Parti Bansa Dayak Sarawak: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 2001:E68:4438:4258:D451:8211:2744:CA68 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh [[User:Sisiluncai|Sisilunc...
CommonsDelinker (bincang | sumb.)
Fail Parti_Bansa_Dayak_Sarawak.jpg telah dibuang kerana ia telah dihapuskan di Commons oleh EugeneZelenko
Baris 2: Baris 2:
party_name = Parti Bansa Dayak Sarawak<br><sub>''Sarawak Dayak People's Party''</sub><br>PBDS|
party_name = Parti Bansa Dayak Sarawak<br><sub>''Sarawak Dayak People's Party''</sub><br>PBDS|
colorcode = black|
colorcode = black|
party_logo = [[File:Parti Bansa Dayak Sarawak.jpg‎|150px]] |
party_logo =|
leader = Datuk Amar Dr. [[Leo Moggie Anak Irok]]|
leader = Datuk Amar Dr. [[Leo Moggie Anak Irok]]|
foundation = July 17, 1983|
foundation = July 17, 1983|

Semakan pada 15:38, 21 Disember 2015

Parti Bansa Dayak Sarawak
Sarawak Dayak People's Party
PBDS
PemimpinDatuk Amar Dr. Leo Moggie Anak Irok
DitubuhkanJuly 17, 1983
Dibubarkan5 Disember 2003 (1st)
21 Okt 2004(2nd)
Ibu pejabatKuching

Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) atau juga dikenali sebagai Sarawak Dayak People's Party merupakan salah satu parti politik Malaysia. Parti Bansa Dayak Sarawak merupakan sebuah parti politik bangsa Dayak Sarawak yang ditubuhkan pada 1983 di Sarawak, Malaysia oleh Datuk Amar Dr. Leo Moggie Anak Irok setelah berpecah dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP).[1] Selepas Datuk Amar Dr. Leo Moggie meletak jawatan mengejut sebagai presiden parti setelah memegang jawatan tersebut sejak ianya ditubuhkan selama 20 tahun pada 24 Jun 2003, PBDS mengalami krisis dalaman hasil daripada perebutan jawatan antara Timbalan Presiden, Datuk Seri Daniel Tajem yang mengambil alih kepimpinan parti tetapi dibantahi dan dipertikaikan oleh Ketua Penerangan PBDS, Datuk Seri Dr. James Jemut Masing sehingga pembatalan pendaftaran PBDS oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan dibubarkan pada Dec 5, 2003. [2] Tetapi dalam beberapa hari sebelum pilihan raya pada 21 Mac 2004, Pendaftar Pertubuhan (ROS) memberi peluang kedua dan pembatalan pendaftaran PBDS telah ditarik balik dengan syarat kedua-dua pihak yang bertelagah mesti mengadakan persidangan perwakilan seperti yang telah dijadualkan pada 9 dan 10 Oktober 2004. Namun, pilihan raya umum dan peluang kali kedua ini juga gagal membantu menyelesaikan pertelagahan parti malahan telah lebih memburukkan keadaan apabila kedua-dua pihak masing-masing dituduh telah secara rahsia mensabotaj dan menamakan calon untuk menentang dan menghapuskan calon lawan. Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah membatalkan pendaftaran PBDS buat kali yang kedua dan muktamad pada 21 Okt 2004.[3] Pembubaran PBDS ini seterusnya telah melahirkan 2 parti serpihan kaum Dayak yang baru, iaitu Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang telah ditubuhkan dan didaftarkan oleh kumpulan Datuk Seri Dr. James Jemut Masing serta menyertai Barisan Nasional dan Kongres Dayak Malaysia (MDC) pula yang gagal didaftarkan.[4] Usaha baru juga dilakukan bagi mendaftarkan semula Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS) Baru.[5]

Lihat juga

Pautan Luar

Rujukan