Kongres India Malaysia: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Mrpresidentfaris (bincang | sumb.)
→‎Presiden MIC: Memasukkan bendera
Baris 25: Baris 25:


==Presiden MIC==
==Presiden MIC==
[[Fail:Malaysian Indian Congress.gif|thumb|Bendera rasmi MIC.]]
{| class="wikitable"
{| class="wikitable"
|-
|-

Semakan pada 09:33, 17 November 2015

Kongres India Se-Malaysia
Malaysian Indian Congress
மலேசியா இந்தியா காங்கிரெஸ்
MIC
PemimpinDatuk Palanivel Govindasamy
DitubuhkanOgos 1946
Ibu pejabatTingkat 6, Menara Manickavasagam
No.1, Jalan Rahmat
Jalan Tun Ismail
50350 Kuala Lumpur
IdeologiNasionalisme, Centrisme, Konservatisme
Penggabungan kebangsaanBarisan Nasional
Laman sesawang
http://www.mic.org.my

Kongres India Se-Malaysia (singkatan: MIC; Inggeris: Malaysian Indian Congress) (Tamil : மலேசியா இந்தியா காங்கிரெஸ்) merupakan sebuah parti politik di Malaysia dan satu daripada anggota pengasas, parti gabungan, Barisan Nasional, sebelumnya dikenali sebagai Parti Perikatan, yang mana ia telah berkuasa memerintah negara Malaysia sejak kemerdekaan pada 1957.

Sejarah

Kongres India Se-Malaysia adalah sebuah parti minoriti India yang ditubuhkan pada Ogos 1946 oleh John A. Thivy dan Janaky Athi Nahappan.

MIC ditubuhkan selepas satu persidangan diadakan di Dewan Orang Ramai Chettiar, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Pada awalnya, ia hanya menjadi tarikan kepada masyarakat kelas pertengahan terutama dengan personaliti presiden pertamanya John A. Thivy yang berlatar belakangkan pengamal undang-undang.

Parti MIC pernah dipimpin oleh barisan kepimpinan pelbagai latar belakang termasuklah peguam, kerani, ahli perniagaan, guru, dan arkitek. Sumbangan setiap kepimpinan berbeza-beza mengikut keperluan persekitaran semasa ketika itu. Seiring dengan perkembangan tersebut, pencapaian parti MIC juga berubah.

Jika pada awalnya, kebajikan masyarakat India diberi tumpuan terutama mereka yang datang berhijrah ke Tanah Melayu, selepas itu, usaha untuk memperbaiki taraf hidup mereka dilakukan. Ini termasuklah usaha mengurangkan kadar kemiskinan, pekerjaan, perumahan, kesihatan, pendidikan dan hak milik saham serta latihan kemahiran.

Presiden MIC

Bendera rasmi MIC.
Nama Tempoh perkhidmatan
Mr. John A. Thivy 1946 - 1947
Mr. Budh Singh 1947 - 1950
Mr. K.Ramanathan 1950 - 1951
Mr. K. L. Devaser 1951 - 1955
Tun V.T Sambanthan 1955 - 1973
Tan Sri Dato V. Manikavasagam 1973 - 1979
Dato Seri S. Samy Vellu A/L Sangilimuthu 1979 - 2010
Datuk Palanivel Govindasamy 2010 - kini

Lihat juga

Pautan luar

Nota

Rujukan