SS: Perbezaan antara semakan

Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
45 bait ditambah ,  6 tahun lalu
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
''SS'' berkembang dari sebuah unit kecil separa tentera kepada satu pasukan terkuat yang berkhidmat sebagai pengawal peribadi [[Führer]], "Skuad Pelindung" Parti Nazi ini mempunyai hampir sejuta anggota (kedua-dua di barisan depan dan sebagai polis politik),berjaya menggunakan banyak pengaruh politik dalam Reich Ketiga sama seperti [[Wehrmacht]], angkatan tentera tetap Jerman.
 
Mengikut [[Perbicaraan Nuremberg]], seperti kebanyakkan siasatan jenayah perang dan perbicaraan yang dijalankan, ''SS'' telah dipertanggungj awabkan keatas majoriti besar jenayah perang Nazi. Terutamanya, dalam melaksanakan [[HolocaustHolokus]] (kemusnahan ras). Sebagai sebahagian dari fungsi pemusatan bangsanya, SS menyelia pengasingan dan perpindahan bangsa [[Yahudi]] daripada populasi jajahan takluk, merampas aset-aset mereka dan mengangkut mereka ke [[Kem tahanan Nazi|kem tahanan]] dan [[ghetto]] (setinggan) yang mana mereka boleh digunakan sebagai buruh paksa (sementara menunggu penghapusan) atau terus dibunuh.
 
Bermula dengan cawangan kecil ''[[Pasukan SA|Sturmabteilung]]'' (Pasukan Penggempur atau "Pasukan Berseragam Coklat",disingkatkan sebagai '''SA'''), SS meningkat dari segi saiz dan kuasa kerana kesetiaannya yang tidak berbelah bagi terhadap Adolf Hitler, berbanding dengan ''SA'',yang dilihat separa bebas dan satu ancaman kepada hegemoni Hitler keatas parti. Dibawah Himmler, SS memilih ahli-ahlinya mengikut ideologi Nazi. Menubuhkan polis elit dan unit-unit tentera seperti [[Waffen-SS]], Hitler menggunakan SS bagi membentuk satu golongan manusia yang didakwa lebih hebat dalam ketulenan bangsa dan kebolehan terhadap rakyat Jerman dan rupa bangsa yang lain, menjadi model untuk wawasan [[ketuanan bangsa]] Nazi. Semasa Perang Dunia II, unit-unit SS beroperasi disamping tentera darat tetap Jerman ([[Heer (1935–1945)|Heer]]). Bagaimanapun,menjelang peringkat akhir peperangan, SS cuba menguasai Wehrmacht dalam usaha untuk menghapuskan ancaman-ancaman terhadap kuasa Hitler semasa melaksanakan strategi perang yang dilihat semakin menuju kegagalan.
 
Di pilih untuk melaksanakan "[[Penyelesaian Terakhir]]" Nazi bagi bangsa Yahudi dan kaum-kaum lain yang dianggap rendah (atau musuh-musuh negara), SS adalah pemimpin dalam melakukan pembunuhan,penderaan dan penghambaan keatas lebih kurang 12 juta orang. Kebanyakkan mangsa adalah orang Yahudi atau Poland atau keturunan Slavic yang lain. Bagaimanapun, kumpulan etnik yang lain seperti Roma (Gipsi) juga menjadi mangsa utama. Tambahan lagi, pembersihan SS telah diperluaskan kepada mereka yang mengancam "kebersihan kaum" atau ideologi Nazi - termasuk pesakit mental atau orang cacat anggota,homoseks dan penentang-penentang politik. Ahli-ahli pertubuhan buruh dan mereka yang bersekongkol dengan kumpulan (keagamaan,politik,sosial dan sebagainya) yang menentang rejim, atau dilihat menentang usaha-usaha kerajaan Nazi,telah ditangkap beramai-ramai;ini termasuklah para paderi semua agama,pengikut Jehovah,Freemason,Komunis dan ahli Kelab Rotary.
13,409

suntingan

Menu pandu arah