Hospital Yan: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aurora (bincang | sumb.)
kemas
Meeneunos10 (bincang | sumb.)
Baris 22: Baris 22:


{{Kedah}}
{{Kedah}}
{{Hospital di Malaysia}}


[[Kategori:Hospital di Kedah|Yan]]
[[Kategori:Hospital di Kedah|Yan]]

Semakan pada 06:16, 17 Disember 2015

Hospital Yan merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Yan, Kedah, Malaysia.

Hospital Yan terletak di Yan Kechil iaitu 40 km dari Sungai Petani dan 42 km dari Alor Setar. Hospital ini telah dibina pada 1989 di atas tanah seluas 25 hektar dan dirasmikan pembukaannya oleh DYMM Tunku Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah pada 3 Oktober 1992. Ia mula dibuka pada 2 Februari 1992 untuk memberikan perkhidmatan kepada penduduk daerah Yan yang berjumlah 74,000 orang. Perkhidmatan Pesakit Luar bermula pada 15 Februari 1992 dan Perkhidmatan Pesakit Dalam bermula pada 1 Mac 1992.

Hospital Yan merupakan sebuah hospital daerah tanpa pakar yang memberikan perkhidmatan pesakit luar dan pesakit dalam. Rawatan pakar bagi disiplin-disiplin tertentu dijalankan oleh pakar daripada Hospital Alor Setar dan Hospital Sultan Abdul Halim mengikut jadual yang telah ditetapkan. Kes-kes yang memerlukan rawatan lanjut atau pakar juga akan dirujuk ke sana.

Hospital Yan mempunyai 89 buah katil rasmi di 4 buah wad iaitu 12 buah katil di Wad Melor 1 (Wad Bersalin), 17 buah katil di Wad Melor 2 (Wad Kanak-Kanak), 30 buah katil di Wad Melor 3 (Wad Perempuan) dan 30 buah katil di Wad Melor 4 (Wad Lelaki).

Hospital Yan adalah tempat latihan amali bagi beberapa IPT berdekatan seperti AIMST di Semeling.

Alamat

Hospital Yan
06900 Yan
No. Telefon : 04-4655333
No. Fax : 04-4655960
Kedah Darul Aman
Malaysia

Pautan luar