GST (Malaysia): Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Joanna20 (bincang | sumb.)
Joanna20 (bincang | sumb.)
Baris 727: Baris 727:


===Pasaran gelap===
===Pasaran gelap===
Pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) merupakan satu daripada cara untuk membanteras kewujudan aktiviti [[pasaran gelap]]. Di bawah CBP, hanya peniaga yang mempunyai rekod jualan dan pembelian yang dikemas kini sahaja layak untuk mendapat pelbagai kemudahan seperti menuntut cukai input dan membuat pinjaman bank. Jika sudah mendaftar CBP tetapi membeli daripada pasaran gelap, mereka bukan sahaja tidak layak menuntut apa-apa cukai input tetapi turut meningkatkan kos perniagaan. Di bawah CBP, transaksi semua jualan dan belian mestilah direkodkan dan penyimpanan invois dan resit sangat penting.
Pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) merupakan satu daripada cara untuk membanteras kewujudan aktiviti [[pasaran gelap]] (''black market''). Di bawah CBP, hanya peniaga yang mempunyai rekod jualan dan pembelian yang dikemas kini sahaja layak untuk mendapat pelbagai kemudahan seperti menuntut cukai input dan membuat pinjaman bank. Jika sudah mendaftar CBP tetapi membeli daripada pasaran gelap, mereka bukan sahaja tidak layak menuntut apa-apa cukai input tetapi turut meningkatkan kos perniagaan. Di bawah CBP, transaksi semua jualan dan belian mestilah direkodkan dan penyimpanan invois dan resit sangat penting.


Hakikatnya, CBP membantu peniaga memperbaiki sistem rekod penjualan dan pembelian agar lebih efisien. Ini dapat memudahkan mereka mengenal pasti kos sebenar yang ditanggung dan keuntungan sebenar yang diperolehi.
Hakikatnya, CBP membantu peniaga memperbaiki sistem rekod penjualan dan pembelian agar lebih efisien. Ini dapat memudahkan mereka mengenal pasti kos sebenar yang ditanggung dan keuntungan sebenar yang diperolehi.
Baris 733: Baris 733:
Dakwaan CBP mengurangkan kuasa beli rakyat, adalah tidak benar kerana majoriti barang makanan asas dan perkhidmatan kritikal tidak dikenakan CBP. CBP yang ditetapkan hanya pada kadar enam peratus bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang kadar keseluruhan 16 peratus, adalah rendah.
Dakwaan CBP mengurangkan kuasa beli rakyat, adalah tidak benar kerana majoriti barang makanan asas dan perkhidmatan kritikal tidak dikenakan CBP. CBP yang ditetapkan hanya pada kadar enam peratus bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang kadar keseluruhan 16 peratus, adalah rendah.


Tambahan lagi, peniaga yang telah berdaftar di bawah CBP layak menuntut balik cukai input yang dibayar. Ini dapat mengurangkan kos dalam menjalankan perniagaan dan mengimbangi harga barang dan perkhidmatan di pasaran.
Tambahan lagi, peniaga yang telah berdaftar di bawah CBP layak menuntut balik cukai input yang dibayar. Ini dapat mengurangkan kos dalam menjalankan perniagaan dan mengimbangi harga barang dan perkhidmatan di pasaran.


Pihak yang menentang sistem cukai ini secara tidak sedar bersubahat untuk melindungi pasaran gelap dan peniaga dan seluruh rantaian pembekalan yang penipu.
Pihak yang menentang sistem cukai ini secara tidak sedar bersubahat untuk melindungi pasaran gelap dan peniaga dan seluruh rantaian pembekalan yang penipu.

Semakan pada 07:08, 5 Disember 2015

Cukai Barang dan Perkhidmatan (Bahasa Inggeris: Goods and Services Tax, GST) merupakan cukai nilai tambah dan cukai berdasarkan perbelanjaan di Malaysia. GST mula berkuatkuasa pada 1 April 2015 dengan kadar piawai sebanyak 6 peratus. Cukai Jualan (berkadar 10%) dan Cukai Perkhidmatan (berkadar 6%) dimansuhkan selepas berkuatkuasanya pengenalan cukai GST. Pengenalan cukai GST bertujuan untuk mereformasikan sistem percukaian negara, mempelbagaikan sumber pendapatan negara, dan meningkatkan kecekapan pungutan cukai. Malaysia menjadi sebahagian daripada lebih 160 buah negara di dunia yang melaksanakan sistem cukai nilai tambah sebagai sebahagian daripada sumber pendapatan negara.

Pengenalan GST

1980-an

Pada 1985, Daim Zainuddin selaku Menteri Kewangan telah memberi cadangan supaya cukai barang dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan di Malaysia. Tujuan utama pengenalan cukai GST adalah untuk meluaskan sumber pendapatan negara. Setelah berbincang dalam mesyuarat kabinet, Perdana Menteri ketika itu iaitu Mahathir Mohamad tidak bersetuju dengan cadangan tersebut untuk diketengahkan. Dasar pentadbiran kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Mahathir Mohamad lebih memberi keutamaan kepada dasar terlalu bergantung kepada hasil minyak petroleum, tanpa menyedari bahawa dasar yang terlalu bergantung pada petroleum hanyalah faedah yang dapat dinikmati untuk jangka masa pendek.

2010-an

Semasa membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat pada 25 Oktober 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan GST sebanyak 6% bermula 1 April 2015. Rang Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 telah dipersetujukan dan diluluskan di Dewan Rakyat pada 7 April 2014. Bacaan kali pertama Rang Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 telah dibentangkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan pada 31 Mac 2014. Pada hari Khamis bertarikh 3 April 2014, bacaan kali kedua rang undang-undang ini dibahaskan bagi peringkat dasar. Hasil undi belah bahagian peringkat dasar yang dilakukan menunjukkan 118 undi bersetuju berbanding 81 undi tidak bersetuju supaya rang undang-undang ini dibacakan buat kali ketiga. Rang undang-undang ini kemudian dibawa ke peringkat jawatankuasa untuk terbuka dibahas pada 7 April 2014, pada akhir perbahasan, suatu undi belah bahagian dilakukan. Hasil undi belah bahagian peringkat jawatankuasa mencatatkan 119 undi bersetuju berbanding 81 undi tidak bersetuju, rang undang-undang ini dipersetujukan di Dewan Rakyat. Beberapa minggu berikutnya, rang-undang-undang ini dibaca di Dewan Negara, terbuka untuk dibahas oleh Senator, dan dipersetujukan di Dewan Negara. Kedua-dua pihak merangkumi pihak penyokong kerajaan dan pembangkang mengambil bahagian secara aktif dengan mengemukakan pelbagai pandangan sebelum rang undang-undang tersebut diluluskan. Melalui pelaksanaan GST ini, ia diharap dapat memberi banyak manfaat kepada orang ramai dan sedikit sebanyak membantu di dalam meningkatkan ekonomi negara.[1]

Maksud GST

GST merupakan cukai kepenggunaan berasaskan konsep nilai tambah dan cukai berperingkat. Pembayaran cukai dibuat di setiap peringkat oleh perantara dalam proses pengeluaran dan pengedaran. GST dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di setiap peringkat pengilangan, pengeluaran, pengedaran, pembekalan, pemborongan, perniagaan, dan peruncitan dalam rantaian pembekalan termasuk pengimportan barang dan perkhidmatan. Cukai itu sendiri bukan merupakan suatu kos kepada perantara kerana mereka boleh menuntut kembali GST yang telah dikenakan ke atas input perniagaan mereka.

GST tidak meningkatkan kos perniagaan kerana ia adalah cukai kepenggunaan. Cuma akibat penambahbaikan sistem cukai ini berkemungkinan ada segelintir pengimport, pengilang, pengeluar, pengedar, pembekal, pemborong, peniaga, dan peruncit tidak terlepas dari pengisytiharan sumber, aliran dan pendapatan mereka yang selama ini ‘disorokkan’ dan mereka terpaksa membayarnya bila sistem percukaian GST dilaksanakan. Inilah dikatakan GST mampu mengelak ketirisan dan penyelewengan dalam perniagaan.[2][3]

Pelaksanaan GST merupakan salah satu langkah yang diambil oleh kerajaan bagi menyusun semula sistem percukaian negara supaya ia lebih berkesan, saksama, efisien dan telus serta dapat mengatasi kelemahan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan seterusnya mampu mengesan serta mengekang perbuatan dan kelakuan seperti:-

Mensabotaj ekonomi
Segelintir pengimport, pengilang, pengeluar, pengedar, pembekal, pemborong, peniaga, dan peruncit tidak mengisytiharkan jumlah sebenar pendapatan bulanan dan tahunan mereka untuk mengelak cukai, memanipulasi penyata pendapatan, menyembunyikan sumber serta aliran kewangan syarikat.
Ada segelintir pengimport, pengilang, pengeluar, pengedar, pembekal, pemborong, peniaga, dan peruncit yang melakukan khianat dengan sengaja menyorok sesuatu barangan, memonopoli produk bagi membunuh persaingan pesaing, dan memanipulasi harga barang sesuka hati. Akibat perbuatan segelintir pengimport, pengilang, pengeluar, pengedar, pembekal, pemborong, peniaga, dan peruncit yang menjadi pengkhianat ekonomi ini, maka harga barang meningkat berkali ganda dan menjadi mahal. Kesannya hidup rakyat menjadi susah, tetapi para pengimport, pengilang, pengeluar, pengedar, pembekal, pemborong, peniaga, dan peruncit yang khianat ini semakin kaya memboroi.
Mengenakan cukai terselindung
Cukai jualan yang dibayar di peringkat pengilangan telah menjadi kos kepada pengedar, pembekal, pemborong, peniaga, dan peruncit, maka ianya telah diambilkira di dalam pengiraan margin keuntungan sesebuah syarikat.
Mengenakan cukai bertindih
Cukai bertindih di bawah sistem yang sama, iaitu sama ada di bawah cukai jualan atau di bawah cukai perkhidmatan.
Pengguna terpaksa membayar harga yang lebih mahal kerana cukai perkhidmatan yang dikenakan merupakan sebahagian daripada kos menyediakan perkhidmatan kepada pengguna.
Cukai bertindih di bawah sistem cukai yang berlainan iaitu barang berkaitan dikenakan cukai jualan serta cukai perkhidmatan.
Pengguna terpaksa membayar harga yang lebih mahal kerana cukai jualan merupakan sebahagian daripada kos yang akan dimasukkan ke dalam harga jualan dan dikenakan cukai perkhidmatan apabila menyediakan perkhidmatan kepada pengguna.
Mengenakan caj tersembunyi
Kadang kala cukai perkhidmatan turut dimasukkan ke dalam secara terselindung di dalam bil atau resit pengguna tanpa diketahui yang sebenarnya dikenakan caj perkhidmatan.

Jenis GST

Interpretasi

Pengguna akhir ialah orang terakhir dalam rantaian bekalan dan akan menanggung GST selaku titik terakhir dalam cukai runcit. Walau bagaimanapun, GST yang telah dibayar bagi pembelian barangan dan perkhidmatan boleh diimbangi dengan bayaran yang telah dibuat pihak-pihak sebelumnya dalam rantaian tersebut.
Rantaian pembekalan merangkumi pengimport, pengilang, pengeluar, pengedar, pembekal, pemborong, peniaga, dan peruncit.
Cukai input ialah cukai GST yang dikenakan apabila sesebuah entiti perniagaan membeli barangan dan perkhidmatan untuk dijual daripada mana-mana pihak.
Cukai output ialah cukai GST yang dikenakan apabila barangan dan perkhidmatan tersebut dijual kepada pengguna akhir.
Kredit cukai input ialah cukai input yang boleh dituntut semula oleh entiti perniagaan tersebut daripada kerajaan mengikut undang-undang. 



Pembekalan Berkadar Standard

Semua barangan dan perkhidmatan dikenakan cukai sebanyak 6% pada setiap peringkat di rantaian pembekalan melainkan barang dan perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai iaitu pembekalan berkadar sifar dan pembekalan yang dikecualikan. Kesemua pihak kecuali pengguna akhir layak menuntut kembali kredit cukai input jika ada dikenakan cukai input oleh mana-mana pihak semasa pembelian input. Pengguna akhir tidak layak menuntut semula kredit cukai input dan perlu menanggung beban cukai output berkadar standard iaitu 6%. Cukai ini dikutip oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Dana dari Kumpulan Wang Disatukan akan diagihkan dalam belanjawan tahunan lalu dilaburkan bagi hal-hal pembangunan dan kebajikan penduduk Malaysia.

Bagi barangan yang ingin dibawa keluar daripada negara Malaysia, mana-mana individu termasuk warganegara Malaysia, pemastautin tetap, pemastautin sementara, bukan warganegara, pendatang asing berpermit, dan pelancong asing layak untuk menuntut bayaran balik cukai output berkadar standard 6% di kaunter Skim Bayaran Balik Pelancongan (GST Refund Scheme for Tourist) dengan mengisi borang tuntutan bayaran balik GST bersama resit barangan yang menunjukkan bayaran GST yang sah telah dibuat di mana-mana lapangan terbang antarabangsa Malaysia dan pintu sempadan negara yang diperakui undang-undang.

Pembekalan Berkadar Sifar

Barangan dan perkhidmatan yang berada di bawah kategori ini akan dikenakan cukai sebanyak 0% pada setiap peringkat di rantaian pembekalan. Kesemua pihak kecuali pengguna akhir masih layak menuntut kembali kredit cukai input jika ada dikenakan cukai input oleh mana-mana pihak semasa pembelian input. Pengguna akhir tidak perlu menanggung beban cukai GST berkadar standard iaitu 6%.

Barangan dan perkhidmatan yang dieksport ke luar negara tidak dikenakan cukai sebanyak 6% sebaliknya dikenakan kadar 0%.

Pembekalan Dikecualikan

Barangan dan perkhidmatan yang berada di bawah kategori ini tidak dikenakan cukai dan tidak tertakluk kepada GST pada peringkat output. Beban cukai GST berkadar standard tidak akan dikenakan kepada pengguna akhir. Walau bagaimanapun, entiti perniagaan yang menjadi pengguna terakhir yang terlibat di dalam rantaian pembekalan tidak layak menuntut kembali kredit cukai input sekiranya ada dikenakan cukai input oleh mana-mana pihak ketika pembelian input.

Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014

Senarai Pembekalan Dikecualikan GST

Senarai Pembekalan Dikecualikan GST[4]
Istilah Melayu Istilah Inggeris
Tanah yang digunakan bagi tujuan
Bangunan keagamaan Religious building
Kediaman (tidak termasuk hotel, rumah penginapan, rumah tumpangan atau establismen yang serupa bagi pengembara) Residence (excluding hotel, inn, boarding house or any establishments used for travellers)
Pertanian (tidak termasuk tanah yang digunakan bagi aktiviti memburu dan memancing) Agriculture (excluding land used for hunting and fishing)
Taman permainan Playground
Tanah perkuburan Cemetery
Tempat letak kereta Car park
Logam-logam berharga
Emas :
  • dalam bentuk bar, jongkong, atau wafer;
  • mempunyai ketulenan sekurang-kurangnya 99.5%; dan
  • memiliki ciri-ciri pelaburan
Gold :
  • in the form of a bar, an ingot, or a wafer;
  • is of a purity of at least 99.5%; and
  • possesses investment characteristics
Perak :
  • dalam bentuk bar, jongkong, atau wafer;
  • mempunyai ketulenan sekurang-kurangnya 99.9%; dan
  • memiliki ciri-ciri pelaburan
Silver :
  • in the form of a bar, an ingot, or a wafer;
  • is of a purity of at least 99.9%; and
  • possesses investment characteristics
Platinum :
  • dalam bentuk bar, jongkong, atau wafer;
  • mempunyai ketulenan sekurang-kurangnya 99%; dan
  • memiliki ciri-ciri pelaburan
Platinum :
  • in the form of a bar, an ingot, or a wafer;
  • is of a purity of at least 99%; and
  • possesses investment characteristics
Syiling emas / syiling perak / syiling platinum (tidak termasuk proof coin, syiling numismatik, syiling pengumpul) Gold coin / silver coin / platinum coin (excluding proof coin, numismatic coin, collector's coin)
Kemudahan kewangan
Insurans nyawa Life insurance
Kemudahan ansuran kredit Credit instalment facilities
Operasi akaun bank (akaun semasa, akaun deposit simpanan, akaun pelaburan) Bank account operation (current account, savings deposit account or investment account)
Pertukaran mata wang Currency exchange / foreign exchange market (forex)
Perkhidmatan pendidikan dan perkhidmatan berkaitan pendidikan
Kantin di prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah (kerajaan, bantuan kerajaan, dan swasta) Canteen / cafeteria at the pre-school, primary school, secondary school (government, government-funded and private)
Latihan kemahiran Skills service
Pendidikan tinggi (awam dan swasta) Tertiary education (public and private)
Prasekolah (swasta) Preschool (private)
Sekolah swasta / Sekolah persendirian / Sekolah antarabangsa (rendah dan menengah) Private school / independent school / international school (primary and secondary)
Taman asuhan kanak-kanak (swasta) Child care / Daycare (private)
Perkhidmatan jagaan kesihatan
Perkhidmatan jagaan kesihatan disediakan oleh mana-mana kemudahan jagaan kesihatan swasta berdaftar atau berlesen. The healthcare services provided by any registered or licensed private healthcare facilities.
Perkhidmatan pengangkutan awam
Bas berlesen (tidak termasuk bas sewa) Licensed bus (excluding chartered bus)
Kapal atau vessel dilesenkan sebagai kapal penumpang (tidak termasuk bagi tujuan rekreasi atau keseronokan) Ship or vessel licensed as passenger craft (excluding for the purposes of recreational or pleasure)
Pengangkutan rel berlesen Licensed rail transport
Teksi berlesen (tidak termasuk kereta sewa dan pandu) Licensed taxi (excluding hire and drive car)
Lebuh raya bertol
Pemberian apa-apa hak untuk menggunakan lebuh raya bertol di jalan awam. The grant of any right to use a tolled highway on public road.
Perkhidmatan pengebumian, perkuburan, dan pembakaran mayat
Apa-apa pembekalan perkhidmatan dalam suatu pakej berhubung dengan upacara dan penghormatan, pelupusan mayat, atau upacara peringatan. Any supply of services in a package in relation to ceremonial and tribute, disposition of the remains or memorialization.
Minyak petrol
Diesel Diesel
Petrol RON95 Petrol RON95

Senarai Pembekalan Berkadar Sifar

Senarai Pembekalan Berkadar Sifar[5][6]
Istilah Melayu Istilah Inggeris
Makanan dan minuman
Barangan runcit
Buah-buahan dan sayur-sayuran
Anggur Grape
Asam gelugur / Asam keping Asam gelugur
Asam jawa Tamarind
Ayam Chicken
Babi Pork
Baby cucumber Baby cucumber
Bawang besar Bombay onion
Bawang merah Red onion
Bawang putih Garlic
Bayam Amaranth
Bayam (Spinacia) Spinach
Belacan Shrimp paste / Shrimp sauce
Belimbing besi Starfruit / Carambola
Bendi Okra
Betik Papaya
Beras Rice
Beras basmathi Basmati
Beras hancur Broken rice
Beras perang Brown rice
Beras pulut Glutinous rice
Beras wangi Jasmine rice
Bihun Rice vermicelli
Bihun laksa
Biji gandum Wheat
Biji ketumbar Coriander
Biji sagu Sago
Biji sawi Mustard
Buah kiwi Kiwifruit / Chinese gooseberry
Buah pala segar Fresh nutmeg
Buah pelaga Cardamom
Budu Budu
Bunga cengkih Clove
Bunga kantan Torch ginger / Ginger flower
Bunga lawang Star anise
Bunjut sup tulang
Caesar garden Caesar garden
Caesar salad Caesar salad
Cencalok Cincaluk
Cendawan Mushroom
Cendawan hitam Shiitake
Cili benggala Capsicum
Cili hidup
Cili kering
Cili padi Bird's eye chili / Thai chili
Ceri Cherry
Dada ayam Chicken breast
Daun asam
Daun bawang Spring onion / Scallion
Daun kari Curry leaves
Daun kesum / Daun laksa Vietnamese coriander / Cambodian mint
Daun kucai Garlic chives / Chinese chives
Daun limau purut Kaffir lime leaves
Daun pandan Pandan leaves
Daun pegaga Centella
Daun pudina Peppermint
Daun saderi / Daun sup Celery
Daun salad Iceberg lettuce
English gourd English gourd
Epal Apple
Filet ikan segar Fresh fish fillet
Filet ikan sejuk Chilled fish fillet
Filet ikan sejuk beku Frozen fish fillet
Garam halus Table salt
Garam kasar Coarse salt
Geragau Acetes
Gula kiub Sugar cubes
Gula pasir Coarse sugar
Gula pasir halus Fine granulated sugar
Halba Fenugreek
Halia Ginger
Hati ayam Chicken liver
Honey orange
Ikan basah
Ikan bilis Anchovy
Ikan bilis halus
Ikan hidup
Ikan jeruk
Ikan kering
Ikan masin
Ikan tamban kering
Ikan tamban segar
Isi ikan yu segar
Itik Duck
Jagung Corn
Jambu air
Jambu batu Guava
Jintan halus
Jintan hitam Fennel flower / Roman coriander
Jintan manis Anise
Jintan putih Cumin
Kacang botol Winged bean
Kacang buncis French bean / Green bean
Kacang dal Toor dal
Kacang panjang Chinese long bean
Kacang peas Peas
Kacang tanah Groundnut / Peanut
Kailan Chinese broccoli / Chinese kale
Kangkung Water spinach / Chinese spinach
Keladi Caladium
Kelapa Coconut
Kelapa parut Grated coconut
Kelapa parut kering Dessicated coconut
Ketupat nasi
Kopi serbuk
Kopi uncang
Kubis Cabbage
Kubis bulat import
Kubis bulat tempatan
Kubis bunga Cauliflower
Kubis bunga hijau Broccoli
Kuetiau Shahe fen
Kuinin Kuinin
Kulit kayu manis Cinnamon
Kunyit hidup Turmeric
Kupang
Kurma segar Fresh dates
Labu Pumpkin
Labu air Calabash / Bottle gourd
Labu siam Chayote
Lada hitam Black pepper
Lada putih White pepper
Lemon Lemon
Lengkuas Galangal
Limau Orange
Limau mandarin Mandarin orange
Limau nipis Lime
Lobak merah Carrot
Lobak putih Radish
Markisah Passion fruit
Mi kuning Noodles
Mi laksa
Minyak masak Cooking oil
Minyak kelapa sawit Palm oil
Mix broccoli Mix broccoli
Mix cauliflower Mix cauliflower
Nanas Pineapple
Nescafe Nescafe
Pear Pear
Pedal ayam
Peria Bitter gourd
Petola Luffa
Pisang Banana
Pisang kaki Persimmon
Rebung buluh Bamboo shoot
Rempah Spices
Rempah briyani
Rempah campuran Mixed spices
Rempah kari ayam
Rempah kari daging
Rempah kari ikan
Rempah kurma
Rempah soto
Rempah sup
Roti gandum penuh Wholemeal bread
Roti putih White bread
Sawi Leaf mustard
Sengkuang Yam bean
Serai Lemongrass
Serbuk cili kering
Serbuk jintan manis
Serbuk jintan putih
Serbuk ketumbar
Serbuk kulit kayu manis
Serbuk kunyit Turmeric powder
Serbuk kunyit campuran
Serbuk lada hitam
Serbuk lada putih
Serbuk lada sulah
Sotong kering
Sup bunjut
Susu formula bayi (bawah 36 bulan) Infant formula (under 36 months)
Tauge Bean sprout
Teh hijau Green tea
Teh serbuk Tea dust
Teh uncang Tea bag
Telur asin Salted duck egg
Telur ayam Chicken egg
Telur ayam kampung Village fowl egg
Telur itik Duck egg
Tembikai kuning
Tembikai merah Watermelon
Tembikai susu Honeydew
Tepung attar Atta flour
Tepung beras Rice flour
Tepung gandum Wheat flour
Tepung gandum halus
Tepung pulut Glutinous rice flour
Tepung sagu
Tepung ubi kayu Tapioca flour
Terung bulat
Terung panjang
Timun Cucumber
Tomato Tomato
Tomato ceri Cherry tomato
Tulang ikan merah
Tulang ikan talang
Tulang lembu Beef bone
Ubi kayu Cassava
Ubi keledek Sweet potato
Ubi kentang Potato
Udang basah Prawn
Udang kara Lobster
Udang halus
Udang kering
Ubat-ubatan [7]
Calamine Lotion
Creobic Cream
Hurix's Laxative Pill
Medon 500
Panadol Actifast Soluble Tablet
Panadol Actifast Tablet
Panadol Biconvex Film Coated
Panadol Biconvex Film Coated Tablet 500mg
Panadol Caplets
Panadol Extra Caplets
Panadol Tablet 500mg
Seven Seas B Active Coated Tablet
Three Legs Yellow Lotion
Ubat Batuk
Uphamol Tablet 500mg
Weng Heng Tablet 500mg
Zentel Tablet 200mg
Zentel Suspension 400mg / 1l
Alat tulis
Buku amali sains Science practical book
Buku cerita (sebahagian daripada kurikulum pendidikan) Story book (part of the education curriculum)
Buku latihan Exercise book
Buku latihan bahasa Cina Chinese exercise book
Buku melukis kanak-kanak Children drawing book
Buku mewarna kanak-kanak Children colouring book
Buku rujukan Reference book
Buku stiker Sticker book
Buku teks Textbook
e-Newspaper e-Newspaper
Kamus Dictionary
Kitab Kitab
Pensel warna kanak-kanak Kid's coloured pencil
Surat khabar Newspaper
Utiliti
Bil air (35m3 untuk kegunaan domestik; kecuali air disuling, air diion, air beroksigen, dan air mineral) Water bill (first 35m3 for domestic use; excluding distilled water, de-ionised, oxygenised water and mineral water)
Bil elektrik (300 kWh pertama untuk kegunaan domestik) Electric bill (first 300 kWh for domestic use)
Barangan yang dibekal di bawah Skim Pengilang Tol Diluluskan
Barang yang dibekalkan dari pasaran tempatan kepada peserta Skim Pengilang Tol Diluluskan Goods supplied by local market to participants of Approved Toll Manufacturer Scheme
Kawasan Ditetapkan
Bekalan barang dan perkhidmatan ke Kawasan Ditetapkan (Langkawi, Labuan, Tioman) Goods and services supplies to the Designated Areas (Langkawi, Labuan, Tioman)
Eksport
Semua barang dan perkhidmatan yang dieksport sama ada melalui darat, pelabuhan, dan lapangan terbang
Perkhidmatan yang dilaksanakan di luar Malaysia
Perkhidmatan yang dibekalkan secara langsung yang berkaitan dengan tanah atau apa-apa pembaikan yang terletak diluar Malaysia
Perkhidmatan yang dibekalkan secara langsung berkaitan dengan barang yang dieksport
Perkhidmatan yang dibekalkan secara langsung berkaitan dengan barang yang dimilki oleh orang di luar Malaysia
Perkhidmatan pembaikan yang dijalankan di kawasan Zon Perdagangan Bebas
All goods and services that are exported through lands, ports and airports
Dianggap eksport
Barang yang dibekal dari Kawasan Utama Kastam ke kawasan yang ditentukan termasuk ke Zon Perdagangan Bebas yang terletak di luar pelabuhan dan lapangan terbang
Barang yang dibeli oleh peniaga asing tetapi dibekal di dalam negara di bawah Skim Pengilang Tol Diluluskan
Goods supplied from Principal Customs Area to designated areas including to Free Commerce Zone located outside ports and airports
Goods bought from foreign trader but supplied inside the country under the Approved Toll Manufacturer Scheme
Ship stores
Semua barang untuk tujuan ship stores All goods for the purpose of ship stores
Semua jenis barang bagi tujuan alat ganti atau peralatan yang digunakan dalam pelayaran dan penerbangan All goods for the purpose of spare parts or parts used by sailing and flights.
Pengangkutan antarabangsa dan ancillary services
Pengangkutan penumpang dengan menggunakan kapal atau kapal terbang (ke luar atau ke dalam negara termasuk peringkat domestik)
Pengangkutan barang dengan menggunakan kapal atau kapal terbang (ke luar atau ke dalam negara termasuk peringkat domestik)
Ancillary services (termasuk punggah masuk, punggah keluar, insuran, dan freight forwarding
Perkhidmatan pelabuhan dan kapal terbang
Perkhidmatan yang disediakan di pelabuhan dan lapangan terbang seperti pilotage, towage, surveying classification, pembaikan dan penyelanggaraan kapal, broking dan perkhidmatan pengurusan.
Telekomunikasi
Perkhidmatan telekomunikasi yang disediakan oleh pembekal perkhidmatan di Malaysia kepada kawasan di luar Malaysia
Perkhidmatan roaming antarabangsa
Perkhidmatan yang disediakan oleh kelab, persatuan, kesatuan
Kemudahan yang dibekalkan oleh kelab, persatuan, kesatuan, persatuan professional kepada ahli mereka
GST Scheme Refund
Perkhidmatan yang disediakan oleh ejen Skim Bayar Balik Pelancong Services provided by the Tourist Refund Scheme agents

Pendaftaran GST

Sehingga 19 Mei 2015, sebanyak 377,452 atau 62% daripada 500,000 buah syarikat di Malaysia telah berdaftar dengan sistem GST. 55% daripada syarikat tersebut yang merupakan syarikat dengan hasil perolehan bercukai tahunan melebihi RM500,000 adalah diwajibkan untuk mendaftar sebelum 1 Mac 2015 atau akan menanggung risiko untuk disaman dan dipenjarakan, di samping tidak layak untuk menuntut kembali cukai input. 45% daripada syarikat yang telah berdaftar dengan sistem GST yang pula tergolong dalam kategori syarikat dengan hasil perolehan bercukai tahunan kurang daripada RM500,000 boleh memilih untuk mendaftar sebelum 1 Mac 2015 untuk menikmati kelebihan tertentu seperti kelayakan untuk menuntut kembali cukai input di samping meningkatkan kredibiliti perniagaan mereka.

Peniaga sederhana

Menurut Bank Negara Malaysia, peniaga sederhana adalah diertikan sebagai:

Industri pembuatan: Perniagaan dengan hasil perolehan daripada RM15 juta hingga kurang daripada RM50 juta atau pekerja tetap daripada 75 hingga kurang daripada 200 orang.

Industri perkhidmatan dan lain-lain: Perniagaan dengan hasil perolehan daripada RM3 juta hingga kurang daripada RM 20 juta atau pekerja tetap daripada 30 hingga kurang 75 orang.

Peniaga kecil

Menurut Bank Negara Malaysia, peniaga kecil adalah diertikan sebagai:

Industri pembuatan: Perniagaan dengan hasil perolehan daripada RM300,000 hingga kurang daripada RM15 juta atau pekerja tetap daripada 5 hingga kurang daripada 75 orang.

Industri perkhidmatan dan lain-lain: Perniagaan dengan hasil perolehan daripada RM300,000 hingga kurang daripada RM3 juta atau pekerja tetap daripada 5 hingga kurang daripada 30 orang.

Kesan GST

Negara

Dengan pelaksanaan GST, kerajaan menjangkakan pendapatan sebanyak RM23.1 bilion pada tahun 2015. Pendapatan ini akan dijana untuk menampung kos pembangunan negara sebanyak RM49.5 bilion yang akan disalurkan kepada pelaburan infrastruktur. Sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membaik pulih sistem kewangan, GST akan membantu kerajaan mencapai matlamat ekonomi negara. Pelaksanaan GST dapat meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan kutipan cukai di samping mengurangkan kadar inflasi.

Pasaran gelap

Pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) merupakan satu daripada cara untuk membanteras kewujudan aktiviti pasaran gelap (black market). Di bawah CBP, hanya peniaga yang mempunyai rekod jualan dan pembelian yang dikemas kini sahaja layak untuk mendapat pelbagai kemudahan seperti menuntut cukai input dan membuat pinjaman bank. Jika sudah mendaftar CBP tetapi membeli daripada pasaran gelap, mereka bukan sahaja tidak layak menuntut apa-apa cukai input tetapi turut meningkatkan kos perniagaan. Di bawah CBP, transaksi semua jualan dan belian mestilah direkodkan dan penyimpanan invois dan resit sangat penting.

Hakikatnya, CBP membantu peniaga memperbaiki sistem rekod penjualan dan pembelian agar lebih efisien. Ini dapat memudahkan mereka mengenal pasti kos sebenar yang ditanggung dan keuntungan sebenar yang diperolehi.

Dakwaan CBP mengurangkan kuasa beli rakyat, adalah tidak benar kerana majoriti barang makanan asas dan perkhidmatan kritikal tidak dikenakan CBP. CBP yang ditetapkan hanya pada kadar enam peratus bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang kadar keseluruhan 16 peratus, adalah rendah.

Tambahan lagi, peniaga yang telah berdaftar di bawah CBP layak menuntut balik cukai input yang dibayar. Ini dapat mengurangkan kos dalam menjalankan perniagaan dan mengimbangi harga barang dan perkhidmatan di pasaran.

Pihak yang menentang sistem cukai ini secara tidak sedar bersubahat untuk melindungi pasaran gelap dan peniaga dan seluruh rantaian pembekalan yang penipu.

Industri

Di bawah sistem GST, segala cukai input boleh dituntut kembali berbanding sistem SST, sekaligus mengelakkan cukai berantai yang biasanya dikenakan di setiap peringkat perniagaan. Penurunan harga barang dan perkhidmatan sepatutnya dapat dinikmati oleh pengguna akhir apabila perniagaan dapat menuntut cukai input daripada kerajaan. Berbanding cukai SST, cukai GST tidak menjadi kos kepada perniagaan dan tidak menjejaskan margin keuntungan perniagaan. GST juga dapat mengurangkan kerenah birokrasi dan juga pakej cukai bantuan daripada kerajaan. Pihak kerajaan juga menjangkakan pembangunan pesat dalam sektor pelancongan dan sektor-sektor yang berkait dengannya, tambahan lagi para pelancong kini boleh menuntut balik GST apabila mereka ingin membawa keluar barang yang dibeli di Malaysia ketika berada di lapangan terbang Malaysia dan pintu sempadan Malaysia yang diperakui undang-undang.

Semasa pelaksanaan sistem SST, terdapat banyak masalah ketirisan dan penyelewengan yang berlaku di peringkat pengeluaran, pengimportan, pengedaran, pembekalan, peruncitan, dan perniagaan apabila berlaku cubaan mengelak daripada membayar cukai kepada negara. Namun demikian, dengan sistem GST yang lebih cekap, setiap entiti perniagaan di Malaysia tertakluk kepada undang-undang percukaian negara dan berdepan dengan hukuman undang-undang jika didapati cuba mensabotaj ekonomi negara. Cukai GST sebenarnya tidaklah membebankan pengguna akhir, kononnya ada dakwaan mengatakan purata rakyat biasa perlu membayar RM19 setiap hari, hasil daripada pengiraan RM39 billion (jangkaan perolehan GST negara pada tahun 2016) dibahagi kepada 31 juta penduduk Malaysia. Dakwaan tersebut membayangkan rakyat biasa itu mampu membeli barang pada harga lebih daripada RM570 setiap hari dan RM9480 setiap tahun sedangkan pendapatan bulanan mereka pun tidak mencapai lebih RM4,000 dan dikategorikan dalam golongan B40. Sebenarnya, entiti perniagaan yang menghadapi kejutan kerana semasa sistem SST dilaksanakan, mereka boleh mencipta helah untuk mengelak daripada membayar cukai, memanipulasi penyata pendapatan bagi tujuan memanipulasi jumlah cukai yang dibayar kepada negara, malah menaikkan harga barang pula kononnya kerana kenaikan harga minyak. Kini, semasa harga minyak sedang jatuh menjunam, entiti perniagaan menyalahkan pula sistem GST dengan mengadakan demonstrasi. Padahal, entiti perniagaan yang beroperasi di Malaysia tiada pilihan, tetapi patuh kepada undang-undang negara dan bertanggungjawab membayar cukai kepada negara.

Individu

Membayar cukai GST merupakan tanggungjawab seorang penduduk yang tinggal di bumi Malaysia. Cukai GST dikenakan pada kadar 6%, antara kadar cukai nilai tambah yang terendah di dunia. Walaupun pihak yang prejudis terhadap kebaikan sistem GST berhujah bahawa cukai GST bersifat regresif, tetapi cukai ini dikenakan mengikut perbelanjaan. Suka atau tidak suka, dalam mana-mana negara di dunia ini pun pasti mengenakan cukai terhadap rakyatnya. Persoalannya bagaimana dan ke mana cukai yang dikumpulkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan (Consolidated Fund) itu digunakan untuk kepentingan negara.

Bagi mereformasikan sistem percukaian di Malaysia, kerajaan Malaysia mengamalkan dasar kebajikan sosial dengan menyenaraikan lebih 900 barang dalam kategori cukai GST berkadar sifar, pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia kepada golongan berpendapatan rendah (B40), dan insentif pengurangan cukai pendapatan individu kepada golongan berpendapatan sederhana (M40). Walaupun begitu, golongan berpendapatan tinggi yang terdiri daripada 20% daripada populasi Malaysia dipertanggungjawabkan untuk membayar lebih banyak cukai pendapatan individu dan cukai maha kaya (super rich tax) sebagai pendapatan kepada negara.

Rujukan

Pautan luar