Lawak Kampus: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 66: Baris 66:


===Aditas===
===Aditas===
*Kawan baik Vanness dan sering terikut-ikut dengan sikap Vanness. Dia juga seorang pelajar yang nakal di sekolah kerana sering terikut-ikut sikap Vanness tetapi lebih teruk lagi. Selain dari kenakalannya, dia juga aktif dalam semua sukan di
*Kawan baik Vanness dan sering terikut-ikut dengan sikap Vanness. Dia juga seorang pelajar yang nakal di sekolah kerana sering terikut-ikut sikap Vanness tetapi lebih teruk lagi. Selain dari kenakalannya, dia juga aktif dalam semua sukan di sekolah.

sekolah.


===Xena===
===Xena===
Baris 113: Baris 113:
=== Unknown ===
=== Unknown ===
Satu watak yang dikenali sebagai 'Unknown'.Mempunyai watak yang misterius. Didalam Lawak Kampus 10, 'Unknown' mempunyai 10.000 fans di [[Facebook]], ia boleh di lihat di m/s 049, tajuk 'FEYMES'.
Satu watak yang dikenali sebagai 'Unknown'.Mempunyai watak yang misterius. Didalam Lawak Kampus 10, 'Unknown' mempunyai 10.000 fans di [[Facebook]], ia boleh di lihat di m/s 049, tajuk 'FEYMES'.

=== Tiger ===
Seorang pengawas di sekolah ini. Dia juga membuat magik.


==Senarai Gambar Karakter<nowiki/>==
==Senarai Gambar Karakter<nowiki/>==

Semakan pada 04:00, 16 Januari 2016

Lawak Kampus
Kulit novel grafik Lawak Kampus Jilid 17
Maklumat penerbitan
PenerbitKumpulan Art Square
Majalah: Gempak
FormatHitam Putih & Berwarna
Tarikh penerbitan2003
Bil. isu22
Watak utamaVanness, Aditas, Froggy, Cikgu Noodle
Pasukan kreatif
KaryaKeith

Lawak Kampus merupakan karya daripada Keith & Zelo yang memaparkan kehidupan remaja sekolah dalam menjalani kehidupan. Selepas Zelo meninggalkan Kumpulan Art Square pada Disember 2003, Keith meneruskan karya Lawak Kampus secara berseorangan.

Sehingga Disember 2014, Lawak Kampus mempunyai 22 jilid novel grafik dalam Bahasa Melayu dan kini banyak diolah dalam pelbagai bahasa, iaitu Cina dan Inggeris dan yang terbaru, bahasa Thailand.

Pada tahun 2013, Lawak Kampus telah mencapai tahun yang ke-10 dalam industri komik. Pada tahun 2011, Keith telah menghasilkan satu buku kompilasi Lawak Kampus iaitu Lawak Kampus - Kompilasi Mantap.

Senarai Jilid Lawak Kampus

  1. Lawak Kampus
  2. Lawak Kampus Rebound
  3. Lawak Kampus Revive
  4. Lawak Kampus League
  5. Lawak Kampus Log In
  6. Lawak Kampus Team Work
  7. Lawak Kampus Move On
  8. Lawak Kampus CONNECTION
  9. Lawak Kampus Jilid 9
  10. Lawak Kampus Jilid 10
  11. Lawak Kampus Jilid 11
  12. Lawak Kampus Jilid 12
  13. Lawak Kampus Jilid 13 (bertemakan Facebook)
  14. Lawak Kampus Jilid 14 (bertemakan 9GAG)
  15. Lawak Kampus Jilid 15 (bertemakan cerita dongeng)
  16. Lawak Kampus Jilid 16 (bertemakan K-Pop)
  17. Lawak Kampus Jilid 17 (bertemakan Glamour)
  18. Lawak Kampus Jilid 18 (bertemakan comel)
  19. Lawak Kampus Jilid 19 (bertemakan RPG)
  20. Lawak Kampus Jilid 20 (bertemakan Santai)
  21. Lawak Kampus Jilid 21 (bertemakan Sarkas)#
  22. Lawak Kampus Jilid 22 (bertemakan Instagram)
  23. Lawak Kampus Jilid 23 (bertemakan acara lari)
  24. Lawak Kampus Jilid 24 (bertemakan kampung)
  25. Lawak Kampus Jilid 25 (bertemakan Chatime)

Daripada hitam putih untuk enam jilid pertama, kini Lawak Kampus berwarna (bermula dari Jilid 7) dan diwarna oleh Siew yang merupakan pemenang anugerah PeKOMIK bagi Warnaan Terbaik.

Sinopsis

Komik Lawak Kampus menceritakan hitam putih kehidupan di alam persekolahan menengah yang lazim dengan pelbagai tabiat dan masalah pelajar.

Bermula pada Lawak Kampus Jilid 7 : Move On, Lawak Kampus kini berwarna

Kehadiran watak terkenal

Komik Lawak Kampus menampilkan segelintir selebriti, ahli perniagaan dan tokoh. Antaranya, Harland Sanders, pengasas KFC, serta di Lawak Kampus jilid 9, Bill Gates dan Steve Jobs dimana mereka berdua bergaduh, dengan masing-masing menggunakan jenama mereka iaitu, Apple - Steve Jobs, Windows - Bill Gates (Bill Gates membaling Apple ke arah kedai Windows Bill Gates, dan juga Atuk KFC dan Pak Cik McDonald juga saling bergaduh-gaduh sambil diperhatikan oleh Vanness, Aditas, dan ramai lagi.

Watak-watak Lawak Kampus

Vanness

  • Pelajar paling nakal di sekolah. Senang dikenali dengan rambutnya yang keperang-perangan dan bergogal oren. Dan selalu dinasihatkan oleh kawan-kawannya. Vanness selalu diancam dan melarikan diri dari Xena kerana sikapnya yang tidak selesa terhadapnya. Kawan baiknya ialah Aditas yang sering mengikut sikap Vanness. Vanness juga mempunyai haiwan peliharaan dan menganggapnya sebagai pembantu iaitu seekor monyet.

Froggy

  • Seekor katak hijau yang sangat baik hati, pintar dan kaya walaupun kadangkala bersikap nakal akibat terpengaruh dengan sikap Vanness. Dia juga mempunyai kebolehan untuk melihat hantu.

Aditas

  • Kawan baik Vanness dan sering terikut-ikut dengan sikap Vanness. Dia juga seorang pelajar yang nakal di sekolah kerana sering terikut-ikut sikap Vanness tetapi lebih teruk lagi. Selain dari kenakalannya, dia juga aktif dalam semua sukan di sekolah.


Xena

  • Pelajar perempuan yang mempunyai wajah hodoh,yakni berbibir tebal dan lubang hidungnya yang kembang. Gila bayang terhadap Vanness, walaupun tidak sebaliknya, malah menjadi gadis pujaan Anthony. Ayahnya merupakan salah satu guru displin di sekolahnya.

Cikgu Noodle

  • Merupakan seorang cikgu dalam siri Lawak Kampus yang perasan bahawa dirinya yang kacak. Dia tidak disukai oleh semua murid-murid kerana sikap perasannya itu dan juga perwatakannya yang sedikit feminin. Guru Besar ragu-ragu bahawa adakah Cikgu Noodle sesuai dijadikan guru. Noodle juga mempunyai saingan sengit dengan seekor penguin yang mirip dengannya.

Si Kosong

  • Seorang pelajar yang kurang pandai dan lurus bendul. Suka membuat perkara-perkara bodoh dan tidak masuk akal. Selalu mendapat markah kosong di dalam peperiksaan. Percayakan tahyul untuk mendapat markah penuh dalam peperiksaan.

Bepop

  • Pelajar yang mempunyai banyak jerawat di wajahnya, namun mempunyai ramai kawan. Di 'Lawak Kampus CONNECTION' m/s 84, bertajuk 'CERITA', Aditas dan Vanness membuat cerita mengenai jerawatnya, dimana jerawat Bepop adalah sarang alien yang bersaiz kecil. Jerawat di mukanya pernah hilang akibat digigit ular. Wajahnya tanpa jerawat boleh di perhatikan di Lawak Kampus Rebound #2.

Ami

Kembar Yumi,mempunyai rambut lurus ke bawah dan jarang berada di dalam komik.

Yumi

Kembar Ami,mempunyai rambut ke sebelah kanan dan selalu dibuli oleh Si Kucing.

Si Beruang

Tinggal dalam hutan.

Boss

Pengusaha kantin yang tidak mementingkan kebersihan dan hanya mahu keuntungan dan menyajikan menu-menu pelik seperti, bebola lipas, sup yang direndam bersama monyet di dalam periuk.

Sharkhead

Sharkhead - Kawan baik Mickey.

Mickey

Mickey - Kawan baik Sharkhead.

Si Kucing

Kucing Yumi.

Bapa Xena

Guru disiplin di sekolah dan juga ayah Xena yang suka memanja anaknya.

Agira

Anak kepada Pengerusi Sekolah yang mejual DVD cetak rompak.

Anthony

Seorang lelaki yang kacak. Menyukai Xena, namun selalu ditolak olehnya. Sanggup berbuat apa-apa sahaja untuk Xena.

Unknown

Satu watak yang dikenali sebagai 'Unknown'.Mempunyai watak yang misterius. Didalam Lawak Kampus 10, 'Unknown' mempunyai 10.000 fans di Facebook, ia boleh di lihat di m/s 049, tajuk 'FEYMES'.

Tiger

Seorang pengawas di sekolah ini. Dia juga membuat magik.

Senarai Gambar Karakter