perlis 2 – 1 Negeri Sembilan Negeri Sembilan Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2005 Selangor Selangor 3 – 0 Perlis Perlis Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2004 Perlis Perlis 1 – 0 Kedah Kedah Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2003 Selangor MPPJ Selangor 3 – 0 Sabah Sabah Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2002 Selangor Selangor 1 – 0 (gol emas) Sabah Sabah Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2001 Terengganu Terengganu 2 – 1 Perak Perak Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2000 Perak Perak 2 – 0 Negeri Sembilan Negeri Sembilan Stadium Shah Alam, Selangor
1999 Brunei Brunei 2 – 1 Sarawak Sarawak Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1998 Perak Perak 1 – 1 (5-3 Penalti) TerengganuTerengganu Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
1997 Selangor Selangor 1 – 0 (gol emas) Pahang Pahang Stadium Shah Alam, Selangor
1996 Selangor Selangor 0 – 0 (5-3 Penalti) Sabah Sabah Stadium Shah Alam, Selangor
1995 Selangor Selangor 1 – 0 (gol emas) Pahang Pahang Stadium Shah Alam, Selangor
1994 Singapura Singapura 4 – 0 Pahang Pahang Stadium Shah Alam, Selangor
1993 Kedah Kedah 2 – 0 Singapura Singapura Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1992 Pahang Pahang 1 – 0 Kedah Kedah Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1991 Johor Johor 3 – 1 Selangor Selangor Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1990 Kedah Kedah 3 – 1 Singapura Singapura Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1989 Kuala Lumpur Kuala Lumpur 2 – 1 Kedah Kedah Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1988 Kuala Lumpur Kuala Lumpur 3 – 0 Kedah Kedah Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1987 Kuala Lumpur Kuala Lumpur 1 – 0 Kedah Kedah Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1986 Selangor Selangor 6 – 1 Johor Johor Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1985 Johor Johor 2 – 0 Kuala Lumpur Kuala Lumpur Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1984 Selangor Selangor 3 – 1 Pahang Pahang Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1983 Pahang Pahang 3 – 2 (Masa Tambahan) Selangor Selangor Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1982 Selangor Selangor 1 – 0 TerengganuTerengganu Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1981 Selangor Selangor 4 – 0 Singapura Singapura Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1980 Singapura Singapura 2 – 1 Selangor Selangor Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1979 Selangor Selangor 2 – 0 Singapura Singapura Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1978 Selangor Selangor 4 – 2 Singapura Singapura Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1977 Singapura Singapura 3 – 2 (Masa Tambahan) Pulau Pinang Pulau Pinang Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1976 Selangor Selangor 3 – 0 Singapura Singapura Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1975 Selangor Selangor 1 – 0 Singapura Singapura Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1974 Pulau Pinang Pulau Pinang 2 – 1 Perak Perak Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1973 Selangor Selangor 2 – 1 TerengganuTerengganu Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1972 Selangor Selangor 3 – 1 Perak Perak Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1971 Selangor Selangor 3 – 1 Perak Perak Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1970 Perak Perak 1 – 0 Kelantan Kelantan Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1969 Selangor Selangor 1 – 0 Pulau Pinang Pulau Pinang Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1968 Selangor Selangor 8 – 1 Pulau Pinang Pulau Pinang Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1967 Perak Perak 2 – 1 Singapura Singapura Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
Piala HMS Malaya
1966 Selangor Selangor 1 – 0 Tentera (TLDM) Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1965 Singapura Singapura 3 – 1 Selangor Selangor Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1964 Singapura Singapura 3 – 2 Perak Perak Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1963 Selangor Selangor 6 – 2 Pulau Pinang Pulau Pinang Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1962 Selangor Selangor 1 – 0 Pulau Pinang Pulau Pinang Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1961 Selangor Selangor 4 – 2 Perak Perak Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1960 Singapura Singapura 2 – 0 Perak Perak Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1959 Selangor Selangor 4 – 0 Perak Perak Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1958 Pulau Pinang Pulau Pinang 3 – 3 (3-1 Ulangan) Singapura Singapura Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1957 Perak Perak 3 – 2 Selangor Selangor Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1956 Selangor Selangor 2 – 1 Singapura Singapura Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1955 Singapura Singapura 3 – 1 Kelantan Kelantan Jalan Rifle Range, Singapura
1954 Pulau Pinang Pulau Pinang 3 – 0 Singapura Singapura Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1953 Pulau Pinang Pulau Pinang 3 – 2 Singapura Singapura Dewan Perhimpunan Cina, Ipoh
1952 Singapura Singapura 3 – 2 Pulau Pinang Pulau Pinang Dewan Perhimpunan Cina, Ipoh
1951 Singapura Singapura 6 – 0 Perak Perak Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1950 Singapura Singapura 2 – 0 Pulau Pinang Pulau Pinang Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1949 Selangor Selangor 3 – 2 Malaysia Tentera Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1948 Negeri Sembilan Negeri Sembilan 2 – 2 (2-1 Ulangan) Selangor Selangor Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1942-1947 Tidak dipertandingkan
1941 Singapura Singapura 2 – 1 Pulau Pinang Pulau Pinang Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1940 Singapura Singapura 2 – 0 Kedah Kedah Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1939 Singapura Singapura 3 – 1 Selangor Selangor Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1938 Selangor Selangor 1 – 0 Singapura Singapura Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1937 Singapura Singapura 2 – 1 Selangor Selangor Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1936 Selangor Selangor 1 – 0 Singapura Singapura Jalan Rifle Range, Singapura
1935 Selangor Selangor 3 – 2 Singapura Singapura Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1934 Singapura Singapura 2 – 1 Pulau Pinang Pulau Pinang Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1933 Singapura Singapura 8 – 2 Selangor Selangor Jalan Rifle Range, Singapura
Piala Malaya
1932 Singapura Singapura 5 – 3 Selangor Selangor Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1931 Perak Perak 3 – 1 Singapura Singapura Dewan Perhimpunan Cina, Ipoh
1930 Singapura Singapura 3 – 0 Selangor Selangor Stadium Jalan Anson, Singapura
1929 Selangor Selangor 2 – 2 (Berkongsi Juara) Singapura Singapura Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1928 Selangor Selangor 2 – 2 (Berkongsi Juara) Singapura Singapura Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1927 Selangor Selangor 8 – 1 Singapura Singapura Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1926 Perak Perak 1 – 0 Singapura Singapura Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1925 Singapura Singapura 2 – 1 Selangor Selangor Stadium Jalan Anson, Singapura
1924 Singapura Singapura 1 – 0 Selangor Selangor Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1923 Singapura Singapura 2 – 1 Perak Perak Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1922 Selangor Selangor 3 – 2 Singapura Singapura Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1921 Singapura Singapura 2 – 1 Selangor Selangor Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur

Jurulatih pasukan juara

Tahun Jurulatih Pasukan
2014 Malaysia Zainal Abidin Hassan Pahang Pahang
2013 Malaysia Dollah Salleh Pahang Pahang
2012 Croatia Bojan Hodak Kelantan Kelantan
2011 Malaysia Mohd Azraai Khor Abdullah Negeri Sembilan Negeri Sembilan
2010 Malaysia B. Sathianathan Kelantan Kelantan
2009 Malaysia Wan Jamak Wan Hassan Negeri Sembilan Negeri Sembilan
2008 Malaysia Mohd Azraai Khor Abdullah Kedah Kedah
2007 Malaysia Mohd Azraai Khor Abdullah Kedah Kedah
2006 Malaysia Abdul Rahman Ibrahim Perlis Perlis
2005 Malaysia Dollah Salleh Selangor Selangor
2004 Malaysia Norizan Bakar Perlis Perlis
2003 Malaysia Dollah Salleh Selangor Selangor MPPJ
2002 Australia Ken Worden Selangor Selangor
2001 Malaysia Mat Zan Mat Aris Terengganu Terengganu
2000 Jerman Karl Heinz Weigang Perak Perak
1999 England Michael Jones Brunei Brunei
1998 Jerman Karl Heinz Weigang Perak Perak
1997 England Steve Wicks Selangor Selangor
1996 Australia Ken Worden Selangor Selangor
1995 Australia Ken Worden Selangor Selangor
1994 Singapura Singapura
1993 Belanda Roberts Alberts Kedah Kedah
1992 England Mike Brown Pahang Pahang
1991 Australia Michael Urukalo Johor Johor
1990 Czechoslovakia Milous Kvacek Kedah Kedah

Pencapaian pasukan

Sehingga 2014
# Pasukan Juara Naib Juara
1 Selangor Selangor FA 32 15
2 Singapura Singapura 24 19
3 Perak Perak FA 7 11
4 Pulau Pinang Penang FA 4 9
5 Kedah Kedah FA 4 6
6 Pahang Pahang FA 4 4
7 Negeri Sembilan Negeri Sembilan FA 3 3
8 Kuala Lumpur Kuala Lumpur FA 3 1
9 Kelantan Kelantan FA 2 4
10 Johor Johor FA 2 1
Perlis Perlis FA 2 1
12 Terengganu Terengganu FA 1 4
13 Brunei Brunei Darussalam 1 -
Selangor Selangor MPPJ 1 -
15 Sabah Sabah FA - 3
Malaysia ATM FA - 3
17 Sarawak Sarawak FA - 1
Johor Johor Darul Ta'zim FC - 1

Rekod

Peristiwa

Tahun Peristiwa
1921 Edisi pertama Piala Malaya dipertandingkan.
1925 Piala Malaya dipertandingkan pertama kali di Singapura.
1928 Piala Malaya dikongsi bersama oleh pasukan Selangor dan Singapura.
1930 Perlawanan akhir antara Selangor dan Singapura di Padang Kelab Selangor mencetuskan kontroversi apabila pengadil menangguhkan permainan semata-mata kerana padang becak. Permainan disambung di Jalan Anson, Singapura. Singapura menang 3-0.
1931 Perak memenangi Piala Malaysia di tempat sendiri ketika perlawanan akhir diadakan di Dewan Perhimpunan Cina, Ipoh
1933 Piala Malaya ditukar nama ke Piala HMS Malaya atas nama kapal perang Inggeris HMS Malaya. Pegawai memerintah kapal ketika itu kapten Buttler telah menyumbangkan piala tersebut.
1941 Singapura layak ke perlawanan akhir kali ke-20.
1942-1947 Piala Malaya tidak dipertandingkan akibat Perang Dunia Ke-dua.
1948 Piala HMS diadakan semula setelah berakhir perang dunia kedua dan buat kali pertama Singapura gagal menjejakkan kaki ke perlawanan akhir. Perlawanan ulangan juga diadakan antara Negeri Sembilan dan Selangor selepas kedua-dua pasukan terikat pada perlawanan pertama.
1949 Perlawanan akhir antara Selangor dengan pasukan bukan berstatus negeri, Tentera.
1950 Penyerang Singapura Allahyarham Awang Bakar, membalas sepakan percuma penjaga gol Pulau Pinang, Tan Swee Hock, dengan rembatan dari jarak 40 meter. Bola menerjah ke gawang sebelum Swee Hock sempat kembali ke posisi. Singapura menang 2-0.
1957 Perlawanan akhir pertama di Stadium Merdeka dan Perak telah menjuarainya.
1959 Pemain Perak, Ng Boon Bee, muncul penjaring terbanyak dengan 10 gol pada 1959 untuk membantu pasukannya melangkah ke perlawanan akhir. Boon Bee kemudian menjadi bintang badminton negara apabila membantu Malaysia menjulang Piala Thomas pada 1967.
1962 Kelantan menumpaskan Pahang 16-1 pada pusingan awal dimana Mohammad Che Su menyumbang lapan gol.
1963 Selangor menewaskan Terengganu 18-0.
1964 Siaran secara langsung pertama ditayangkan ditelevisyen. Singapura menang 3-2 menerusi dua jaringan pada dua minit terakhir.
1967 Piala HMS Malaya ditukar nama ke Piala Malaysia. Perak menjuarainya.
1970 Kelantan, wakil negeri pantai timur pertama memasuki perlawanan akhir.
1974 Perlawanan akhir melibatkan dua pasukan utara antara Pulau Pinang dengan Perak.
1981 Selangor bertemu Singapura diperlawanan akhir bagi kali ke-24.
1983 Selepas 8 tahun didominasi Selangor dan Singapura, Pahang berjaya buat pertama kalinya menjuarai Piala Malaysia sekaligus menjadi pasukan dari Pantai Timur yang berjaya mendakap piala tersebut
1984 Selangor menewaskan Pahang 3-1 di perlawanan akhir, walaupun ketinggalan 1-0 sehingga minit 86 sebelum menjaringkan gol pada minit 87, 89 dan 90.
1985 Pertembungan Johor dan Kuala Lumpur merupakan kedua-dua pasukan yang melayakkan diri ke perlawanan akhir untuk pertama kali.
1989 Kuala Lumpur mencapai "hat-trick" selepas memenangi pada 1987, 1988 dan 1989 dengan menewaskan pasukan yang sama iaitu Kedah.
1990 Kedah menjuarai Piala Malaysia untuk pertama kali.
1992 Pahang memperoleh gol seawal minit kedua perlawanan dimulakan dan keputusan 1-0 menentang Kedah kekal sehingga wisel penamat dibunyikan. Ia juga merupakan perlawanan antara pasukan utara dan pasukan pantai timur.
1994 Aksi terakhir pasukan Singapura dalam kancah bolasepak Malaysia. Singapura menjuarai Piala Malaysia pada tahun ini dan buat kali terakhir.
1995 Jaringan sudden-death pertama oleh Selangor setelah terikat 0-0 dengan Pahang.
1996 Aksi pertama dari pasukan Borneo dimana perlawanan akhir antara Selangor dengan Sabah. Juara juga pertama kali ditentukan menerusi penalti setelah seri pada masa tambahan. Selangor menang penalti 5-3.
1998 Perlawanan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil.
1999 Buat pertama kali dua pasukan dari kepulauan Borneo beraksi diperlawanan akhir antara Sarawak dan Brunei. Brunei menjuarai Piala Malaysia kali pertama dan Stadium Merdeka menjadi pentas Piala Malaysia yang terakhir.
2001 Terengganu menjuarai Piala Malaysia untuk pertama kali dan Perlawanan Piala Malaysia Pertama Abad ke 21.
2003 Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ), pasukan berstatus kelab pertama memenangi Piala Malaysia.
2004 Dua pasukan dari utara bertembung pada perlawanan akhir kali kedua antara Perlis dengan Kedah.
2005 Selangor menjuarai Piala Malaysia kali ke 32. Selain itu mereka juga memenangi Piala Liga Perdana (liga tahap dua) dan juga Piala FA.
2007-2008 Kedah menjuarai Piala Malaysia. Selain itu mereka juga memenangi Piala Liga Super dan juga Piala FA. Kedah juga satu-satunya pasukan di Malaysia yang berjaya menjadi juara "Double Treble" iaitu menjuarai treble untuk dua musim berturut-turut (2007/2008 dan 2008/2009)
2010 Kelantan menjuarai Piala Malaysia untuk pertama kali.
2012 Dua juara Liga Malaysia iaitu Juara Liga Super, Kelantan bertemu Juara Liga Perdana, ATM pada perlawanan akhir. Fakta menarik, kedua-dua pasukan ini dalam kumpulan yang sama dalam saingan peringkat kumpulan. Kelantan memenangi Piala Malaysia kali kedua disamping memenangi Piala Liga Super (liga tahap satu) dan juga Piala FA.

Rekod

Rekod Pasukan Catatan
Juara pertama Piala Malaya Singapura 1921
Juara pertama Piala HMS Malaya Singapura 1933
Juara pertama selepas PD2 Negeri Sembilan 1948
Juara pertama di Stadium Merdeka Perak 1957
Juara pertama Piala Malaysia Perak 1967
Juara pertama di Stadium Shah Alam Singapura 1994
Juara pertama di Stadium Bukit Jalil Perak 1998
Juara terakhir di Stadium Merdeka Brunei 1999
Juara pertama abad ke-21 Terengganu 2001
Juara terbanyak Selangor 32 kali, termasuk 2 kali juara bersama Singapura


Rekod Pasukan Catatan
Pasukan yang pernah menjuarai hatrik Singapura 5 kali (1923-1924-1925), (1928-1929-1930), (1932-1933-1934), (1939-1940-1941) dan (1950-1951-1952)
Selangor 4 kali (1927-1928-1929), (1961-1962-1963), (1971-1972-1973) dan (1995-1996-1997)
Kuala Lumpur 1 kali (1987-1988-1989)
Pasukan kelab pertama bertanding Johor FC 2000
Pasukan kelab pertama juara MPPJ Selangor 2003
Pasukan memasuki perlawanan akhir berturut-turut paling lama Singapura 1921-1941
Pasukan-pasukan berkongsi juara Selangor & Singapura 1928 dan 1929
Pasukan memasuki perlawanan akhir tapi tewas kesemuanya ATM 3 kali (1949, 1966 dan 2012)
Sabah 3 kali (1996, 2002 dan 2003)
Sarawak 1999
Pasukan yang belum ke perlawanan akhir Melaka
Pasukan memasuki perlawanan akhir tiga kali berturut (atau lebih) tapi tidak menang kesemuanya Perak 2 kali (1959-1960-1961) dan (1970-1971-1972)
(kecuali Selangor dan Singapura) Pulau Pinang 1 kali (1952-1953-1954)
Kedah 1 kali (1987-1988-1989)
Perlis 1 kali (2004-2005-2006)
Negeri Sembilan 1 kali (2009-2010-2011)
Pasukan memerlukan tempoh paling panjang untuk memenangi semula Negeri Sembilan 61 tahun (1948-2009)
Pasukan memerlukan tempoh paling panjang untuk memenangi Piala Malaysia Kelantan 89 tahun (1921-2010)
Perlis 83 tahun (1921-2004)


Rekod Pasukan dan Pemain Catatan
Jaringan pasukan terbanyak dalam perlawanan akhir Selangor 8 gol (1933 dan 1968)
Singapura 8 gol (1927)
Jaringan perlawanan terbanyak dalam perlawanan akhir Singapura - Selangor 10 gol (1933)
Jaringan perlawanan terbesar dalam peringkat kumpulan Selangor - Terengganu 18-0 (1963)
Kelantan - Pahang 16-1 (1962)
Penjaring terbanyak dalam perlawanan akhir Abdul Ghani Minhat 4 gol (1961)
Penjaring terbanyak dalam satu perlawanan peringkat kumpulan Mohamad Che Su 8 gol (1962 Kelantan - Pahang)
Penjaring-penjaring hatrik dalam perlawanan akhir MalaysiaSelangorAbdul Ghani Minhat(4 gol)
MalaysiaSelangorS.Thanabalan Selangor
YugoslaviaJohorErvin Boban
AustraliaSingapuraAbbad Saad
ArgentinaSelangorMPPJ Juan Manuel Aristegui
IndonesiaSelangorBambang Pamungkas
1961
1968
1991
1994
2003
2005
Jurulatih import paling banyak memimpin pasukan juara AustraliaSelangorKen Worden 3 kali (1995,1996 dan 2002)
Pemain paling banyak juara dalam pasukan sama MalaysiaSelangorAllahyarham Mokhtar Dahari 10 Gelaran (1972-1986)
Pemain paling banyak juara dalam pasukan berbeza Malaysia Hairuddin Omar 4 kali (Terengganu 2001, Negeri Sembilan 2009, Kelantan 2010, Negeri Sembilan 2011)
Pemain import membantu pasukan juara hatrik AustraliaSelangorMehmet Durakovic 1995,1996 dan 1997

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Empat tahun berturut-turut finalis dari kumpulan sama, Berita Harian, 28 Oktober 2013.