Perlembagaan Parti Keadilan Rakyat: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Joanna20 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Joanna20 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1: Baris 1:
:''Berikut adalah teks penuh bagi '''Perlembagaan Parti Keadilan Rakyat'''. Teks ini diambil daripada pautan yang disediakan di [https://keadilankimanis.wordpress.com/perlembagaan-2/ laman ini].''
'''Perlembagaan Parti Keadilan Rakyat''' merupakan dokumen yang digunapakai oleh [[Parti Keadilan Rakyat]] (PKR / KeADILan).


==Perkara==
===FASAL 1: NAMA DAN FUNGSI===
Perlembagaan ini dibahagikan kepada 33 Fasal.


* Fasal 1: Nama dan Fungsi
1.1 Pertubuhan ini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat atau ringkasnya keADILan yang selepas ini disebut sebagai Parti.
* Fasal 2: Pejabat Berdaftar
* Fasal 3: Motto Perjuangan
* Fasal 4: Bendera dan Lambang
* Fasal 5: Tujuan dan Matlamat Perjuangan
* Fasal 6: Keahlian
* Fasal 7: Hak dan Kewajipan Ahli
* Fasal 8: Rekod Daftar Ahli
* Fasal 9: Yuran Keahlian dan Pembayaran-pembayaran Lain
* Fasal 10: Punca Pendapatan
* Fasal 11: Cara Menyimpan dan Menggunakan Wang Parti
* Fasal 12: Harta Benda Alih dan Tak Alih
* Fasal 13: Kongres Nasional
* Fasal 14: Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT)
* Fasal 15: Pemilihan Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap
* Fasal 16: Pemilihan dan Perlantikan Ahli-Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi
* Fasal 17: Tugas-Tugas dan Tanggungjawab Pegawai Parti
* Fasal 18: Tanggungjawab Majlis Pimpinan Tertinggi
* Fasal 19: Angkatan Muda
* Fasal 20: Wanita
* Fasal 21: Pejabat Setiausaha Agung
* Fasal 22: Perhubungan Negeri
* Fasal 23: Pejabat Setiausaha Perhubungan Negeri
* Fasal 24: Bahagian
* Fasal 25: Jawatankuasa Bahagian
* Fasal 26: Pejabat Setiausaha Bahagian
* Fasal 27: Disiplin
* Fasal 28: Pemeriksaan Kira-Kira
* Fasal 29: Perlucutan Keahlian dan Pemecatan
* Fasal 30: Peraturan Kongres Nasional
* Fasal 31: Meminda Perlembagaan
* Fasal 32: Tafsiran
* Fasal 33: Pembubaran


==Pautan luar==
1.2 Kongres Nasional adalah badan tertinggi dalam Parti dengan kuasa untuk menentukan perjalanan dan arah Parti.
*Wikisource mempunyai teks asal berkaitan rencana ini: [https://wikisource.org/wiki/Perlembagaan_Parti_Keadilan_Rakyat Perlembagaan Parti Keadilan Rakyat]
*[https://keadilankimanis.wordpress.com/perlembagaan-2/ Perlembagaan Parti Keadilan Rakyat]


[[Kategori:Perlembagaan parti politik di Malaysia]]
1.3 Di antara Kongres Nasional Tahunan, Majlis Pimpinan Tertinggi atau MPT adalah badan yang tertinggi dalam parti untuk membuat semua keputusan dan menentukan perjalanan dan arah Parti.

1.4 Perhubungan Negeri adalah badan tertinggi dan pentadbir jentera Parti di peringkat Negeri dan Wilayah Persekutuan seluruh Malaysia.

1.5 Bahagian adalah badan tertinggi dan pentadbir Parti dalam satu-satu kawasan Pilihanraya Parlimen.

===FASAL 2: PEJABAT BERDAFTAR===

Pejabat berdaftar Parti ialah di:

110-3, Tingkat 3, Jalan Tun Sambanthan

Brickfields

50470 Kuala Lumpur

Malaysia

atau mana-mana tempat yang ditentukan oleh MPT dari masa ke semasa yang diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

===FASAL 3: MOTTO PERJUANGAN===

Kesaksamaan Untuk Semua *

===FASAL 4: BENDERA DAN LAMBANG===

4.1 Bendera Parti berupa segi empat tidak sama yang berwarna biru langit (sky blue) beserta lajur warna merah di kiri dan kanan. Di tengah-tengah segi empat terdapat sfera berwarna putih dan di tengah-tengah sfera itu terdapat satu bulatan penuh yang berwarna biru langit membentuk lambang mata yang terbuka.

Mata yang terbuka adalah cahaya yang menyuluh perjuangan untuk menegakkan keadilan. Mata yang terbuka mencerminkan mata hati nurani yang mendorong Parti untuk mencapai perubahan ke arah kebenaran dan keadilan.

Lajur merah di kiri dan kanan segi empat tidak sama melambangkan keberanian dan komitmen memperjuangkan kebenaran dan keadilan.

4.2 Lambang Parti juga adalah sama seperti bendera ; dan ditambah dengan perkataan Parti Keadilan Rakyat di bawahnya.

Parti KeADILan Rakyat

===FASAL 5: TUJUAN DAN MATLAMAT PERJUANGAN===

5.1 Mewujudkan masyarakat adil dan negara demokratik yang progresif serta bersatu.

5.2 Menghormati sistem Raja Berperlembagaan, memperkukuh Demokrasi Berparlimen, dan mendukung hak serta kuasa rakyat, dan berusaha untuk memantapkan sistem politik negara yang sesuai dengan kehendak serta kepentingan rakyat.

5.3 Menegakkan kedaulatan undang-undang yang adil, media massa serta kehakiman yang bebas, dan pasukan keselamatan yang mendukung prinsip-prinsip profesionalisme.

5.4 Menjamin kebebasan berfikir, bersuara, bergerak, berhimpun dan berpersatuan kepada semua.

5.5 Menghayati Islam sebagai agama Persekutuan sambil memastikan bahawa hak masyarakat bukan Islam mengamalkan agama atau kepercayaan masing-masing terus terjamin dan menggalakkan peranan agama serta nilai-nilai sejagat untuk menegakkan kebenaran, keadilan, ketinggian akhlak, pembangunan insan dan martabat manusia.

5.6 Mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, di samping menjamin hak rakyat mengguna, mempelajari dan mendapat pendidikan dalam bahasa-bahasa lain; dan menggalak perkembangan kebudayaan serta kesenian Malaysia, berasaskan unsur-unsur unggul daripada semua warisan peradaban yang wujud di negara ini.

5.7 Mengukuhkan sistem pemerintahan Persekutuan yang adil, bertanggungjawab serta demokratik dalam mengimbangi kepentingan negeri-negeri dengan kekuasaan kerajaan Pusat.

5.8 Mempertingkatkan kemuliaan insan, nilai keehsanan serta budaya ikram, menegakkan hak asasi manusia, dan berpegang teguh kepada prinsip intergriti dan akauntabiliti dalam bidang ekonomi, politik dan pentadbiran.

5.9 Melaksanakan ekonomi yang adil serta dinamik, yang mengutamakan pertumbuhan serta pengagihan yang adil, dan bebas daripada penindasan, kecurangan serta pembaziran, disamping mengatasi kemiskinan dan mencegah penumpuan kekayaan.

5.10 Berasaskan prinsip keadilan, mempastikan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak digunakan khusus untuk menaikkan taraf sosio-ekonomi mereka yang miskin dan terbiar, serta pembelaan yang adil bagi golongan bukan Melayu dan bukan Bumiputra yang miskin dan terbiar, demi mencapai kesaksamaan untuk perpaduan nasional.

5.11 Menyediakan kemudahan pendidikan, kesihatan, perumahan, pengangkutan awam yang bermutu dengan bayaran yang berpatutan sebagai tanggungjawab sosial pemerintah, terutama sekali bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

5.12 Memperjuangkan serta menjamin hak bekerja, upahan yang adil, keselamatan di tempat kerja dan mutu kehidupan yang baik untuk setiap orang.

5.13 Mempertingkatkan martabat dan peranan wanita dalam kehidupan masyarakat, menjaga hak serta kepentingan mereka dan memastikan mereka mencapai taraf yang saksama serta tidak menjadi mangsa diskriminasi dan eksploitasi.

5.14 Memperjuangkan hak dan pengembangan potensi belia dan remaja serta menjamin peranan yang bermakna bagi mereka dalam semua bidang kehidupan.

5.15 Meningkatkan mutu hidup Orang Asal di samping menghormati Adat mereka, menyediakan rancangan pembangunan yang sesuai setelah berunding dengan mereka, dan melindungi hak mereka ke atas Tanah Adat.

5.16 Melindungi alam semulajadi daripada pemusnahan; mencegah perosakan serta meningkatkan mutu alam sekitar dan memastikan pembangunan yang mapan.

5.17 Menegakkan sistem antarabangsa baru yang adil serta demokratik, melaksanakan dasar luar yang bebas serta beretika, menyediakan persekitaran yang sesuai untuk melahirkan masyarakat berilmu yang dapat menghadapi cabaran globalisasi yang mengancam kepentingan negara, rakyat dan manusia sejagat dan seterusnya melindungi ekonomi, politik serta keselamatan negara daripada kuasa-kuasa besar dunia.

===FASAL 6: KEAHLIAN===

6.1 Jenis Keahlian

Terdapat dua (2) jenis keahlian :

:6.1.1 Ahli Biasa

:6.1.2 Ahli Seumur Hidup

6.2 Ahli Biasa ialah warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas dan tidak lagi menjadi ahli mana-mana parti politik yang lain.

6.3 Ahli Seumur Hidup ialah warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas dan tidak lagi menjadi ahli mana-mana parti politik lain yang telah menjelaskan yuran keahliannya sebanyak RM200.00 secara sekali gus.

6.4 Permohonan Menjadi Ahli :

:6.4.1 Permohonan menjadi ahli hendaklah disalurkan kepada Jawatankuasa Bahagian untuk diangkat ke pengetahuan MPT untuk kelulusan.

:6.4.2 Semua permohonan menjadi ahli hendaklah dibuat dengan mengisi borang yang dikhaskan.

:6.4.3 Permohonan menjadi ahli seumur hidup hendaklah dinyatakan dalam borang yang dikhaskan.

:6.4.4 Seseorang ahli biasa yang telah disahkan keahliannya tetapi kemudiannya mahu menukar tarafnya kepada ahli seumur hidup, hanya perlu menjelaskan yuran keahlian seumur hidup sebanyak RM200.00 dan memaklumkan kepada Setiausaha Agung.

:6.4.5 Mana-mana pemohon yang memohon menjadi ahli mengikut Fasal 6.4.1 yang tidak mendapat jawapan bertulis dari Bahagian selepas tiga bulan (3) dari tarikh permohonannya, pemohon bolehlah memohon terus kepada MPT untuk mendapat pertimbangan; dan MPT hendaklah dalam tempoh tiga bulan (3) dari tarikh penerimaan permohonan memutuskan sama ada menerima atau menolak permohonan tersebut dan keputusan tersebut adalah muktamad.

===FASAL 7: HAK DAN KEWAJIPAN AHLI===

7.1 Hak seseorang ahli adalah :

:7.1.1 Tertakluk kepada peraturan-peraturan dan peruntukan-peruntukan di dalam Perlembagaan Parti, setiap ahli berhak bersuara, mengundi dan diundi, memilih dan dipilih atau dilantik untuk sebarang jawatan dalam Parti tetapi hak mengundinya itu tidaklah boleh diwakilkan kepada sesiapa jua pun.

:7.1.2 Mana-mana ahli yang sedang digantung keahliannya atau dipecat akan hilang haknya seperti dalam fasal 7.1.1 sehingga statusnya dipulihkan oleh MPT.

:7.1.3 Tanpa menghiraukan apa-apa peruntukan lain dalam Perlembagaan ini, seseorang ahli tidak boleh dicalonkan atau bertanding untuk memegang sebarang jawatan (jika telah dipilih atau dilantik, maka dengan serta-merta terlucut dengan sendirinya) jika dia dilarang oleh undang-undang daripada memegang jawatan di dalam Pertubuhan atau jika dia dikenakan hukuman disiplin yang melarangnya memegang jawatan.

:7.1.4 Seseorang ahli dibenarkan bertukar bahagian dengan mematuhi peraturan-peraturan berikut :

::7.1.4.1 Mengisi dengan lengkap borang pertukaran Bahagian yang di dalamnya mengandungi butir-butir pemohon, butir-butir Bahagian lama dan Bahagian baru serta tandatangan pengesahan Ketua Bahagian lama dan Ketua Bahagian baru.

::7.1.4.2 Sekiranya selepas tiga (3) bulan dari tarikh permohonan menukar Bahagian oleh seseorang ahli tidak mendapat apa-apa jawapan bertulis, pemohon boleh memohon terus kepada Setiausaha Agung untuk pertimbangan.

::7.1.4.3 Selepas semua proses ini dipatuhi keputusan MPT adalah muktamad.

7.2 Seorang ahli itu dilarang :

:7.2.1 Menjadi ahli kepada lebih daripada satu Bahagian pada masa yang sama.

:7.2.2 Memegang jawatan dalam lebih daripada satu Bahagian pada masa yang sama.

:7.2.3 Memegang jawatan Pemeriksa Kira-Kira sekiranya telah menjawat jawatan lain atau sebaliknya dalam Bahagian yang sama pada satu masa.

7.3 Kewajipan ahli :

:7.3.1 Memegang teguh tujuan dan matlamat Parti.

:7.3.2 Menghadiri mesyuarat-mesyuarat dan mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan Parti.

:7.3.3 Menjalankan kerja-kerja Parti dan mematuhi perintah-perintah dan disiplin Parti.

:7.3.4 Menyokong calon-calon parti yang bertanding dalam pilihanraya.

:7.3.5 Berkhidmat kepada masyarakat.

:7.3.6 Mematuhi segala keputusan MPT.

:7.3.7 Membayar yuran tahunan.

===FASAL 8: REKOD DAFTAR AHLI===

8.1 Adalah menjadi tanggungjawab Setiausaha Bahagian dan Setiausaha Agung mempunyai rekod Daftar Ahli, untuk keahlian masing-masing yang mengandungi butir-butir; nama, nombor kad pengenalan, tarikh dan tempat lahir, nombor keahlian, pekerjaan dan alamat surat-menyurat.

8.2 Setiausaha Agung berkuasa membuat sebarang aturan dan peraturan berkenaan dengan sistem rekod keahlian ini.

===FASAL 9: YURAN KEAHLIAN DAN PEMBAYARAN-PEMBAYARAN LAIN===

9.1 Yuran Tahunan Keahlian sebanyak RM2.00 (Ringgit: Dua sahaja) hendaklah dijelaskan kepada Bendahari Bahagian sebelum atau pada tarikh mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian.

9.2 Yuran Seumur Hidup Keahlian sebanyak RM200.00 (Ringgit : Dua Ratus Sahaja) seperti yang dinyatakan dalam Fasal 6.3.

9.3 Bendahari Bahagian mesti mengemukakan satu perdua (1/2) daripada Yuran Tahunan kepada Bendahari Agung manakala satu perdua (1/2) lagi digunakan oleh Bahagian berkenaan.

9.4 Tarikh pembayaran yuran dari Bahagian kepada Ibu Pejabat adalah ditetapkan oleh MPT.

===FASAL 10: PUNCA PENDAPATAN===

10.1 Kewangan Parti adalah diperolehi daripada :

:10.1.1 Yuran Keahlian.

:10.1.2 Derma daripada ahli-ahli.

:10.1.3 Pendapatan lain di semua peringkat yang tidak bertentangan dengan dasar dan peraturan Parti, agama dan negara.

10.2 Tahun kewangan Parti adalah 01 Januari hingga 31 Disember.

10.3 Pejabat Setiausaha Bahagian dan Perhubungan Negeri perlu menghantar Penyata Kira-Kira bagi tahun kewangan yang telah diperiksa oleh Pemeriksa Kira-Kira masing-masing kepada MPT.

===FASAL 11: CARA MENYIMPAN DAN MENGGUNAKAN WANG PARTI===

11.1 Tertakluk kepada Perlembagaan Parti dan sebarang peraturan yang dibuat oleh MPT berkenaan kewangan Parti di semua peringkat, Jawatankuasa Perhubungan Negeri dan Jawatankuasa Bahagian boleh menentukan cara-cara mengutip, menyimpan dan menggunakan wang Parti di peringkat masing-masing.

11.2 Wang Parti kecuali wang tunai dalam tangan Bendahari Agung, Bendahari Perhubungan Negeri dan Bendahari Bahagian di dalam jumlah yang dibenarkan oleh MPT hendaklah disimpan dalam bank.

11.3 Cek-cek dan dokumen-dokumen mengeluarkan wang daripada bank hendaklah ditandatangani oleh sekurang-kurangnya dua (2) orang ahli Jawatankuasa Utama di peringkat masing-masing.

11.4 MPT berhak dan berkuasa ke atas semua wang dan harta benda Perhubungan Negeri dan Bahagian termasuk yang telah dibubarkan.

11.5 Tahunan Kewangan Parti semua peringkat bermula 1 Januari tiap-tiap tahun.

===FASAL 12: HARTA BENDA ALIH DAN TAK ALIH===

12.1 Parti boleh memiliki harta benda, sama ada harta benda tetap atau tidak tetap dan boleh melabur di mana-mana yang difikirkan sesuai oleh MPT.

12.2 Tiap-tiap harta Parti yang tak alih berupa tanah dan bangunan kepunyaan Ibu Pejabat Parti hendaklah didaftarkan atas nama Parti atau orang yang diamanahkan. Harta tak alih kepunyaan Perhubungan Negeri dan Bahagian hendaklah didaftarkan atas nama masing-masing atau orang yang diamanahkan di peringkat masing-masing.

12.3 Tiap-tiap harta alih hendaklah dipegang dan didaftarkan atas nama Pemegang Amanah. MPT dan Jawatankuasa di peringkat-peringkat lain boleh melantik mana-mana ahli atau syarikat sebagai Pemegang Amanah dan mereka boleh diberhentikan pada bila-bila masa.

12.4 Kuasa untuk membeli, mencagar, menjual, memindah, memajak atau menyewa harta berupa tanah dan bangunan atau melabur adalah terletak kepada MPT. Jawatankuasa Perhubungan Negeri dan Jawatankuasa Bahagian juga mempunyai kuasa yang sama di peringkat masing-masing, dengan syarat dipersetujui oleh MPT.

12.5 MPT berkuasa membuat apa-apa peraturan untuk melaksanakan tujuan dalam Fasal 12 ini dan untuk memindahkan nama pemilik berdaftar bagi harta tersebut kepada pihak-pihak yang diberi kuasa memiliknya oleh Fasal 12.2.

===FASAL 13: KONGRES NASIONAL===

13.1 Kongres Nasional terbahagi kepada dua :

:13.1.1 Kongres Nasional Tahunan.

:13.1.2 Kongres Nasional Khas.

13.2 Kongres Nasional Parti adalah kuasa tertinggi Parti, dan perjalanan Parti adalah berasaskan kepada kuasa dan perintahnya tertakluk kepada Perlembagaan dan juga peraturan Parti.

13.3 Kongres Nasional Parti hendaklah diadakan sekali dalam setahun pada tarikh yang ditetapkan oleh MPT dengan syarat tidak lewat daripada 18 bulan dari tarikh Kongres Nasional Tahunan yang lalu.

13.4 Kuorum Kongres Nasional Tahunan adalah tidak kurang dari satu pertiga (1/3) daripada jumlah ahli yang layak hadir.

13.5 Tugas-tugas Kongres Nasional Tahunan ialah :

:13.5.1 Menerima Minit Kongres Nasional Tahunan yang lalu.

:13.5.2 Menerima Penyata Tahunan dan Penyata Kira-Kira.

:13.5.3 Memilih seorang Pengerusi Tetap dan seorang Timbalannya tiap-tiap dua tahun sekali.

:13.5.4 Memilih Ahli-Ahli MPT tiap-tiap tiga tahun sekali.

:13.5.5 Memilih dua (2) Pemeriksa Kira-Kira tiap-tiap tiga tahun sekali.

:13.5.6 Membahas usul-usul dan cadangan daripada Bahagian.

:13.5.7 Menentukan dasar Parti.

:13.5.8 Mengkaji kerja-kerja MPT.

:13.5.9 Perkara-perkara lain yang ditentukan oleh MPT.

13.6 Kehadiran dalam Kongres Nasional Tahunan hendaklah terdiri daripada :

:13.6.1 Seorang Pengerusi Tetap dan seorang Timbalan Pengerusi Tetap.

:13.6.2 Ahli-ahli MPT seperti yang dinyatakan di dalam Fasal 14.2.

:13.6.3 Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, Naib-Naib Ketua Bahagian, Ketua Angkatan Muda Bahagian, Ketua Wanita Bahagian, dan lima orang wakil yang dipilih sebagai perwakilan oleh Mesyuarat Agung di peringkat Bahagian. Sekiranya seorang MPT memegang jawatan-jawatan ini, ia berhak melantik gantinya.

:13.6.4 Tiga puluh (30) orang perwakilan Angkatan Muda dan tiga puluh (30) orang perwakilan Wanita yang dipilih dalam Kongres Nasional masing-masing.

13.7 Semua ahli yang dinyatakan dalam fasal 13.6.1, 13.6.2, 13.6.3 dan 13.6.4 yang daftar hadir adalah layak mengundi dan diundi; dan boleh mengambil bahagian untuk membuat apa-apa keputusan di dalam Kongres Nasional Tahunan.

13.8 Untuk melaksanakan Kongres Nasional Tahunan, Presiden atau Setiausaha Agung atau Pengerusi Tetap hendaklah menghantar notis Kongres Nasional Tahunan tiga puluh (30) hari sebelum tarikh Kongres diadakan melalui Bahagian-bahagian.

13.9 Kongres Nasional Khas boleh diadakan apabila salah satu daripada sebab-sebab berikut :

:13.9.1 Kehendak Presiden.

:13.9.2 Atas permintaan bertulis daripada tidak kurang dua pertiga (2/3) daripada ahli-ahli MPT.

:13.9.3 Dengan permintaan bersurat daripada satu perdua (1/2) wakil Bahagian-bahagian yang layak ke Kongres Nasional, dengan syarat Bahagian-bahagian ini telah mengadakan Kongres Nasional Khas atas masalah yang sama.

13.10 Kongres Nasional Khas atas sebab Fasal 13.9.3; notisnya hendaklah dibuat oleh Setiausaha Agung. Jika Setiausaha Agung tidak berbuat demikian dalam tempoh 14 hari selepas tarikh permohonan daripada Bahagian yang terakhir itu diterima; maka Kongres Nasional Khas itu hendaklah dipanggil oleh Pengerusi Tetap atau Timbalannya dan jika pengerusi Tetap atau Timbalannya juga tidak dapat berbuat demikian dalam tempoh dua puluh lapan (28) hari daripada tarikh permohonan asal diterima; maka Bahagian-bahagian yang memohon diadakan Kongres Nasional Khas itu boleh memanggil Kongres Nasional Khas tersebut dengan syarat semua ahli perwakilan dijemput hadir.

===FASAL 14: MAJLIS PIMPINAN TERTINGGI (MPT)===

14.1 MPT adalah badan yang menjalankan pentadbiran hal-ehwal Parti di bawah kekuasaan dan perintah Kongres Nasional Tahunan. MPT mempunyai kuasa menjalankan sebarang langkah bagi pihak Kongres Nasional Tahunan di mana segala langkahnya itu hendaklah dimaklumkan kepada Kongres Nasional Tahunan.

14.2 MPT hendaklah terdiri daripada :

:14.2.1 Seorang Presiden.

:14.2.2 Seorang Timbalan Presiden.

:14.2.3 Tujuh (7) orang Naib Presiden termasuk Ketua Angkatan Muda dan Ketua Wanita selain Ketua Angkatan Muda dan Ketua Wanita, daripada lima (5) orang Naib Presiden itu; tiga (3) dipilih di dalam Kongres Nasional Tahunan dan dua (2) dilantik oleh Presiden dengan Persetujuan MPT.

:14.2.4 Seorang Setiausaha Agung.

:14.2.5 Seorang Bendahari Agung.

:14.2.6 Seorang Ketua Penerangan.

:14.2.7 Empat (4) orang Timbalan Setiausaha Agung.

:14.2.8 Seorang Timbalan Bendahari Agung.

:14.2.9 Dua puluh (20) orang Ahli Biasa MPT yang dipilih oleh Kongres Nasional Tahunan.

:14.2.10 Seorang Pengerusi Perhubungan bagi setiap Negeri dan Wilayah Persekutuan.

:14.2.11 Seorang Timbalan Ketua Angkatan Muda dan seorang Timbalan Ketua Wanita.

:14.2.12 Tujuh (7) orang Ahli Biasa MPT yang dilantik oleh Presiden.

14.3 Tempoh khidmat untuk semua MPT adalah tiga (3) tahun. Pemilihan ahli-ahli MPT dibuat secara sulit oleh para perwakilan di dalam Kongres Nasional.

14.4 Jika berlaku kekosongan dalam Jawatan Presiden, maka Timbalan Presiden akan memangku jawatan itu dan jika Timbalan Presiden berhenti, maka MPT bolehlah melantik salah seorang dari Naib Presiden memangku jawatan Presiden itu atau melantik seorang MPT jika ketiadaan Naib Presiden untuk memangku jawatan itu sehingga diadakan Kongres Nasional atau Kongres Nasional Khas.

14.5 Jika Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden meletak jawatan serentak atau tidak dapat menjalankan tugas atas apa-apa sebab, maka MPT berhak melantik mana-mana ahli untuk memegang jawatan tersebut sehingga Kongres Nasional Tahunan.

14.6 Jika dua pertiga (2/3) dan lebih ahli-ahli MPT meletak jawatan, maka MPT terbubar dan Pengerusi Tetap atau Timbalannya atau salah seorang ahli MPT hendaklah dalam tempoh enam puluh (60) hari mengadakan Kongres Nasional Khas untuk melantik MPT yang baru dan menetapkan tempoh baru perkhidmatan MPT ini.

14.7 MPT hendaklah mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam masa tiga (3) bulan atau ;

:14.7.1 Pada bila-bila masa atas kehendak Presiden, atau

:14.7.2 Dengan permintaan bertulis daripada sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) ahli MPT.

14.8 Kuorum mesyuarat MPT adalah sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) jumlah ahli MPT dengan memberikan notis mesyuarat tujuh (7) hari lebih awal.

14.9 Ahli-ahli MPT yang berhenti atau diberhentikan oleh MPT, maka MPT dalam mesyuaratnya boleh melantik mana-mana ahli untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.

14.10 MPT dalam mesyuaratnya boleh memberhentikan mana-mana ahli MPT yang didapati jelas tindak tanduknya bertentangan dengan dasar Parti serta merosakkan nama baik Parti; dengan syarat peluang didengar diberi kepada ahli MPT berkenaan.

===FASAL 15: PEMILIHAN PENGERUSI TETAP DAN TIMBALAN PENGERUSI TETAP===

15.1 Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap hendaklah dipilih tiap-tiap tiga (3) tahun sekali di dalam Kongres Nasional Tahunan. Seseorang ahli itu layak bertanding jawatan Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap setelah memperolehi dua (2) pencalonan daripada Bahagian-bahagian yang telah disahkan Mesyuarat Agung Tahunannya.

===FASAL 16: PEMILIHAN DAN PERLANTIKAN AHLI-AHLI MAJLIS PIMPINAN TERTINGGI===

16.1 Presiden dan Timbalan Presiden hendaklah dipilih tiap-tiap tiga (3) tahun sekali di dalam Kongres Nasional Tahunan. Seseorang ahli itu layak bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden setelah memperolehi dua (2) pencalonan daripada Bahagian-bahagian yang telah disahkan Mesyuarat Agung Tahunannya.

16.2 Tiga (3) orang Naib Presiden dan dua puluh (20) orang Ahli Biasa MPT hendaklah dipilih tiap-tiap tiga (3) tahun sekali di dalam Kongres Nasional Tahunan. Seseorang ahli itu layak bertanding jawatan Naib Presiden dan Ahli Biasa MPT setelah mendapat sekurang-kurangnya dua (2) pencalonan daripada Bahagian-bahagian yang layak.

16.3 Ketua Angkatan Muda dan Timbalan Ketua Angkatan Muda dipilih oleh Kongres Nasional Angkatan Muda tiap-tiap tiga (3) tahun sekali. Mereka mestilah memperolehi sekurang-kurangnya dua (2) pencalonan daripada Angkatan Muda Bahagian.

16.4 Ketua Wanita dan Timbalan Ketua Wanita dipilih oleh Kongres Nasional Wanita tiap-tiap tiga (3) tahun sekali. Mereka mestilah memperolehi sekurang-kurangnya dua (2) pencalonan daripada Wanita Bahagian.

16.5 Dua (2) orang Naib Presiden, seorang Setiausaha Agung, seorang Bendahari Agung, seorang Ketua Penerangan, empat (4) orang Timbalan Setiausaha Agung, seorang Timbalan Bendahari Agung, seorang Pengerusi Perhubungan bagi tiap-tiap Negeri dan Wilayah Persekutuan dan tujuh (7) orang Ahli Biasa MPT; dilantik oleh Presiden setelah berunding dengan MPT dan memegang jawatan mereka selama (3) tahun kecuali mereka berhenti atau diberhentikan.

===FASAL 17: TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PARTI===

17.1 Presiden :

:17.1.1 Menjadi pemimpin utama dan bertanggungjawab menjaga kesempurnaan perjalanan Parti.

:17.1.2 Melantik dua (2) Naib Presiden, seorang Setiausaha Agung; seorang Bendahari Agung, seorang Ketua Penerangan, empat (4) orang Timbalan Setiausaha Agung; seorang Timbalan Bendahari Agung dan tujuh (7) orang Ahli Biasa MPT dengan persetujuan MPT.

:17.1.3 Melantik Pengerusi Perhubungan Negeri/Wilayah Persekutuan bagi semua Negeri-Negeri dan Wilayah Persekutuan

:17.1.4 Memanggil dan mempengerusikan mesyuarat MPT.

17.2 Timbalan Presiden :

:17.2.1 Membantu tugas-tugas Presiden.

:17.2.2 Mempengerusikan mesyuarat MPT semasa ketiadaan Presiden.

17.3 Naib-Naib Presiden :

:17.3.1 Membantu tugas-tugas Presiden.

:17.3.2 Salah seorang Naib Presiden akan mempengerusikan mesyuarat MPT semasa ketiadaan Presiden dan Timbalan Presiden.

17.4 Ketua Angkatan Muda :

:17.4.1 Mengetuai dan bertanggungjawab ke atas pergerakan Angkatan Muda.

:17.4.2 Menjadi Pengerusi di dalam semua mesyuarat Exco Angkatan Muda Parti.

:17.4.3 Berkuasa memanggil mesyuarat Angkatan Muda.

17.5 Ketua Wanita :

:17.5.1 Mengetuai dan bertanggungjawab ke atas pergerakan Wanita.

:17.5.2 Menjadi Pengerusi di dalam semua mesyuarat Exco Wanita Parti.

:17.5.3 Berkuasa memanggil mesyuarat Wanita.

17.6 Setiausaha Agung :

:17.6.1 Bertanggungjawab kepada Presiden.

:17.6.2 Menjadi pegawai utama mentadbir Ibu Pejabat Parti.

:17.6.3 Bertanggungjawab terhadap kesempurnaan Mesyuarat MPT dan Kongres Nasional Tahunan.

:17.6.4 Menyediakan Penyata Tahunan yang menerangkan perjalanan dan kemajuan Parti dalam masa setahun kepada MPT.

:17.6.5 Menyimpan rekod Daftar Ahli.

:17.6.6 Bertanggungjawab melantik seorang Setiausaha Pengelola.

17.7 Bendahari Agung :

:17.7.1 Bertanggungjawab terhadap kesempurnaan kewangan Ibu Pejabat.

:17.7.2 Menyediakan penyata kira-kira untuk diperiksa oleh Pemeriksa Kira-Kira yang dilantik oleh Kongres Nasional Tahunan dan dibentangkan kepada MPT.

:17.7.3 Menyediakan belanjawan tahunan untuk dibentang kepada MPT.

:17.7.4 Memaklumkan kepada MPT kedudukan kewangan, harta milik Parti dan Pemegang Amanah mengikut tempoh kewangan Parti.

17.8 Ketua Penerangan :

:17.8.1 Bertanggungjawab terhadap kesempurnaan kegiatan penerangan Parti dan melaporkannya kepada MPT.

:17.8.2 Mentadbir Jabatan atau Biro Penerangan Parti dan menyusun kerja pegawai-pegawai di dalam Jabatan atau Biro itu.

17.9 Timbalan-timbalan Setiausaha Agung :

:17.9.1 Bertanggungjawab kepada Setiausaha Agung.

:17.9.2 Membantu Setiausaha Agung terhadap kesempurnaan pentadbiran dan pengurusan Parti.

17.10 Timbalan Bendahari Agung :

:17.10.1 Bertanggungjawab kepada Bendahari Agung.

:17.10.2 Membantu Bendahari Agung terhadap kesempurnaan hal-ehwal kewangan Parti.

17.11 Ahli-ahli Biasa MPT :

:17.11.1 Menjalankan kerja-kerja Parti yang dipertanggungjawabkan sepertimana yang ditetapkan di dalam mesyuarat MPT.

===FASAL 18: TANGGUNGJAWAB MAJLIS PIMPINAN TERTINGGI===

18.1 Menjalankan sebarang usaha bersama dengan kumpulan-kumpulan lain atas hal-hal politik atau lain-lain yang sesuai dengan tujuan mengukuhkan Parti.

18.2 Menerima permohonan untuk menjadi ahli sama ada disokong oleh Bahagian atau permohonan terus dan menerima wang yuran keahlian yang dibayar melalui Bahagian kepada Ibu Pejabat seperti yang dinyatakan dalam Fasal 9.5 dengan menentukan tarikh pembayarannya.

18.3 Memilih calon-calon bagi Pilihanraya Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, setelah mempertimbangkan cadangan daripada Perhubungan Negeri bagi negeri-negeri yang berkenaan.

18.4 Membentangkan kepada Kongres Nasional Tahunan penyata tahunan dan penyata kira-kira tahunan yang telah diperiksa dan disahkan oleh Pemeriksa Kira-Kira. Salinan penyata kira-kira ini hendaklah dihantar kepada semua wakil yang layak hadir empat belas (14) hari sebelum tarikh diadakan Kongres. Penghantaran kepada wakil-wakil Bahagian dibuat melalui pejabat Bahagian masing-masing.

18.5 Menubuhkan Bahagian dengan kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu dan menggantung atau membubarkan Bahagian dan/atau jawatankuasa masing-masing jika perlu, serta menentukan penubuhan semula dan/atau pemilihan Jawatankuasa yang baru.

18.6 Melaksanakan keputusan Lembaga Disiplin dan Lembaga Rayuan terhadap kesalahan disiplin yang melibatkan perlucutan atau pemecatan mana-mana ahli dari jawatan yang disandang sebelumnya dalam Perhubungan Negeri dan/atau Bahagian. Dalam masa yang sama boleh melantik mana-mana ahli untuk memangku jawatan tersebut untuk satu-satu tempoh yang ditetapkan oleh MPT.

18.7 Dengan tidak menjejaskan kuasa Lembaga Disiplin, menyelesaikan masalah yang berbangkit di peringkat Perhubungan Negeri dan Bahagian jika ia tidak dapat diselesaikan di peringkat-peringkat berkenaan dan keputusannya adalah muktamad.

18.8 Menubuhkan Biro dan Jawatankuasa Kecil bagi melaksanakan tugas atau aktiviti yang dianggap perlu oleh MPT dan menggubal segala peraturan dan undang-undang kecil mengenainya.

18.9 Bertanggungjawab menubuhkan Lembaga Disiplin dan Lembaga Rayuan Parti; memilih dan melantik ahli-ahli Lembaga berkenaan daripada kalangan orang perseorangan yang berwibawa dan tidak memegang sebarang jawatan dalam politik Parti.

18.10 Melaksanakan keputusan Lembaga Disiplin dan Lembaga Rayuan terhadap kesalahan disiplin yang melibatkan perlucutan atau pemecatan mana-mana ahli dari jawatan yang disandang sebelumnya dalam Perhubungan Negeri, Bahagian dan/atau Cawangan. Dalam masa yang sama boleh melantik mana-mana ahli untuk memangku jawatan tersebut untuk satu-satu tempoh yang ditetapkan oleh MPT.

18.11 Melaksanakan keputusan Lembaga Disiplin dan Lembaga Rayuan terhadap hukuman menggantung atau melucutkan keahlian mana-mana ahli Parti, dan keputusan ini adalah muktamad.

18.12 Dengan tidak menjejaskan kuasa Lembaga Disiplin, menyelesaikan masalah yang berbangkit di peringkat Perhubungan Negeri, Bahagian dan Cawangan jika ia tidak dapat diselesaikan diperingkat-peringkat berkenaan dan keputusannya adalah muktamad.

18.13 Membuat peraturan bagi menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan untuk mengawal dan menyelia pemilihan jawatan-jawatan di semua peringkat dan menubuhkan Jawatankuasa-jawatankuasa Kecil yang lain.

18.14 Semua ahli MPT yang tidak menghadirkan diri dalam mesyuarat rasmi sebanyak (3) kali berturut-turut, MPT berkuasa menggugurkan keanggotaan ahli MPT yang berkenaan.

18.15 Menentukan perbelanjaan, menamakan mereka yang ditauliahkan menandatangani cek dan menetapkan tempat menyimpan wang.

18.16 Melantik Pemegang Amanah, jika perlu, bagi mentadbir harta Parti dan memberhentikannya pada bila-bila masa jua pun.

18.17 Mengambil sebarang langkah selain daripada perkara-perkara yang tersebut di atas bagi kesempurnaan perjalanan Parti.

===FASAL 19: ANGKATAN MUDA===

19.1 Satu jawatankuasa Angkatan Muda di peringkat nasional perlu ditubuhkan dengan ketuanya dipilih mengikut Fasal 16.3. Angkatan Muda dalam semua peringkat Parti boleh diwujudkan oleh MPT berkuasa membuat peraturan-peraturan mengenainya.

19.2 Angkatan Muda peringkat nasional dikenali sebagai Angkatan Muda Parti.

19.3 Jawatankuasa (Exco) Angkatan Muda di peringkat nasional hendaklah terdiri daripada ahli-ahli seperti berikut :

:19.3.1 Seorang Ketua Angkatan Muda.

:19.3.2 Seorang Timbalan Ketua Angkatan Muda.

:19.3.3 Tiga (3) orang Naib Ketua Angkatan Muda.

:19.3.4 Seorang Setiausaha Angkatan Muda dengan dua (2) orang Penolong.

:19.3.5 Seorang Bendahari Angkatan Muda.

:19.3.6 Seorang Ketua Penerangan Angkatan Muda.

:19.3.7 Dua Puluh (20) orang ahli jawatankuasa Biasa yang dipilih dalam Kongres Nasional Angkatan Muda.

:19.3.8 Lima (5) orang Ahli Jawatankuasa Biasa yang dilantik oleh Ketua Angkatan Muda dengan persetujuan Exco Angkatan Muda.

19.4 Seorang Ketua, seorang Timbalan Ketua, tiga (3) Naib Ketua dan dua puluh (20) Ahli Jawatankuasa Biasa (Exco) dipilih di dalam Kongres Nasional Angkatan Muda Parti melalui undi sulit.

19.5 Ketua Angkatan Muda Parti mempunyai bidangkuasa untuk melantik Ketua Angkatan Muda Negeri/W. Persekutuan setelah mendapatkan nasihat Pengerusi Perhubungan Negeri/WP dan maklumbalas dari Ketua-ketua Angkatan Muda Bahagian di Negeri/WP berkaitan.

19.6 Angkatan Muda Parti hendaklah mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sekali dan notis mesyuarat hendaklah dikeluarkan tidak kurang daripada sepuluh (10) hari sebelum diadakan mesyuarat. Korum mesyuarat adalah satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli jawatankuasanya.

19.7 Tugas Angkatan Muda Parti :

:19.7.1 Menyatukan tenaga angkatan muda dengan mengadakan aktiviti-aktiviti ekonomi, politik, pendidikan, kemasyarakatan dan sebagainya sejajar dengan dasar dan perlembagaan Parti.

:19.7.2 Menjalankan aktiviti yang sesuai dengan peranan Angkatan Muda yang tidak bertentangan dengan dasar parti, negara dan agama.

:19.7.3 Membantu dan menjadi penggerak utama kepada ahli-ahli Parti.

19.8 Tugas-tugas Ketua Angkatan Muda :

:19.8.1 Mengetahui dan bertanggungjawab ke atas seluruh pergerakan Angkatan Muda Parti.

:19.8.2 Menjadi Pengerusi di dalam semua mesyuarat Exco Angkatan Muda Parti.

:19.8.3 Berkuasa memanggil mesyuarat Exco Angkatan Muda Parti.

19.9 Tugas-tugas Timbalan Ketua Angkatan Muda :

:19.9.1 Membantu tugas-tugas Ketua Angkatan Muda.

:19.9.2 Mempengerusikan semua mesyuarat Exco Angkatan Muda Parti semasa ketiadaan Ketua Angkatan Muda.

19.10 Tugas-tugas Naib-naib Ketua Angkatan Muda :

:19.10.1 Membantu tugas-tugas Ketua Angkatan Muda.

:19.10.2 Salah seorang Naib Ketua Angkatan Muda hendaklah mempengerusikan mesyuarat Exco Angkatan Muda Parti semasa ketiadaan Ketua Angkatan Muda dan Timbalan Ketua Angkatan Muda.

19.11 Tugas-tugas Setiausaha Angkatan Muda :

:19.11.1 Bertanggungjawab secara langsung kepada Ketua Angkatan Muda.

:19.11.2 Memanggil mesyuarat atas arahan Ketua Angkatan Muda.

:19.11.3 Bertanggungjawab ke atas segala pentadbiran Secretariat Angkatan Muda termasuk melantik dan memecat kakitangan.

19.12 Tugas-tugas Bendahari Angkatan Muda :

:19.12.1 Bertanggungjawab atas perjalanan dan kesempurnaan kewangan Angkatan Muda Parti.

:19.12.2 Membentang laporan kewangan kepada Exco Angkatan Muda.

:19.12.3 Memaklumkan kepada Angkatan Muda kedudukan kewangan dan harta Angkatan Muda sekurang- kurangnya sekali setahun.

19.13 Tugas-tugas Ketua Penerangan Angkatan Muda :

:19.13.1 Bertanggungjawab atas kesempurnaan kegiatan penerangan Angkatan Muda dan melaporkannya kepada Exco Angkatan Muda.

19.14 Tugas-tugas Ahli Jawatankuasa Biasa Angkatan Muda :

:19.14.1 Menjalankan kerja-kerja Angkatan Muda yang dipertanggungjawabkan seperti mana yang ditetapkan di dalam mesyuarat Exco Angkatan Muda.

19.15 Tempoh perkhidmatan Jawatankuasa Angkatan Muda mengikut tempoh MPT.

19.16 Had Umur :

:19.16.1 Pada hari seseorang itu dipilih atau dilantik ke satu-satu jawatan dalam Jawatankuasa Angkatan Muda hendaklah umurnya pada ketika itu di bawah 40 tahun.

:19.16.2 Seseorang pemegang jawatan dalam Jawatankuasa Angkatan Muda mencapai usia melebihi 40 tahun ketika memegang jawatan berkenaan, boleh terus memegang jawatan itu sehingga penggal tersebut berakhir kecuali berhenti atau diberhentikan.

19.17 Had Memegang Jawatan :

:19.17.1 Seseorang itu tidak boleh memegang jawatan Ketua Angkatan Muda di peringkat nasional melebihi (3) penggal.

19.18 Jika berlaku kekosongan dalam jawatan Ketua Angkatan Muda Parti, atas sebab perletakan jawatan, kesihatan, halangan perundangan atau tidak dapat menjalankan tugas atas sebab lain, seorang Pemangku Ketua Angkatan Muda akan dilantik di dalam mesyuarat Exco Angkatan Muda berdasarkan kekananan jawatan di dalam Exco Angkatan Muda, dan pemangku Ketua Angkatan Muda tersebut akan memangku semua bidang tugasan, tanggungjawab dan kuasa Ketua Angkatan Muda sehingga tamat penggal pemilihan tersebut atau sehingga Ketua Angkatan Muda tersebut dapat menjalankan semula tugas beliau sebagai Ketua Angkatan Muda.

19.19 Sekiranya ada di kalangan Exco Angkatan Muda yang berhenti, atau diberhentikan atas sebab disiplin, maka Exco Angkatan Muda di dalam mesyuaratnya boleh melantik mana-mana ahli untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.

===FASAL 20: WANITA===

20.1 Satu Jawatankuasa Wanita di peringkat nasional perlu ditubuhkan dengan Ketuanya dipilih mengikut Fasal 16.4 Jawatankuasa Wanita dalam semua peringkat Parti boleh diwujudkan dan MPT berkuasa membuat peraturan-peraturan untuknya.

20.2 Wanita di peringkat nasional dikenali sebagai Wanita Parti.

20.3 Jawatankuasa (Exco) Wanita di peringkat nasional hendaklah terdiri daripada ahli-ahli seperti berikut :

:20.3.1 Seorang Ketua Wanita.

:20.3.2 Seorang Timbalan Ketua Wanita.

:20.3.3 Tiga (3) orang Naib Ketua Wanita.

:20.3.4 Seorang Setiausaha Wanita dengan dua (2) orang Penolong.

:20.3.5 Seorang Bendahari Wanita.

:20.3.6 Seorang Ketua Penerangan Wanita.

:20.3.7 Dua puluh (20) orang Ahli Jawatankuasa Biasa yang dipilih di dalam Kongres Nasional Wanita.

:20.3.8 Lima (5) orang Ahli Jawatankuasa Biasa yang dilantik oleh Ketua Wanita dengan persetujuan Exco.

20.4 Seorang Ketua, seorang Timbalan Ketua, tiga (3) Naib Ketua dan dua puluh (20) Ahli Jawatankuasa Biasa (Exco) Wanita dipilih di dalam Kongres Nasional Wanita Parti melalui undi sulit.

20.5 Ketua Wanita Parti mempunyai bidangkuasa untuk melantik Ketua Wanita Negeri/W.Persekutuan setelah mendapat nasihat Pengerusi Perhubungan Negeri/WP dan maklumbalas dari Ketua-Ketua Wanita Bahagian di Negeri/WP berkaitan.

20.6 Wanita Parti hendaklah mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sekali dan notis mesyuarat hendaklah dikeluarkan tidak kurang daripada sepuluh (10) hari sebelum diadakan mesyuarat. Korum mesyuarat adalah satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli Exconya.

20.7 Tugas-tugas Ketua Wanita Parti :

:20.7.1 Mengetuai dan bertanggungjawab ke atas seluruh pergerakan Wanita.

:20.7.2 Menjadi Pengerusi di dalam semua mesyuarat Exco Wanita Parti.

:20.7.3 Berkuasa memanggil mesyuarat Exco Wanita Parti.

20.8 Tugas-tugas Timbalan Ketua Wanita :

:20.8.1 Membantu tugas-tugas Ketua Wanita.

:20.8.2 Mempengerusikan semua mesyuarat Exco Wanita Parti semasa ketiadaan Ketua Wanita.

20.9 Tugas-tugas Naib-naib Ketua Wanita :

:20.9.1 Membantu tugas-tugas Ketua Wanita.

:20.9.2 Salah seorang Naib Ketua Wanita hendaklah mempengerusikan mesyuarat Exco Wanita Parti semasa ketiadaan Ketua Wanita dan Timbalan Ketua Wanita.

20.10 Tugas-tugas Setiausaha Wanita :

:20.10.1 Bertanggungjawab secara langsung kepada Ketua Wanita.

:20.10.2 Memanggil mesyuarat atas arahan Ketua Wanita.

:20.10.3 Bertanggungjawab ke atas segala pentadbiran Sekretariat Wanita termasuk melantik dan memecat kakitangan.

20.11 Tugas-tugas Bendahari Wanita :

:20.11.1 Bertanggungjawab atas perjalanan dan kesempurnaan kewangan Wanita Parti.

:20.11.2 Membentang laporan kewangan kepada Exco Wanita.

:20.11.3 Memaklumkan kepada Wanita kedudukan kewangan dan harta Wanita sekurang-kurangnya sekali setahun.

20.12 Tugas-tugas Ketua Penerangan Wanita :

:20.12.1 Bertanggungjawab atas kesempurnaan kegiatan penerangan Wanita dan melaporkannya kepada Exco Wanita.

20.13 Tugas-tugas Exco Biasa Wanita :

:20.13.1 Menjalankan kerja-kerja Wanita yang dipertanggungjawabkan sepertimana yang ditetapkan di dalam mesyuarat Exco Wanita.

20.14 Tempoh perkhidmatan Jawatankuasa wanita mengikut tempoh MPT.

20.15 Had Umur :

:20.15.1 Tiada had umur yang ditetapkan bagi seseorang ahli wanita memegang sebarang jawatan di dalam Jawatankuasa Wanita.

20.16 Had Memegang Jawatan :

:20.16.1 Seseorang itu tidak boleh memegang jawatan Ketua Wanita di peringkat nasional melebihi tiga (3) penggal.

20.17 Jika berlaku kekosongan dalam jawatan Ketua Wanita Parti, atas sebab perletakan jawatan, kesihatan, halangan perundangan atau tidak dapat menjalankan tugas atas apa-apa sebab lain, seorang Pemangku Ketua Wanita akan dilantik di dalam Mesyuarat Exco Wanita berdasarkan kekananan jawatan di dalam Exco Wanita, dan Pemangku Ketua Wanita tersebut akan memangku semua bidang tugasan, tanggungjawab dan kuasa Ketua Wanita sehingga tamat penggal pemilihan tersebut atau sehingga Ketua Wanita tersebut dapat menjalankan semula tugas beliau sebagai Ketua Wanita.

20.18 Sekiranya ada di kalangan Exco Wanita yang berhenti, atau diberhentikan atas sebab disiplin, maka Exco wanita di dalam mesyuaratnya boleh melantik mana-mana ahli untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.

===FASAL 21: PEJABAT SETIAUSAHA AGUNG===

Pejabat Setiausaha Agung adalah pejabat berdaftar Parti atau di mana-mana tempat yang ditentukan oleh MPT dan diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

===FASAL 22: PERHUBUNGAN NEGERI===

22.1 Perhubungan Negeri boleh ditubuhkan oleh MPT di tiap-tiap Negeri dan Wilayah Persekutuan untuk menjalankan pentadbiran Parti walaupun sesebuah negeri itu belum mempunyai Bahagian.

22.2 Jawatankuasa Perhubungan Negeri terdiri daripada :

:22.2.1 Seorang Pengerusi.

:22.2.2 Tiga (3) orang Timbalan Pengerusi.

:22.2.3 Seorang Setiausaha.

:22.2.4 Seorang Bendahari.

:22.2.5 Seorang Ketua Penerangan.

:22.2.6 Seorang Ketua Pemuda dan seorang Timbalan Ketua Angkatan Muda.

:22.2.7 Seorang Ketua Wanita dan seorang Timbalan Ketua Wanita.

:22.2.8 Ahli Jawatankuasa Biasa yang terdiri daripada Ketua semua Bahagian.

22.3 Pengerusi Perhubungan Negeri dikehendaki melantik tiga (3) orang Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Ketua Penerangan dengan persetujuan Jawatankuasa Perhubungan Negeri dan akan memegang jawatan selama tiga (3) tahun kecuali mereka berhenti atau diberhentikan oleh Pengerusi Perhubungan Negeri.

22.4 Ketua Bahagian hanya boleh mewakilkan Timbalan Ketua Bahagian mengambil tempatnya untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan Negeri jika dia tidak boleh hadir; dengan memberikan sebab-sebab bertulis pada setiap kali dia mewakilkan.

22.5 Wakil MPT boleh hadir dan mengambil bahagian dalam sebarang mesyuarat Perhubungan Negeri tetapi tidak boleh mengundi.

22.6 Jawatankuasa Perhubungan Negeri hendaklah mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam masa tiga (3) bulan, atau

:22.6.1 Pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Pengerusi, atau

:22.6.2 Dengan permintaan bertulis daripada satu pertiga (1/3) daripada keseluruhan ahli mesyuarat.

22.7 Jika terjadi Fasal 22.6.2 Setiausaha hendaklah memanggil mesyuarat dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh permohonan itu diterima. Kiranya Setiausaha tidak berbuat demikian, maka ahli-ahli yang memohon itu boleh mengadakan mesyuarat dengan menjemput semua ahli mesyuarat berkaitan.

22.8 Satu pertiga (1/3) daripada bilangan Ahli Jawatankuasa Perhubungan Negeri adalah cukup korum bagi menjalankan mesyuaratnya.

22.9 Perhubungan Negeri bolehlah mengadakan konvensyen di peringkat Negeri dan Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya sekali setahun yang dihadiri oleh wakil-wakil dari Bahagian-bahagian. Apapun MPT berkuasa menentukan syarat-syarat dan perkara-perkara lain berhubung dengan konvensyen itu.

22.10 Di dalam setiap mesyuarat Perhubungan Negeri, jika Pengerusi dan semua Timbalannya tidak hadir maka salah seorang daripada ahli yang hadir itu boleh dipilih menjadi Pengerusi.

22.11 Tugas-tugas Pegawai Perhubungan Negeri :

:22.11.1 Pengerusi :

::22.11.1.1 Memanggil dan mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan Negeri.

::22.11.1.2 Bertanggungjawab atas semua pegawai dan anggota Pejabat Perhubungan Negeri.

:22.11.2 Timbalan-timbalan Pengerusi :

::22.11.2.1 Membantu tugas-tugas Pengerusi.

::22.11.2.2 Salah seorang daripada Timbalan Pengerusi hendaklah mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan Negeri semasa ketiadaan Pengerusi.

:22.11.3 Setiausaha :

::22.11.3.1 Bertanggungjawab secara langsung kepada Pengerusi.

::22.11.3.2 Menjadi pegawai utama mentadbir pejabat Perhubungan Negeri.

::22.11.3.3 Bertanggungjawab atas kesempurnaan mesyuarat- mesyuarat Perhubungan Negeri.

:22.11.4 Bendahari :

::22.11.4.1 Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan kewangan Perhubungan Negeri.

::22.11.4.2 Membentang laporan kewangan kepada Jawatankuasa Perhubungan Negeri.

::22.11.4.3 Memaklumkan kepada Jawatankuasa Perhubungan Negeri kedudukan kewangan, harta perhubungan Negeri dan Pemegang Amanah sekurang-kurangnya sekali setahun.

:22.11.5 Ketua Penerangan :

::22.11.5.1 Bertanggungjawab atas kesempurnaan kegiatan penerangan Parti di peringkat Negeri.

::22.11.5.2 Melaporkan kepada Jawatankuasa Perhubungan Negeri kerja-kerja penerangan yang dijalankan di peringkat Negeri.

:22.11.6 Ketua Angkatan Muda dan Ketua Wanita :

::22.11.6.1 Melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang ditetapkan di dalam peraturan masing-masing.

::22.11.6.2 Membantu tugas-tugas Ketua masing-masing.

:22.11.7 Timbalan Ketua Angkatan dan Timbalan Ketua Wanita :

::22.11.7.1 Membantu tugas-tugas Ketua masing-masing.

:22.11.8 Ahli Jawatankuasa Biasa :

::22.11.8.1 Menjalankan kerja-kerja Parti yang dipertanggungjawabkan sepertimana di dalam mesyuarat Perhubungan Negeri.

22.12 Tugas-tugas dan Tanggungjawab Perhubungan Negeri ialah :

:22.12.1 Mengatur dan menyelaraskan perjalanan bahagian-bahagian dalam sesebuah Negeri atau Wilayah Persekutuan.

:22.12.2 Memilih ahli-ahli bagi mewakil Parti di dalam sebarang kumpulan atau lembaga di peringkat Negeri atau Wilayah Persekutuan.

:22.12.3 Menentukan perbelanjaan, menamakan mereka yang ditauliahkan menandatangani cek dan menetapkan tempat menyimpan wang.

:22.12.4 Melantik Pemegang Amanah, jika perlu, dan memberhentikannya pada bila-bila masa pun.

:22.12.5 Menyelesaikan sebarang masalah berbangkit di dalam Bahagian dengan kehendak MPT.

:22.12.6 Mencadangkan calon-calon dan kawasan-kawasan bagi Pilihanraya Dewan Rakyat dan Dewan Undang Negeri, serta membuat persiapan jentera Parti menghadapi Pilihanraya.

:22.12.7 Mana-mana ahli Jawatankuasa Perhubungan Negeri yang dilantik tidak menghadirkan diri dalam mesyuarat rasmi sebanyak tiga (3) kali berturut-turut tanpa memberi alasan bertulis yang munasabah, dan setelah diberi surat tunjuk sebab, boleh digugurkan dari jawatannya.

:22.12.8 Tempoh khidmat Jawatankuasa Perhubungan Negeri adalah mengikut tempoh MPT.

===FASAL 23: PEJABAT SETIAUSAHA PERHUBUNGAN NEGERI===

Pejabat Setiausaha Perhubungan Negeri/Wilayah Persekutuan hendaklah ditempatkan di pusat pentadbiran Parti di peringkat Negeri/Wilayah itu atau di mana-mana juga tempat yang ditentukan oleh Perhubungan Negeri/Wilayah.

===FASAL 24: BAHAGIAN===

24.1 MPT berkuasa menubuhkan sebuah Bahagian di setiap kawasan Pilihanraya Dewan Rakyat, tertakluk kepada kelulusan bertulis Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

24.2 Jumlah minima ahli berdaftar yang diperlukan untuk menubuhkan sesuatu Bahagian dan mengesahkan kewujudan Bahagian tersebut ialah seramai 30 orang.

24.3 Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian hendaklah diadakan sekali setahun sebelum Persidangan Agung Tahunan pada tarikh yang ditetapkan oleh MPT.

24.4 Semua ahli yang berdaftar di sesuatu Bahagian layak menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian.

24.5 Kuorum bagi Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian ialah tiga puluh (30) ahli yang telah menjelaskan yuran. Notis dan Agenda Mesyuarat Agung Tahunan bahagian hendaklah dikeluarkan empat belas (14) hari sebelum tarikh mesyuarat diadakan.

24.6 Tugas-tugas Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian ialah :

:24.6.1 Menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu, Penyata Tahunan dan Penyata Kira-Kira bagi tempoh setahun yang lalu.

:24.6.2 Membincangkan dasar-dasar parti untuk dikemukakan dalam Kongres Nasional Tahunan Parti.

:24.6.3 Memilih Ahli-ahli Jawatankuasa Bahagian seperti dalam Fasal 25.1.

:24.6.4 Memilih wakil-wakil Bahagian ke Kongres Nasional Tahunan Parti. Wakil-wakil yang dipilih diluar daripada Mesyuarat Agung Bahagian atau pertukaran selepas itu adalah tidak sah.

:24.6.5 Mencadangkan calon-calon untuk bertanding menjadi ahli MPT bagi tahun yang diadakan pemilihan di dalam Persidangan Agung Tahunan Parti.

:24.6.6 Memilih seorang Pengerusi Tetap, seorang Timbalan Pengerusi Tetap dan dua (2) orang Pemeriksa Kira-kira setiap tiga (3) tahun sekali.

24.7 Mesyuarat Agung Khas Bahagian hendaklah diadakan apabila berlaku salah satu daripada perkara berikut :

:24.7.1 Dengan permintaan bertulis daripada sekurang-kurangnya dua pertiga (2/3) daripada Ahli-ahli Jawatankuasa Bahagian.

:24.7.2 Dengan permintaan bertulis oleh sekurang-kurangnya 30 ahli Bahagian.

:24.7.3 Dengan kehendak dan arahan MPT.

24.8 Jika terjadi salah satu daripada Fasal 24.8.1, 24.8.2 dan 24.8.3; Setiausaha Bahagian hendaklah memanggil Mesyuarat Agung Khas Bahagian itu. Jika Setiausaha Bahagian tidak berbuat demikian dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh permohonan diterima, maka Mesyuarat Agung Khas Bahagian itu hendaklah dipanggil oleh MPT.

24.9 Mesyuarat Agung Khas Bahagian hendaklah diadakan mengikut kaedah Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian.

===FASAL 25: JAWATANKUASA BAHAGIAN===

25.1 Jawatankuasa Bahagian hendaklah terdiri daripada :

:25.1.1 Seorang Ketua.

:25.1.2 Seorang Timbalan Ketua.

:25.1.3 Tiga (3) orang Naib Ketua; satu dipilih di dalam mesyuarat Agung Tahunan Bahagian dan dua (2) dilantik oleh Ketua Bahagian dengan persetujuan Jawatankuasa Bahagian.

:25.1.4 Seorang Setiausaha.

:25.1.5 Seorang Bendahari.

:25.1.6 Seorang Ketua Angkatan Muda.

:25.1.7 Seorang Ketua Wanita.

:25.1.8 Seorang Ketua Penerangan.

:25.1.9 Lima belas (15) orang Ahli Jawatankuasa Biasa yang dipilih oleh Meyuarat Agung Tahunan Bahagian.

:25.1.10 Lima (5) orang Ahli Jawatankuasa Biasa yang dilantik oleh Ketua.

25.2 Ketua, Timbalan Ketua, seorang Naib Ketua, dan lima belas (15) AJK Biasa yang dipilih hendaklah dipilih tiap-tiap tiga (3) tahun sekali di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian. Walau bagaimanapun MPT boleh menangguhkan pemilihan bagi suatu tempoh tidak lewat dari enam (6) bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya diadakan. Jawatan Ketua Angkatan Muda dan Ketua Wanita Bahagian hendaklah dipilih tiap-tiap tiga (3) tahun sekali di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Angkatan Muda dan Wanita Bahagian masing-masing.

25.3 Dua (2) Naib Ketua, Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan dan lima (5) orang AJK Biasa dilantik oleh Ketua Bahagian dan akan memegang jawatan mereka selama tiga (3) tahun, kecuali mereka berhenti atau diberhentikan oleh Ketua Bahagian.

25.4 Calon-calon yang bertanding untuk memegang jawatan dalam Jawatankuasa Bahagian hendaklah dinamakan oleh sekurang-kurangnya dua (2) ahli berdaftar Bahagian itu.

25.5 Jawatan Ahli Jawatankuasa Biasa Bahagian adalah tidak kosong disebabkan oleh seseorang ahli itu dilantik pegawai mengikut Fasal 25.3.

25.6 Jika Ketua Bahagian berhenti atau diberhentikan maka Timbalan Ketua akan memangku jawatan itu dan jika Timbalan Ketua berhenti atau diberhentikan, maka Jawatankuasa bolehlah melantik salah seorang daripada Naib Ketua memangku jawatan Ketua itu atau melantik salah seorang Ahli Jawatankuasa jika ketiadaan Naib Ketua untuk memangku Jawatan itu sehingga diadakan Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian.

25.7 Jika dua pertiga (2/3) daripada Ahli-ahli Jawatankuasa Bahagian berhenti serentak, maka MPT hendaklah mengadakan Mesyuarat Agung Khas untuk melantik semula Ahli Jawatankuasa Bahagian itu dan menentukan tempoh perkhidmatannya.

25.8 Jawatankuasa Bahagian hendaklah mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua (2) bulan atau ;

:25.8.1 Pada bila-bila masa lain yang dikehendaki oleh Ketua ; atau

:25.8.2 Dengan permintaan bertulis oleh satu pertiga (1/3) daripada semua Ahli Jawatankuasa.

25.9 Jika Setiausaha Bahagian tidak memanggil mesyuarat mengikut Fasal 25.8.2 dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh permohonan dibuat, maka ahli-ahli yang memohon boleh memanggil mesyuarat itu dengan syarat semua ahli Jawatankuasa Bahagian dijemput hadir.

25.10 Satu pertiga (1/3) daripada bilangan Ahli Jawatankuasa Bahagian adalah cukup korum bagi menjalankan mesyuarat.

25.11 Tugas-tugas Pegawai dan Jawatankuasa Bahagian :

:25.11.1 Ketua :

::25.11.1.1 Bertanggungjawab atas perjalanan Bahagian dan Cawangan di dalam Bahagiannya.

::25.11.1.2 Bertanggungjawab atas semua pegawai dan anggota pejabat Bahagian.

::25.11.1.3 Memanggil dan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Bahagian.

::25.11.1.4 Melantik dua (2) Naib Ketua, seorang Setiausaha, seorang Bendahari, seorang Ketua Penerangan dan lima (5) orang Ahli Jawatankuasa Biasa serta bertanggungjawab atas kesempurnaan tugas mereka.

:25.11.2 Timbalan Ketua :

::25.11.2.1 Membantu tugas-tugas Ketua Bahagian.

::25.11.2.2 Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Bahagian semasa ketiadaan Ketua Bahagian.

:25.11.3 Naib-naib Ketua :

::25.11.3.1 Membantu tugas-tugas Ketua Bahagian.

::25.11.3.2 Salah seorang Naib Ketua akan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Bahagian apabila Ketua dan Timbalannya tidak hadir.

:25.11.4 Setiausaha :

::25.11.4.1 Bertanggungjawab secara langsung kepada Ketua Bahagian.

::25.11.4.2 Menjadi pegawai utama mentadbir pejabat Bahagian.

::25.11.4.3 Bertanggungjawab atas kesempurnaan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa dan Mesyuarat Agung Bahagian.

::25.11.4.4 Menyimpan rekod Daftar Ahli Bahagiannya.

::25.11.4.5 Menyediakan Penyata Tahunan Bahagian.

:25.11.5 Bendahari :

::25.11.5.1 Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan kewangan Bahagian.

::25.11.5.2 Menyedia dan membentangkan laporan kewangan kepada Jawatankuasa Bahagian.

::25.11.5.3 Memaklumkan kepada Jawatankuasa Bahagian kedudukan kewangan, harta milik Bahagian dan Pemegang Amanah sekurang-kurangnya sekali setahun.

:25.11.6 Ketua Penerangan :

::25.11.6.1 Menjalankan tugas penerangan di peringkat Bahagian.

::25.11.6.2 Melaporkan kepada Bahagian mengenai tugas-tugas tersebut.

:25.11.7 Ketua Angkatan Muda :

::25.11.7.1 Melaksanakan tugas-tugas seperti yang telah ditetapkan di dalam Peraturan Angkatan Muda.

::25.11.7.2 Membantu tugas-tugas Ketua Bahagian.

:25.11.8 Ketua Wanita :

::25.11.8.1 Melaksanakan tugas-tugas seperti yang telah ditetapkan di dalam Peraturan Wanita.

::25.11.8.2 Membantu tugas-tugas Ketua Bahagian.

:25.11.9 Ahli Jawatankuasa Biasa :

::25.11.9.1 Menjalankan kerja-kerja Parti yang dipertanggungjawabkan seperti mana yang ditetapkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Bahagian.

25.12 Tanggungjawab, kuasa dan kewajiban Jawatankuasa Bahagian ialah :

:25.12.1 Mengawasi pentadbiran dan membantu menyelesaikan masalah-masalah Bahagian.

:25.12.2 Membentangkan Minit Mesyuarat yang lalu, Penyata Tahunan serta Penyata Kira-kira yang telah disahkan oleh Pemeriksa Kira-kira kepada Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian.

:25.12.3 Hendaklah menerima wang yuran tahunan keahlian yang dibayar dan seterusnya menyampaikan kepada Bendahari Agung 50% daripada jumlah yuran berkenaan.

:25.12.4 Menghantar kepada Setiausaha Agung ; Minit, Penyata Tahunan dan Penyata Kira-kira Bahagian yang telah dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian.

:25.12.5 Bekerjasama dengan MPT bagi menyediakan senarai ahli-ahli yang berhak mengambil bahagian dalam Mesyuarat Agung Bahagian.

:25.12.6 Menentukan perbelanjaan, menamakan mereka yang ditauliahkan menandatangani cek dan menetapkan tempat menyimpan wang.

:25.12.7 Melantik Pemegang Amanah, jika perlu, dan memberhentikannya pada bila-bila masa.

===FASAL 26: PEJABAT SETIAUSAHA BAHAGIAN===

Pejabat Setiausaha itu bolehlah ditempatkan di mana-mana jua tempat yang ditentukan oleh Jawatankuasa Bahagian itu dan diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

===FASAL 27: DISIPLIN===

27.1 MPT berkuasa menubuhkan Lembaga Disiplin dan Lembaga Rayuan. Ahli-ahli Lembaga Disiplin dan ahli-ahli Lembaga Rayuan mestilah terdiri daripada mana-mana orang perseorangan yang tidak memegang sebarang jawatan politik dalam Parti.

27.2 Mesyuarat MPT boleh merujuk aduan bertulis daripada Mesyuarat Perhubungan Negeri dan Mesyuarat Jawatankuasa Bahagian dan aduannya sendiri berhubung salah laku disiplin ahli-ahli Parti kepada Lembaga Disiplin yang akan mengambil tindakan mengkaji, menyiasat dan mendengar aduan dan menjatuhkan hukuman jika didapati sabit dengan kesalahan yang didakwa.

27.3 MPT berhak menggantung keahlian seseorang ahli dan /atau melarang ahli itu dari memegang jawatannya secara sementara sehingga keputusan muktamad dibuat oleh Lembaga Disiplin.

27.4 Mana-mana ahli yang dijatuhi hukuman boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan dan keputusan Lembaga Rayuan adalah muktamad. Setiap keputusan yang dibuat oleh Lembaga Disiplin dan Lembaga Rayuan hendaklah dimaklumkan kepada MPT untuk perlaksanaannya.

27.5 Tiada seorang ahli yang boleh membawa apa-apa perkara Parti ke mana-mana mahkamah sebelum dirujuk kepada MPT. Jika dibawa ke Mahkamah tanpa pengetahuan MPT, maka keahliannya tergugur.

27.6 Semua ahli Jawatankuasa di semua peringkat Parti dan tiap-tiap ahli yang menjalankan tugas pemerintah di dalam Parti dan penasihat hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia.

27.7 Semua ahli hendaklah cintakan Parti dan:

:27.7.1 Patuh kepada Perlembagaan ini dan Tataetika Ahli.

:27.7.2 Mengikut perintah-perintah Parti.

:27.7.3 Menjalankan dasar-dasar Parti.

:27.7.4 Patuh dan menghormati keputusan-keputusan Parti.

:27.7.5 Menjaga rahsia-rahsia Parti.

:27.7.6 Memelihara nama baik Parti.

:27.7.7 Sentiasa menunjukkan tatalaku yang sopan lagi tertib.

27.8 MPT berkuasa membuat kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan Parti yang di antara lain melarang menyalahgunaan kuasa dan wang dengan tujuan mendapat undi atau sokongan atau mempengaruhi mana-mana pemilihan bagi pihak sendiri atau bagi pihak lain atau supaya jangan mengundi mana-mana orang dalam mana-mana pemilihan Parti.

===FASAL 28: PEMERIKSAAN KIRA-KIRA===

28.1 Kongres Nasional Tahunan hendaklah melantik sebuah syarikat atau dua (2) orang Juruodit (Pemeriksa Kira-kira) untuk memeriksa kira-kira wang dan harta Parti.

28.2 Mesyuarat Perhubungan Negeri dan Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian hendaklah memilih dua (2) orang menjadi Pemeriksa Kira-kira bagi memeriksa kira-kira Parti di peringkat masing-masing.

28.3 MPT, Perhubungan Negeri dan Jawatankuasa Bahagian hendaklah memilih Pemeriksa Kira-kira yang baru menggantikan Pemeriksa Kira-kira yang dipilih oleh Kongres dan Mesyuarat Agung di peringkat masing-masing, sekiranya Pemeriksa Kira-kira tersebut menarik diri.

28.4 MPT berkuasa pada bila-bila masa menjalankan pemeriksaan kira-kira wang dan harta Perhubungan Negeri dan Bahagian.

28.5 MPT berkuasa membuat sebarang peraturan mengenai wang dan harta Perhubungan Negeri dan Bahagian.

===FASAL 29: PERLUCUTAN KEAHLIAN DAN PEMECATAN===

29.1 Perlucutan keahlian adalah disebabkan oleh :

:29.1.1 Dengan permintaan ahli itu sendiri ; atau

:29.1.2 Dipecat oleh MPT.

===FASAL 30: PERATURAN KONGRES NASIONAL===

30.1 MPT berkuasa membuat Peraturan Tetap bagi Kongres Nasional Tahunan.

30.2 Peraturan Tetap bagi Kongres Nasional Tahunan hendaklah diterimapakai untuk Mesyuarat Agung Parti di semua peringkat.

===FASAL 31: MEMINDA PERLEMBAGAAN===

31.1 Perlembagaan ini atau mana-mana bahagian daripadanya boleh dipinda atau dimansuhkan dengan ketetapan yang dipersetujui di dalam Kongres Nasional Tahunan atau Kongres Nasional Khas oleh tidak kurang daripada dua pertiga (2/3) jumlah perwakilan yang layak hadir dan berdaftar di dalam mana-mana Kongres Nasional tersebut. Cadangan pindaan yang yang diluluskan tersebut hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh keputusan meminda Perlembagaan diluluskan.

31.2 Cadangan-cadangan pindaan kepada Perlembagaan yang dikemukakan oleh MPT boleh dipinda oleh ahli-ahli Kongres Nasional dengan syarat hendaklah dibuat secara bertulis kepada Setiausaha Agung, empat belas (14) hari sebelum Kongres Nasional itu diadakan. Bahagian-bahagian boleh mengemukakan cadangannya sendiri untuk meminda Perlembagaan dengan syarat mengemukakannya terlebih dahulu kepada Setiausaha Agung tidak kurang dari empat belas (14) hari sebelum tarikh Kongres Nasional itu.

31.3 Sebarang pindaan kepada Perlembagaan hanya boleh dikuatkuasakan setelah diperolehi kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

===FASAL 32: TAFSIRAN===

Jika berbangkit sebarang perselisihan di atas tafsiran Perlembagaan ini atau Peraturan Tetap bagi Kongres Nasional Tahunan parti yang dibuat di bawah kuatkuasanya, maka tafsiran yang diberikan oleh MPT adalah muktamad.

===FASAL 33: PEMBUBARAN===

Parti hanya boleh dibubarkan dengan persetujuan sebulat suara dalam Kongres Nasional.

Perlembagaan ini adalah merupakan pindaan-pindaan dari perlembagaan yang telah dilakukan dalam Kongres Nasional Tahunan ke-2 (2005) dan ke-3 (2006).

[[Category:Perlembagaan parti politik di Malaysia]]
[[Category:Bahasa Melayu]]

Semakan pada 09:17, 31 Januari 2016

Perlembagaan Parti Keadilan Rakyat merupakan dokumen yang digunapakai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR / KeADILan).

Perkara

Perlembagaan ini dibahagikan kepada 33 Fasal.

  • Fasal 1: Nama dan Fungsi
  • Fasal 2: Pejabat Berdaftar
  • Fasal 3: Motto Perjuangan
  • Fasal 4: Bendera dan Lambang
  • Fasal 5: Tujuan dan Matlamat Perjuangan
  • Fasal 6: Keahlian
  • Fasal 7: Hak dan Kewajipan Ahli
  • Fasal 8: Rekod Daftar Ahli
  • Fasal 9: Yuran Keahlian dan Pembayaran-pembayaran Lain
  • Fasal 10: Punca Pendapatan
  • Fasal 11: Cara Menyimpan dan Menggunakan Wang Parti
  • Fasal 12: Harta Benda Alih dan Tak Alih
  • Fasal 13: Kongres Nasional
  • Fasal 14: Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT)
  • Fasal 15: Pemilihan Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap
  • Fasal 16: Pemilihan dan Perlantikan Ahli-Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi
  • Fasal 17: Tugas-Tugas dan Tanggungjawab Pegawai Parti
  • Fasal 18: Tanggungjawab Majlis Pimpinan Tertinggi
  • Fasal 19: Angkatan Muda
  • Fasal 20: Wanita
  • Fasal 21: Pejabat Setiausaha Agung
  • Fasal 22: Perhubungan Negeri
  • Fasal 23: Pejabat Setiausaha Perhubungan Negeri
  • Fasal 24: Bahagian
  • Fasal 25: Jawatankuasa Bahagian
  • Fasal 26: Pejabat Setiausaha Bahagian
  • Fasal 27: Disiplin
  • Fasal 28: Pemeriksaan Kira-Kira
  • Fasal 29: Perlucutan Keahlian dan Pemecatan
  • Fasal 30: Peraturan Kongres Nasional
  • Fasal 31: Meminda Perlembagaan
  • Fasal 32: Tafsiran
  • Fasal 33: Pembubaran

Pautan luar