Bill Gates: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 9: Baris 9:
Semasa beliau belajar di Harvard, beliau dan [[Paul Allen]] menulis [[penterjemah (software komputer)|penterjemah]] [[Altair BASIC]] untuk [[Altair 8800]] dalam dekad [[1970]]. [[Altair]] merupakan [[komputer personal]] pertama yang berjaya. Diberi inspirasi oleh [[BASIC]], sebuah [[bahasa komputer]] yang mudah dipelajari dan ditulis di [[Kolej Dartmouth]] untuk mengajar, versi Gates dan Allen kemudian menjadi [[Microsoft BASIC]], [[bahasa komputer terjemah]] yang utama untuk [[sistem operasi komputer]] [[MS-DOS]], yang kunci kepada kejayaan Microsoft. Microsoft Basic kemudiannya dijadikan [[Microsoft QuickBasic]]. Apabila Microsoft QuickBasic dijual tanpa [[pengkompil]] QuickBasic dikenali sebagai [[QBasic]]. QuickBasic juga dijadikan [[Visual Basic]], yang masih popular hingga ke masa kini.
Semasa beliau belajar di Harvard, beliau dan [[Paul Allen]] menulis [[penterjemah (software komputer)|penterjemah]] [[Altair BASIC]] untuk [[Altair 8800]] dalam dekad [[1970]]. [[Altair]] merupakan [[komputer personal]] pertama yang berjaya. Diberi inspirasi oleh [[BASIC]], sebuah [[bahasa komputer]] yang mudah dipelajari dan ditulis di [[Kolej Dartmouth]] untuk mengajar, versi Gates dan Allen kemudian menjadi [[Microsoft BASIC]], [[bahasa komputer terjemah]] yang utama untuk [[sistem operasi komputer]] [[MS-DOS]], yang kunci kepada kejayaan Microsoft. Microsoft Basic kemudiannya dijadikan [[Microsoft QuickBasic]]. Apabila Microsoft QuickBasic dijual tanpa [[pengkompil]] QuickBasic dikenali sebagai [[QBasic]]. QuickBasic juga dijadikan [[Visual Basic]], yang masih popular hingga ke masa kini.


<div style="float: left; width: 143px; margin: 0 1em 1em 0; text-align: center;">[[Image:Billgates_mugshot.jpg]]<br><small>''Berusia 21, gambar polis untuk kesalahan trafik yang kecil. [[Microsoft]] menggunakan gambar ini dalam iklan [[Jerman]] dengan cogankata "Nasib baik tiada had laju untuk software"''</small></div>
<div style="float: left; width: 143px; margin: 0 1em 1em 0; text-align: center;">[[Image:Billgates_mugshot.jpg]]<br><small>''Berusia 21, gambar polis untuk kesalahan trafik yang kecil. [[Microsoft]] menggunakan gambar ini dalam [[iklan]] [[Jerman]] dengan cogankata "Nasib baik tiada had laju untuk software"''</small></div>


Pada awal dekad 1970-an, Gates menulis [[Surat Terbuka kepada Penghobi]], yang memeranjatkan komuniti penghobi komputer dengan menyatakan bahawa [[pasaran]] komersial wujud untuk [[perisian komputer|perisian]] dan perisian tersebut tidak patut ditiru tanpa izin penerbitnya. Pada masa itu, komuniti tersebut dipengaruhi kuat oleh asas [[radio ham]]nya dan [[etika Hacker]], yang menegaskan bahawa innovasi dan pengetahuan patut dikongsi oleh komuniti pengguna komputer. Gates kemudian mengasaskan Microsoft Corporation, satu daripada syarikat paling berjaya di dunia, dan memimpin arah kepada pembukaan industri perisian komputer.
Pada awal dekad 1970-an, Gates menulis [[Surat Terbuka kepada Penghobi]], yang memeranjatkan komuniti penghobi komputer dengan menyatakan bahawa [[pasaran]] komersial wujud untuk [[perisian komputer|perisian]] dan perisian tersebut tidak patut ditiru tanpa izin penerbitnya. Pada masa itu, komuniti tersebut dipengaruhi kuat oleh asas [[radio ham]]nya dan [[etika Hacker]], yang menegaskan bahawa innovasi dan pengetahuan patut dikongsi oleh komuniti pengguna komputer. Gates kemudian mengasaskan Microsoft Corporation, satu daripada syarikat paling berjaya di dunia, dan memimpin arah kepada pembukaan industri perisian komputer.

Semakan pada 23:55, 14 Julai 2005

Bill Gates

William Henry Gates III (dilahirkan pada 28 Oktober 1955), biasanya dikenali sebagai Bill Gates, merupakan pengasas (bersama Paul Allen) dan pada masa kini Pengerusi dan Ketua Pencipta Perisian bagi Syarikat Microsoft. Menurut majalah Forbes, beliau merupakan orang terkaya di dunia.

Biografi

Bill Gates dilahir di Seattle, Washington kepada William Henry Gates, Jr., seorang peguam, dan Mary Maxwell, ahli jawatan kuasa First Interstate Bank, Pacific Northwest Bell dan jawatan kuasa pada tingkat negara United Way. Gates belajar di Lakeside School, sekolah yang paling unggul di Seattle, dan meneruskan pelajarannya di Universiti Harvard, tetapi tidak menghabiskan pelajaran tingginya.

Semasa beliau belajar di Harvard, beliau dan Paul Allen menulis penterjemah Altair BASIC untuk Altair 8800 dalam dekad 1970. Altair merupakan komputer personal pertama yang berjaya. Diberi inspirasi oleh BASIC, sebuah bahasa komputer yang mudah dipelajari dan ditulis di Kolej Dartmouth untuk mengajar, versi Gates dan Allen kemudian menjadi Microsoft BASIC, bahasa komputer terjemah yang utama untuk sistem operasi komputer MS-DOS, yang kunci kepada kejayaan Microsoft. Microsoft Basic kemudiannya dijadikan Microsoft QuickBasic. Apabila Microsoft QuickBasic dijual tanpa pengkompil QuickBasic dikenali sebagai QBasic. QuickBasic juga dijadikan Visual Basic, yang masih popular hingga ke masa kini.

Fail:Billgates mugshot.jpg
Berusia 21, gambar polis untuk kesalahan trafik yang kecil. Microsoft menggunakan gambar ini dalam iklan Jerman dengan cogankata "Nasib baik tiada had laju untuk software"

Pada awal dekad 1970-an, Gates menulis Surat Terbuka kepada Penghobi, yang memeranjatkan komuniti penghobi komputer dengan menyatakan bahawa pasaran komersial wujud untuk perisian dan perisian tersebut tidak patut ditiru tanpa izin penerbitnya. Pada masa itu, komuniti tersebut dipengaruhi kuat oleh asas radio hamnya dan etika Hacker, yang menegaskan bahawa innovasi dan pengetahuan patut dikongsi oleh komuniti pengguna komputer. Gates kemudian mengasaskan Microsoft Corporation, satu daripada syarikat paling berjaya di dunia, dan memimpin arah kepada pembukaan industri perisian komputer.

Gates juga mendapat reputasi yang buruk mengenai caranya berniaga. Satu contoh ialah MS-DOS. Pada penghujung dekad 1970-an, IBM merancang untuk memasuki pasaran komputer peribadi dengan komputer peribadi IBM, yang dihasilkan pada 1981. IBM memerlukan sistem operasi untuk komputernya, yang direka mengelilingi, arkitektur 16-bit oleh keluarga pengproses x86 Intel. Selepas berunding dengan sebuah syarikat lain (Syarikat Digital Research di California), IBM bertanya Microsoft. Tanpa memberitahu mengenai ikatan mereka dengan IBM, eksekutif-eksekutif Microsoft membeli sebuah sistem operasi x86 daripada syarikat Seattle Computer dengan harga $50,000. (Ada kemungkinan Microsoft tidak dibenarkan oleh IBM untuk memberitahu ikatannya kepada orang awam) Microsoft kemudian melesenkan sistem operasi ini ke IBM (yang menerbitnya dengan nama PC-DOS) dan bekerja dengan syarikat komputer untuk menerbitkannya dengan nama MS-DOS, dengan setiap sistem komputer yang dijual.

Rancangan Microsoft amat berjaya tetapi dicabar oleh Seattle Computer kerana Microsoft tidak mendedahkan ikatannya dengan IBM untuk membeli sistem operasi itu dengan murah; oleh itu, Microsoft membayar wang kepada Seattle Computer, tetapi tidak mengakui apa-apa kesalahan. Reputasi Gates kemudian diburukkan lagi oleh siri dakwaan monopoli yang dibawa oleh Jabatan Keadilan A.S. dan syarikat-syarikat individu menentang Microsoft dalam akhir dekad 1990.

Dalam dekad 1980 Gates menjadi gembira mengenai kemungkinan kegunaan cakera padat untuk penyimpanan maklumat, dan menaja penerbitan buku CD-ROM: The New Papyrus yang mempromosikan cakera padat.

Tidak boleh dinafikan bahawa Gates merupakan seorang yang zalim dalam industri perisian. Telah terbukti dalam mahkamah, dan disahkan secara sebulat suara, apabila diseru Microsoft, oleh mahkamah menyokong peniaga bahawa Microsoft, di bawah pemimpinan Gates, berkali-kali menceburi dalam tindakan-tindakan yang haram mengikuti undang-undang Amerika Syarikat.

Pada 2000, Gates memberikan promosi kepada kawan lama dan eksekutif Microsoft Steve Ballmer kepada peranan Ketua Pegawai Eksekutif dan menjadikan dirinya "Ketua Arkitek Perisian".

Dalam kehidupan peribadinya, Gates mengahwini Melinda French pada Januari 1, 1994. Mereka mempunyai tiga anak, Jennifer Katharine Gates (1996), Rory John Gates (1999) and Phoebe Adele Gates (2002).

Dengan isterinya, Gates telah mengasaskan sebuah Yayasan, Bill & Melinda Gates Foundation. Pengkritik-pengkritik menegaskan bahawa ini adalah tindak balas kepada kemarahan orang ramai terhadap tindakan monopoli dan anti-bertanding syarikatnya, tetapi mereka yang rapat dengan Gates berkata bahawa beliau telah lama merancang untuk mendermakan banyak daripada hartanya. Pada 1997, akhbar Washington Post menyatakan bahawa "Gates telah berkata dia memutuskan untuk menderma 90 peratus daripada hartanya semasa dia masih hidup."

Untuk meletakkan ini dalam perspektif yang betul, pendermaan ini, walau apa sebabnya, telah membekal wang yang amat diperlukan untuk biasiswa kolej minoriti, menentang AIDS dan sebab-sebab lain, kebanyakannya isu-isu yang biasa tidak dipeduli oleh komuniti penderma, seperti penyakit-penyakit yang biasa dilihat di dunia ketiga. Pada Jun 1999, Gates dan isterinya menderma US$5 juta kepada organisasi mereka, pendermaan yang paling besar dalam dunia oleh individu-individu yang hidup.

Pada 1994, beliau membeli Codex Leicester, sebuah koleksi tulisan Leonardo da Vinci; pada 2003 koleksi ini dipamerkan di Muzium Seni Seattle.

Pada 2004, diisytiharkan [1] bahawa Gates akan menerima anugerah kesatriaan daripada Ratu Elizabeth II oleh United Kingdom pada tarikh yang "saling dipersetujui".

Anggaran kekayaannya

Menurut senarai Forbes orang-orang paling kaya dalam dunia [2]:

  • 1996 - $18.5 juta juta, pangkat #1
  • 1997 - $36.4 juta juta, pangkat #2
  • 1998 - $51.0 juta juta, pangkat #1
  • 1999 - $90.0 juta juta, pangkat #1
  • 2000 - $60.0 juta juta, pangkat #1
  • 2001 - $58.7 juta juta, pangkat #1
  • 2002 - $52.8 juta juta, pangkat #1
  • 2003 - $40.7 juta juta, pangkat #1
  • 2004 - $46.6 juta juta, pangkat #1

Pujian

Penerbitan

Bill Gates dalam filem

Beberapa filem dan program televisyen telah mewujudkan watak Gates dalam penerbitan mereka. Antaranya:


Pautan luar

Pembacaan lanjut

  • James Wallace (1993) Hard Drive : Bill Gates and the Making of the Microsoft Empire Harper Business. ISBN 0887306292
  • Jeanne M. Lesinski (2000) Bill Gates Lerner Publications Company. ISBN 082259689X
  • Janet Lowe (1998) Bill Gates Speaks : Insight from the World's Greatest Entrepreneur John Wiley and Sons. ISBN 0471293539