D'Febians: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Ekmte (bincang | sumb.)
Baris 94: Baris 94:


==Diskografi==
==Diskografi==

* Juara-Juara Rock 1 (1986)
===Album Studio===
* Juara-Juara Rock 2 (1987)
* Juara-Juara Rock 3 (1988)
* Febians (1988)
* Febians (1988)
* 1001 Malam (1989)
* 1001 Malam (1989)
* Satu Antara Sejuta (1991)
* Satu Antara Sejuta (1990)
* Lang Buana (1994)
* Lang Buana (1994)

===Album Kompilasi===
* [[Album Juara Juara Rock 1 (1987)|Juara Juara Rock 1 (1987)]]
* [[Album Juara Juara Rock 2 (1987)|Juara Juara Rock 2 (1987)]]
* [[Album Juara Juara Rock 3 (1987)|Juara Juara Rock 3 (1987)]]


===Lagu-Lagu===
===Lagu-Lagu===

# 1001 Malam
* 1001 Malam
# Bayangan Cinta
* Bayangan Cinta
# Bukan Untuk Selamanya
* Bukan Untuk Selamanya
# Cinta Pertama
# Demi Cinta Ini
* Cinta Pertama
# Kehancuran Sebuah Cinta
* Demi Cinta Ini
* Kehancuran Sebuah Cinta
# Kehilangan
* Kehilangan
# Keindahan Pelangi
* Untukmu Sayang
# Keinsafan
* Keinsafan
# Kenangan Abadi
* Kenangan Abadi
# Kesan
* Kesan
# Kesepian
* Kesepian
# Masih
* Masih
# Penantian
* Penantian
# Perperangan
* Peperangan
# Racun Asmara
* Racun Asmara
# Roda Penghidupan
* Roda Penghidupan
# Rumie Dan Julie
* Rumie Dan Julie
# Sandiwara Cinta
* Sandiwara Cinta
# Sepohon Kayu
# Untukmu Sayang


== Pautan luar ==
== Pautan luar ==

Semakan pada 04:17, 10 November 2015

Febians
Kulit album kumpulan Febians
Latar belakang
Nama lahirThe Febians
Juga dikenali sebagai
D' Febians
Berasal dariJohor Johor
Malaysia Malaysia
GenreRock
PekerjaanAhli Muzik Berkumpulan
Tahun aktif1980 - 2015
Laman sesawang
https://www.facebook.com/febians2015/
AhliNorkamal Abd Ghani (Guitar)
Rahmat (Guitar)
Raymie Hj Tahir (Vocal)
Samsuri Tahir (Drum)
Yazeed Muhammad (Bass)
Hisham Zainon (Keyboard),
Bekas ahliSamad
Jarum
Taha
Kemat
As
Wai
Fahmi
Jas
Zaini
Maulud
Mad Mega
Seth
Nasha
Aziz
Ians
Harun
Ali
Emi

Kumpulan Febians, juga dikenali dengan nama D'Febians atau The Febians ditubuhkan pada tahun 1980 di Johor Bahru, Johor. Dianggotai oleh Aziz Mohamed (Aziz), Abdul Rahman (Man Burger), Kemat Hassan (Kemat), Samsuri Tahir (Sham) dan Jasmin Zainal (Hana).

Tahun 1982 menjadi Juara Rock Johor. Line up: Aziz - gitar Taha - gitar ke2 Kemat - bass Sham - drums Nasha - vokal Hana - vokal ke2

Tahun 1983 berlaku pertukaran line up lagi.

Aziz - gitar Taha - gitar ke2 Yazeed - bass Sham - drums Nasha - vokal Hana - vokal ke2

Pertengahan 1983 berlaku lagi pertukaran anggota.

Aziz - gitar Yazeed - gitar ke2 Jas - bass Sham - drums Nasha - vokal/keyboard Hana - vokal ke2

Hujung 1985 berlaku perpecahan selepas replace Search di Hard Rock Cafe Tmn Tun Dr.Ismail KL yang ketika itu pemain gitar Search (Man Kidal) menghadapi sedikit masalah keluarga. Pada ketika ini juga shooting Kembara Seniman Jalanan sedang berlangsung. Perpecahan akibat sedikit salah faham yang melibatkan vokalis (Nasha)yang pada ketika itu juga meninggalkan group bersama dengan pemain drums (Sham).

Kecewa dengan apa yang berlaku,Yazeed mengambil keputusan meninggalkan kumpulan Febians bersama pemain bass Jas.Yang tinggal hanya Hana dan Aziz. Selang beberapa bulan tempat Yazeed diisi oleh Sopian Samiran (Ians) dan Zaini mengisi kekosongan diposisi bass sementara Maulud menjadi vokalis.Samad mengambil tempat Sham sebagai drummer. Selpas kematian Zaini,posisi bass diisi pula oleh Harun.Selepas Harun meninggalkan Febians,tempat beliau diisi oleh Din PP@Din Kilauan Emas.

Mula menempa nama dalam arena muzik tempatan pada tahun 1983 hingga ke arena 'Juara Juara Rock'. Pernah dinobatkan gelaran 'Raja Pentas' pada era '86-'88 kerana sering mempamerkan persembahan mantap.

Lahirnya album '1001 Malam' pada tahun 1989, Febians ketika itu dianggotai oleh Aziz Mohamed (Aziz), Sufian Samiran (Ians), Harun Rahman (Harun), Samsuri Tahir (Sham) dan Nasabandi Jumat (Nasha). Seterusnya mereka muncul pula dengan album 'Satu Antara Sejuta' pada tahun 1991.

'Raja Pentas' menyepi seketika sebelum kembali pada tahun 1994 menerusi album 'Lang Buana' yang mana ketika itu Sufian Samiran (Ians), Samsuri Tahir (Sham) dan Harun Rahman (Harun) meninggalkan Febians. Tempat mereka digantikan oleh Samad Isa (Samad) selaku pemain drum dan Seth Jamal (Seth) selaku pemain bass. Dua ahli lama yang masih kekal adalah Aziz Mohamed (Aziz) dan Nasabandi Jumat (Nasha)

Selepas era '94, Febians hanya bergerak aktif menjayakan persembahan di sekitar Johor kebanyakannya. Berlaku banyak pertukaran ahli, namun masih setia bergerak di bawah nama Febians. Selepas era ini Febians menyepi tanpa sebarang aktiviti.

Pada tahun 2001 hasil pertemuan Yazeed Muhammad (Yazid) dan Aziz Mohamed (Aziz), mereka bersepakat untuk menghidupkan semula Febians. Percubaan awal dilakukan dengan barisan Yazeed Muhammad (Yazid), Aziz Mohamed (Aziz), Man Bukit dan Samad Isa (Samad). Namun usaha mereka bertahan untuk beberapa bulan sahaja.

Tahun 2003 cubaan Jasmin Zainal (Hana), Yazeed Muhammad (Yazid) dan Sufian Samiran (Ians) mengembalikan Febians kali ini dengan menampilkan Omma Akira sebagai gitaris juga Samsuri Tahir (Sham) sebagai drummer. Malangnya Jasmin Zainal (Hana) tidak mampu untuk membawa peranannya sebagai penyanyi maka sekali lagi langkah Febians terhenti. Menjelang tahun 2004 dengan barisan pemuzik yang sama, kali ini menampilkan penyanyi baru bernama Zam namun hanya bertahan selama setahun sahaja.

Memasuki tahun 2005, Yazeed Muhammad (Yazid) mula mengusahakan studio jamming dan beliau memberi laluan kepada Ithnin untuk mengambil alih peranan sebagai bassist. Namun mereka juga gagal.

Tahun 2006 giliran As pula mengemudi Febians sebagai drummer bersama Aziz Mohamed (Aziz), Din PP (Din Kilauan Emas) dan Wai. Gabungan ini bertahan sehingga tahun 2013 sebelum sekali lagi Jasmin Zainal (Hana) kembali dengan percubaan untuk menghidupkan semula Febians bersempena dengan kebangkitan Rock Kapak dan siri konsert Rockers Apa Khabar. Ketika ini Febians kembali bergerak dengan Yazeed Muhammad (Yazid), Sufian Samiran (Ians) dan Samsuri Tahir (Sham). Namun Jasmin Zainal (Hana) masih mengulangi kelemahan silam iaitu tidak mampu menguasai vokal sebagai penyanyi Febians.

Audition dilakukan untuk mengisi tempat Hana dengan cubaan membawa Ali, merupakan bekas penyanyi studio A.M.S Music Masai dan gitaris baru bernama Emi. Namun mereka juga gagal memenuhi kriteria untuk berjuang bersama Febians. Akhirnya Ali, Emi dan Sufian Samiran (Ians) bertindak menarik diri dari Febians pada awal tahun 2015.

Tahun 2015, Febians mula mengatur langkah yang lebih serius untuk membuat 'comeback'. Kali ini dengan barisan yang menggandingkan generasi lama dan baru. Dua anggota asal yang pernah bersama Febians iaitu Samsuri Tahir (Sham) dan Yazeed Muhammad (Yazid) bergandingan dengan muka baru iaitu Norkamal Abd. Ghani (Nano), Rahmat, Raymie Hj. Tahir (Raymie) dan Hisham Zainon (Sham CM) membentuk kembali Febians 2015.

Norkamal Abd. Ghani (Nano) dan Rahmat bergandingan selaku pemain gitar, Hisham Zainon (Sham CM) memberi nafas baru dalam muzik Febians dengan alunan keyboardnya dan watak utama selaku penyanyi menjadi peranan Raymie Hj. Tahir (Raymie). Percubaan kali ini semakin membuahkan hasil apabila Febians mula membuat persembahan terbuka pertama mereka pada 27hb Oktober 2015 di DiVA, Bandar Seri Alam. Mendendangkan 5 buah lagu termasuk 2 buah lagu yang asalnya dipopularkan oleh lagenda Deep Purple iaitu 'Burn' dan 'Soldier Of Fortune', ternyata pengunjung masih mahukan lebih lagi dari Febians.

Demi mendekati peminat lama dan baru, Febians turut melancarkan laman Twitter Febians serta YouTube Channel Febians khas untuk peminat melihat lebih dekat aktiviti mereka selain berlatih muzik.


Ahli-ahli Terkini

  1. Raymie Hj. Tahir - Vocalist
  2. Norkamal Abd. Ghani - Guitarist
  3. Rahmat - Guitarist
  4. Yazeed Muhammad - Bassist
  5. Shamsuri Tahir - Drummer
  6. Hisham Zainon - Keyboardist

Diskografi

Album Studio

  • Febians (1988)
  • 1001 Malam (1989)
  • Satu Antara Sejuta (1990)
  • Lang Buana (1994)

Album Kompilasi

Lagu-Lagu

  • 1001 Malam
  • Bayangan Cinta
  • Bukan Untuk Selamanya
  • Cinta Pertama
  • Demi Cinta Ini
  • Kehancuran Sebuah Cinta
  • Kehilangan
  • Untukmu Sayang
  • Keinsafan
  • Kenangan Abadi
  • Kesan
  • Kesepian
  • Masih
  • Penantian
  • Peperangan
  • Racun Asmara
  • Roda Penghidupan
  • Rumie Dan Julie
  • Sandiwara Cinta

Pautan luar